Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009.
Actually aku dah bnyk sgt tulis tadi tapi hilang pula uwaaaa.
Moga di Rahmati Allah di dunia dan akhirat.
Apa azam anda?..... :)


Esok aku dah nak balik kg dpt cuti seminggu pun orait dah. 5hbJanuari aku mula bertugas kembali.Klu internet ok kat kg tu bolehlah aku sambung menulis di sini.
Take care semua and smile alwayssss.

*Epi b-day tuk abah tersayang. Didoakan panjang umur,murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan diRahmati Allah di dunia dan akhirat. Aamiiin.

date Friday, December 26, 2008

David Arumugam terima JSM
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Artis veteran Thiagarajan K.R. Arumugam yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam daripada kumpulan Alleycats adalah antara 285 orang penerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara hari ini.
David yang menerima Johan Setia Mahkota (JSM) adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran sejak tahun 1970-an.
Empat orang pula menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk.'
Mereka ialah Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri dari Johor, Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St. John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang, Datuk Jamilah Wahab.
Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima.
Sepuluh orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara.
- Bernama
************
secara peribadi aku suka juga lagu2 yg dinyanyikan oleh beliau.namun klu sampai pingat2 sperti ni diberikan kpdnya termasuk lah shah rukh khan dan ramai lagi artis yg kononnya dikatakan telah bnyk membantu kejayaan malaysia dan mengharumkan nama malaysia....aku jadi sedih dan sayu mengenangkan betapa ramai mereka yg telah kehilangan anggota badan(kaki,tangan) dalam berperang menentang komunis dulu dan lain2nya...jgn kata nak dpt pingat, nak dpt pencen dan lain2pun punya susah.sehingga bilakah `ketamadunan di malaysia' ni akan mengikut corak yg ditentukan oleh pihak tertentu?adakah sistem yg baru akan menjamin satu perubahan yang rakyat inginkan?adakah keinginan majoriti menjamin keharmonian untuk keseluruhannya?

date Friday, December 19, 2008

Penoreh getah rayu bantuan.
SIK 18 Dis. - Penoreh getah secara pawah di daerah Sik dan Baling yang menghadapi keperitan hidup berikutan kejatuhan merudum harga komoditi itu, merayu kerajaan agar segera membantu mereka.
Getah sekerap di dua daerah itu dibeli oleh pemborong pada harga antara 70 sen dan 80 sen sekilogram sejak beberapa minggu lalu berbanding RM4 hingga RM5 sekilogram pada pertengahan tahun ini.
Kejatuhan harga getah sekerap menyebabkan penoreh getah terutama mereka yang menoreh secara pawah terpaksa menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga dengan pendapatan tidak sampai RM10 sehari.
Tinjauan Bernama di Sik dan Baling sejak minggu lepas mendapati ramai penoreh getah secara pawah mengeluh dan ramai golongan muda yang menjadi penoreh getah kini mencari pekerjaan lain untuk menyara hidup mereka.
"Ikan kembung berharga RM8 hingga RM10 sekilogram, daging RM20 sekilogram. Macam mana kami hendak hidup," kata seorang penoreh Suri Mohd. Nor, 44, dari Kampung Sungai Senang, Sik.
Beliau berkata, pendapatannya sebagai penoreh secara pawah tidak sampai RM8 sehari setelah dibahagi dua dengan pemilik kebun getah.
Fuad Ahmad, 40, pula berkata, beliau dan keluarganya amat terhimpit akibat kejatuhan harga getah.
"Awal tahun depan saya terpaksa mencari wang untuk membeli pakaian sekolah tiga anak. Di mana saya hendak dapatkan wang dengan pendapatan tidak sampai RM10 sehari," katanya.
Seorang pemilik kebun, Way Chai a/l Eim, 54, dari Kampung Chong, di sini berkata, kebun getahnya seluas 12 hektar kini terbiar kerana tiada orang yang hendak mengambil upah menoreh kerana harga getah yang terlalu murah.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belantik, Mohd. Tajuddin Abdullah berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membantu penoreh seperti menyediakan pakaian untuk anak-anak yang bersekolah.
- Bernama
*************
masih bnyk lagi hal2 mcm ni berlaku di malaysia.mana program2 ala bijak pandai yg telah bnyk dirancang dan kata nak diperkenalkan tu yer.sepatutnye ada alternatif yg lain utk mereka.apepun dlm kehidupan skg ni, setiap individu kena ada kreativiti utk `survival'.emm.....

date

Sime Darby sahkan ambil 51% ekuiti IJN. (sebahagian dp petikan di Utusan Malaysia).
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Konglomerat Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang mengesahkan hasrat untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN), memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, aspek tersebut adalah antara tiga syarat yang digariskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam surat persetujuan secara prinsipal bagi Sime Darby mengambil alih kepentingan tersebut dalam IJN.
Menurutnya, Sime Darby merupakan pihak yang mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan mengenai hasrat tersebut beberapa bulan lalu dan bukan kerajaan yang menemui konglomerat itu.
Katanya, Sime Darby sendiri terkejut dengan berita yang tersiar hari ini, sedangkan pihaknya baru hari ini menerima surat kelulusan EPU.
Surat EPU tersebut ujarnya, mensyaratkan Sime Darby supaya memberi komitmen untuk meneruskan tanggungjawab sosial kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin termasuk kakitangan kerajaan seperti yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan menerusi IJN sekarang.
Beliau berkata, syarat lain ialah rundingan mengenai nilai ekuiti pengambil alihan kelak yang memerlukan Sime Darby melaksanakan kajian wajar yang akan dikemukakan semula kepada kerajaan untuk kelulusan.
Syarat terakhir katanya, ialah berkaitan penyediaan pelan perniagaan iaitu perancangan Sime Darby untuk memajukan lagi IJN dalam tempoh lima tahun atau selanjutnya.
''Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan ke atas IJN, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus dan bakinya masih dipegang oleh Kementerian Kesihatan.
''Dan mengapa Sime Darby? Ini kerana Sime Darby juga adalah sebuah syarikat rakyat. Kami adalah syarikat milik kerajaan (GLC) dan memiliki 10.5 juta pemegang saham,'' katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini hari ini.
Sidang akhbar tersebut diadakan berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sebelah pagi, yang mengesahkan khabar angin dalam blog mengenai kemungkinan Sime Darby mengambil alih IJN.
Ahmad Zubir berkata, di pihak Sime Darby, pengambilalihan itu akan mampu membawa sinergi kepada IJN, menerusi kekuatan Bahagian Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sime.
''Kita komited terhadap perkhidmatan sosial kepada mereka yang berpendapatan rendah dan dari sudut Sime Darby, aspek mereka yang berkemampuan akan turut menikmati manfaat.
''Misalnya, jika berlaku katil atau bilik pembedahan penuh di IJN kelak, pesakit tersebut boleh dihantar menggunakan kemudahan kami di Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC) dan dengan doktor yang memiliki kepakaran yang sama,'' jelas beliau.

*****************

Wajarkah IJN diswasta?
Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat
–Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri
Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan
–Datuk Seri Najib Tun RazakTimbalan Perdana Menteri
Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
–Datuk Dr. Chua Soi LekTimbalan Presiden MCA(Bekas Menteri Kesihatan)
Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
–Khairy JamaludinNaib Ketua Pemuda UMNO
Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
–Datuk Seri Ahmad Zubir MurshidPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby.

*************
Tidak wajar diswastakan
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Institut Jantung Negara (IJN) tidak wajar diswastakan demi melindungi golongan berpendapatan rendah yang memerlukan rawatan perubatan dan perkhidmatan berkaitan di situ.
Pengerusi Biro Pemantau Dasar Kerajaan MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bimbang sekiranya langkah penswastaan itu dibenarkan, ia tidak menjamin bayaran perubatan dan perkhidmatannya kelak tidak meningkat.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan tidak meluluskan penswastaan IJN.
''Ini bukan soal wang ringgit, tetapi soal tanggungjawab kerajaan dalam memastikan IJN dapat memberikan perkhidmatan pada kadar yang mampu dibayar oleh rakyat.
''Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

************
kalau dah nak swastakan sangat, aku rasa semua yg ada kat mysia ni swastakan je la termasuk parlimen.ok tak mcm tu?

date

Kesal tentera dituduh pencuri.
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMANnor.afzan@kosmo.com.my
ANGGOTA-ANGGOTA tentera bertungkus-lumus membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - "Saya kesal, pelbagai bantuan yang dihulurkan anggota Tentera Darat (TD) di Bukit Antarabangsa bagai langsung tidak dihargai, malah ada pihak yang menuduh TD mencuri pula."
Begitulah luah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal apabila diminta mengulas rungutan mangsa tanah runtuh di situ yang mendakwa petugas serta anggota mencari dan menyelamat termasuk tentera mencuri barangan peribadi penduduk di situ.
Beliau yang menegaskan bahawa dakwaan tersebut sebagai tidak berasas berkata, tuduhan itu tidak lain hanya mahu mencalarkan imej pasukan beruniform berkenaan.
"Itu hanya dakwaan, anggota TD telah dilatih dengan penuh disiplin. Kami komited dengan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
"Tidak timbul soal mencuri kerana banyak perkara lebih penting untuk diselesaikan di lokasi kejadian daripada memikirkan peluang untuk mencuri," katanya.
Kesal dengan dakwaan tersebut, Abdul Aziz mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang 'kurang bersyukur' dan 'tidak pandai menghargai' usaha dan bantuan TD kerana hingga kini belum ada pihak yang tampil memberi ucapan penghargaan kepada TD atas pelbagai bantuan yang diberikan.
"Anggota TD bergegas ke tempat kejadian seawal pukul 4 pagi 6 Disember lalu dan hingga ke hari ini anggota kita masih ada di sana untuk membantu.
"Sepanjang tempoh itu, belum ada ucapan terima kasih yang kami terima, sebaliknya dituduh mencuri pula," katanya selepas Majlis Penyerahan 10,000 Kalendar Pernama Tahun 2009 kepada empat unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini semalam.

**********
sejarah membuktikan ia kisah silam akan berulang samada baik ataupun buruk bergantung kpd manusia itu sendiri.kenapa masih ramai yg tak mahu belajar dp sejarah?

date Wednesday, December 17, 2008






















date

























date

Selepas berhempas pulas dgn marking final exam papers dan segalanya telah selesai, kena pulak attend workshop dan lenlain. Ni bila dpt lepak2 sket kat kerusi aku ni untuk melepaskan lelah sekejap cuma, sambil memandang mug aku yg dah kosong tu...mataku mula memandang melihat sekeliling kat tempat aku ni yang penuh dgn barang2(bila mau kemas daaa)....tertumpu mataku pada hadiah dp shbt lama yang dah lama tergantung di sudut mejaku ini...walaupun ia menemaniku setiap hari utk bertahun lamanya tp hari ni kata2 pd hadiah tu membawa aku ke kenangan silam bersama mereka2 yang dipanggil sahabat.

`I could search the whole world and not find a better friend than you'. Itu lah kata2 yang tertera pd hadiah tu. Wlupun ayatnya pendek namun memberi kesan yg mendalam. What is a true friend?
Ada kata2 yang menggambarkan true friend sebagai :
* orang yang akan sedih bila shbtnya sedih
* gembira dan memberi sokongan bila shbtnya berjaya
* sentiasa `bersama' wlupun jauh di mata tetap bersama dlm memberi sokongan, mendengar keluhan dan mengiringi doa untuk shbtnya

Namun kadangkala berlagu juga tsunami besar atau kecil malah2 buih2 di lautan yg mampu menghasilkan tsunami bg shbt2 yg rapat bak kata pakar2 motivasi ;

* perkataan dan tindakan wlupun kecil akan menjadi terlalu sensitif kerana ia adalah shbt baik baik kita berbanding dgn kenalan2 yg lain

Siapakah sebenarnya seorang sahabat?

* adakah yang hanya menyokong setiap tindakanmu dan mengiyakan saja?
* adakah terguran yang diberi dan membuat dirimu tersinggung, org itu tidak layak dipanggil sahabatmu?
* adakah seorang sahabat seharusnya mencuba untuk menjauhi kesilapan besar yg mampu mengoncangkan tali persahabatn yg utuh selama ini?

Adakah sesetengah org menilai shbt dp paras rupa?
Adakah sesetengah org menilai shbt dp kedudukan dan tarafnya?
Adakah sesetengah org menilai shbt dp yang sentiasa memberi teguran dan bimbingan?

Aku pernah terbaca dan terdengar bnyk kisah yang melibatkan mereka2 yang dipanggil atau dilabel sebagai shbt :

* ada yg sanggup putus sahabat kerana dikatakan tidak memahaminya dan menentang kemahuannya.salah satu kisah apabila melibatkan shbt2 menasihati utk tidak bersama bakal psngn. akibatnya putuslah persbhtn yg tanpa dipinta. namun setelah seorang itu diuji dgn psgn dan akhirnya shbt juga yg bersamanya.

* ada yg tidak peka dgn perasaan shbt kerana baginya shbt mesti memahaminya.akhirnya shbt yg selalu dicurahkan masalah,diperlukan bila2 masa saja dipinggirkan kerana dia tidak menyedari mahalnya erti sebuah persahabatan.......ia hanya disedari apabila jauh dr mata malah kdgn2 kehilangannya tanpa dpt dijejaki lagi.

bagiku sahabat seperti arang (ramai orang mengatakan seperti lilin,bagiku lilin dan arang ada bezanya) yang bnyk gunanya tapi dilupakan tanpa disedari apabila mendapat yg lebih advance dan modern.arang akan digunakan juga apabila yg lebih modern tidak dpt digunakan pd satu ketika.arang akan dibakar, apinya akan marak dan kemudian membakar secara perlahan2 di dalamnya,walaupun apinya tidak marak lagi namun baranya tetap memberi khidmat (nak buat bbq mana bleh guna api besar)....seorang shbt tidak semestinya akan sentiasa bersamamu kemana saja dirimu pergi, tidak semestinya sentiasa dpt mendengar suaranya, tak semestinya sentiasa dpt melihat wajahnya, tidak semestinya sentiasa mengiyakan apa kata2mu namun cuba menggunakan cara yang sesuai utk shbt.....sahabat sejati, wlupun hatinya terguris, wlupun jauh di mata, wlu hidupnya sentiasa dipenuhi dgn tugasan yg tidak pernah selesai.... dia tetap akan bersamamu dengan iringan doa sebagai hadiahnya yang paling berharga dan tidak ternilai.Kilauan cahaya persahabatan itu mampu menandingi kilauan cahaya permata jika seorang itu benar2 menghargainya.

Seorang anak harus menjadikan ibu bapa sebagai sahabat yang paling akrab yang sentiasa bersamu senang maupun susah.Merekalah di antara sahabat-sahabat yg sejati.

Harini aku nak jiwang sket (hehehe), nasyid ini adalah peberetku sejak ia diperdengarkan:
Khas untuk sahabat2ku yang disayangi:

Teman Sejati

TEMAN SEJATI

Selama ini ku mencari-cari ........Teman yang sejati
buat menemani Perjuangan suci
Bersyukur kini pada illahi
Teman yang dicari......Selama ini telah ku temui
Dengannya disisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni Kasih illahi
Kepadamu Allah ku panjangkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pergertian..... Telah ku ungkapkan segala-galanya
(ulangi)Teman bersamalah kita
Semaikan persahabatan ini
Dengarkanlah dan teruskanlah Perjuanganmu,
pengorbanan dan kesetiaanmu
Kepadamu Allah ku pohon restu..... Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman teruskan Perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita


Doa Perpisahan
Album : Teman SejatiMunsyid : Brothershttp://liriknasyid.com

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua....Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu.....Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidik kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-MuDiatas perpisahan ini
O.. uwo.. ho..Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini.....Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama......Semoga Allah meredhoiPersahabatan
Dan perpisahan ini.......Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatankuDalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu......Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu.....Semoga... Tuhan berkatimu

Utuk shbt yang telah kembali kpdNya, moga ditempatkan bersama org2 yang mendapat keampunan dan RahmatNya.

date Tuesday, December 2, 2008

Asid benzoik tinggi dalam mi.

S.M. MOHAMED IDRIS menunjukkan sampel mi kuning yang tinggi kandungan asid benzoik di Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam mendedahkan terdapat mi kuning dan kuetiau yang dijual dalam pasaran mengandungi kandungan asid benzoik yang tinggi.
Kandungan tinggi bahan itu boleh mendedahkan pengguna dengan penyakit asma, rhinitis dan urticaria selain dikaitkan dengan keadaan hiper aktif di kalangan kanak-kanak.
Pendedahan kandungan asid itu secara melampau hasil kajian CAP ke atas 30 sampel mi, kuetiau dan hor fun di beberapa pasar di sekitar bandar ini.
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris memberitahu, menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983 asid itu tidak dibenarkan dalam makanan berupa mi sebaliknya hanya boleh digunakan terhadap proses makanan seperti cili, produk kacang soya, belacan, pati minuman dan jeruk.
Katanya, tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang makanan ialah tidak melebihi 1,000 bahagian per juta (ppm).
"Namun, hasil kajian CAP mendapati tahap ppm dalam mi, kuetiau dan hor fun di antara 1,285 hingga 4,912 ppm malah ada yang mencecah sehingga 5,354 ppm," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, asid tersebut dipercayai dicampur oleh peniaga dengan menyembur cecair itu ke atas mi untuk memastikan bahan makanan itu kelihatan segar dan boleh disimpan untuk beberapa hari.
S. M. Mohamed memberitahu, dalam satu kajian yang melibatkan sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka mengalami ketidakselesaan, loya, sakit kepala dan lemah.

***********************
yg aku tau mi kuning yg terjual di pasar atau pasaraya tidak elok utk kesihatan.tp klu dah peberet mcm mee goreng mamak, ari2 mkn kena lak dgn teh tarik mmg terlupa diri sket hehehe.utamakanlah kesihatan diri.

date Wednesday, November 26, 2008

Marahkan ayah, tertembak ibu.

Oleh AZIZI MAJIDberita@kosmo.com.my
GOMBAK - Gara-gara perselisihan faham antara bapa dan anak lelakinya, seorang ibu menjadi mangsa apabila satu das tembakan yang dilepaskan anaknya tersasar mengenai rusuk kanannya di Country Homes di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7 malam itu, remaja berusia 15 tahun itu yang baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikatakan bertengkar dengan bapanya, seorang anggota polis di tempat letak kereta rumah mereka.
Jurucakap polis berkata, ketika pertengkaran berlaku, remaja terbabit kemudian dikatakan masuk ke dalam rumah lalu mengambil sepucuk pistol milik ayahnya dari dalam almari sebelum melepaskan tembakan.
Malangnya jelas jurucakap itu, tembakan tersebut mengenai rusuk kanan ibunya yang turut berada di tempat kejadian.
"Ketika kejadian terdapat enam ahli keluarga mangsa di dalam rumah berkenaan dan ketika remaja lelaki itu melepaskan tembakan ia tersasar pada rusuk kanan ibunya," katanya di sini semalam
Menurutnya, ekoran itu, wanita berusia 45 tahun yang cedera itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan bantuan jiran untuk rawatan lanjut. Keadaannya dilaporkan stabil.
Bapa remaja itu merupakan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

*********************
nak ckp ape lagi?mysia makin bertambah sejarah2 yg menggemparkan yg pastinya bukan sesuatu yg dibanggakan.

date

*ni adalah sambungan kpd hal yoga yg ditelah dikeluarkan hukum haram oleh M.Fatwa Malaysia.(petikan ni sumber dp tokey tyrox san, tq aaa :) )

Oleh ZIEMAN
KUALA LUMPUR Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.
Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.
“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.
Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.
Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa ‘yoga’.
“Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.
“Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri.
Kata Dr Asri lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya tidak terlalu kaku.
“Fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan.
“Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,” jelas Dr Asri.
Beliau juga berharap Majlis Fatwa memberi ruang untuk umat Islam melihat alternatif.
Sabtu lepas, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Pengerusi, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin mengumumkan Majlis Muzakarah Kebangsaan (yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober di Kota Bharu) bersetuju memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.
Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.
Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.
Namun, beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.
“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.
“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media hari itu.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.
Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.
“Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan,” katanya.
Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Mstar

******************
apa yg mufti perlis ni ckp ada juge betulnye.komen aku sama jugak mcm dlm posting sebelum ni.ape pun aku setuju tntg hukum fatwa jgn jadi kaku.apepun amatlah alu2kan shbt2 yg arif hal ni memberi info atau membetulkan info jika perlu.tq.

date

Bulan November hampir melabuhkan tirai dan bakal digantikan oleh Disember yang dikenali sebagai waktu sesuai utk mak ayah amik cuti sbb anak2 dah mula cuti sekolah,kenduri-kendara,berjalan2 ke serata Malaysia dan juga ke luar negara.Bagi aku, bulan Disember bukanlah bulan untuk rehat seperti bulan Jun kerana banyak perkara yg akan berlaku dan perlu dilalui.

Minggu ni final exam dah bermula di sini.Paper aku akan bermula kejap je lagi.Maka akn berperanglah aku dgn pen dan kertas untuk semak kertas2 ni hanya utk beberapa hari saja.Dpt aku bayangkan betapa tahap kelajuan yg maksimum perlu aku usahakan dlm marking ni. Then dpt le cuti sekejap balik kg untuk merayakan Aidul adha bersama keluarga, Insya-Allah. Then kembali lagi ke sini utk workshop,open day,counselling weeks dan tugasan2 yg lain.Paper?aduss masih dlm usaha untuk menyiapkan proses2 yg awal....ilham dimanakah dikau?

Apepun selamat bercutilah pd semua yg mmg dah dlm bercuti atau plan nak cuti panjang.

p/s:sesiapa yg gi bercuti ke air terjun dan berkelah di tepi pantai ingatilah daku selalu ;)

date Tuesday, November 25, 2008

Jangan kunjungi premis yoga - MAIJ

JOHOR BAHRU - Tindakan tegas akan dikenakan kepada orang Islam yang mengunjungi premis yoga di negeri ini.
Itulah amaran keras yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada umat Islam di negeri ini agar tidak mengunjungi premis yoga kerana ia telah diisytiharkan haram dan menyalahi agama Islam.
Pengarah MAIJ, Datuk Zalil Baron berkata, jika pihaknya mendapat maklumat berhubung ada orang Islam yang mengunjungi premis berkenaan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
"Kita menerusi unit penguat kuasa akan memantau premis-premis tersebut dan jika didapati ada umat Islam mengunjungi premsi tersebut kita akan bertindak," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang mengharamkan yoga baru-baru ini berikutan terdapat tiga amalannya yang bertentangan dengan syariat Islam.
Menurut Zalil, antara tindakan yang akan diambil ke atas mereka yang berkunjung ke pusat itu ialah memberi nasihat dan jika terus berdegil tindakan undang-undang akan diambil termasuk mengheret mereka ke Mahkamah Syariah.
Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut mengingatkan pusat-pusat yoga di bandar raya ini supaya mematuhi peraturan yang disyaratkan termasuk mengelakkan orang Islam daripada menjadi pelanggan.
Datuk Bandar, Mohd. Naim Nasir berkata, amaran itu bagi mengelakkan lesen perniagaan mereka ditarik balik.

********************

JAIP tarik balik kenyataan yoga haram.

SALAH satu teknik senaman yoga yang perlukan tumpuan pemikiran dan penafasan. - Gambar hiasan
IPOH - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury semalam berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.
Bercakap kepada Bernama, bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.
"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.
Sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.
Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.

********************

Jangan pertikai fatwa yoga.

Oleh ZULKIFLI JALIL dan NORLIZA ABD. RAHMAN
BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.
Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.
''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.
''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Dr. Abdulfatah yang turut menyertakan kajian mengenai yoga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan memberitahu, buku-buku senaman yoga boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh dengan pelbagai teori mengenai kejiwaan Hindu yang bercanggah dengan akidah Islam.
''Yoga ialah 'sambungan', 'kok', 'bersatu' atau 'ittihad' roh individu dengan roh alam semesta serta kesatuan roh ilahi sendiri (Brahma) yang bersatu dengan tuhan.
''Yoga ialah falsafah Hindu iaitu satu agama wahdat al-wujud yang menyalahi fahaman Islam ithainiyat al-wujud," katanya.
Menurutnya, antara bentuk senaman yoga ialah Padmasana (kedudukan bunga teratai) yakni duduk bersila di atas lantai dengan kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan serta meletakkan tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri serta ibu jari menyentuh jari telunjuk.
Terdapat juga senaman garuda atau Garudasana iaitu nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
Beliau memberitahu, amalan zikir 'OM' atau 'AUM' yang diamalkan oleh para yogi (pengamal yoga) dikatakan mantera kekuasaan suci.
''Di dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam, cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan suara daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup setelah menyebut huruf 'M' yang terhenti dengan dengungan suara bunyi berterusan.
''Ini melibatkan semua anggota badan yang mengeluarkan perkataan manakala suara yang mengandungi banyak nama tuhan manakala AUM pula yang bermula huruf 'A' melambangkan kejadian terkandung dalam diri Brahma, 'U' melambangkan Vishnu tuhan pemeliharaan dan 'M' melambangkan Shiva tuhan pembinasa.
''Amalan konsep bersenam biasa ialah mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku dalam yoga. Malah senaman biasa boleh dilakukan tanpa penyeliaan guru dengan menjadikan buku sebagai panduan.
''Saya sendiri pernah mengamalkan yoga lebih 30 tahun lalu semasa di Amerika Syarikat (AS) dan mampu melakukan senaman teratai, tetapi mula meninggalkannya apabila mendapati yoga bercanggah dengan amalan Islam," katanya.
Dr. Abdulfatah memberitahu, tanda tanya yang besar dalam dirinya adalah apabila yoga menerapkan elemen kepercayaan Hindu iaitu mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia ini kekal tiada kiamat.
Kata beliau, dalam kepercayaan itu, masalah dosa setiap individu dibalas dengan undang-undang karma.
Kata beliau: ''Apabila mati, seseorang itu akan dihidupkan semula, rohnya memasuki jasad deva atau manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan.
''Dari kaca mata Hindu-Buddha, mati dan hidup semula berterusan selama-lamanya dan berulang-ulang, dunia ialah tempat penderaan balasan karmanya yang tiada kesudahan, sedangkan dalam Islam mati hanya sekali.

*****************
aku cuma tak berapa berkenan apa yg berlaku di sini ialah cara menyelesaikan masalah ni.tak boleh ke negeri2 di mysia ni sama dlm keluarkan fatwa?wlupun masih di bawah kekuasaan sultan masing2 tapi masih ada `body' yg tertentu boleh merumuskan hal ni dan mengeluarkan fatwa utk Malaysia kan bukan hanya tuk negeri.Lagi satu, aku terkilan gak perak ni (negeri aku beb), yg pi cakap nak ikut fatwa tu pehal lepas tu tarik balik dan ckp nak cek dgn sultan dulu.Yg awai2 tu tak cek ka?Jgn la bagi pening kepala rakyat.Ke ada cerita yg sebenar yg aku tak tau sebab aku tau dp akhbar je hehehe.

date

1. Malaysian Mensa Society and Department of Psychology of Sunway University College jointly organize a Forum on Intelligence. Those who are interested, please register with Ms Jeannie Lam of Department of Psychology soonest possible. The details of the Forum are as follows:-

Title of the Forum : Research on Memory and Intelligence
What We Know and What We Are Not Doing
Date of Forum : 22nd November 2008 (Saturday)
Time : 9.00 am
Venue : Auditorium 2

Admission fee : RM30.00 for Mensa members, Sunway staff and students
RM50.00 for members of the public
Hurry! Please register with Ms. Jeannie Lam (Department of Psychology) at 03-74918622 - Ext 3130 before 5.30 pm 21st November 2008.


2. Pottery Workshop
Date : 22nd of November,2008 - Saturday
Time : 9.00am-12pm
Venue : Studio B, LG (Lower Ground) North Building,
Sunway University College, Bandar Sunway, P.J
Fee : RM25
Pls contact : Helena - 03-74918622 - Ext 3500

3. Arts and Crafts (Holiday Programme for Kids)
Date : December, 1-4, 2008
Pls Contact : Sammy Chong Poh Chin (same as above contact no) - Ext : 3501


*****
klu shbt2 sempat dtg tu contactla no di atas ye. Jumpa di sana :)

date Thursday, November 20, 2008

NEGARA
'Dia anak derhaka'
Oleh MAZLINA MAJID mazlina@kosmo.com.my
RAMLAH melihat risalah 'Ajaran MLM' milik anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kajang semalam.
KAJANG - "Sejak terjerumus ke dalam ajaran ini (Ajaran MLM) beberapa tahun lalu, anak saya seperti sudah hilang arah, hilang hormat malah sanggup ingkar nasihat ibu bapa, dia lain sekarang, dia sudah jadi anak derhaka.''
Begitulah luahan perasaan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah, 40-an yang mengesyaki anak lelaki kesayangannya itu, Nizam, lewat 20-an, (bukan nama sebenar) telah 'terperangkap' dengan 'Ajaran MLM' yang didedahkan oleh Kosmo! melalui siri laporannya sejak Ahad lalu.
Kekecewaannya semakin mendalam lebih-lebih lagi apabila Nizam terpengaruh dengan kata-kata manis yang menjanjikan 'habuan besar' oleh kumpulan yang mengimpikan 'negara jelmaan' itu.
"Saya pernah dengar bahawa dia kata, dia akan dapat apa saja yang dia nak kalau 'kerajaan baru' terlaksana, apa saja yang dia impikan... kereta besar, rumah mewah pasti akan ditunaikan oleh ketuanya,'' ceritanya sambil memberitahu Nizam mempunyai nama gelaran lain di kalangan ahli kelas tilawahnya.
Selain itu, Ramlah juga mendapat tahu, 'kesetiaan' menjadi pengikut 'Ajaran MLM' untuk tempoh yang lama dikatakan turut akan 'dibayar' dengan menduduki 'hierarki' yang lebih tinggi dan dihormati.
Ramlah yang ditemui di sini berkata, dia sekali-kali tidak menduga serta amat terkejut dengan tindakan anak kesayangannya itu kerana Nizam mendapat didikan penuh di sekolah agama, sopan-santun dan tidak sekali pun meninggalkan solat.
Namun, semuanya bermula sejak kira-kira tiga tahun lalu apabila Nizam mula menunjukkan sikap yang pelik gara-gara kerap keluar malam hingga ke pagi dengan alasan ke kelas agama hingga mengganggu disiplin waktu bekerjanya.
Geram dengan sikap Nizam yang kerap kali mendiamkan diri apabila ditanya akan perubahannya, akui Ramlah, adakalanya timbul perbalahan dan pertengkaran.
"Yang terpacul daripada mulutnya adalah 'keadilan' dalam memperjuangkan negara Islam tulen,'' beritahunya yang sudah hilang kudrat untuk menasihati anaknya itu akibat ketaksuban memperjuangkan 'Ajaran MLM' itu.
Menurut Ramlah, tembelang yang menjadi rahsia peribadi Nizam selama ini akhirnya terbongkar dengan bahan bacaan mengenai kelas tilawahnya ditemui di dalam kamar biliknya.
"Terkejut bukan kepalang saya dan bila dirujuk dengan tokoh agama dan ustaz, terbukti ajaran yang diikutinya terpesong,'' luahnya.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

**************
apa ajaran MLM tu?ada MLM yang berunsurkan ajaran yang terpesong aqidah ke atau pun org2 yg dlm MLM tu yg ke arah memesongkan aqidah?ataupun ada sesuatu yang tidak kita ketahui di sebalik berita ni?

date

Aisey....hari2 yang menanti akan tiba tak lama lagi..tp ilham untuk meneruskan penulisan ini nampaknye masih berada di tahap yg sama.Emm.....mana nak kucari penyokong2 fakta ni.
Memandangkan kepala ni pun dah pening sket maybe keletihan dgn rutin hari ni seperti biasala kan, so aku nak promotelah buku yang aku tgh baca ni,isinya bagus,brief namun mempunyai bnyk fakta dan kisah2 yang menyokongnya termasuklah serba sedikit fakta2 sains.Mungkin ada shbt yg dah membacanya,pd yg belum, bolehlah melihat isi2nya.

Tajuk Buku : Minda Muslim Super
Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin
Pengantar : Profesor Dr.Mohd Yusuf Haji Othman

Antara sub-topik yang menarik ialah:

Nabi Muhammad di dalam Veda dan Purana.
Veda dan Purana adalah kitab2 suci agama Hindu dan kedua2nya tidak disebut Allah sebagai kitab diturunkan dr langit.

Namun, terdapat tokoh2 Islam sprti Prof.Dr.Jamal Badawi (Pengarah Pusat Islam, Halifax, Kanada) berpendapat,kemungkinan ia juga datang dp Allah berdasarkan nas2 umum terdapat dalam Quran. (Surah Faathir, ayat 24) yang bermaksud:

Sesungguhnya kami mengutus kamu dgn membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai peringatan.Dan tak ada satu umat pun melainkan ada padanya seorang pemberi peringatan.

Dr.Ved Prakash Upaddhayaya, seorang pakar bahasa Sanskrit dr Univ. Prayag mengatakan, Muhammad disebut dlm kitab Veda dan Purana dgn 4 nama dan gelaran:

1. Narashangsa (The Praised) - Yang terupji
2. Antim Rishi (Final Sage) - Utusan Terakhir
3. Kalki Avatar (sage of the Last Period) - Utusan Akhir Zaman
4. Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad) - Muhammad dan Ahmad

Perkataan Narashangsa bermaksud `manusia yang dipuji'.
Antara petikan dalam Atharva-Veda :
* `He will use camels as his mouths' (Atharvaveda 20:127:2)
= Dia menggunakan unta sebagai kenderaanya.

* `He will have twelve wives'
* God will honour Narashangsa with 10 garlands (kalungan di leher)
* He will receive a gift of 10 thousand cows.

Berkaitan dgn 10,00 ekor lembu, Dr.Ved Prakash melontarkan pandangan beliau iaitu `lembu' dlm Veda adalah perkataan metafora melambangkan golongan yg baik dan pekerti mulia. Anugerah 10,000 ekor lembu dikaitkan dgn 10,000 sahabat2 yg berjaya menguasai kota Mekah thn 8 hijrah.

*******
Emm..agaknye klu betul hipotesis di atas, maybe ada penganut2 dulu yg telah menyeleweng dan jadilah agama Hindu ini.Nanti aku sambungla ye kat sini.Pening campuq ngantuk dah ni.:)

date Wednesday, November 12, 2008

Hari ni adalah hari kedua kes mahakmah syariah dalam kelas aku.So pagi ni aku tak sbhr dah nak nengok sambungan cerita dan gaya lakonan masing2 yg hebat gitu. Paling penting, ia kaan memberi pengalamaman dan pengetahuan yg berguna utk mereka (dan aku juge) :)

*okeh wa pi kelas dulu..nanti wa sambung kat sini lepas ni.

date

Subject: FW: Employee EPF Contribution 8% wef Jan 2009 to Dec 2010The below notification is self-explanatory. Kindly be informed that with effective January 1, 2009, employee's EPFcontribution will be reduced from 11% to 8% automatically. This arrangement will be implemented until December 2010 wage.

Ini adalah sebahagian perubahan yang dibuat oleh Kerajaan kita berkenaan caruman wang KWSP.Aku buh isu ni dlm entri sejarah sbb kira part of sejarah gak tu :). Emm aku nak kena fikir gak ni hehehe, kalau 8% ada le lebih sket duit poket leh la selalu mkn roti bakaq kat kopitiam tuh hehehe. Apepun long term kena fikir gak kan.....nak capai impian beli kapal torbang pencen nanti hehehe.What say shbt2 seme yer...ada sesape yg isi borang tuk kekalkan caruman seperti biasa?

date Tuesday, November 11, 2008

Saya ambil petikan dp Utusan Malaysia online;

Jangan cabar fatwa - Surat 1
KEPUTUSAN yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan sebuah fatwa bahawa perlakuan ‘pengkid’ adalah haram, nampaknya telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, khususnya oleh golongan ‘pengkid’ itu sendiri.
Malah, terdapat sekelompok masyarakat yang secara terang dan berani telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.
Lebih menyedihkan, sikap yang ditunjukkan dan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah-olah mereka memperlekeh dan menghina fatwa tersebut.
Apa yang menghairankan adalah ada di kalangan kelompok yang membantah fatwa tersebut merupakan mereka yang bukan beragama Islam.
Saya ingin menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa keputusan fatwa hanya tertakluk kepada umat Islam.
Justeru, dalam hal ini, umat bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan fatwa tersebut. Apatah lagi apabila pertikaian tersebut hanyalah dilandaskan kepada emosi dan pandangan peribadi semata-mata.
Masyarakat di negara ini, khususnya umat Islam, harus memahami bahawa tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk mengeluarkan hukum.


Saya kecewa dengan sikap beberapa pihak yang seolah-olah marah apabila ada peraturan-peraturan yang dikeluarkan untuk memandu kehidupan masyarakat.
Apakah peraturan itu sesuatu yang tidak baik? Bukankah di mana-mana sahaja, di pelbagai peringkat, terdapat peraturan yang menjadikan kehidupan kita sebagai manusia lebih tersusun dan beradab?
Saya juga kurang bersetuju dengan istilah ‘mengawal’ (control) yang digunakan oleh sesetengah pihak yang menentang keputusan fatwa tersebut.
Pada hemat dan pemahaman saya, keputusan fatwa tersebut (dan juga fatwa-fatwa sebelumnya, dan yang akan datang seterusnya) bukanlah bertujuan untuk ‘mengawal’ dalam konteks kawalan seperti robot dikawal oleh manusia, tetapi bertujuan untuk memandu umat Islam agar patuh kepada sistem nilai yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Hal ini tidak harus dilihat sebagai ‘mengongkong kebebasan’, kerana sebenarnya mereka yang bersikap dan berakhlak dengan akhlak yang tidak betul itulah yang terkongkong dalam dunia yang mereka cipta sendiri.

*****************
? x ~ = &*#@. apa lah nak jadi dgn keadaan kat mysia tercintaku ni?

date

Tajuk kat atas je dlm bahasa omputih, kat sini biaqlah aku tulih dlm bahasa dan loghat aku sendiri yang mudah utk aku pahami hehehe. Dah lama jugak aku tak bukak entry baru kat blog aku nih.Actually, bnyk naa dlm kepala nak dicoret kat sini tapi tak tertulis.Ni barulah boleh coret sket2.Hanya seminggu lebih je tinggal sebelum bebudak2 aku akan berhempas pulas memerah otak bermain dgn pena di atas kertas. Lepas tu aku pulak berhempas pulak nak menyemak kertas2 itu, harap2 takde lah yg menulis novel lagi pada hari itu :).Tak lama lagi kelas pun dah nak abis tuk sem ni dan tahun 2008 pun akan melambai2 dan memberi laluan kpd thn 2009 pula untuk memberi ruang kita mencoret warna2 kehidupan jika kontrak kita dgn Yg Maha Esa masih belum expired. Rasa ada sedikit kelegaan bila fikir kelas akan berkahir utk sem ini, namun melihat agenda dan aktiviti yg perlu dihadiri dan disertai....emmm `i need more energy,motivation and more choc cakes hehehe'.

Ada shbt2 yang telah melebarkan sayap masing2 dalam berjuang sebagai dai' dan juga menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Gembira hati aku ni melihat mereka yg berjaya dan dalam ambang kejayaan dan kebahgiaan. Ada yg dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi samada di seberang laut mahupun di dalam negara,menceburi dlm bidang bisnes,mendapat peluang menambah ilmu di negara orang,menambah bilangan or bakal menambah bilangan ahli keluarga dan lain2.Hari ni di antara hari2 yg aku rasa eppy dan aku ingin nak kongsi kat sini. Pagi ni sebelum aku ke kelas pertama aku dpt email dp salah seorang sahabat yang diperkenalkan oleh shbt lama aku dulu untuk menjayakan program di sini. Shbt2 ini bnyk membantu aku dan shbt2 lain membuat program dulu dan bnyk bagi info dan nasihat dlm bidang perundangan dan juga memberi semangat,motivasi dan idea2 bernas pd ku yang masih belum luas pengalaman dalam tugas2 ku ini. Sahabat yg menghantar email tu memberitahu sudah selamat tiba di bumi UK. Aku dan shbt2 yg mengenalinya tumpang gembira apabila beliau berjaya mendapat anugerah di UK sana.Dalam bnyk2 negara, Malaysia yg berjaya mendapat anugerah itu dan beliau yg menjadi wakil terpilih. Aku yakin apabila seseorang itu menjalankan tugas dgn ikhlas, Insya-Allah, Allahlah `hakim' yang terbaik untuk memberi markah bg mengisi bahagian assesment yg kadang2 tercacat sedikit oleh penglihatan sesetengah manusia.

Macam ada satu semangat pada diriku apabila kelas pertama harini pun berkaitan dgn undang2 syariah. Bila aku mula mengorak langkah memasuki kelasku, aku tak melihat pelajar2 muda belia di situ tetapi seolah2 peguam2 yang berkarisma. Aku rasa ada kepuasan di situ melihat kesungguhan mereka untuk menjayakan class activity yg terakhir untuk sem ini. Ada yg sanggup ber-sms dgnku di hujung minggu nak pastikan research yang dibuat itu betul.:). Hujahan2 yg diberikan mmg jitu untuk peringkat umur seperti mereka lagi2 tidak pernah ada pengalaman melalui kes2 seperti ini. Pelakon2 nye juga handal2 memainkan watak2 mereka seolah2 aku menonton layar perak di alam realiti di astro oasis-kes mahkamah syariah. Mmg bakat terpendam diowang ni.Hakimnye juga adalah di antara mereka yang tidak pernah melalui kes ini, tapi aku lihat ada potensi as a leader di situ.Terima kasih atas kesungguhan anda dalam menjayakan aktiviti ini dan membuat research berusungguh2.Yang membuat aku terkesima apabila aku bertanyakan kpd mereka samada nak back to casual attire or still mcm arini utk sesi kedua hari rabu nanti, jawapannya di luar dugaan...agaknye depa dah heppy kut dgn berpakaian formal dan sungguh berkarisma tu :). Aku ada juga bnyk nak bertanya dan rujuk kes2 kpd shbt2 yg bnyk membantu selama ini tetapi memandangkan jarak amatlah jauh dan hari2 mereka amat busy dgn tugasan2 baru, jadi aku simpanlah dulu utk thn dpn. Kpd shbt di bumi UK sana dan di Cairo, moga dapat kembali lagi ke bumi Sun-U ini untuk bersama2 dgn mereka2 yg berpotensi di sini.

Akhir kata untuk petang ini (memandangkan mug aku yg dipenuhi milo pns tadi dah pun kering, aku kena la stop mencoret di sini utk sesi ptg ni), aku amat kagum dgn kejayaan shbt2. Anda menjadi inspirasi kami di sini.....emmm agak2 dpt ke aku ke bumi salji thn dpn? ;).Uhhh semangat je berkobar2 tp bila nak abis menulis paper2 tu hehehe.Okehlah papai lah dulu, till ketemu lagi esoknye.Maafla ye entry aku ni bahasa yg digunakan mmg mcm rojak Penang campuq gado2 dari Banting .Ini hanya untuk memeriahkan suasana bercerita dan tidak sesuai untuk dijadikan latihan karangan tuk SPM untuk memantapkan bahasa.Apepun, selemat berehat :).

date Monday, November 10, 2008

:) :( = warna-warna kehidupan.

"Ya Rabb, hidupku dan matiku hanya untukmu.Berilah petunjuk dan jadikanlah hatiku sentiasa mengingatimu.Jauhilah dari segala fitnah dunia dan akhirat.Jadikanlah amalan-amaln harianku sebagai ibadat ke jalanmu.Ammin."

Apa yang dilihat kadang2 tidak seperti yang tercapai dek akal.Apa yang didengar terkadang tersasar pemahamannya oleh minda. Apa yang dirasai oleh hati kengkadang tidak mampu di pahami oleh anggota badan yang lain yang selama ni berkerjasama sama dalam melalui liku-liku hidup.Apa yang pasti, hargailah kehidupan,apa yang ada di depan mata dan masih dimiliki.

date Monday, November 3, 2008

Kepada sahabat2 yang arif bab2 IT dan blogging ni, aku nak nanya sket apa maksud `window shaking'? aku tak pasti la pulak window pc tu betul2 shaking ke tak.shabat kita,kak zeem baru tadi dpt ym dgn dia sekejap memberitahu yg sbb2 tak dpt blogging dan berforum sebab ada sign window shaking.Err betul ke, ke window shading?Kata kak zeem, pc dia asyik kena virus setiap kali berblogging.Klu shbt2 tau ape masalah tu dan cara2 nak atasinya, tlg beritahu ye.Kak zeem rindu sgt kat sahabat2 blog dan internet dia.Tq.

date Sunday, November 2, 2008

date Thursday, October 23, 2008


Alhamdulillah, hari ini dapat bertemu `nenekku' dan `kak ani' ...dapat melihat senyuman manis kakak2ku ini melambai2 tangan dari dalam kereta di dalam kawasan kolej.tak ku sedar pulak ada papan tanda wawasan 2020 di situ ye sebagai kata pentujuk hehehe.Kemudian kami bersama2 menuju ke satu destinasi untuk bertemu seorang sahabat lagi yang setia menanti kehadiran kami.Alhamdulillah, setiba sampai di rumah beliau, sahabat ini dengan cerianya menanti kedatangan kami dengan hidangan cheese cake yang sungguh sedap dan cantik sekali.Tq Az, masih sempat memasak kek yg sedap tu untuk kami semua.Get well soon, sis and may Allah's Bless is always with you.Happy dapat bertemu,berbual2 dan sudah pasti hati2 kami berbunga riang.Moga kita dpt bertemu lagi dan kali ni bersama2 shbt2 yg lain juga dan sudah semestinya senyuman akan bertambah mekar bak bunga kertas.Az, jgn lupa buat cheese cake 3 tingkat yerr hehehe.
Okeh, cheese cake Az terbukti fresh,sedap dan lembut.Sesapa nak order bolehla....masukkan nama dlm waiting list yerrr....nanti sis kita ni dah sihat betul boleh buka buku amik order yer ;).

date


Special dedication for my sister, ticer Az.

Have a good rest,sis. May Allah's Bless always with you.

Our doa are always with you ya. Insya-Allah, after this i `belanja' eating choc cake ya :).

date Friday, October 17, 2008

Perkataan `guru' atau `cikgu,cik,encik,tuan,puan' dalam bahasa Melayu atau `Sir,Teacher,Madam,Mam,Miss,Mrs' dalam bahasa Inggeris, `Lau se' dalam bahasa mandarin, `mudir,mudirah' dalam bahasa Arab (betul ke,aku lama dah tak praktis ni),Ustaz atau ustazah, adalah gelaran di Malaysia ni untuk mereka yang berkelulusan agama dan mengajar mata pelajaran Agama Islam adalah merujuk kepada seseorang yang mengajar,mendidik dan membimbing anak bangsa.

Hari ni aku teringat sangat kat guru2 aku dulu walaupun hari guru telahpun lepas tahun ni dan kena tunggu tahun depan plak.Apepun tak salahkan mengingati guru2 seperti ibu bapa kita dan mendoakan untuk mereka.Aku ni dek kerana berpindah randah masa kecik dulu lebih kurang mcm org nomad la, maka banyak la juga guru2 yang telah mencurah bakti kepada diriku ni.Pelbagai pengalaman yang dilaui bersama guru2 ni, ada yang manis,masin,masam,pahit,kelat,tiga rasa, rasa mint/pudina dan lelain perasa lagi.

Antara guru-guru yang aku ingat ialah `Cikgu Hawa' yang sering tersenyum dan cool je dlm bilik darjah (sekolah rendah kat Keruh or Pengkalan Hulu).Jarang lihat dia marah2.Beliau mengajar subjek B.Malaysia darjah dua.Oh lupe lak, Cikgu Hassan, Cikgu B.M gak masa darjah satu...selalu suka berborak dgn pljr2 yang cute miut mcm we all, selalu buat lawak.Sorry cikgu, anak murid sorang ni rajin benor argue dgn cikgu (darjah satu pun dah pandai argue mcm debate la kononnya). Ustazah Saodah yang sunggu ayu,sopan dan bnyk meceritakan cerita2 pengajaran.Ustazah, masihku ingat lagi kisah` budak yg makan roti cicah air perigi tu) :).Mungkin hanya cerita rekaan tapi sungguh mendalam mesejnya hingga kini.Sorang teacher ni aku lup anama dia tapi masih terbayang dgn jelas wajah dan perwatakannya.Beliau merupakan ibu kepada salah sorang sahabatku dp kelas sebelah.Beliau mengajar bahasa Inggeris darjah satu.Pernah aku rasa tak puas hati sebab kurang dua markah dp markah 100 sebab beliau beri soalan yg belum pernah dia ajar dlm kelas.Ingat lagi gambar bawang merah yang diletak, aku pulak pergi bulatkan jwpn `cucumber'.Abah aku juge jadi teacher aku lepas tu terangkan ape itu `cucumber.

Wah nape aku ingat balik seme2 ni....ok to be continued ya.:)

date Thursday, October 16, 2008

Khas utk Atiqah,semoga tabah dan moga roh ayahandamu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Aamiin.

*****
Kepada yang mengenali Atiqah,ayahandanya telah kembali kepadaNya dua hari lepas .Sebelum ini saya mendapat tahu yang arwah sedang sakit akibat sakit buah pinggang.Tq Dila for informing us.

date

date Monday, October 13, 2008



Sesungguhnya pemanis makanan memaniskan hidup kita dalam menikmati makanan yang ada. Dalam banyak2 makanan tu, aku paling suka kek coklat dan cheese coklat. Kek2 yang dihiasi dgn dekorasi,warna2 yang menarik,kemanisan yang ada menambahkan kelazatan dan permintaan kek tersebut. Ada orang kalau dalam keadaan susah hati,tak selera makan bila dpt sesuap kek yang lembut dan manis akak membuatkan minda dapat berehat buat seminit cuma tapi ia tetap membantu,ada juga orang yg dalam keadaan tak puas hati,marah bila dapat hadiah kek cekelat dp org tersayang akan membuat ia tersenyum seketika.Bagi mereka yang amat menggemari kek seperti aku ni kadang2 terlupa akan amaran yang tersedia menanti,kandungan gula,protein yang berlebihan akan menjanjikan suatu yang amat digeruni suatu hari nanti. Namun, kemanisan dan kesedapan kek itu membuatkan ramai org terlupa kdg2 akan kemudaratannya jika dibandingkan dengan sebotol cuka....
Warna kehidupan manusia itu dipenuhi dgn warna-warna yang membawa pelbagai watak untuk dilakonkan. Skrip yang ada diubahsuai oleh tangan2 pelakon2 layar kehidupan di mana asal perjalanan lakonan itu telah ditetapkan oleh `DIRECTOR FILEM' yang Abadi. Lakonan di layar perak akan tinggal kenangan di hati setiap peminat utk menilainya dan mertabatkan darjat para pelakon. Namun, lakonan di layar realiti juga memberi erti sebuah kehidupan kepada yang memainkan watak2 itu mahupun yang menontonnya ataupun mendengar kisah itu samada gembira,sedih,mendebarkan dlln.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan bahawa manusia itu diuji untuk kerana kasih sayangNya,yakinlah kita mampu melaluinya. Jika ia manis semanis kek coklat, ia juga kaan menjadi racun jika kita lalai dan leka. Jika ia masam dan tajam seperti cuka seolah2 tajamnya pisau belati menghiris2 hati kita,yakinlah Allah itu maha mengetahui.Tiap kejadian itu ada hikmahnya. Semasam2 dan setajam2 cuka itu ada kelebihannya. Sahabat2 yang disayangi,ku doakan agar kita semua diRahmati Allah di dunia dan akhirat....itulah sebaik2 kebahgiaan yang abadi.Moga Surah Al-Hadid dan surah Al-Bayinah menjadi antara surah2 yang sering dibaca di samping memohon taubat,ketabahan,petunjuk dan mengadu kepadaNya.

date

Hari ini hari Jumaat.Ramai org hepi dgn hari jumaat ni...apa sebab ye?Antara sebab-sebabnya ialah, inilah hari terakhir bekerja bagi sebahagian masyarakat Malaysia,hari ini hari separuh hari kerja,hari ni workload tak bnyk, hari ni maybe releks sket,hari ini hari terakhir dlm minggu untuk plan nak wat ape pada hari sabtu dan ahad,hari ni bleh kg lepas keje,bleh bwk anak2 dan family gi jenjalan lepas keje dan lelain sebab.

Hari Jumaat ni jugak ada setengah tempat kerja, lunch lebih lama dp hari2 lain so bleh la gi shopping dan lelain aktiviti hehehe.Namun, Jumaat nilah jejaka Muslim malaya kena pi solat Jumaat....hari jumaat gak ada org jadikan sebagai hari utk memakai pakaian lebih sopan berbanding dp hari lain.Malah yang bukan beragama Islam pun ada yg akan memakai baju kurung bagi si perempuan berbanding dgn yg melayu dan muslim.Kadang2 aku terfikir gak hari jumaat ni adakah hari utk berbaju kurung? Mulia sungguh hari jumaat pada pandangan mata2 manusia ni....tapi sejauh mana pemahaman ini?adakah hari ni pengecualian untuk melakukan aktiviti2 yg kurang baik?hari untuk jadi lebih baik?

Bagi aku....hari ini aku rasa lega sikit bukan sebab kerana ia adalah hari Jumaat tapi sebab waktu dlm kelas lebih pendek dp hari2 lain dan bebudak aku akan buat aktiviti kelas hari ni, so lebih fun :).Apepun moga amalan yang dilakukan mendapat keberkatan Ilahi.

date Friday, October 10, 2008











6hb.Syawal.




cepat betul masa berlalu.rasa macam baru je bermula berpuasa,bangun sahur,bersiap2 utk berbuka dan bertarawikh.alhamdulillah diberi peluang untuk melalui hari2 pada bulan ramadhan pada tahun ini.moga amalan kita semua diterima dan diRahmati Allah.moga dapat bertemu lagi dgn Ramadhan Al-Mubarak pada tahun hadapan,Insya-Allah.selmat berpuasa enam dan puasa2 lainnya :).apa yang pastinya,aku yakin ramai yang dah mula bertugas pada hari ni dan bg yg duk di pantai timur dah bertugas semalam.dah seminggu duk di kampung rasa malas pulak nak balik ke sini...hehehe.kalau ikut hati nak je tambah cuti lagi tapi dek kerana kelas, tak dapek le nak amik cuti :).

5hb.Syawal.
pagi2 aku dah mula bertolak dp kampungku tercinta untuk pulang ke tempat aku mencari rezeki ni.alhmadulillah jalan tidak le sesak sangat walupun kenderaan2 dah mula memenuhi jalan bila tenghari menjelma.dah sampai sini,ujan lebat mula turun.alhamdulillah,rasa segar.isk tak puas lak cuti kali ni, bnyk lagi rumah sedara dan sahabat2 yg tak sempat dikunjungi di kg.Insya-Allah moga dipertemukan nanti.Aku bawak balik biskut sket je.takpe nanti kalau perlu bleh buat sket lagi di sini.sudah pasti open house,open office,jamuan makan2 hari raya akan memenuhi diari masing2.emmm ni nak kena pi gym nih hehehe.

4hb.Syawal
Hari Sabtu,aku masih di kampung.awal2 subuh abah aku cakap kita siap2 harini, insya-Allah nak bergerak ke Kedah.Actually, plan nak gi Kedah ziarah sahabat lama mak abah hari Jumaat dan juga hati ni tak sabar2 nak jumpa dgn sahabat merangkap kakak dan `nenek' tercinta di aloq setaq sana.malam 2hb.Syawal, abah dapat panggilan memberitahu kematian seorang penduduk qariah aku.jadi abah kena bersama ahli masjid untuk menguruskan jenazah dan segala urusan yg berkaitan dgnnya sehingga esok harinya.so,plan nak gi ke kedah pd 3hb.Syawal kena tangguh.sebab tu bila abah bgtau subuh2 syapeie nih aku rasa eppy sangat.awai2 lagi aku dah sms dan call sahabat sorang ni.perjalanan ke kedah agak sibuk juga wlupun awal2 pagi, agaknye ramai yg dah mula nak pulang ke utara sana lagi2 ujan mula turun sepanjang highway tuh.Alhamdulillah dapat berjumpa `nenek' ku dan suaminya di tol alor setar utara dan di bawa kerumahnya.terima kasih nenek di atas layan yang cukup baik dan mesra, terharu rasa...dijamu dgn ketupat jagung,ketupat kacang,laksa kuah kedah dan kuah siam peghhhh memang sedap.siap di pelawa makan nasi lagi tapi memandangkan nak ke pekan rabu pulak, insya-Allah next time ye nenek...nasi daginggg yeerrrr hehehe.nenek sudi menemani kami ke pekan rabu tapi parking nye mmg penusss...so next time dtg lagi ye.the nak gi umah kwn abah pun kak dib dan suami temankan juga mencari rumahnya tapi tak jumpa, memandangkan hari dah agak lewat kena la postpone.sampai di parit buntar pun dah jam 6pm.kereta2 toksah cakap la di sepanjang highway tuh.`nenek'ku, tq so much, insya-Allah nanti dtg lagi ye tidur sana ;).

1hb.Syawal.
Hari kemenangan selepas sebulan berperang dgn nafsu,ujian2 dlln.moga kita masih kuat dan teguh melalui kehidupan ni dengan Rahmat Allah.Macam biasa saudara mara, sahabat handai berkunjung ke rumah dari pagi lagi.saudar jauh pun datang, tak sangka aku yang muda belia ni (tak ngaku tua hehehe)dah ada cucu pulak hehehe.disebabkan mengikut pangkat dan gelaran, aku ada anak sedara sepupu yang sebaya dgnku malah lebih berumur dp aku so dptle cucu sedara.Hidangan pagi raya di rumah aku mcm biasa ada ketupat pulut, rendang daging.Tahun ni tak buat bnyk jenis berbanding thn2 lepas.Thn ni bnyk nak jln2 pulak hehehe.Gembira dpt berjumpa saudara mara dan sahabat handai walupun masih ramai yg tak sempat nak bersua.Kesedian juga terasa mengenangkan tok tokwan dan pakcikku yang rapat dulu dan jadi tempat rujukan dari zaman belajar lagi.Dah setahun pakcikku dijemput pulang ke tempat abadi.Moga mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang soleh solehah.Aaminnn.

Sebenarnya bnyk yang nak dicoretkan di sini....ia menjadi kenangan yang terindah tahun ni.Selamat menyambut Aidil Fitiri hari keenam kepada sahabat2 semua di Malaysia maupun yang berada di luar negara.Sapa2 yg buat open house,jamuan2 jalan2 cari makan jgn lupe jemput ye hehehe.Mai la kita berkampung di Sunway pulak.Boleh aku jamu hidangan spesel `megi istimewa Sunway'.;)
Gambar Lebaran:
1.Putera puteri dari jiran taman aku ni.comel2,jelita,hensem semuanya dengan baju baru dan sungguh bergaya.
2.Laksa Sepesel Aloq Setaq (Kuah Siam) oleh Chef `nenek'.
3.Serunding ayam yang dicicah dgn ketupat jagung dan ketupat kacang (gambar no.4) juga disediakan oleh chef `nenek'.

date Monday, October 6, 2008

Beberapa hari je lagi Ramadhan Al-Mubarak akan pergi meninggalkan kita.Aidil Fitri akan menggantikannya.Mesti ramai dah plan bila nak balik kampung,nak balik beraya di mana,yang ada kenderaan sendiri nak pastikan semuanya dlm keadaan elok supaya tak meragam nanti di tengah jalan,yang naik pengangkutan awam tiket tu dah beli ke belum?jaga2 jgn pi beli kat si ulat2 tu nanti tak balik pulak.Aku insya-Allah sabtu pagi balikle ke kampung di kutub utara sana.Aku cuti raya tak lama mcm sesetngah orang, dpt seminggu je.

Sahabat-sahabat masih ingat lagi gelagat beraya masa kecik-kecik dulu?Banyaak kenanagan tuh.Aku masa kecik dulu tinggal bnyk tempat berpindah randah mcm orang nomad hehehe sebab ikut ayah aku yg bertugas.Masa duduk dalam kem dulu best beraya situ walaupun teringat kat tokwan tok,kg,ayam itik,bendang (sawah padi).Boleh katakan kebanyakan penghuni2 di situ tak balik kg waktu tu so ramai la org,dpt mkn bermcm2 jenis makanan maklumlah semua negeri ada kat situ.Aku ingat lagi kalau umah makcik klate ni, mesti nasi dagang dia tiap thn.Umah makcik kedah plak laksa beras,umah johor lak lontong.Umah aku mcm biasala mesti ada ketupat daun palas,rendang ayam,kadang2 ada gak abah aku bakar lemang sendiri,nasi special.Raya di kem kena masak bnyk2.Aku ingat lagi hari pertama beraya, jam 2 ptg lauk erndang mak aku dah abis,lemang pun tinggai sket je lagi.Meehun sup pun mak aku buat.Sampai ke malam ada org dtg raya lagi.Paling aku kesian bila pelajar2 abah aku mai raya, lemang kena cicah dgn gula hehehe,meehoon pun tinggai sorang sepinggan je takleh tambah.Mana taknye,sampai ke larut malam mai lagi.Aku masa tu nakai gak mulut ni ckp kat mak aku, depa tu(pljr2 abah aku) tak kenyang2 ke, umah ni dah kat 30 umah dah depa pi.hehehe.

Sungguh meriah dan ceria pada hari raya lagi2 dpt merapatkan ukhwah sesama kita.Tapi kampung skg pun dah tak meriah sgt.Budak2 lebih suka tengok tv dp berjalan umah orang.Zaman aku dulu, kalau beraya pi dlm satu geng.Masa tu mmg la nak sgt duit raya tapi takdela demand sgt mcm budak2 skg ni,dari depan pintu pagar umah dah jerit `assalamua'laikum, kami nak beraya,tak mau makan dah kenyang,nak duit raya je".Kwn2 aku bnyk cerita insiden mcm ni.Kalau akau, maaflah agak tegas sket, aku akan pi kat depa dan ckp`aik bagi salam mcm ni ke'.Meh masuk,duduk makan minum,kalu tak, no duit raya hehhe.Aku nak depa masuk je biar tau adab kan, msyrkt pun kena gak didik diowang, so masuk lam umah aku, kena la lecture sket dgn aku.Then aku bagi duit tak minum makan pun takpe tapi jgnlah biarkan anak2 bangsa kita tak kenal erti beraya yg sebenar.

Kalau dah berkumpul ramai2 sedara mara dan kawan2 lama mmg best, yg tak best bg setengah pihak tu bila soalan cepumas dilontarkan mcm bom atom di Hiroshima tanpa ada belas kasihan hehehe.Anatara soalan2 cepumas dan mutiara tu ialah`hang bila nak pakai keta tu,hang bila nak akwin,hang bil anak dpt anak,anak hang bila nak kenduri pot pet pot pet....ada yang mendengar tersenyum lebar jika ada jwp cepu berlain tuk si penanya,ada yang buat2 tak dengar maleh dah nak jwp hehehe.'Ada jugak ibubapa yg kesedihan anak2 tak balik beraya di kg malumlah ada giliran masing2.Apepun jgn dilupa ibu bapa kita,calling2 la :).Moga Ramadhan dan Aidil Fitri kali ni benar2 memberi kita pengajaran yang berguna.Sapa yg ke utara tu, jemputla ke kampung aku ya.



date Wednesday, September 24, 2008

"And obey Allah and His Messenger; and fall into no disputes,
Lest ye lose heart and your power depart;and be patient and
perservering;For Allah is with those who patiently perserve'.
(Surah Al-Anfal,verse 46(ayat 46)

Ramai orang dah biasa dengar ayat yg simple ni.Taatilah Allah dan PesuruhNya.
Bagaimana kita menunjukkan ketaatan kita?Apa caranya?Adakah cukup dgn solat 5 waktu(kalau takde yang tertinggal),berpuasa,zakat,haji?Adakah graf ketaatan kita sentiasa naik dan turun atau sentiasa statik?Apakah cara yg paling berkesan utuk digunakan bagi diri sendiri dan juga orang lain?Kepada mat dan minah rempit?geng2 yang bersuka ria menjamu selera pada siang hari waktu Ramadhan?lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah?

Aku yakin ramai org tahu apa hukumnya.Malah mereka2 yang memainkan watak2 di atas juga pernah belajar di sekolah dulu dp ustaz atau ustazah.Tapi di mana silapnya?Aku menulis petang ni bukan nak menudingkan jari kepada orang tertentu dengan meletakkan kesalahan 100%.Apa yang perlu dilakukan ialah masyarakat yg menjadi mata dan telinga untuk membantu ke arah melahirkan insan cemerlang,gemilang terbilang...peghhh dah jadi mcm tajuk utama kempen lak :).Yang paling uatama niat kita mestilah ikhlas fillah lillah ye tak.

Beberapa hari lepas, lepas keje aku singgah di sunway piramid nak beli barnag2 sket.Masa tu pun dah agak lewat, so aku plan berbuka puasa di sana.Masa tgh mkn,aku nampak bekas rakan sekerjaku yang mengintai2 restoran ni.Aku pun terus memanggilnya dan ajak dia teman aku mkn.Kelihatan dia lebih ceria.Dia bnyk bercakap bercerita tentang diri,kesihatan,masalah yang dihadapinya akhir2 ni.Aku sambil menyuap makaroni menangguk2 apa yg dia cakap.Apa yang menyentuh hatiku ialah apa yang diceritakan kpdku.

Katanya,beberapa bulan dulu dia seorang yang agak panas baran, kaki minum, sembahyang pagi dan malam ditinggalkannya.Jiwanya kosong.Aapabila masalah dihadapi, beliau cepat rasa tertekan dan kecewa dgn diri sendiri sehinggalah satu hari bila dia meminta pljrnya menulis karangan.Salah satu karangan yang menyentuh hatinya ialah cara menanngani stress melalui penghayatan agama.Dia mula rasakan karangan yg dihasilkan oleh remaja jika nak banding daripada segi umur,ilmu dan pengalaman tentulah dia yg juara kan.Lepas tu dia mula fikir balik, dia dah lama tinggalkan sembahyang setiap hari,pemabuk dlln.

Aku khusyuk dgr dia bercerita dgn penuh perasaan.Aku melihat air wajahnya lebih tenang.Apa yg buat aku terharu dan tersentuh hati ialah kata2 ini lahir dp kesedaran seorang wanita yang bukan seagama dgnku.Tapi kepercayaan terhadap tuhannya sungguh tebal dan penuh dgn kesedaran.Cuma hidayah dp Allah belum diterimanya untuk menjadi hamba Allah yang taat.

Alangkah bagusnya jika nilai2 ini diterap di kalangan anak2 oleh keluarga dan mereka ini akan membesar menjadi insan yang Taat kpd Allah dan Rosulnya.Apabila ketaatan itu ujud, ia akan membawa kepada ketaatan kepada keluarga,negara dan dpt membezakan baik dan buruk.

Taatnye pd Allah dan Rosul tidak bermakna duduk di masjid setiap hari dp pagi hingga malam.Maaf jik aaku menyetuh sesetngah perkara di sini.Adakah wajar seorang itu yang sepatutnya menuntut ilmu tetapi meninggalkan kelas atau kuliahnya kerana menurutnya menari ilmu akhirat di luar sana untuk berbulan2 lamanya?Adakah itu Taat kepada Allah dan Rosul apabila si suami dan ayah meninggalkan rumah dan keluarga juga menurutnya untuk ke jalan Allah berbulan2 lamanya tanpa meninggalkan nafkah.Sungguh yakin si dia bahawa rezeki itu dp Allah, anak dan isteri takkan mati kelaparan.Taatkah kita kpd Allah dan Rosul apabila melihat kemungkaran di depan mata walaupun di rasakan kecil dan membiarkan saja lagi2 ia berlaku dlm keluarga dan kerabat sendiri?
Taat kah kita kpd Allah dan Rosul jika berpuak2 dan bertelagah hanya kerana idea,pandangan itu berbeza?

Taatkah seseorang itu kepada Allah dan Rosulnya jika membiarkan ahli keluarga sendiri terkapai dari jalan kebenaran sedangkan bersungguh berjuang di mata masyarakat?Berkata2 itu mudah,menulis kat blog ni lagi la mudah hehehe.Nak melaksanakan pula bagaimana?Moga Allah memebri RahmatNya dan perlindungan kepada kita semua dan keluarga di dunia dan akhirat.Aamiin.Aku nak balik dulu la.Sembang lagi esok :)

date Tuesday, September 23, 2008





Ini bukanlah Aladdin Pot,Giant Pot,Carre Four Pot malah ia tak dpt di beli di mana2 hehehe.

Ni adalah hasil kerja tangan aku dan sahabat.Kami menyertai bengkel kerja tangan di kolej hampir dua bulan lepas.Kemudian pot ni perlu diwarnakan dan dibakar.Yg kaler kehijuan tu kwn aku punya.Yg warna kecoklatan tu aku punye.Aku berpuas hati lihat hasil kerjatangan sendiri untuk pertama kalinya.Harap2 lps ni dpt pulak buat cwn,piring hiasan sebagai satu set dgn teko tuh.

date Monday, September 22, 2008

































































1.Biskut Badam (Almond Choc Cookies)
2.Tart (Jem Aprikot/Apricot Tart)
3.Mee Bandung Penang
4.Agar2 Lumut(Kaler Merah/Lumut Moden :) )
5.Puding Lapis Coklat
6.Bombay Roll(roti), Salad, Isi Ayam Panggang , Lemon Tea (Teh Lemon)
7.Jelatah Timun,Kari Ayam (untuk dimakan dgn hidangan 9 di bawah)
8.Ikan Bawal Sambal Serai
9.Nasi Hujan Panas
10.Sushi dan Tuna (Grill )
9.

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu