sekejap je masa berlalu kan. ujung minggu untuk bercuti dah pun beransur berakhir hari ni bagi mereka yang berkerja dan bersekolah di negeri2 kecuali Kedah, kelantan dan Terengganu. begitu juga dengan bulan Sya'ban yang bertandang dah pun melepasi nisfu sya'ban. Tak lama lagi Ramadhan pula bertamu. Moga kita semua dikurniakan peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu bulan ini dan berusaha menambahkan lagi amal ibadat sebagai bekalan kita bertemu Yang Maha Esa bila jemputannya tiba nanti.

apa yang berlaku tiap detik menjadi satu pelajaran yang amat bermakna dlm kehidupan kita, mengajar kita erti kesabaran, keyakinan dan lain2. aku pernah bercerita di sini dalam episod yang lalu aku rasa agak kecewa dgn sikap beberapa staff dp satu jbtn ni kerana cara mereka memberi khidmat mereka yg diperlukan oleh aku ni membuat aku rasa ibarat sebiji bola pimpong yang cute telah dipukul ke sana ke mari...pening kepala bola pimpong tu. kemudian masalah tu telah selesai dan aku telah pun menerima surat rasmi dp pihak berkenan bagi memberi persetujuan secara rasmi juga untuk aku meneruskan pogram itu.

khamis baru2 ni dlm jam 4.00pm ketika aku dan rakanku tengah buat final rehearsal dan check bhn2 di P.C untuk presentation kami di Conference pada keesokan harinya, aku telah menerima panggilan telefon dp pihak yg disebut di atas mengatakan `maaf cik, kami terpaksa membatalkan kelulusan pogram cik tu'. kalaulah sahabat-sahabat sekelian berada di tempat aku sebagai `bola pimpong yang comel' untuk karangan bagi pra-sekolah, apakah perasaan sahabat-sahabat semua?kanak-kanak pra sekolah apabila ibu bapa berjanji nak buat majlis makan2 khas utk dia nak panggei kwn2 dtg tiba2 bagitau kena batalkan....rasanya bagaimanakah perasaan anak itu yang telah bersemangat memberitahu rakan2nya?mungkin boleh dipujuk dgn gula2 atau aiskrim untuk menenangkan hatinya kemudian menjelaskan sebab2 kenapa majlis itu perlu dibatalkan.

sedangkan aku ini yang telah mengikut apa sahaja tuntutan dan syarat pihak tersebut sejak sebulan lebih yang lalu dan masih meneruskan usaha aku itu dan mengenepikan perasaan sebagai sebiji bola pimpong sedangkan aku ini adalah seorang wanita yang anggun (hehehe), tidak pun mendapat layanan seperti kanak2 di atas dipujuk malah hanya memberitahu kami tak dapat nak buat apa-apa2.sedangkan pogram itu akan berlangsung pada hari sabtu iaitu semalam. jumaat pulak sehari suntuk aku akan berada di conference. tak dptkah pihak itu cuba memahami situasi aku?kalau bukan untuk aku...tak bolehkah fahami situasi pelajar2 yg dahagakan ilmu dan suasana baru?aku buat ini untuk anak2 bangsamu bangsaku juga...bangsa Malaysia....walaupun ada yang menumpang bumi Malaysia untuk sementara waktu untuk ilmu....tetap kita mahu menaikkan martabat Malaysia...apa pun untuk kebaikan bersama.

mungkin contoh yg aku beri di perenggan sebelum ini hanya sesuai untuk kanak2 yang belum akil baligh. aku cuba bawa contoh keadaan yang lebih matang. situasi ini boleh juga disesuaikan (walau tak sama) dengan seseorang yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam dua hari (kira satu hari 15 jam la) di mana duit dah banyak digunakan untuk perbelanjaan, kad2 telah di hantar, tetamu2 telah dimaklumkan walau apa pun alasan dp pihak yg satu tu, ia tetap memberi kekalutan kpd pihak ini. tak payah ckp la dp segi perasaan, maruah, malu.....bagaimana nak bagitahu semua tetamu dan bakal tetamu yg akan hadir?

aku cuba fikir secara positif tentang jawapan yg diberi oleh pihak yang membatalkan kelulusan pogram aku itu...malah aku dah tak punya masa untuk bertekak dan meletakkan kesalahan di bahu mereka kerana aku tidak nampak mereka ini mahu membantu aku sekurang2nya memikirkan jalan alternatif suapaya pihak kami di sini tidak lemas di lautan yg bergelora setelah dicampak daripada kapal yang baru sahaja mahu berlepas daripada pelabuhannya. dalam kekalutan itu, Alhamdulillah aku dpt sokongan dp kawan2 aku (aku tak bagitau abah mak aku sebab aku tak mau depa risau, aku mmg setiap perkara berlaku selalunya aku akan berbincang, minta idea dp mak abah aku kerana aku yakin Rahmat Allah itu bersama kita jika Redho ibu dan ayah bersama kita, Insya-Allah). Rakanku yang bersama2 nak present paper dgn aku terus suruh aku fokuskan masalah yg berlaku ni. Jam 5.30 pm aku menyertai rakan2 di tempat conference itu untuk memastikan esok hari akan berjalan dgn lancar. sambil aku check2 peralatan di sana hand phone aku tetap dipegang kerana aku perlu menghubungi sapa saja yg boleh aku minta tolong untuk menyelesaikan kekusutan ini.

salah sorang pegawai dp pihak tersebut meminta maaf berkali2 kerana dia paham bagaimana keadaan aku skg tapi dia tak dpt nak membantu. jadi aku call sorang lagi pegawai, nampaknya dia benar2 ingin mebantu aku walaupun pada hakikatnya dia tak dpt membantu. dpnya aku tahu lebih jelas apa yg sebenarnya berlaku. dia pun baru tahu yg dia akan membantu aku jika pogram ini berjalan sedangkan sudah berabad2 lamanya pihak dia dah tahu dp aku. dlm erti kata lain, dia baru saja dimaklumkan suh entertain pihak kami dua hari sebelum tu...then dia dimaklumkan pulak pogram ini metsi dibatalkan. aku minta maaf bnyk2 dp dia dan bagitau aku tak berniat nak memaksa membantu aku cuma aku rasa kita perlu kreatif menangani sesuatu masalah, kena usaha juga...bak kata pepatah Melayu lama `tak dpt rotan akar pun jadi'.

aku bincang2 dan beri idea aku. akhirnya dia ckp dia cuba contact rakannya yang bekerja dgn satu agency. aku terus dial no Encik A yang berada di negeri yg jauh dp negeri aku tinggal skg dan berbincang dgn dia. Kemudian atas nasihat dia, aku menghubungi pulak Cik S di HQ. Alhamdulillah insan2 ini dalam masa 3 jam dpt mencari mereka2 yang boleh mebantu merealisasikan apa yg telah dirancang selama ini. Encik A juga mampu berbincang dan mendapat persetujuan Tok Batin dp satu kampung berhampiran tempat dia untuk menerima kami yg memang ramai ini (150 org) bagi menjalankan research dan juga dpt bersama pihak sana untuk menjalinkan Ukhwah...harap dpt diteruskan, Insya-Allah. Alhadmulillah, inilah kehidupa, apabila kita kecewa, marah,sedih, sayu...Allah tetap datangkan insan-insan yang berhati mulia untuk membantu kita. Mereka ini sanggup membantu tak kiralah untuk alasan apa pun , mereka tetap memberi peluang dan ruang pada aku untuk tidak menebalkan muka dan memberitahu 149 orang lagi bahawa pogram ini dibatalkan sedangkan perbelanjaan untuk beberapa urusan telahpun dibayar.

Alhamdulillah, kami telah berjaya melakukan pogram itu bermulapagi semalam dan sampai semula ke daerah kami ini dalam lebih kurang jam6.30pm. Terima Kasih kpd semua pihak yg benar2 sanggup membantu aku walaupun anda mempunyai kurang dp 15 jam untuk membuat apa yg perlu, kpd Driver Bas yg amat memahami, sahabat2ku yang bersamaku dan juga last but not least bos aku. Jumaat ptg slepeas paper akudan rakan aku itu, aku terus jumpa Bos dan cerita hal sebenar. Dia ckp terpulang nak cancel ke tak. Aku ckp aku nak teruskan kerana aku tanak hampakan 149 org tu. Dia terus ckp, kalau mcm tu jgn bimbang(sebab aku perlukan tambhn wang ..sedangkan cash money takle bnyk sgt dlm tangan kami2 ini untuk keesokan harinya), dia akan membantu.Tq so much Mr.J.F. Ya Allah, Rahmatilah Ibu bapaku, sahabat-sahabatku dan mereka yang banyak membantu aku dlm menyelesaikan masalah yg aku itu dan juga untuk semua sahabt2 di blog ini. Amiiiin.

date Sunday, August 9, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu