Nampaknya cuti lagi la yer jumaat ni.cadangnya nak balik kg, memandangkan baru je cuti 1 wk haritu aku stay je kat sini.sahabat dr kontan katanya nak dtg bercuti dgn family.ahlan wa sahlan ilal sunway hehehe. Jumaat ni adalah hari di mana tarikhnya diambil oleh Malaysia ni sebagai tarikh maulidur rasul.ada khilaf pendapat dlm tarikh ini.apepun selamat menyambut
maulidur rasul.moga kita dpt menghayati contoh dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
aku tak tau lah nak ckp aku dlm mood cuti ke tak, apa yg pasti bnyk nak kena buat dan siapkan termasuklah urusan untuk pogram bulan April ni. Baru je tadi aku call salah sebuah institusi ni tiba2 cemana aku bleh ckp selamat petang pd staff yg angkat tipon tuh.selamba je dia jwp selamat pagi.lepas tu aku nak tergelak jugak dgn kesilapan aku ni.tp mamat tu tetap maintain serius dan takde gelak pun.cakap pun laju je mcm robot.huishhhh memang mencerminkan isntitusi tersebut.tabik tuan ! malu pun ada. apa la ada dlm kepala aku ni hehehe.......yg penting bukan `dia' yg mengangkat tipon itu.
ini membuat aku tersenyum bila teringatkan masa aku buat research kat HQ isntitusi ni masa zaman aku belajaq dulu.huishh..dlm bangunan tu penuh dgn org duk tabik sama sendiri je...luar lif dlm lif...tingkat satu sampailah tingkat 16.aku pun kompius...nak kena tabik jugak ke hehehe.

ni rehat je amik angin.....sambung balik buat kerja :)

date Wednesday, February 24, 2010

sahabat2 mesti ada cerita sendiri mengenai rakan karib dan sahabat2 yg baik dan rapat.
nilai sebuah persabahatan tidak boleh diukur dgn wang ringgit atau dibandingkan dgn emas dan permata seperti juga dengan hubungan kekeluargaan dgn ibu ayah, adik-beradik dan saudara mara kan.

masa mkn tenghari dgn seorang shbt ni, aku mendengar cerita dia tentang seorang bekas staff yang bekerja di sini dulu.Katanya si `A' ni dulu bekerja di tempat ini kemudian bekerja di tempat lain. Dia berkahwin dgn bekas staff di sini juga yg beragama Islam.
Pada malam hari masyarakat Cina menyambut makan besar dgn ahli keluarga, si `A' ini telah meninggal dunia kerana kemalangan, langgar lari.Tingallah isterinya dan seorang anak berumur 7 thn.Sahabat2 yg mengenalinya pergi menziarahi jenazah dan ahli keluarga.

Apa yg membuat aku tersentuh ialah salah sorang sahabat baik kepada arwah ini adalah seorang yg berbangsa Cina, beragama Budha dan sepatutnya menyambut makan besar bersama keluarga. Tetapi beliau juga turut mengangkat keranda jenazah sahabatnya itu ke tanah perkuburan Islam dengan melanggar pantang larang agamanya untuk tidak ke kubur pada perayaan itu.Aku tabik pada sahabat ini.
Kepada arwah, moga Allah mengampuni dan menempatkan sahabat di tempat orang2 yg soleh dan kpd ahli keluarga, moga tabah ya dan dipermudahkan segala urusan. Amiin.

date Tuesday, February 23, 2010

Dua minggu lepas sebelum cuti raya cina, seorang pelajar dtg jumpa aku lepas kelas, ada hal nak bincang katanya.lepas kwn2 yg lain abis bertanya soalan untuk assignment dan tinggalkan kelas barulah dia bersuara.dia minta pandangan aku tentang isu tudung.katanya dia dah lama nak pakai tudung tp ibu yang juga memakai tudung dan ahli keluarganya yg lain memberitahu belum tiba masanya untuk bertudung.'bolehke saya bertudung miss Purple tapi mak saya tak bagi lagi'.
apa pdndgn shbt-shbt?

aku beri pndgn aku dan suruh dia berfikir antara hukum Allah dan juga dlm menjaga hati ibu sebagai seorang anak.nampak merah matanya, sayu pulak aku nengok.jadi aku berilah satu cadangan yg mungkin bagi setengah orang tak boleh diambil cara ini.aku suruh dia berbual dgn ibu dan ahli keluarga dulu cara tak langsung untuk dptkan reaksi mereka.kalau ibu masih berkeras.cubalah pakai tudung di kolej dulu.aku bukan suruh dia buat eksperimen atau sekejap buka dan tutup aurat.tapi melihat keadaan family dia, aku suruh dia mula bila berada di persekitaran ini dahulu. dan buatlah solat hajat moga dibukakan pintu hati ahli keluarganya untuk menyokong hasrat murni anak ini.aku juga berpesan, pakai tudung ni bukan kerana fesyen atau sebab dipaksa,mesti faham dan sedar apa tujuannya dan mestilah ikhlas.akhlak juga kena jaga.dia menganguk2.matanya masih merah sedih je aku nengok.

tadi masuk kelas, aku tersenyum dan bersyukur melihat dia memakai tudung yg bertutup rapi.Shbt2 dlm kelas yg tidak bertudung pun semua menyokongnya.Aku memanggilnya selepas kelas untuk tahu reaksi ibunya.Katanya dia belum lagi memakai tudung di depan ahli keluarga kerana mereka belum boleh menerimanya.Kemudian, seorang pelajar aku datang dan bertanya, Miss. Purple `Jumaat ni kena pakai tudung ke dalam kelas?'.Aku tanya balik `sapa ckp pada awak mcm tu?'Katanya kwn2 bagitau aku suh pakai dlm kelas hari jumaat. Tersenyum aku, aku tak pernah ckp mcm tu pun. Aku pun jelaskan pdnya antara hukum yg sebenar dan tindakan serta keinginan dirinya. Aku mmg nak pljr2 aku menutup aurat tapi biarlah dgn keikhlasan dan paham tujuannya bertindak begitu.Katanya ibu ayah nya happy sgt bila dpt tahu anak kena pakai tudung.Sesungguhnya bukan mudah nak ubah pandangan ahli keluarga sendiri kan.Memang beruntung bila ahli keluraga menyokong penuh kebaikan dan kewajipan yg hendak dibuat.

p/s:aku masih teringat dan ia membuat aku tersenyum dgn keletah pelajar aku yg dua org ni walaupun mereka bukan beragam Islam tapi sentiasa perihatin jika ternampak ada rambut atau anak rambut terkeluar maka riuhlah menegur aku suruh betulkan tudung.Yg sorang baru je berlepas ke Australia, sorang lagi dgr cerita baru je abis kursus penerbangannya.rindu kat budak2 ni.

*edited : tq sahabat yg beri pandangan tentang isu ini dlm telefon tadi.

date Monday, February 22, 2010

Hari ini hari Jumaat. Hari ahad hari thn baru bg Orang2 Cina....Gong Xi Fa Cai.
Malaysia ni, kalau ada je cuti mesti ramai yg amik peluang nak balik kg, jalan2, shoping dan, beraktiviti dan lain2 lagi tak kira apa bangsa dan agama....1 Malaysia yeaaahhhhh.

Hari ini di dada akhbar Kosmo Online - Scorpene tak boleh menyelam.
Kapal pertama kebanggan Malaysia - baru je dtg dah sakit agaknya tak sesuai dgn cuaca kut maklumlah lahir dan dah baisa dgn cuaca omputih sana....ada alasan lain lagi ker? ;)
Tak boleh menyelam tak per lagi...takuntya, dah menyelam tak boleh nak timbul ke permukaan..haru tuh.

Isu Kalimah Allah - Raja2 akan berdiskusi bincang aduan2, memorandum2 yg diberi oleh pihak2 tertentu.
Emm... tak abih2 lagi isu ni rupenye.Cuba la kaji kenapa isu ni boleh muncul...ada sebab2nya.Itu yg kena selesaikan dulu.

Baru2 ini aku ada le berbual2 dgn shbt2. Antara isunya tentang kualiti pelajar yg hanya mahu disuapkan info2 oleh cikgu2nya. Katanya ada pelajar2 lebih2 lagi yg buat part time atau bekerja kdg2 tidak ada masa untuk membuat research dan membaca sebelum dtg ke kelas. Antara isu yg lain tentang isu-isu masyarakat kita yg makin lama makin sakit. Sakit jiwa, sakit hati, sakit tb, sakit demam denggi dan lain2 lagi. Aku pun demam dah ok batuk2 masih dtg lagi.

Ape pun yg berlaku. Yang penting berusaha untuk membuat yg terbaik dan sesuai dr hari ke hari. Kadang2 kita tak sedari kata2 kita, tindakan kita, mimik muka kita tidak menyenangkan orang lain samada dalam realiti atau di alam maya. Kadang2 perkataan kita adalah luahan hati kita tapi tanpa kita sedari boleh mendatangkan aib diri sendiri mahupun pd org lain. So, tak perlu nak tunggu hari raya adifiltiri, maaf jika ada yg terasa hati dgn tulisan2 ku ini.Segala teguran akan ku terima dgn lapang hati dan dada. Hidup kita ini perlulah saling tegur menegur dan jgn cepat melatah dgn teguran2 itu. Kita menjadi diri kita bukanlah adalah 100% diri kita, tanpa disedari ia adalah hasil dp bnyk punca dan biasan, latar belakang,pengalaman dan juga sekeliling.

Selamat Bercuti, take care friends :)
p/s: aku balik kg esok pagi Insya-Allah. Cuti seminggu.

date Friday, February 12, 2010

satu hari Y baru keluar dr tempat dia mencari rezeki.Y dah rasa tak larat nak jalan kaki
atau naik bas untuk pulang ke rumah yg tak juah tu. Y pun tahan sebuah teksi.
Inilah perbualan di antara Y dan Z, pemandu teksi.

Y : Encik, ke L.P.B.S yer.
Z : (Angguk). Ko ni nak kata rupe pelajar idak, ada le juge sikit.Rupe org keje pun ada.Entah
rupe ape yer..ko ni belajr lagi ke kerja?
Y: (ler macam ni cara dia tanya soalan..hehehe). Rupe ape2 pun boleh la encik. (Senyum)
Z: Ko dah keje yer...ko ni lecturer ke, dekan ker, ketua ker?
Y: (lahai soalan dia....mcm penyiasat 007). Apa2 jelah encik. (Senyum lagi)
Z: Ye lah karang ko ni pangkat tinggi ker naik teksi aku ni. Selalunya student je naik teksi aku.Tah2 ko ni pangkat tinggi ker.
Y:Tak kisah le sapa pun encik. Tapi nak panggei saya Tan Sri pun boleh jugak. (batuk2)
Z: (ketawa). Ko ni sakit ke?Batuk je tu.
Y: Ye Encik. Kafarah dosa.
Z:Aku taula ko banyak dosa. Sebab tu batuk dah abis2 tu. (Senyum)
Y:Ye Encik. Mmg bnyk dosa pun. Sekurang2nya ingat dp tak ingat langsung. (Senyum)
Z:(Ketawa) Dah batuk baru nak ingat dosa. Eh yang ko pangei aku encik ni ko tahu ke aku sape.Aku ni Tan Sri.
Y: Tak kisahlah encik. Mati sok masuk kubur sama gak.Kena tanya soalan sama gak. "Ma rob buka?'.
Z: (ketawa sambil geleng kepala).
Y: Encik ni org mana? (denagr pelat loghat Perak dia pekat sungguh dah muka macm ustaz akhil hai).
Z: Orang Amerika.
Y:Ooo geng Red Indianlah yer.
Z: adaka patut ko panggei teman Red Indian.Orang asli takper jugak.
Y: Encik ada ka org asli atau org plastik?semua manusia tulin kan.
Z: Ada yg plastik. Aku mlm2 selalu je bwk org2 plastik tu.Ni kwsn rumah ko ni ramai ka org asing tinggal?
Y: Asing macam mana tu encik?
Z:ye la bangla ka, kulit hitam ka. Tu haa guard pun mcm bangla. Ramai budak2 kita suka sgt jatuh hati kat org asing. KO pun nengok bangla tu terus jatuh hati jugak.
Y: Apepasal pulak saya nak suka kat bangla tu.Saya suka org Amerika, red indian.
Ok Terima kasih. (dah sampai).Assalamua'laikum.
Z: Wa;alaikumussalam. Maaf yer. Jumpa lagi. (senyum)

**********************
emm.....manusia ni macam ragam. ada yg cakap mulutnya takde lesen atau insuran tapi kdang2 apa yg dieprkatakan mempunyai bnyk maksudnya. :)

date Wednesday, February 10, 2010

Bertemu dan berpisah, datang dan pergi itu lumrah manusia kan.

Ptg smlm aku dpt sms dp Ina katanya ada kat S.Alam menghadiri kursus. So dia dtg jemput aku mkn mlm lepas maghrib. Aku bwk dia ke gerai2 ikan bkr tak jauh dp umah aku. So dlm demam2 yg berbaki ni, dptlah gak aku merasa siakap masak sweet sour. Ina, walau hang dah balik ke Ganu tp hang kerap gak mai sini. So dpt la jugak jumpa kan.
Aku? Entahla....nampaknya masih belum membuat keputusan walaupun pd dasarnya aku dah pun bagitau abah mak kira berjanji la jugak kan. Masa mak sakit tempohari abah ada gak ckp...tulah kena cpt2 balik sini. Emm.....nampknya makin kerap aku fikir utk ke kg makin bnyk pogram dan tugasan dan peluang di sini. In anampak keletihan sama la mcm aku...dpt jumpa kejap pun dah ok.Tq lah dtg gak jumpa.Then berpisah lagi till we meet again.

Aku baru dpt tau ayah kpd salah sorang ex stdnt aku, ayah si taufik telah kembali kepada Pencipta kita. Innalillahi wainna ilaihiro ji'un. Moga arwah ditempatkan bersama org2 yg Soleh dan beroleh keampunanNya. Taufik, free nanti come and join our orogramme here.

Pagi tadi aku dpt sms dp lagi sorang ex stnd aku, Zaim katanya nak jumpa aku kejap. Baru je tadi dpt jumpa dia. Ayat pertama dia, cikgu saya fly mlm ni. Bertuah punya budak, nak fly ke australia mlm ni baru dtg. Hehehe. Takper, tau dia sibuk. Sempat la sembang2 dgn dia dan bgtau tentang pogram bulan april ni. Nampaknya dia mmg nak join pogram ni tapi takper, cikgu doakan all the best to you. Nanti amik gmbr2 best email ye :). Taufik dan Zaim ni rajin dtg bantu and join tiap kali aku buat pogram forum kat sini.Nampaknya kali ni Zaim tak dpt la join kali ni.
Till we meet again after 3 years ya ;)

Pagi ni jugak aku dpt sms dp salah sorang ex stnd aku jugak Yee Pin. `Miss. Im going to australia on 17th'. Sorang lagi student yg tiap2 thn akan dtg ke pogram bg sokongan walaupun dia adalah stnd aku 3 thn yg lalu. Dia pun akan sambung pengajian dia di sana untuk tempah 2 thn lagi rasanya.

I will miss you guys. Keep in touch ya.

date Tuesday, February 9, 2010


Walaupun garang, bila senyum manis kan cheetah ni, ayu gitu :)

Keluarga Beruang Kutub



Juma'h Barokah.Hadiah, Present, Gift selalunya diberi oleh seseorang kepada orang lain atas sebab2 tertentu;
dapat no 1 dalam kelas, SPM dpt straight As, dapat cahaya mata, hari jadi, hari ulang tahun,perkahwinan, hadiah perpisahan bagi yg pindah tempat kerja, atas ingatan baru pulang dr melawat tempat2 tertentu, as a token utk yg merasmikan events, melawat mereka yg sakit dan lain2 lagi.

Hadiah ni ada org mahu yg berjenama, berharga beribu2 ringgit, export punyer..Gombak punya tak mau...ada yg tak kisah apa je org beri....ada org suka hadiah berbentuk bunga,kek, coklat, laptop hehehe dan lain2 lagi.
bagi aku zaman dulu2 kalau org bagi hadiah bunga aku terima tapi aku lebih suka org bg hadiah buku, kek atau coklat hehehe
sekarang, aku lebih suka dpt hadiah senyuman setiap hari.

Aku teringat kata2 Dr.Fadhilah Kamsah bercakap tentang jarang org nak bagi hadiah yg tak perlu mahal contohnya bg hadiah bunga pd jururawat kat hospital bila melawat sesorang, hadiah gula2 dan biskut pada yg duduk kat kaunter tol mmg org akan heran dan terkejut tp sebenarnya ia akan membuat sesorang itu tersenyum.senyuman itu amat penting sebagai motivasi dan terapi diri sendiri dan juga untuk org lain lebih2 lagi pada awal pagi memulakan lembaran hidup yg seterusnya.

Pagi ni aku dtg awal sungguh ke opis nak buat filing sket utk class trip ke N.9 esok. Then, aku pi cafe kolej nak beli mknn sket. Aku nengok kakak kat stall tu serius je muka.Aku dah kenal dia so aku usik, `akak, harini senyuman kurang sikit ye kak'. Kemudian dia tersenyum dan menjawap `hari ni sibuk sangat, ada sorang tu tak dtg kerja...bnyk kerja ni'. Kadang2 tu mg betul,terlalu busy, keletihan, kerisauan kita lupa untuk tersenyum walaupun untuk diri sendiri.
Aku selalu ckp pd students aku...`keep smiling' especially bila depa terkerut2 dahi jwp test,stress dgn kerja2. Ada sekali tu depa pulak ckp kat aku `Cik, senyumlah.Cik dah bnyk hari tak senyum tak mcm dulu2'. Hehehe.....ye ker? Kadang2 kita tak nampak dan sedar tentang diri kita sendiri.

Lepas beli makanan aku naik ke opis. Tiba2 sorang rakan kerja aku dtg dgn senyuman:
'P.Crayon, i have small gift for you'. Aku nengok dia keluarkan beg duit dia. Ishh mamat ni nak bagi duit breakfast ke hehehhe. Ohhh cantiknyer....sekeping poskad size tapak tangan baby bergambar Pola Bear sedang memeluk 2 ekor anaknya dengan penuh kasih sayang.
Ini memang membuat aku tersenyum dan amat merindui abah dan mak aku kat kampung. Smlm aku nengok poskad gambar pola bear yg terlekat di board kat meja dia.Aku memang suka gambar pola bear lagi2 sedang memeluk anak2nya dgn kasih sayang.

Tq for the gift, tq for the love, tq for the friendship and thank you.....it's really makes me smile and motivates me to smile even i'm not in that mood sometimes.

date Friday, February 5, 2010


Air terjun Lata Tembakah, Terengganu

Air Terjun `Chlling Waterfall', Kuala Kubu

Air Terjun Gunung Ledang
*gambar2 ni aku amik dp sumber pak internet.tq ler.
koleksi gambar2 aku sendiri takdak pc ni.

lama tak pergi jln2 lepak2 kat ayaq terjun
sebab lama juga dah tak join aktiviti mencintai alam ni
nampaknye kena plan jugak ni....
supaya dpt menyegarkan badan...
demam2 mcm ni....teringin sgt nak pegi
ayag terjun dan sungai yg tak dpt aku lupakan ialah
air terjun `Chilling waterfall' kat kuala kubu,
lata tembakah kat Ganu
dan jugak sepanjang trekking kat ledang dulu.

ingat lagi masa zaman belajar dulu group aku bwk ke lata tembakah.
punya la nak jauh dp orang ramai....terpaksa la hiking ke atas sket
betul2 isolated tempatnya....cantik, aman damai
balik ke kampus...mlm tu nak tidur ada le kena ganggu sket....

baru2 ni kwn2 ajak pergi lagi ke ledang bwk stnds ...aku dah lama serender
tak larat dah.....ingat lagi masa gi dulu aku demam juga
tapi tak sampai hati nak tarik diri...sebab ada pljr2 perempuan yg ikut
nak overnight kena ada gak staff perempuan ikut
masa hiking tu rasa dah tak larat sgt...bebudak2 tu bg semangat hehehe
kesegaran air terjun yg ada sepanjang jalan tu mmg bagi aku rasa ada
tenaga dan segar sikit
emmmm tengok calendar..lambat lagi nak cuti panjang ni emmmm.........

date Thursday, February 4, 2010

di mana semangat `cekap tangkas dan pantas'?
di mana keikhlasan buat kerja?
apa tujuan bekerja?
bonus nak bnyk,
gaji nak tinggi
tak bagi marah2
bila bagi...harga barang naik..ape peduli
bab servis....suka hati
lama2 yg tak biasa jadi normal...
yg tak bagus pejam mata
lama2 jadi phobia
prejudis
sampai bila nak jadi mcm ni
ke memang bangga dengan label yang diberikan tu?

date

Jum kita test keupayaan minda dan emosi kita pada pagi ni. Maybe ada shbt2 yang busy dgn keje, letih, tensyen dan lain2 lagi. Meh sini kita layan teka tekuk ni just for fun. Pada yg sakit mcm aku ni moga cepat sembuh. Aku mula dpt demam panas bila bangun pagi ahad dua hari lepas. Panas sungguh kaki dan badan mmg kalau letak ikan ke ayam ke boleh buat grill fish or chicken. Mlm tu akui gi jumpa doktor yg sungguh best..katanya "saya check awak tadak demam...so bila panas betul baru dtg jumpa saya'. aku jawap best jugak `saya tau la bdn saya doktor....takkan le saya tak tau panas ke idak.takan nak suh saya pengsan dulu dlm bilik tu sebelum dpt jumpa tuan doktor'.Isnin aku MC..pegi lagi jumpa doktor lain kat klinik panel yg sama utk dptkan MC.Doktor tu geleng2 pala bila dgr cerita ku psl doktor yg best tu.Staff kat klinik tu ckp.."cik, nah borang...komplen doktor pertama tu.ramai dah org komplem pasal dia'.
lerrr...kalau dah ramai pesal tak amik tindakan takkan le nak tunggu aku jugak yg komplen sebagai org yg ke100 or 1000.

Arini aku demam lagi, alhmldh panas bdn tu dah kurang sket.tapi aku tak mo MC lagi...rindu aku kat sudents aku tak sbr nak bagi keje2 kat depa hahaha. Meh kita berteka-tekuk.

Teka-teki ni lebih kepada uji minda secara psikologi. Percaya atau tidak pada hasil ujiannya, terserah. Ini dibuat memlaui kajian yg mendalam oleh pak mak abang dan kakak psikologi :
Sila jawab soalan2 ini menggunakan hati dan perasaan. Jangan guna minda dan logik akal. Kalu idak..tak menjadi ujian ni. dlm erti kata lain, bila nak jwp tanya hati..apa kata hati..bukan kata minda!

Satu eksplorasi ke dalam sebuah jungle..ala2 jungle trekking, camping gitu:
Ni kena fokus dan bayangkan guna imaginasi anda: Selamat dalam khayalan hehehe :
1. Apabila mula melangkah masuk kedalam jungle/ forest tu...haiwan pe yg anda teringin sangat nak nengok atau jumpa? Pilih satu jenis je dan sebabnya?

2. Bayangkan bila anda tiba2 terjumpa dgn haiwan tersebut. apakah haiwan yg anda nampak tu?
Satu jenis je dan sebabnya?

3. Jika anda diberi pilihan untuk memilih 4 jenis burung ni yg depan mata anda, mana anda pilih?Pilih satu saja dan sebabnya?
i. Helang
ii.Merpati
iii.Pipit
iv.Ciak rumah (selalu bersarang di rumah2)

to be continued....:)

date Tuesday, February 2, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu