harini aku masih di opis....kwn2 dr dept lain dlm minggu ni nampak je muka aku semua tanya, eh tak cuti ke...org lain seme cuti?aku beri jwpn tanpa suara, hanya senyum manis (manis yer he hehe) aku pamerkan.Dlm hati Allah je yg tau....tak sabaq nak cutiiiiiiii. Yeaaa esok aku dah mula cutiiii.My parents are coming from kg tomorrow.Insya-Allah, jumaat ni terbang mcm burung eagle ke Ganu kite he he he. Alhamdulillah ada sahabat yg bermurah hati nak jadi pilot we all bwk pusing2 area K.T. aku ni duk tunggu je nak borong kepok lekor dan rasa pure nasi dagang he he he.

bila ckp pasal cuti, mmg senyuman akan sampai ke telinga he he he.bila nengok pemandangan yg cantik cukup beri ketenangan dan kerehatan pd minda dan emosi.gambar kat atas tu masa aku bwk parents gi langkawi last year...langkasuka beach resort mmg cantik, pasirnya mulus he he he..dekat dgn airpot cuma jauh dr pekan kuah. nengok gambar2 nih laaagiii la tak sabaq nak pi cutiiii-cuti mesia nih.sib baik lah tambang nak terbang,penginapan dah bayaq...next time agaknye mesti seme rege dah naik.plan asal nak drive dr kg all the way to Ganu...sib baik tak jadi sebab bila rege brng2 dah naik skg especially petrol mau semput aku fikir duit fuel tuh he he he.Insya-Allah, awal julai balik ke sini semula :)

*moga percutian kali ni akan menghappykan lagi abah dan mak (happy father's day dan selamat semuanya - happy anniversary)

date Wednesday, June 18, 2008



emm lapaqla pulak tengok gambaq sotong goreng tepung nih .bleh la sapa-sapa nak cuba resepi nih.





Bahan-bahannya;


4 ekor Sotong saiz besar - di hiris bulat2 dan dibersihkan


Tepung gandum,tepung beras,tepung jagung (diambil 3 sudu makan bg tiap tepung dan dicampur)


garam, rempah kari daging (1 sudu makan)


1 sudu kecil jintan manis ditumbuh halus


2 biji telur (asingkan putih dan kuning)


1 mangkuk sederhana besar minyak utk menggoreng





Caranya:


*Tepung tadi digaul dlm mangkuk dgn garam,rempah dan jintan manis tadi.


*Putih telur dipukul sebati dan dikaup dl tepung tadi dan digaul.


*Celupkan sotong tadi satu persatu dlm tepung tadi.


*Panaskan minyak dlm kuali (lebih kurang 1 mangkuk sederhana besar cukup untuk tenggelamkan sotong tuh)


*Kuning telur hendaklah dipukul ebati di dalam mangkuk berasingan.


*Sotong yang dicelup tepung tadi hendaklah dicelup dlm kuning telur dan digoreng dgn api sederhana besar.


*Bila sotong sudah kekuningan nak keperangan bolehlah diangkat. Sedap di makan dgn nasi panas2.





* resepi ni boleh juga digunakan utk hirisan ayam.dan ditaburkan bijan keatas kepingan ayam yang dicelup ke dalam kuning telur sebelum digoreng.





*resepi ni juga boleh digunakan untuk cendawan putih yang bnyk jual di pasar mlm atau pasaraya (bukan cendawan butang),apa namenye ye, warna putih, kalau disusu jadi mcm kelopak bunga.



* resepi ini tiak menggunakan air.boleh juga resepi satu lagi dgn menggunakan bahan yg sama cuma campuran tepung tadi dibancuh dgn sedikit air mcm buat jemput2 atau cekodok sebagai batter.

Selamat mencuba.

date Tuesday, June 17, 2008

Emm....sunyinye opis aku nih,maklumlah ramai yang bercuti....sambil lepak-lepak ni aku nak le menulis sket pasal apa yg ex student aku cerita di sms tadi. Dia minta nasihat, katanya bilik di asrama tempat pengajian dia yg baru ni ada gangguan mahkluk halus akhir-akhir ni. Aku bgtau le apa yg aku tau. Antara ayat-ayat quran yang dibaca dan diamalkan ialah:

* ayat qursi
* surah annas, al-ikhlas, al-falaq
* surah al-mulk
* surah al-waqiah
* surah al-baqorah (awal-awal ayat)

Baru-baru ni pun ada isu-isu ni dibincangkan di al-kuliah dan halaqah di tv9. Cerita pasal spesis yang tak berapa dikenali ni, sebenarnya banyak juge beri kita peringatan. Makhluk halus ni mmg ujud, dlm quran pun ada diceritakan...cumanya org kita ni panggei iblis dan golongan jin ni as hantu so mcm2 lah jenis hantu nih,hantu pinggan,hantu galah dlln, golongan bunian dan lain2.Mat saleh pulak panggei UFO...err UFO nih dlm golongan ape yer...bunian?(klu lah UFO ni mmg ujud). Ada orang tak percaya hal-hal ni..pesal lak tak percaya...kan ujud cumanya jgn lah terlalu percaya sampai terikut2 perangai hantu nih alih-alih nak jadi lebih kuat dan power rangers lak dp hantu nih...mcm cerita gunawan dlm susuk tuh.

Antara misteri yg penah dialami zaman belajaq dulu-dulu;
* masa aku sekolah kat Penang dulu, setengah tahun sekolah aku diganggu seteruk-teruknya sehingga 7 orang pelajar dirasuk...siap ada yg jadi mak,ayah,anak sulung dan anak bongsu...letih betul la nak jaga diowang nih....kami yang duk study dlm kelas bila jam menunjukkan 9.55mlm mula lah semua tutup buku dan mengeluh kerana jeng jeng jeng...tepat pukul 10mlm 7 orang ni akan mula menjerit-jeirt dari tempat masing...then jagalah mereka ni sampai lewat mlm.satu mlm tu sampai ada yg berlari2 jenuh la berkejar2 ala-ala olimpik nak tnagkap diowang nih dikhuatiri terjun dari bangunan.

* masa aku kat univ pulak, balik je dr bercuti dr kg.....satu kampus kena ganggu especially tempat siswi...yg ni mmg seram kalah citer drakula kat tv.....abis diserangnya dlm bilik luar bilik...ni sebabnya ada pelajar-pelajar yg terlalu kreatif pegi main spirit masa kitaorang seme balik bercuti ke kg. terlebih masa la tu. jenuh la penggei ustaz la...buat solat hajat dan lain-lain.aku sure kwn2 aku masih ingat kes ni sampai skg.ada yg kena ganggu dlm lif di tempat kuliah dlln...ada sorang guy nih dan kwn2 dia konon2 nak release tension waktu exam..so nak isi masa lapang, diowang pun pegi naik lift kat situ...naik turun naik turun sehinggalh jeng jeng jeng...di tingkat 6, seorang wanita masuk..the dia keluar di tingkat 8...lepas tu .....jeng jeng jeng...bila wanita tu berpusing...wajahnya tak berwajah maksudnya tak mcm orang biasa la..so lintang pukang la budak2 ni lari...yg sorang tu sampai kena berubat di kg sebulan demam.

* aku tertanya gak kat mysia je ke jadi kes-kes mcm ni?kat oversea?
satu hari kwn aku citer, ada kes berlaku di oversea.sorang guy ni dia belajar di salah sebuah univ di USA.waktu cuti dia balik le ke mysia...then dia join la aktiviti masuk hutan dlln. bila dia balik semula ke U.S, tak lama tu dia jatuh sakit, meracau-racau.Maka, kwn2 dia pun panggei la ustaz ni..jadi la perbualan antara ustaz dan mahkluk satu lagi nih....katanya dia takde kwn di U.S sebab tulah dia kacau budak ni.Hantu2 kat U.S tanak kwn dgn dia maklumlah dia spesis berlainan dp diwoang tuh....jauh dia dtg...naikk kapal terbang katanya.he he he.Adusss....spesis antu ni mmg bnyk memperdayakan manusia.

*maka, moral of the story; elakkanlah apa2 yang boleh mendekatkan diri dgn spesis ni....paling berbahaya bila manusia sendiri bertukar menjadi spesis antu nih.Nauzubillah.

date

Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan(Oleh Endok Sempo Mohd Tahir)(di blog wanita JIM)

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
*Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

*Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

*Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

*Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

*Anak yang tidak berbapa.Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.

*Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
--> Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-->Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-->Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

*Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan.
Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

--> Bapa yang komited dan bertanggungjawab.Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.

--> Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

--> Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

--> Kenali anak anda.Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.

--> Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

*Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu:

--> hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan);

--> sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan;

--> mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

--> melindungi, menyara dan mendoakan.Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.

--> Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis.

--> Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat. Mencintai ibu mereka.Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.l Menjadi pendengar yang baik.Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.

Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.l Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.

Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid.

Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.Selamat Hari Bapa!

PENULIS boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan persoalan boleh dilihat di www.wanitjimceria.blogspot.com
posted by Wanita JI

date Monday, June 9, 2008

Aku tertarik dengan kata-kata daripada tokoh terkenal, Hamka; `Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga'.

emm,apakah maksud tersirat yang boleh dikaitkan dengan situasi di Malaysia sekarang?Perlukah kita menggunakan acuan terkini, termoden yang diguna pakai oleh ramai orang di luar neagra nuh?Pelrukah kita mengikut rentak terkini dengan pengubahsuaian mengikut keperluan? Apakah acuan tu dan pengubahsuaian yang mcm mana yang perlu dibuat?

any idea wahai sahabat-sahabatku? emmm.........

___________
ni sahabat yang reply..sungguh bermanfaat.Tq Kak Zeem, saya buh sini ye utk tatapan sahabat-sahabat.

Children of the Hereafter ---

It is reported from ‘Alî b. Abî Tâlib –Allah be pleased with him – that he said:

The thing I fear for you most is following desires and having extensive hopes (about this worldly life). Following one’s desires blocks you from the truth, and having extensive hopes makes you forget the hereafter. Verily, this worldly life is departing and the hereafter is approaching and each of them has its children.

So be children of the hereafter, not children of this world, for today there are (opportunities to do) deeds and there is no reckoning, but tomorrow there will be reckoning and no deeds.

Quoted by Al-Bukhârî, Al-Sahîh, The Book of Raqâ`iq without the first sentence. Reported in its entirety by Abû Nu’aym, Hilyah Al-Awliyâ` Vol.1 p40, and others.
http://www.albaseerah.org/forum/showthread.php?t=3125

date

Saidina Ali r.a.

* Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
* Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
* Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.


Hamka

* Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

* Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.

* Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.


Luqman al-Hakim

*Walaubagaimana alim pun seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.

date

Koleksi mutiara kata yang diambil daripada pelbagai rumpun bangsa dan negara.

Pepatah Melayu

* ____________ (lum dpt koleksi yang menarik lagi he he he)


Chinese Proverbs (translated to English)

* Man who runs in front of car get tired.

* Man who runs behind car get exhausted.

* Man with one chopstick goes hungry.

* War does not determine who is right, war determine who is left.


Arab Proverbs

* All sunshine makes the desert.

*An army of sheep led by a lion would defeat an army of lions led by a sheep.

*Ask the experienced rather than the learned.

* The enemy of my enemy is my friend

* God sells knowledge for labour -- honour for risk.


Native American Proverbs

* Listen or your tongue will keep you deaf.


German Proverbs
* Love your neighbor, but don't tear down your fence.

date

Waktu bosan-bosan,tensen-tensen,keletihan atau ape aje perasaan yang melanda diri, maila menghayati koleksi puisi(poem),sajak,pantun ape je. Moga dpt merehatkan minda utk seketika.

IF (by: Rudyard Kipling..err betul kut)

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise:

If you can dream- and not make dreams your master;
If you can think- and not make thoughts your aim,
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build 'em up with worn-out tools:

_________________
(i just take part of this poem)
lessons : -
* don't feel sad or worry if feel that `today' is not your day (la tahzan)
* life still goes on - be creative
* do not stop trying and putting effort in your life

date

Bangkit daripada kegagalan.(KOSMO online oleh Dr.Amaludin Abd Rahman)

Seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya. KEINGINAN untuk berubah tetap ada dalam diri seseorang. Memang ramai orang yang gagal mencapai kejayaan tetapi mereka terus berusaha.
Cuba renungkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah bantuan (untuk menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan perintah Tuhan) dengan sabar dan mengerjakan solat." - (Surah al-Baqarah: 153)

Ketika sedih, hampa, sakit hati, takut dan risau, inilah masanya kita perlu bangkit dengan segera dan bersolat. Apa yang diperlukan pada masa itu adalah ketenangan jiwa. Dan solat merupakan penyejuk hati dan pembuka kebahagiaan.
Apabila semangat semakin luntur dan kita tidak tahu ke mana hendak dituju, duduklah sebentar dan fikirkan kembali apa yang kita telah lakukan.

Elok juga kalau kita belajar daripada kisah seekor keldai yang hampir mati tertimbus.
Di sebuah kampung di pedalaman, keldai merupakan harta penting untuk petani. Suatu hari, seorang petani mundar-mandir di sekitar rumahnya kerana mencari keldai yang hilang. Setelah penat, dia duduk di pangkin rumahnya memikirkan nasib keldai itu.
Kemudian, perlahan-lahan dia mendengar suara rengekan seakan-akan seseorang berada dalam kesusahan. Beringsut-ingsut si petani mencari arah suara itu dan rupa-rupanya itu ialah suara keldai yang sedang dicarinya.

Keldai itu tersesat dan terjatuh ke dalam perigi lama yang dilitupi daun-daun pokok di atasnya.
"Apa yang harus dibuat? Perigi ini dalam dan kalau ditarik keluar, terlalu bahaya," bisik hatinya. Lama berfikir, dia memutuskan untuk menimbus sahaja keldainya.
Si petani mengajak beberapa orang rakannya untuk mengambus perigi tadi.
Semasa membuat kerja, dia menutup kedua-dua telinganya kerana tidak sanggup mendengar pekikan keldainya. "Cepat timbus, biar suara keldai ini tidak kedengaran lagi."
Peluh mencurah-curah keluar dari dahi petani dan rakan-rakannya.
Sehinggalah suara keldai tidak kedengaran barulah mereka berhenti.

Menyangka keldai sudah mati, mereka berdiri di tepi perigi untuk melihat apa yang berlaku.
Sungguh menakjubkan! Pandangan mereka terpaku pada seekor keldai yang masih kuat, segar dan sambil menggoyang-goyangkan ekor ke kiri dan kanan.
Setiap kali tanah jatuh ke atas badannya, keldai itu akan menggoyangkan punggungnya, menjatuhkan timbunan tanah lalu menginjak-injak sehingga menjadi padat.
Melihat keadaan ini, petani tambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka sehinggalah keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi.
Seperti juga kisah keldai ini, kehidupan kita akan terus dituangkan tanah dan kekotoran yang berupa kesedihan, masalah, ujian dan cubaan hidup.
Hanya ada satu cara untuk keluar daripada keadaan tersebut iaitu menggerakkan akal untuk membuang segala kesedihan daripada hati.

Dengan cara itulah, anda dapat menjadikan semua masalah seperti tanah untuk dipijak dan melompat keluar dari perigi kesengsaraan.
Kejayaan dan kegagalan untuk berubah adalah silih berganti. Tidak ada sesuatu yang kekal kerana setiap masa kita berubah.

Hanya kepada Allah kita berharap dan memohon pertolongan.
Allah berfirman: "Tidakkah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad)? Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat. Yang memberati tanggunganmu. Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu? Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu kamu berharap." - Surah al-Insyirah: 1-8

Gagal adalah sunah kehidupan. Yang lalu biarlah berlalu. Kita perlu pandang ke hadapan.
Ahli sukan yang bangga dengan kejayaan, jutawan yang megah dengan kekayaan dan ahli politik yang teruja dengan kekuasaan bersetuju bahawa seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya!

date

COMPARATIVE LEGAL ISSUES ON MARRIAGE & ROLE OF GOVERNMENT AGENCY
(by:Dr.Hj.Mohd Naim Hj. Mokhtar)


INTRODUCTION:
žLove before marriage is just a beginning
žIt needs to be nurtured which can only be fully achieved/experienced through marriage
žIn the course of getting married, loving couples normally enter into engagement
žEngagement & marriage are governed by applicable laws


APPLICABLE LAWS
žIslamic Family Law Act 1984 [IFLA]
žLaw Reform Marriage & Divorce Act 1976 [LRMDA]


LEGAL ISSUES
žBreach of promise to marry (betrothal)
žMarriage requirements
¡Age
¡Consent of parents/guardian
¡Consent of parties
¡Avoidance of marriage by prior subsisting marriage
žProcedure & Formalities


BREACH PF PROMISE TO MARRY

SYARIAH
žSpecific provision i.e. section 15 under IFLA
žEffect of breach:
¡No claim for damages only return of gifts & actual expenditure

CIVIL

žNo specific provision under LRA
žEffect of breach:
¡Claim for damages


MARRIAGE REQUIREMENTS

SHARIAH

žAge
¡Male – 18
¡Female – 16
¡If below age, need judge consent

CIVIL

žAge
¡Male & female – 18
¡If below age, void
¡BUT, female @ 16 can obtain license to marry from Chief Minister

CONSENT OF PARENT & GUARDIAN

SHARIAH

žRequirement for female regardless of age
žRefusal : consent of judge
žEffect of failure to obtain consent
¡Does not rule marriage invalid
¡Marriage cannot be solemnized
¡Registrar will give permission
¡Guilty of an offence

CIVIL

žRequirement for both male & female under the age of 21
žRefusal: consent of High Court Judge in chamber
žEffect of failure to obtain consent
¡Does not rule marriage invalid
¡Marriage cannot be solemnized
¡Registrar will not issue certificate of marriage
¡Minister will not issue license

CONSENT OF PARTIES

Both parties must consent freely to the marriage
It is an offence for a person to use any force or threat
q to compel a person to marry against his / her will
Syariah & Civil


žTo prevent a person from contracting a valid marriage - SYARIAH

žTo prevent a person who has attained age of 21 from contracting a valid marriage - CIVIL


PROCEDURE AND FORMALITIES: WAYS WHICH MARRIAGE CAN BE SOLEMNIZED

SHARIAH
žAfter the issue of permission by Registrar OR Syariah Court Judge
žIn Malaysia Embassies or Consulates abroad

CIVIL

žAfter the issue of a certificate for marriage by Registrar
žAfter the issue of license by Chief Minister
žIn a church, temple or @ any place of marriage in accordance with the religion, custom or usage of parties
žIn Malaysia Embassies or Consulates abroad


EFFECT OF REGISTRATION

žBoth IFLA and LRMDA provides that nothing in the Act or rules made under the Act shall be construed to render valid or invalid any marriage that are otherwise is invalid or valid, merely by reason of its having been or not having been registered

ROLE OF RELEVANT AGENCIES

žCounseling & Family Development Unit
¡Provide counseling services & advice in the formation of an Islamic family
¡Handle family issues in relation to marriage, divorce & reconciliation
¡Disseminate information on family issues to assist Muslim families in solving their problems


žMarriage, Divorce & Reconciliation Unit
¡Ensure matters regarding marriage, divorce & reconciliation is being carried out based on IFLA
¡Keep records on marriage, divorce & reconciliation of the Muslim couples

žSyariah Court
¡Administer & enforce IFLA in order to deliver justice effectively & efficiently



CONCLUSION

žEssential to ensure that one’s marriage
complies not only with religious precepts but also with requirement of laws
žThere are similarities and differences between IFLA & LRMDA to cater needs of Muslims and non-Muslims alike
žGovernment agencies do play a supportive role in safeguarding the love before marriage that has been translated into an institution of marriage will be everlasting

date Saturday, June 7, 2008

PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL MELALUI BIDANGKUASA JENAYAH.(Oleh Tuan Wan Mohd Zakri Wan Mohd)


Firman Allah s.w.t
Maksudnya: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakkan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
Surah AlRom : ayat 41
Hadis Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu menjadikan kesusahan kepada manusia (orang lain).”

1. Bidangkuasa
A)Mahkamah Tinggi Syariah
Enakmen Mahkamah Syariah
Seksyen 11 (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan bolah dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan bolah mengenakan apa-apa-hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu;


Seksyen 12 (2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh sseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukuk-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu;


Bentuk Hukuman Yang Diperuntukkan:

Denda – Tidak melebihi 5 ribu
Penjara – Tidak melebihi 3 tahun
Denda dan penjara
Sebatan – Tidak melebihi 6 sebatan
Hukuman gantian kepada hukuman denda dan penjara


Hukuman Gantian

Dikomitkan ke pusat-pusat pemulihan
Dikomitkan ke rumah-rumah pemulihan
Diberikan teguran
Perintah berkelakuan baik


Tujuan Penghukuman

Tujuan Balasan
Tujuan Deteran
Tujuan Pemulihan


2. Tujuan Deteran - Menghukum pesalah supaya dia bertaubat dan tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
3. Tujuan Pemulihan - Berhasrat untuk mengelakkan seseorang pesalah menjadi warganegara dan umah yang mematuhi undang-undang (termasuk hukum syarak)


Peruntukkan Undang-Undang Mengenai Kesalahan Jenayah Syariah

Kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan
i.Sumbang mahram
Seksyen 24. Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


ii. Perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Seksyen 25 : Mana-mana orang perempuan yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


iii. Muncikari

Seksyen 28 : Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


iv. Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah


Seksyen 29 : Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


v. Musahaqah

Sekeyen 30 : Mana-mana orang yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


vi. Khalwat


Seksyen 31 : Mana-mana –
(a)Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya ; atau
(b)Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,
dimana-mana tempat yang terselindung atau di dalam
rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


vii. Orang lelaki berlagak seperti perempuan


Seksyen 33 : Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


viii. Perbuatan tidak sopan di tempat awam

Seksyen 34 : Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


viii. Memujuk lari perempuan bersuami

Seksyen 43: Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawa keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.


x. Memujuk lari orang perempuan

Seksyen 46: Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk orang perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang perempuan itu.


xi. Anak dara lari daripada jagaan


Seksyen 48: Seseorang anak dara atau thayyib yang lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya yang sah tanpa sebab yang munasabah pada Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang sesuai mengenai anak dara atau thayyib tersebut.


xii. Mengganggu perempuan di tempat awam

Seksyen 53: Mana-mana orang lelaki menggangu seorang perempuan yang bukan mahramnya di mana-mana tempat awam dengan suatu perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah perempuan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


Cadangan supaya peranan Mahkamah Syariah dalam membendung gejala sosial diketahui oleh masyarakat

*Kes-kes jenayah syariah ini diberikan ruang yang lebih luas dalam majalah dan akhbar – tujuan untuk memberikan pengajaran dan pendedahan kepada masyarakat
*Satistik peningkatan kes-kes jenayah syariah diberikan perhatian yang serius sepertimana kes-kes jenayah sivil(awam)
*Hakim-hakim Syarie membuat lebih banyak komen dan ulasan dalam alasan penghakiman
*Diwujudkan pusat-pusat pemulihan akhlak yang khusus untuk pesalah-pesalah jenayah syariah


Kesimpulan


Jika dilihat dari sudut bidang kuasa jenayah yang diberikan kepada Mahkamah Syariah, peruntukkan berkaitan kesalahan dan hukuman serta matlamat hukuman, Mahkamah Syariah boleh dan telah pun memainkan peranannya sebagai salah satu agensi kepada masyarakat dalam usaha untuk mengawal dan menangani masalah gejala sosial yang sedang melanda masyarakat kini dari terus berleluasa.

Walau bagaimanapun, bagi menjamin keberkesanannya, semua pihak dan agensi lain seperti pihak penguatkuasaaan, pihak pendakwaan dan orang ramai perlulah saling bekerjasama dan memainkan peranan mereka masing-masing. Walau sebaikmanapun undang-undang digubal dan ditulis, ianya tidak memberi sebarang makna sekiranya undang-undang dan peraturan itu tidak dapat dilihat bahawa ianya dilaksanakan.

date


Kek Aiskrim.
Bahan-Bahan:

Bahan kulit:
80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya

Bahan inti:
Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar

Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.

Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan strawberi.


Blackberry Cheesecake.
Bahan-Bahan:
Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik

Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur 150 ml (1 pek kecil)
yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W) ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)

Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik Panaskan oven pada suhu 180C.
Cara Untuk Base: Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus. Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap. Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.

Cara Untuk Filling: Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit. Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil. Masukkan telur satu persatu. Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.

Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan. Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia. Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya. Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.

date

Malaysiaku tercinta, tanah tumpah darahku,memang aku bangga jadi rakyat Malaysia malah bersyukur.Aku tak pernah nak membandingkan dengan negara-negara lain kerana setiap negara ada kelebihan masing-masing...cuma lately aku rasa sungguh sedih,kecewa dengan apa yang berlaku di negaraku yang tercinta ini.Cukuplah dengan masalah sosial yang meningkat,jenayah tak terbendung,yang paling terbaru harga petrol dan barang-barang yang pastinya akan naik melambung......

Hari ini harga petrol naik dengan happynya, kalaulah petrol tu boleh ketawa agaknya dia akan ketawa berdekah-dekah melihat anak tempatan rakyat Malaysia yang terkulat-kulat malah ada yang menangis rasanya,pagi ni aku sampai je opis kengkawan aku tak kira bangsa apa pun seme muka mcm nengok citer telenovela sedih je...malah sian je aku dengar depa-depa ni tak dpt tidur mlm semalam...fikirkan ada anak yang nak sambung belajar,duit belanja bla bla bla....aku memang sedih sesangat kali ni dengan apa yang terjadi pada rakyat Malaysia...kalaulah petrol tu dapat melihat dan ada hati dan perut sure dia pun menangsi sama.

Aku bukanlah nak marah atau apa walaupun pada hakikatnya rasa marah juga....yang paling aku rasa ialah sedihhhhhhh, masalah-maslaah sosial,jenayah pasti akan lagi meningkat setara dengan peningkatan harga-harga barang...bila individu dah tertekan maka bertambahlah masalah dalam keluarga,tempat kerja dan lain-lain... kawan aku cakap,`takpala kita pi nengok citer Panda The KungFu, boleh gelak-gelak release tension'. Aku ckp kat dia...yeaaaa dan aku pasti harga tiket wayang pun meningkat he he he

Malam semalam hari ini dalam sejarah nampaknya....jalan exit ke tol puchong jem giler...masing-masing nak berebut-rebut isi minyak kreta.Aku tak tau la pukul brape la depa nak dpt turn dan juga sampai ke rumah lepas tu. Kawan-kawan aku yang sms aku rata-rata memberitahu hal yang sama....malah di Kemaman lebih teruk keadaannya, bak kata kwn aku habis kreta-kereta to depa letak atas jalan raya mcm tu je sampai polis kena kawal, Taiping tempat kenangan terindah aku pun yang tak pernah-pernah busy sebelum ni dah sarat dengan kereta di jalan raya.

emmm......Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami menempuhi hari-hari mendatang.Amiin.
Nampaknye aku kena fikir jln alternatif cari duit poket lebih ni......jual nasi lemak ke ok tak he he he.

date Thursday, June 5, 2008

* Soalan : SIAPAKAH DZULQARNAIN ?

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menjawab:
Didalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, iaitu: "Hingga apabila dia telah sampai pada tempat terbenam matahari, dia pun melihat matahari terbenam kedalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ (di laut itu)segolongan ummat. Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu bolehmenyiksa mereka dan boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'." (Q.s. Al-Kahfi: 86).

Apakah yang dimaksud dengan matahari yang terbenam dalammata air yang hitam? Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain?

Jawab: Kisah Dzulqarnain telah diterangkan dalam Al-Qur'an pada Surat Al-Kahfi, tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakah sebenarnya Dzulqarnain, siapakah orang-orang yang didapatinya, dan dimana tempat terbenam dan terbitnya matahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secara terperinci dan jelas, baik mengenai nama maupun lokasinya, hal ini mengandung hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui. Tujuan dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada SuratAl-Kahfi maupun lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuan utamanya ialah sebagai contoh dan pelajaran bagi manusia.

Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya: "Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaranbagi orang-orang yang berakal." (Q.s.Yusuf: 111) Kisah Dzulqarnain, mengandungi contoh seorang raja soleh yang diberi oleh Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur dan Barat. Semua manusia dan penguasa negara tunduk atas kekuasaannya, dia tetap pada pendiriannya sebagai seorang yang soleh, taat dan bertakwa. Sebagaimana diterangkan dibawah ini: "Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang yang menganiaya, makakelak Kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikankepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tiada taranya'." (Q.s. Al-Kahfi: 87). "Adapun orang yang beriman dan orang beramal saleh, makabaginya pahala yang terbaik sebagai balasan ..." (Q.s.Al-Kahfi: 88).

Jadi, apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an, hanyalah mengenai perginya Dzulqarnain ke arah terbenamnya matahari,sehingga berada pada tempat yang paling jauh. Di situ diterangkan bahwa dia telah melihat matahari seakan-akan terbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya,matahari itu tidak terbenam di laut, tetapi hanya bagi penglihatan kita saja yang seakan tampak matahari itu terbenam (jatuh) ke laut. Padahal matahari itu terbit menerangi wilayah (bangsa) lain. Maksud dari ayat tersebut, bahwa Dzulqarnain telah sampai ke tempat paling jauh, seperti halnya matahari terbenam di mata air yang kotor (berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitujuga maksud dari ayat tersebut, Dzulqarnain telah sampai ditempat terjauh, iaitu terbitnya matahari dan sampai bertemu pula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj. Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada pendiriannya semula, iaitu sebagai seorang raja yang adil dan kuat imannya, yang tidak dapat dipengaruhi oleh hal-hal yangdikuasai dan kekuasaannya diperkuatnya dengan misalnya membangun bendungan yang besar, yang terdiri dari bahan-bahan besi dan sebagainya.

Di dunia ini beliau selalu berkata dan mengakui, bahwa segala yang diperolehnya sebagai karunia dari Allah dan rahmat-Nya. Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an: "Dzulqarnain berkata, 'Ini (bendungan atau benteng) adalahsuatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah tiba janjiTuhanku, Dia pun menjadikannya rata dengan bumi (hancurlebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar." (Q.s. Al-Kahfi:98). Tujuan utama dari Al-Qur'an dalam uraian di atas ialahsebagai contoh, dimana seorang raja saleh yang diberikekuasaan yang besar pada kesempatan yang luar biasa dan,kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru dunia di sekitarterbit dan terbenamnya matahari. Dalam keadaan demikian,Dzulqarnain tetap dalam kesalehan dan istiqamahnya tidakberubah. Firman Allah swt.: "Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kamitelah memberikan kepadanya (Dzulqarnain) jalan (untukmencapai) segala sesuatu." (Q.s. Al-Kahfi: 84). Selanjutnya masalah tersebut tidak diterangkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, misalnya waktu, tempat dan kaumnya, siapa sebenarnya mereka itu. Karena tidak ada manfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada hal-hal yang diterangkan saja. Jika bermanfaat, tentu hal-hal itu diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.

_________________
* dalam sebahagian penulisan Dzulkarnain atau ada yang menulisnya sebagai Iskandar Dzulkarnain adalah orang yang sama dengan Alexander the great. Malah terdapat buku rujukan sejarah di Malaysia yang bercampur aduk antara dua nama ini yang tertulis dalam sejarah beliau seolah-olah merujuk kepada individu yang sama. Mengikut fakta sejarah mengenai Alexander the Great, ksiah hidup dan peribadi beliau amatlah berbeza Dzulkarnain yang diceritakan di dalam Al-Qur'an a;-Karim.

*Alexander diriwayatkan datang dari keluarga yang porak peranda dari moralnya dan lain-lain. Ayahnya,seorang raja, mempunyai perempuan simpanan dan berkahwin dengan seorang wanita yang pernah menjadi kekasih Alexander.Alexander pula mempunyai hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri serta hubungan sulit dengan sahabat karibnya sejak kecil (dikategorikan homosexual). Beliau yang kagum dengan dirinya sendiri setelah berjaya menawan kerajaan-kerajaan lain dan membina empayarnya, akhirnya mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Berbanding dengan Dzulqarnain yang diceritakan dalam Al-Quran adalah seorang raja yang soleh di mana menyembah Allah yang satu.

date Wednesday, June 4, 2008








































Alhamdulliah,Simposium Kekeluargaan 1 telah pun diadakan di Sunway University College pada 23hb.Februari,2008 anjuran bersama Sahabat Society,Canadian International Matriculation Programme,SUCI Society dengan kerjasama daripada LPPKN. Tajuknya CINTA SEBELUM KAHWIN dengan fokus kepada permasalahan sosial di kalangan remaja dan masyarakat berikaitan dengan isu-siu cinta dari perspektif perundangan,sejarah dan budaya,psikologi,sosiologi dan agama.

Banyak cabaran yang dilalui dan pengalaman-pengalaman baru dalam menjayakan program ulung ini. Tidak dinafikan terdapat kesilapan teknikal dan kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Apapun program yang menjadi kenangan istimewa ini tak akan berjaya tanpa kerjasama semua ahlijawatankuasa terutamanya sahabat-sahabat yang banyak memberi idea,teguran dan sokongan especially Tuan Azhari yang memberi sokongon padu tak berbelah bahagi tolak dan campur dari awal hinggalah program selesai. Tenkiu sifu.Cik Roslina juga banyak beri idea terutamanya dari segi pembentangan kertas kerja.Tak juga lupa kepada penceramah-penceramah yang sungguh hebat dengan isi yang sungguh padu amat bermanfaat untuk semua yang hadir serta sokongan sahabat-sahabat dari rumah Raudhatus Sakinah. Paling buat aku tak lupa ialah sahabat-sahabat bunga kertasku yang sanggup datang dari jauh, Kedah, Ganu, Serdang(bukan kedah, serdang selangor he he he)Kelang untuk memberi sokongan....ia paling bermakna kerana menjadi tempat reunion kami juga :).
Oleh itu, aku nak abadikan kenangan ni dengan mewarnai villa ini dengan gamabr-gambar dan coretan mengenai program ini untuk tatapan sahabat-sahabat, mereka yang tak dapat hadir pada haritu dan juga pelajar-pelajarku yang jauh merantau di negara orang.
Tq to all of you.
Koleksi gambar :
No.1 dan dua gambar ke bawah adalah sebahagian ahlijawatankuasa yang sungguh berkerja keras - ni waktu perbincangan dan makan-makan serta penghargaan selepas program selesai.:)
sorry la gambar-gambar ni tak teratur sikit, nantila duk belajaq lagi nak atur gamabq2 ni dan aturan nombornya.



















































date

*this is one of the papers presented at Multiculturalism and the Law Conference, University of Malaya,May,2008. I just take parts of the papers, hopefully it will be very beneficial to readers.

Conversion to Islam and the Jurisdictional Conflict – by Dr.Mohamed Azem Mohamed Adil (UiTM)

1.Introduction.

* Conversion to Islam is common in a country of multi-ethnic and religion like Malaysia. However, problem arises when the new converts die. It has always been a tough tussle in the courts in determining the status of the deceased’s religion. The next-of-kin have always argued that the deceased was a non-Muslim at the time of his death. On the other hand, the respective Islamic Councils claimed otherwise. The problem arises as the deceased converted to the religion of Islam secretly and never inform the next-of kin. The non-Muslim parties reluctantly appear before the Shari’a Court judges mainly on a simple reason, i.e that the Shari’a Courts have no jurisdiction over non-Muslim parties. At the moment S.51 of the Law Reform (marriage & Divorce) Act 0f 1976 (LRA) provides that until the non-Muslim party petitions for divorce at the Civil Court, the Muslim party, despite the fact that he/she has converted to Islam, is still considered as husband/wife in the eyes of Civil Law. This led to uncertainty as far as the status of the marriage is concerned although in the eyes of Islamic Law that the marriage is automatically `dissolved’.

2.The Concept of Religious Freedom in Islam.

* The root source of this fundamental right is embodied in verse 256 of Sura al-Baqara that clearly stated: `Let there be no compulsion in religion’. Based on this command, many jurists and scholars have postulated that the among the rights that are manifested in personal liberty is the freedom of the individual to profess the religion of his or her choice without compulsion.

* As Fathi Uthman observes `No power of any kind in the Islamic state, in this regard, is to monitor and prevent the forces which might seek to deny the people their freedom of belief’.

3. The Scope of Religious Freedom in Islam.

* The traditional approach : It is conditional, not absolute. This could be seen in the case of apostasy. Muslims are totally denied to renounce Islam. While non-Muslims are welcome to convert to Islam, Muslims who intend to leave Islamic faith for other religions are subject to death penalty. Muslims who renounce Islam are not only facing a death penalty but also loss of his/her marriage status in the ground that his/her marriage is automatically dissolved due to his/her apostasy. Other rights such as inheritance and property are also discarded.

*The Modernist approach: The notion of freedom of religion is Islam is absolute, not conditional. This is true because individuals are given freedom of choice, whether to accept or reject the Islamic faith. According to Abdulaziz A.Sachedina, `hidaya (guidance) is a fundamental feature of the Qur’an and is reiterated throughout to emphasize the fact that this form of guidance is part of human nature. Human beings can reject this guidance although they cannot produce any valid excuse for the rejection.

(I skip no.4 and 5, just elaboration of the no 3)

6. The Scope of Religious Freedom under the Federal Constitution

*Article 11(1) of the Federal Constitution provides that every person has the right to profess and practice his religion. Every person has also right to propagate his religion, but state law, and in respect of the Federal Territory, federal law may control or restrict the propagation of any religion, doctrine or belief among Muslims. According to Professor Andrew Harding, `Article 11, while safeguarding freedom of religion, draws a distinction between practice and propagation of religion.’.

* Article 11(4), the State legislation has a jurisdiction to enact legislation in controlling and restricting the propagation of non-Islamic religious doctrines and beliefs among Muslims.

* Article 11(5) of the Federal Constitution states, `This article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality ‘. The limitation of this right does not only apply to non-Muslim but also to Muslims.

*Article 12(1), the Federal Constitution prohibits discrimination on religious grounds in education and scholarship.

*Article 12(2) seems to allow a certain amount of discrimination, especially in relation to the religion of Islam. The Federal Constitution recognizes the right of religious group to establish and maintain institutions for the education of children in their own religion, the same clause provides the lawfulness for the Federal and State government to establish, maintain or assist in the establishment or maintenance if Islamic institutions or other means of providing instruction in Islam.

* Article 12(3) prohibits any person from being required to receive instruction or to take part in any ceremony or acts or worship or a religion other than his own.


7. Conversion to Islam according to the States’ Enactments.

The various states’ enactments have made several requirements for conversion to the religion of Islam. S.107 (1) of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) 0f 2003, for example, provides that the following requirements shall be complied with for a valid conversion of a person to the religion of Islam :
a) the person must utter in reasonably intelligible Arabic the two clauses of the Affirmation of Faith (kalimah shahadah);

b) at the time uttering kalimah shahadah the person must be aware that they mean `I bear witness that there is no god but Allah and I bear witness that the Prophet S.A.W. is the Messenger of Allah’; and

c) the utterance must be made of the person’s own free will


* It is also required by the states’ law for a person who has converted to the religion of Islam to apply to the Registrar in the prescribed form for registration as muallaf.

* However, for the purpose of determination whether a non-registered person is a muallaf of the person is not registered in the Register of Muallafs, then such question shall be decided on the merits of the case in accordance with S.107.


8. Jurisdiction in Conversion to Islam: Shari’a Court versus Civil Court.

* The word `jurisdiction’ in Article 121 (1A) of the Federal Constitution seems ambiguous, there is a need for a proper construction of its interpretation by the Federal Court. It has led to conflicting judicial decisions on the question of which court has jurisdiction when conversion cases arise.

First approach – suggests that the Syari’a Courts have no jurisdiction whatsoever in matters relating to conversion in a case where there is no express jurisdiction conferred in the State Laws.

* The view that postulates State Legislatures need to expressly confer jurisdiction on the Shari’a Courts was affirmed in Ng Wan Chan v Majlis Ugama Agama Islam Wilayah Persekutuan & Anor. In this case, the plaintiff was the widow of Lee Siew Kee who died on 2nd May 1991. One of her seeking orders was a declaration that her late husband was a Buddhist during his lifetime and at the end of his death on 2nd May.
- The first defendant later filed an application to set aside a writ and claim of the plaintiff. After discussion, the first defendant decided not to proceed with this, and instead to raise the issue of preliminary objection challenging the jurisdiction of the High Court to entertain plaintiff’s claim.

- The defendant claimed that the Civil High Court had no jurisdiction on matters pertaining to Islamic Law as stated in the State List.


* Another vital case – Mohamed Habibullah v Faridah Talib. Involved Article 121 (1A).
- the respondent had renounced Islam after being dissatisfied with the manipulation made by Federal Territory Shari’a Court in seeking fasakh (dissolution of marriage by court order). She later filed a writ of summons in the High Court of Kuala Lumpur and claimed among damages and/ or aggravated damages for atcs assault and battery committed by the defendant against the plaintiff and the members of their family.

* (to be continued……)

date

Cuti sekolah jual dadah
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDINzulsham@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Di luar pengetahuan ibu bapa, kebebasan yang diberi rupanya memberi peluang seorang pelajar 17 tahun menjual dadah untuk mencari duit poket ketika cuti sekolah.
Modus operandinya hanya menunggu panggilan telefon dari pelanggannya dan menghantar dadah itu menggunakan motosikal.
Namun kegiatan yang dilakukan baru seminggu itu akhirnya berkubur apabila dia ditangkap sepasukan polis di kawasan perumahan awam flat Seri Johor, Cheras Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, remaja lelaki itu ditahan semasa sedang berdiri di sebelah motosikalnya dipercayai sedang menunggu pelanggan pukul 10.30 malam.
"Polis yang menerima maklumat orang awam telah bergegas ke tempat tersebut dan hasil pemeriksaan kita menjumpai sebuah beg yang berisi bungkusan daun pisang," katanya kepada pemberita semalam.
Katanya, di dalam bungkusan daun pisang itu, terdapat daun-daun kering disyaki dadah kanabis seberat 19.35 gram sebelum membawa polis ke rumahnya.
Hasil pemeriksaan di rumahnya, polis menjumpai satu bekas tin warna merah yang juga terdapat daun kering kanabis mampat.
Bagaimanapun suspek didapati negatif dadah.
Ujar Chez Chiang, keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM700 hingga RM800 dan suspek telah direman sehingga Khamis ini.

___________________
*emmm....kelu lidah nak beri sebarang komen

date

Jaafar rayu sumbangan jumpa isteri.
JAAFAR berharap dapat bertemu Siti Aishah di Pakistan jika ada yang sudi membantu.
GEORGE TOWN - "Saya berhajat untuk jumpa isteri minggu depan kerana terasa lama benar tidak berjumpanya." Demikian luah Jaafar Noor, 43, yang terkenangkan isterinya, Siti Aishah Hamid, 43, yang ditahan di Pusat Tahanan Wanita Karachi, Pakistan sejak 28 April lalu kerana cuba membawa keluar dadah jenis heroin.
Menurutnya, isterinya akan dibawa ke mahkamah di negara itu pada 11 Jun depan bagi perbicaraan kes tersebut.
"Jika kesampaian hajat itu saya mahu berjumpanya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Namun katanya, mana mungkin beliau boleh ke sana kerana wang sakunya kini cuma RM20 berbanding kos yang diperlukan adalah tinggi.
Katanya, dia amat berharap sekiranya ada pihak dapat membantu untuk membawanya ke negara itu.
"Tolonglah saya. Saya perlu ke sana untuk memberi kekuatan kepada isteri saya yang menghidap penyakit tulang rapuh," ujarnya.
Kosmo! Isnin lalu melaporkan Jaafar kehilangan RM150 setelah wang tunai yang disimpan dalam beg pinggang yang diletakkan dalam bilik di rumahnya di Permatang Damar Laut dicuri.

__________

*sedih pulak aku baca kisah-kisah macam ni.nak komen pun perkara dah lepas....

date

WANITA BEKERJA.
Soalan : Apakah hukumnya seorang wanita bekerja? Maksud saya ialah bekerja di luar rumah sebagaimana kaum lelaki. Adakah harus bagi wanita untuk turut terlibat sama memberi saham meningkatkan produktiviti, pembangunan dan juga aktiviti di dalam masyarakat? Atau adakah wanita itu hanya layak untuk terkurung serta bekerja di dalam linkungan rumah sahaja? Islam sebagaimana yang kami tahu adalah agama yang memuliakan kaum wanita serta lebih dahulu memberikan kepada mereka hak- hak kemanusiaan sebelum daripada Barat. Oleh yang demikian tidakkah perkerjaan itu juga anyara hak wanita yang akan memelihara air mukanya serta kehormatannya daripada menjadi barang murahan?
Mengapa wanita tidak turut menyertai medan kehidupan sebagaimana yang dilakukan oleh wanita Barat telah berjaya menajamkan keperibadiannya, memperolehi haknya serta memberi saham dalam memajukan masyarakatnya? Kami ingin mengetahui batasnya syarak untuk setiap pekerjaan yang diharuskan bagi kaum wanita Muslimah yang mana meskipun mereka bekerja, akan tetapi mereka tidak sekali- kali mengadaikan agama atau melalaikan segala tanggungjawabnya. Kalau boleh biarlah keterangan itu nanti jauh daripada sikap- sikap melampau yang melarang keras wanita daripada menuntut ilmu, bekerja dan keluar daripada rumah sekalipun ke masjid! Di samping itu, ia juga hendaklah jauh daripada segala pandangan yang bermudah- mudah; seolah- olah mahu membebaskan wanita Muslimah daripada segala ikatan sehingga menjadi barangan murahan di pasaran. Apa yang kami mahukan ialah hukum syarak yang sahih. Muslimah yang belajar.


Jawapan:
Wanita adalah manusia sebagaimana juga lelaki. Ini kerana kejadian kedua- duanya itu adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud:
“Setengah kamu ( adalah keturunan) dari setengahnya yang lain.” ( Ali - Imran: 195)
Oleh kerana manusia adalah makhluk yang hidup, maka adalah menjadi tabiatnya untuk sentiasa berfikir dan juga bekerja. Tanpa kedua- dua ini, ia tidak akan menjadi manusia. Dan Allah (s. w. t) sendiri menjadikan manusia itu adalah untuk bekerja. Malah Allah tidak akan menjadikan manusia melainkan untuk di uji siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. Oleh itu wanita di taklifkan untuk melakukan kerja- kerja yang baik sebagaimana ia juga di taklifkan ke atas lelaki. Dari sudut ganjaran pahala amalan yang dilakukan oleh wanita juga adalah sama sepertimana lelaki. Firman Allah: Maksudnya:
“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan firmanNya: ” Sesungguhnya Aku tidak akan sia- siakan amal orang- orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan”. (Ali- Imran: 195)
Bukan sahaja ganjaran di akhirat, malah ia juga turut memperolehi habuannya di dunia. Firman Allah: Maksudnya:
“Sesiapa yang beramal saleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik”. ( An-Nahl: 97)
Wanita juga sebagaimana yang selalu disebut adalah sebahagian daripada masyarakat. Adalah suatu yang tidak logik jika Islam membantutkan separuh daripada masyarakatnya sendiri, menghukumnya sebagai kolot atau tidak berkeupayaan dan mengabaikan hak- haknyanserta mengeksploitasi kebaikan yang ada padanya tanpa memberinya sesuatu yang positif.
Sesungguhnya tiada lagi pekerjaan yang lebih utama dan agung bagi wanita selain daripada mendidik generasi. Tugas terssebut tidak ada seorangpun yang menyaingi atau cuba merampas daripadanya.
Untuk memikul tugas tersebut, Allah (s.w.t) telah memperlengkapkan wanita dengan persiapan fizikal dan juga spiritual. Dengan sebab itu adalah tidak wajar bagi wanita untuk menyibukkan tugasnya yang besar itu dengan material dan juga perkara- perkara lain walau apa sahaja keadaan sekalipun. Tambahan pula tiada seorang pun yang dapat mengambil alih tempat wanita untuk melaksanakan tugas yang sangat besar ini. Apatah lagi generasi kecil itu merupakan penentu kepada masa depan sesuatu ummah di samping ia sendiri merupakan sebesar- besarnya aset kepada manusia ( human resources). Kerja- kerja wanita yang lain termasuklah memelihara rumahnya, menggembirakan suaminya serta membentuk sebuah keluarga bahagia yang berdiri di atas asas ketenangan dan juga kasih sayang. Di dalam suatu hadis dinyatakan bahawa wanita melayani suaminya, maka perbuatannya dikira sebagai jihad fi sabilillah.
Ini tidaklah bermakna bahawa pekerjaan wanita diluar rumah itu adalah haram. Tanpa nas syarak yang benar- benar sahih serta jelas hukumnya, seorang tidak boleh untuk mengharamkan sesuatu perkara. Ini kerana asal kepada sesuatu perkara atau tindakan adalah harus. Berdasarkan asas inilah kami menyatakan bahawa:
Pekerjaan wanita pada zatnya itu adalah harus; kadang- kadang ia menjadi harus dan kadang- kadang pula ia menjadi wajib terutamanya jika di dalam keadaan yang benar- benar memerlukan si wanita itu bekerja. Antaranya janda atau wanita- wnita yang diceraikan dalam keadaan berharta dan sebatang kara, akan tetapi ia mampu untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang dapat menahannya daripada meminta- minta.
Kadang- kadang keadaan keluarga itu sendiri yang memerlukan wanita untuk bekerja seperti membantu suaminya memelihara anak-anaknya ataupun saudaranya yang kecil dan membantu bapanya yang telah tua sebagaimana kisah yang disebut di dalam surah al- Qasas mengenai dua orang anak nabi Syuaib yang telah membantu bapanya mereka memelihara kambing. Firman Allah: Maksudnya:
“Mereka menjawab: ” Kami tidak memberi minum (kambing- kambing) sehingga penggembala- penggembala itu membawa balik binatang ternakan masing- masing, dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.” (Al- Qosos: 23)
Begitu juga Asma’ binti Abu Bakar yang digelar ” empunya dua tali pinggang” turut membantu suaminya iaitu Az- Zubair bin al- ‘ Awwam memelihara kudanya, menyiram tamar malah dia sendiri yang menjujung air di atas kepalanya daripada kota Madinah hinggalah sampai ke kebunnya.
Kadang- kadang masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti menjadi jururawat ataupun doktor kepada kaun sejenisnya, mendidik dan tugas- tugas lain yang khusus bagi wanita. Ketika melaksanakan tugasnya itu, adalah lebih baik jika dia hanya bergaul dengan kaum sejenisnya dan bukan dengan kaum lelaki. Ini kerana lelaki hanya dibenarkan mendapatkan khidmat daripada wanita di dalam keadaan dhorurah sahaja.
Kebenaran itupun adalah terhad pada perkara yang berkaitan dengan keperluan sahaja. Sekiranya kami katakan bahawa harus bagi wanita untuk bekerja, maka keharusan itu hendaklah terikat dengan beberapa syarat:
Pekerjaan yang hendak dilakukan itu sendiri adalah kerja yang halal. Atau dengan kata lain ia bukanlah kerja yang haram atau yang boleh menjerumuskannya ke jurang maksiat. Antaranya menjadi orang gaji kepada lelaki yang masih bujang, menjadi setiausaha kepada mana- mana Pengarah yang dalam banyak keadaan menuntutnya untuk duduk bersunyi- sunyian dengannya, menjadi penari yang kerjanya adalah membangkitkan nafsu, menjadi pelayan bar yang menghidangkan arak di mana Rasulullah (s.a.w) telah melaknat orang yang menghidang, membawa dan menjualnya, menjadi pramugari yang antara tugasnya ialah menghidangkan arak di samping terpaksa bermusafir dan menginap di negara orang yang terlalu asing tanpa di sertai dengan muhrimnya dan apa sahaja kerja yang diharamkan kepada wanita khususnya dan yang diharamkan kepada kedua- duanya; lelaki ataupun wanita.
Dia hendaklah memelihara adab sebagai seorang wanita Muslimah sama ada di sudut cara berpakaian, berjalan, bercakap dan sebagainya. Firman Allah: Maksudnya:
“Dan katakanlah perempuan- perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”… ” Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Al- Ahzab: 32)
Kerjanya itu tidak menjejaskan kewajipan- kewajipannya yang lain. Ini termasuklah kewajipan terhadap suami dan juga anak- anak. Ini kerana tanggungjawab terhadap keduanya merupakan kerja yang utama.
(ini diambil daripada salah satu website)

date Tuesday, June 3, 2008

Aku memang berminat melihat kemajuan manusia dahulu kala melambangkan ketinggian tamadun sesuatu bangsa itu.Tamadun Babylon memang diketahu ramai di mana manusia zaman itu sungguh berilmu. Namun, tamadun yang tidak dijaga akan binasa malah lenyap begitu saja. Ni aku ambil daripada salah satu website mengenai sejarah perubatan Babylon.

SEJARAH PERUBATAN - PERUBATAN PRIMITIF
· Amalan perubatan
· Tidak diketahui dengan tepat
· Ahli purba
· lukisan, tulang, alatan pembedahan
· penyakit disebabkan oleh kuasa ghaib
· sumpahan / ilmu hitam
· makhluk halus (hantu)
· dewa yang murka
· Rawatan
· halau makhluk halus
· jampi serapah
· "trepanning"
· Ubatan herba
· "trial and error"
· makanan, racun, ubatan
· peranan magik dan agama
· jampi, mantera dan tarian
· bertambah mujarab
· tangkal - langkah pencegahan
· ilmu disampaikan secara mulut

TAMADUN BABYLON

· Kod Hammurabi
· Koleksi Undang2 Babylon Lengkap
· Hammurabi (1792-1750 S.M.)
· Raja Ke 6 Dinasti Babylon

· Catat 282 Perkara
Ø Masalah Ekonomi, Undang-Undang Keluarga
Ø Undang-Undang Jenayah,
Ø Undang-Undang Sivil
Ø Amalan Perubatan


· If a physician make a large incision with an operating knife and cure it, or if he open a tumor (over the eye) with an operating knife, and saves the eye, he shall receive ten shekels in money.
· If a physician make a large incision with the operating knife, and kill him, or open a tumor with the operating knife, and cut out the eye, his hands shall be cut off.


TAMADUN MESIR PURBA
· Ebers papyrus (1500 S.M.)
· daun Cyperus papyrus
· Teks Perubatan Tertua Tamadun Mesir Purba
· Skrol Cara Mengubati Penyakit
· 80 preskripsi


TUMBUHAN YANG TERCATAT
1. Bawang putih (Allium sativum)
· sakit kepala
· hancurkan dan tampal di kepala
· ubat cacing
· masalah jantung
· sekarang
· Antibiotik
· Kurangkan tekanan darah
· Halang pertumbuhan sel kanser
· Rawat masalah kardiovaskular
· masyarakat melayu
· sakit kepala (tumbuk dan tampal di kening)
· kembung perut (bakar & makan)
· batuk (tumbuk + minyak kelapa)
· sapu pada leher.
· di Malaysia Timur (terutama di Sabah)
· halau hantu
· dibakar – keluar bau yang kuat



2. Crocus (Colchicum autumnale)
· gout
· kristal urat monosodium (asid urik) berkumpul di sendi-sendi
· lutut, jari & buku lali
· bengkak
· kesakitan kerana sel darah putih menyerang kristal & pecah
· kolchisen (colchicine)
· tidak mengubati
· halang aktiviti darah putih


3. Delima (Punica granatum)
· Punicaceae
· ubat cacing (vermifuge)
· kandungan asid tanin tinggi

· masyarakat Malaysia
· cirit-birit
· buasir

SEJARAH PERUBATAN - PERUBATAN PRIMITIF
· Amalan perubatan
· Tidak diketahui dengan tepat
· Ahli purba
· lukisan, tulang, alatan pembedahan
· penyakit disebabkan oleh kuasa ghaib
· sumpahan / ilmu hitam
· makhluk halus (hantu)
· dewa yang murka
· Rawatan
· halau makhluk halus
· jampi serapah
· "trepanning"
· Ubatan herba
· "trial and error"
· makanan, racun, ubatan
· peranan magik dan agama
· jampi, mantera dan tarian
· bertambah mujarab
· tangkal - langkah pencegahan
· ilmu disampaikan secara mulut

TAMADUN BABYLON

· Kod Hammurabi
· Koleksi Undang2 Babylon Lengkap
· Hammurabi (1792-1750 S.M.)
· Raja Ke 6 Dinasti Babylon

· Catat 282 Perkara
Ø Masalah Ekonomi, Undang-Undang Keluarga
Ø Undang-Undang Jenayah,
Ø Undang-Undang Sivil
Ø Amalan Perubatan


· If a physician make a large incision with an operating knife and cure it, or if he open a tumor (over the eye) with an operating knife, and saves the eye, he shall receive ten shekels in money.
· If a physician make a large incision with the operating knife, and kill him, or open a tumor with the operating knife, and cut out the eye, his hands shall be cut off.




TAMADUN MESIR PURBA
· Ebers papyrus (1500 S.M.)
· daun Cyperus papyrus
· Teks Perubatan Tertua Tamadun Mesir Purba
· Skrol Cara Mengubati Penyakit
· 80 preskripsi


TUMBUHAN YANG TERCATAT
1. Bawang putih (Allium sativum)
· sakit kepala
· hancurkan dan tampal di kepala
· ubat cacing
· masalah jantung
· sekarang
· Antibiotik
· Kurangkan tekanan darah
· Halang pertumbuhan sel kanser
· Rawat masalah kardiovaskular
· masyarakat melayu
· sakit kepala (tumbuk dan tampal di kening)
· kembung perut (bakar & makan)
· batuk (tumbuk + minyak kelapa)
· sapu pada leher.
· di Malaysia Timur (terutama di Sabah)
· halau hantu
· dibakar – keluar bau yang kuat



2. Crocus (Colchicum autumnale)
· gout
· kristal urat monosodium (asid urik) berkumpul di sendi-sendi
· lutut, jari & buku lali
· bengkak
· kesakitan kerana sel darah putih menyerang kristal & pecah
· kolchisen (colchicine)
· tidak mengubati
· halang aktiviti darah putih



3. Delima (Punica granatum)
· Punicaceae
· ubat cacing (vermifuge)
· kandungan asid tanin tinggi

· masyarakat Malaysia
· cirit-birit
· buasir

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu