pagi Ahad semalam (kelmarin) aku tengah layan lagu kat sinar FM sambil berehat seketika daripada menulis paper2 aku tuh. Tetiba aku dengar bunyi ketukan yang kuat pada grill umah jiran aku. Then bunyi tu makin lama makin dekat, sah ketukan kat rumah aku pulak. Terdengar salam juga diberi. Uiks, jejaka2 mana pulak bagi salam pagi2 ni. Takkan org Jbtn Kesihatan pepagi ahad dtg ni nak cek jentik2.

Bila pintu di buka , kelihatan dua orang pakcik (mcm le aku ni muda sgt hehhee) yg sorang tu berkopiah.

Pakcik 1 : Assalamua'alaikum. Kami ni AJK surau wakil JAIS.
Aku : Wa'alaikumussalam. (dalam hati: uiks pe kes plak JAIS antar wakil kat apartment aku ni)

Pakcik 2 : Cik ni duk satu family ka? Beghapa oghang dalam ghumah ni?
Aku : Ada 1,2,3,4,5,....aku mula mengira (mcmlah ramai, hehehe)

Pakcik 1 : Kami ni bawak borang, JAIS suh isi, nak tau berapa orghang duk lam setiap unit kat apartment ni.
Aku : Ooo...boleh. Awat encik, ada apa2 kes yg dilaporkan kat Apt ni ka?
(sambil amik borang tu melalui celah2 pintu grill yg aku tak bukak tu)

Pakcik 2 : Tak da pa la. Saja JAIS tu nak tau semua org Islam yg duk kat sini. Cik ni oghang Kedah ka?
Aku : Dak aih. Saya oghang Penang. Saya cakap utara pun sebab dengaq encik cakap dulu.

Pakcik 2 : (ketawa kecil).
Pakcik 1 : Cik ada ka apa2 nak bagitau kat kami. Keadaan kwsn sini ka, keselamatan ka, nampak yg tak baguih kat mata ka?

Aku : So far ok je Encik. Tapi saya nak bagi pandangan boleh tak?
Pakcik 1 : (angguk2)

Aku : (aku pun mula bercakap ... bla-bla-bla...........)
.............................. Encik. Kalau nak buat pogram kat surau bawah tu jgnlah ceramah
ja. Sebab saya rasa yg pi tu semua dah baik2 belaka (hehehe). Lagi satu, depa mmg
suka dan nak pi dengaq ceramah.

Pakcik 2 : Abih tu, kita nak buat pogram macam mana rasanya?
Aku : Ceramah tu dah elok dah cuma kalau nak tarik perhatian remaja2 atau org2 yg tak
suka ceramah...dah tu tulih pulak Iklan `Ceramah Agama'...kompem depa tak mai
punya.

Pakcik 2 : (ketawa) Bab hidayah ni susah la kita nak cakap cik.
Aku : Memang la hidayah ni Allah yg punya tapi kita kena la usaha jugak kan.

Pakcik 1 : Cik ada cadangan macam mana nak buat pogram tu? (pakcik ni lebih skema gaya
percakapannya namun loghat Kedahnya tetap jelas :)
Aku : Emm..... kalau saya....buat pogram tuk students jadi kena tengok apa yg depa suka
dan tak suka then kita buat la sesuatu yg boleh bagi input cara tak langsung.
Untuk org ramai ni, AJK2 surau pakat pikiaq la lam meeting tuh apa yg sesuai.
(bukanmain lagi aku bg cadangan)

: Encik.....ni pandangan saya ja la no. Kalau nak banci mcm ni pun saya rasa ada ja
yang tak betoi2 bagi infol. Mungkin ada info yg tak betul depa tulih. So.......
(bla-bla-bla..bnyk ckp pulak aku hari ni hehehe)

Pakcik 1 : Ooo. Ok-ok. Nanti pogram April nanti kat kolej tu jemputlah kami2 ajk surau ni pi.
Aku : (senyum) Insya-Allah.

Nampaknya pagi Ahad ni aku jadi AJK mesyuarat tepi tingkap aka. depan grill pintu cara tak langsung..yang berlangsung dkt 20 minit jugak.

* Moral of the story ? Pikiaq la no.
Apa yang penting?Kerjasama! Salute JAIS!

date Monday, January 25, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu