aku dah terlalu letih fizikal dan minda.bila ina dtg ada kursus kat S.Alam dgn bawak anak sedara 3 org yg comei tu bgtau nak bwk depa gi mandi kat wet world Shah Alam, aku ckp awat tak bwk ke sungai congkak ke ulu yam.ina pun setuju apatah lagi hero dan heroin cilik tu.yeaaa.....aku yg lebih suka sebab dah rindu sgt irama air terjun dan kesegaran air sungai.
dari umah aku kalau ikut jln cheras ke ulu langat tu dekat je tp kami bertolak dr shah alam pagi tadi selepas membeli makanan di pasar tani yg sgt luas tu untuk dibawak bekal.

nak ikut jln dekat tapi 2-3 kali tersalah masuk lane dan simpang last2 patah balik ke jalan umah aku kat sunway hehehe.....akhirnya dlm jam 10pagi kami dah sampai area ulu langat stop kat kedai kakak ni minum minuman panas dan pekena nasi lemak sebab blum breakfast lagi.dekat situ ada kolam air panas.bnyk gak org dtg ke situ.sempat juga berbual dengan kakak tu.dia dah 3 tahun berniaga makan secara kecil-kecilan.aku ada juga bagi idea yg tak le bernas sgt sebab aku tak reti berbisnes pun.cuma beri pandangan aku,moga akak akan terus sukses ya.suami kakak tu siap pesan,hari ahad dan sabtu jalan mesti jem masa nak balik nanti.so kami mesti tinggalkan tempat tu selewatnya jam 3 petang.

drive punye drive dah terlajak jalan masuk simpang untuk hiking gunung nuang.kami patah balik dan bersetuju untuk berhenti di satu tempat ni sebab dah tak sabar rasanya nengok air sungai yang jernih tu.nama tempat ni lubuk manggis.penuh dengan pokok-pokok buahan termasuk pokok pinang tapi tak nampak pulak pokok manggis.sape2 yang nak camping,buat program pun boleh ke sini.ada padang,ada kawasan bukit, ada juga dibuat pondok2 kecil siap tempat memanggang ayam atau ikan di tepi sungai tu.setelah memilih port utk lepak dan membayar rm20 (kena bayar sebab tanah ni milik individu dan dia ada staff2 untuk jaga tempat ni) hero dan heroin ina terus menjalankan aktiviti penting iaitu mencari anak2 ikan dan siput kecil...kata ina....lokan.aku pulak mula aktiviti menangkap gambar hatta gambar pakcik jual petai pun aku amik hehehe...siap pakcik tu suruh hero dan heroin cilik tu amik gmbr dgn dia.aku pun beli le seikat utk umi hero heroin tu kat ganu nuh.

alhamdulillah rasa segar dan tenang sangat berada di situ.aku leka dengan alunan muzik air sungai tu.insya-Allah nanti boleh pergi lagi.buat pogram untuk stdnts pun ok jugak, tempatnya sesuai untuk buat art therapy-drawing session kat situ.tq Ina dan hero heroinnya untuk kenangan yg manis ini.yang paling manis, bila kakak si hero tersilap ambil botol mineral yg adik dia isikan air sungai dan anak ikan.hehehe....awet muda 10 tahun tu.kata ina, bestnye org kat sini rumah tepi sungai....hari2 boleh ke sungai.aku rasa nilah rahsia org yang selalu berdamping dgn alam hijau ni,utan,sungai,air terjun......sentiasa tenang,awet muda dan sihat je kan.

masa nak balik tu...kami tersangkut dlm kesesakan jln raya.betul pesanan pakcik kedai tu, kalau selepas jam 3pm....akan sangkut dlm 1-2 jam.kereta bergerak amat perlahan tersangkut2.dua heroin dah tidur.ina masih setia drive.si hero masih rancak berbual dgn kami.aku terus amik camera dan snap gambar dr dalam kereta.si hero bercerita tentang kawan baru masa mandi di sungai tadi.

"nabila dapak kawang baru".
"ada pokcik tu royak arif panda berenang".
"sapo pokcik tu?"
"dok tahu.ada la pokcik tu".
"ye lah sapo pokcik tu.yang mana satu?putih2 tu ke"
"dok.itang,coklat".
hehehe...suka aku dengar depa ckp ganu nih.

Insya-Allah nanti aku buh gambar kat sini.esok pepagi nak bertolak ke taman negara Insya-Allah.doakan aku dan team selamat pergi dan balik.

date Sunday, June 6, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu