Okeh sambung balik citer tentang ungkapan `Maaf' dan `Terima Kasih' yang tergendala sebentar tadik.Penting sangatkah ungkapan2 ini sehinggakan kadang2 boleh membuat seseorang itu rasa kecil hati,tak puas hati,marah dan semua perasaan tidak enak yg sewaktu dgnnya akan hadir di sudut hati apabila seseorang yang membuat sesuatu kesalahan kepada dirinya tanpa menyebut perkataan maaf? Mahal sangatkah ungkapan ini kadang2 tidak terucap oleh seseorang...mungkin hanya diucap di dalam hati...errr itu kira ucapan ke?

Namun, apabila seseorang itu menyatakan maaf dgn perasaan yg penuh kesungguhan, hati yg berapi, perasaaan marah yang membara akan hilang dan suasana yg panas akan menjadi sejuk.Sungguh berkuasakah perkataan maaf itu?
Bagaimana jika seseorang itu tidak langsung meminta maaf kepada kita,rasa2 adil tak kita memaafkannya mcm tu je dari jauh.Berat juga rasanya,mana bleh kan dia buat salah sakitkan hati kita tapi senang2 jek nak maafkan dia mcm tu dahle dia tak minta maaf pun.Pagi semalam ketika bersahur, aku nengok juga rancangan ulangan siri motivasi di tv3.Kali ni Dr.Fadhilah Kamsah memberi motivasi, aku dah bnyk kali dengar dan lihat rancangan ni tapi kata2nya tetap menusuk kalbu dan menyentuh hati nuraniku yg paling dalam.....`Setiap hari sebelum tidur, bangun pagi, mulakanlah dgn memaafkan semua org yg pernah kita rasa mereka pernah membuat kesalahan dan menyakitkan hati kita.Memaafkan orang adalah ubat dan penawar kepada diri kita untuk mengelakkan sakit hati,sakit diri dan menjadi seorang insan yang aman dan tenteram'.Berkata-kata memang mudah, nak laksanakan tu nampak mcm susah jugak kan tapi ia memerlukan kekuatan diri dan istiqamah dalam berusaha menjadi seorang insan yang berjaya...bukan hanya berjaya dalam kerjaya tapi juga berjaya melawan perasaan amarah,dendam dan tidak puas hati yg amat sangat.Nipun jihad jugakkan, jihad hati.Moga Allah memberi kekuatan kpd kita dlm melalui ujian ini.

Cemana pulak tentang ucapan terima kasih?Aku pernah nengok beberapa orang ni, bila diberi pertolongan walaupun kecil contohnya beri dia potong que barisan sebab barang dia sikit berbanding dgn org lain ketika nak bayar di kaunter, terus je pergi tanpa ucap terimakasih at least `tq', very short,right?dah le muka masam selamba jek.Ini bleh membuatkan org yg tolong tadi rasa bengkak je...ape daaa dah tolong, sombong plak dia.Perlukah perkataan `thanks,thanx,thank you,to chei,kamchia,shukran,terima kasih,arigato' ini diucapkan?Adakah ia dapat menyejukkan hati orang yg menolong anda jika anda hanya tersenyum tanpa ucapan2 ini?

Pesal aku ckp pasal 2 ucapan ni hari ni ye?Bila aku melihat drama realiti depan mata, menonton drama di layar kaler2,mendengar kata2 nasihat peringatan dan motivasi, ia membuatkan diri ini berfikir untuk sekian kali.Ini adalah hablum minannas iaitu hubungan antara manusia. Bagaimana pula dgn hablum minallah iaitu hubugan antara manusia sebagai hamba dgn Penciptanya,Allah Rabuul a'lamin?Berapa kalikah ucapan terima kasih dan maaf diberi kpd Pencipta kita setiap hari?Ucapan maaf dgn tindakan yang bersungguh2 sebagai bukti atas penyesalan kita dan kelakuan serta tindakan yang membuktikan betapa berterima kasihnya kita kepadaNya?Moga kita diberi kekuatan dalam melalui ujian2 yang melibatkan hati ini kerana seketul hati itu memang amat penting kerana ia mampu membentuk seseorang itu menjadi dirinya.Aamiin.Dengan bantuan akal dan iman, diri itu akan menjadi lebih berkualiti.Muhasabahlah diri kita sebelum dihakimi bila tiba masanya.(actually aku rujuk ini kpd diriku sendiri......)

date Wednesday, September 10, 2008

Salamun alaik sahabat2ku yang diRahmati Allah.Bangun sahur pagi tadik?Selera tak makan awal2 subuh shepei tuh?Atau ada yang terlajak sahurnya, bangun2 dah azan subuh, tak dapek le mkn ye.Tapi takpe aku tau korang kuat dan tabah bleh pose hingga waktu berbuka ye tak.Ada tak yang terbangun lewat maka tergesa2 nak masak nasi dan lauk atau pun panaskan juadah yg sedia ada kemudian terleka dan terhangit pulak juadahnya, mungkin terkurang atau terlebih gula,garam,cili,kicap, asam dlln?Ramai juga yang dapat bersahur dan berbuka dgn sempurna dlm erti kata menjamah juadah yang cantik, menarik,sedap bersama keluarga dan insan tersayang.Itulah asam garam kehidupan yang menambahkan lagi2 warna yg sedia ada.Namun hakikatnya, selalukah kita menggunakan 2 ungkapan ini setiap perkara yang berlaku.Maaf dan Terima Kasih?

Ucapan terima kasih seorang anak kepada ibu kerana menyediakan makanan untuk sahurnya dan berbuka,seorang anak kepada bapa kerana memberi nafkah di mana membolehkan ibu memasak atau membeli makanan yg sedap2?Juga ucapan terima kasih seorang isteri kepada suami kerana memberi peluang kepadanya untuk mendapat lebih pahala dgn memasak dan membasuh pinggan mangkuk seorang diri tanpa dibantu tanpa merungut, ucapan daripada seorang suami kepada si isteri kerana menyediakan keperluan dgn baik kepada dirinya dan anak2 lalu beliau dpt berkerja dgn tenang untuk mencari rezeki untuk dirinya dan keluarga?

errr....aku mohon maaf, nak gi kelas dulu ye, to be continued.:)

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu