6hb.Syawal.




cepat betul masa berlalu.rasa macam baru je bermula berpuasa,bangun sahur,bersiap2 utk berbuka dan bertarawikh.alhamdulillah diberi peluang untuk melalui hari2 pada bulan ramadhan pada tahun ini.moga amalan kita semua diterima dan diRahmati Allah.moga dapat bertemu lagi dgn Ramadhan Al-Mubarak pada tahun hadapan,Insya-Allah.selmat berpuasa enam dan puasa2 lainnya :).apa yang pastinya,aku yakin ramai yang dah mula bertugas pada hari ni dan bg yg duk di pantai timur dah bertugas semalam.dah seminggu duk di kampung rasa malas pulak nak balik ke sini...hehehe.kalau ikut hati nak je tambah cuti lagi tapi dek kerana kelas, tak dapek le nak amik cuti :).

5hb.Syawal.
pagi2 aku dah mula bertolak dp kampungku tercinta untuk pulang ke tempat aku mencari rezeki ni.alhmadulillah jalan tidak le sesak sangat walupun kenderaan2 dah mula memenuhi jalan bila tenghari menjelma.dah sampai sini,ujan lebat mula turun.alhamdulillah,rasa segar.isk tak puas lak cuti kali ni, bnyk lagi rumah sedara dan sahabat2 yg tak sempat dikunjungi di kg.Insya-Allah moga dipertemukan nanti.Aku bawak balik biskut sket je.takpe nanti kalau perlu bleh buat sket lagi di sini.sudah pasti open house,open office,jamuan makan2 hari raya akan memenuhi diari masing2.emmm ni nak kena pi gym nih hehehe.

4hb.Syawal
Hari Sabtu,aku masih di kampung.awal2 subuh abah aku cakap kita siap2 harini, insya-Allah nak bergerak ke Kedah.Actually, plan nak gi Kedah ziarah sahabat lama mak abah hari Jumaat dan juga hati ni tak sabar2 nak jumpa dgn sahabat merangkap kakak dan `nenek' tercinta di aloq setaq sana.malam 2hb.Syawal, abah dapat panggilan memberitahu kematian seorang penduduk qariah aku.jadi abah kena bersama ahli masjid untuk menguruskan jenazah dan segala urusan yg berkaitan dgnnya sehingga esok harinya.so,plan nak gi ke kedah pd 3hb.Syawal kena tangguh.sebab tu bila abah bgtau subuh2 syapeie nih aku rasa eppy sangat.awai2 lagi aku dah sms dan call sahabat sorang ni.perjalanan ke kedah agak sibuk juga wlupun awal2 pagi, agaknye ramai yg dah mula nak pulang ke utara sana lagi2 ujan mula turun sepanjang highway tuh.Alhamdulillah dapat berjumpa `nenek' ku dan suaminya di tol alor setar utara dan di bawa kerumahnya.terima kasih nenek di atas layan yang cukup baik dan mesra, terharu rasa...dijamu dgn ketupat jagung,ketupat kacang,laksa kuah kedah dan kuah siam peghhhh memang sedap.siap di pelawa makan nasi lagi tapi memandangkan nak ke pekan rabu pulak, insya-Allah next time ye nenek...nasi daginggg yeerrrr hehehe.nenek sudi menemani kami ke pekan rabu tapi parking nye mmg penusss...so next time dtg lagi ye.the nak gi umah kwn abah pun kak dib dan suami temankan juga mencari rumahnya tapi tak jumpa, memandangkan hari dah agak lewat kena la postpone.sampai di parit buntar pun dah jam 6pm.kereta2 toksah cakap la di sepanjang highway tuh.`nenek'ku, tq so much, insya-Allah nanti dtg lagi ye tidur sana ;).

1hb.Syawal.
Hari kemenangan selepas sebulan berperang dgn nafsu,ujian2 dlln.moga kita masih kuat dan teguh melalui kehidupan ni dengan Rahmat Allah.Macam biasa saudara mara, sahabat handai berkunjung ke rumah dari pagi lagi.saudar jauh pun datang, tak sangka aku yang muda belia ni (tak ngaku tua hehehe)dah ada cucu pulak hehehe.disebabkan mengikut pangkat dan gelaran, aku ada anak sedara sepupu yang sebaya dgnku malah lebih berumur dp aku so dptle cucu sedara.Hidangan pagi raya di rumah aku mcm biasa ada ketupat pulut, rendang daging.Tahun ni tak buat bnyk jenis berbanding thn2 lepas.Thn ni bnyk nak jln2 pulak hehehe.Gembira dpt berjumpa saudara mara dan sahabat handai walupun masih ramai yg tak sempat nak bersua.Kesedian juga terasa mengenangkan tok tokwan dan pakcikku yang rapat dulu dan jadi tempat rujukan dari zaman belajar lagi.Dah setahun pakcikku dijemput pulang ke tempat abadi.Moga mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang soleh solehah.Aaminnn.

Sebenarnya bnyk yang nak dicoretkan di sini....ia menjadi kenangan yang terindah tahun ni.Selamat menyambut Aidil Fitiri hari keenam kepada sahabat2 semua di Malaysia maupun yang berada di luar negara.Sapa2 yg buat open house,jamuan2 jalan2 cari makan jgn lupe jemput ye hehehe.Mai la kita berkampung di Sunway pulak.Boleh aku jamu hidangan spesel `megi istimewa Sunway'.;)
Gambar Lebaran:
1.Putera puteri dari jiran taman aku ni.comel2,jelita,hensem semuanya dengan baju baru dan sungguh bergaya.
2.Laksa Sepesel Aloq Setaq (Kuah Siam) oleh Chef `nenek'.
3.Serunding ayam yang dicicah dgn ketupat jagung dan ketupat kacang (gambar no.4) juga disediakan oleh chef `nenek'.

date Monday, October 6, 2008

21 comments to “DIARI LEBARAN”

  1. ubilepih
    October 6, 2008 at 12:08 PM

    Sebulan bepose,bila raya betui2 punya pulun noooo....selamat raye sis...

  1. Purple Crayon
    October 6, 2008 at 2:58 PM

    hehehe,org jamu kita mamam jek.tapi takdek pulak org jamu pengat ubi ke,lepat ubi ke bengka ubi pun takdek hehehe.slmt raya ubi,rasanya diari hang pun penuh bulan ni dgn agenda mkn2 ye tak.

  1. benludin
    October 6, 2008 at 5:17 PM

    hang balik aloq staq ka??

    best la..tesco dah ada 2 bijik!

  1. Tirana
    October 6, 2008 at 6:01 PM

    Azwari..Kak tirana balik ke kampung hari Sabtu (raya ke4) ada family gathering. Nanti kak tirana upload kan pictures kat personal blog tu.. Best ek raya di kampung, jalan rumah sanak saudara..

  1. Purple Crayon
    October 7, 2008 at 8:12 AM

    ben, aku pi jln2 aloq staq,lama tak pi sana.pi umah shbt kita kak `nenek'.aku ada nampak tesco sebijik tp tak sempat la nak pi.nak pi pekan rabu pun tempat parking penuh.kena pi hari lain.

    ye kak.sabtu tu saya n parents gi kedah.sampai umah pun dah lewat ptg.ahad pagi tu balik ke sunway.klu akak blik awai sket sempat jumpa kat kg.raya mmg best lagi2 cuti hehehe tp ramai lagi tak sempat jumpa, kak.okeh buh gambaq bebanyak ye.

  1. benludin
    October 7, 2008 at 2:26 PM

    nak pi pekan rabu kena pi selain hari rabu. baru tak jam..hehe

  1. INTAN RH
    October 7, 2008 at 3:20 PM

    salam shima, beh nya dpt bertandang ke umah nenek...jeles nya...huhuhu

  1. Purple Crayon
    October 7, 2008 at 4:07 PM

    ben, aku pi hari sabtu la, dah berpuluh thn aku tak merasa pi pekan rabu.bezanya dulu pekan rabu dr pagi ke ptg je dan mcm pasar2 je,keta tak bnyk mcm skg.skg ni pekan rabu dlm bangunan 3 tingkat, dr pagi hingga mlm malangnya parking lot full...uwaaaa.

    wslm intan,alhmdlh dpt gak bwk parents jumpa nenek n family cuma kami rushing haritu tak dpt nak lama2.ada rezeki jln phng pulak ye ;)

  1. kakzeem
    October 7, 2008 at 10:55 PM

    smlm dah siap taip kat sini, tp tak sempat antar, ni cubaan ke2.. :)

    bestnya raya..
    dpt jumpa nenek lagi..
    nanti2 ada rezeki bolehlah merasa ketupat jagung nenek tu.. (tumpang blog u sis, kecek nenek.. :D )

  1. Anonymous
    October 8, 2008 at 8:52 AM

    bila plak chef nenek nk anta resepi tu kat sy erkkk..

  1. Purple Crayon
    October 8, 2008 at 11:40 AM

    takpa kak zeem suh nenek post tulih besaq2 pakcik kastam jgn amik ketupat jagung ni hehehe.

    chef nenek busy tu amik order open house :).anynymous pun buh le resepi kat sini yg sepesel.;)

  1. nenek
    October 8, 2008 at 1:43 PM

    Patut ler nenek asyik tersedak...cucu2 dok mengata nenek yer...hehehe...

    Kepada semua sahabat yg sudi...singgahlah teratak kecil nenek di lain kali...tak kira malam atau pagi...pasti ada secawan kopi..hehe

    Shima...jangan serik yer...lain tahun...silalah lagi...

    zeem...balik sini esok...kalau ada hayat nenek;agi, nenek buatkan ketupat yg sepesel utk zeem pulak...

    Umi...jom ler ramai2 kita ke negeri kedah,,,singgah umah nenek, makan gulai kawah...

    Ano...nenek mana ada resepi khusus..masak main campak2 jer...hehe

  1. Purple Crayon
    October 8, 2008 at 4:11 PM

    haaa muncul gak chef kita tersayang nih ;).buh le resepi kat sini, nenek.kak dib,nak tunggu thn lain ke...rasanya thn ni akan pi gak sana hehehe.hari tu kelam kabut tupun sampai umah pun dah lewat.tak sempat nak beli beras pulut susu hehehe.mak saya enjoy betul mkn ketupat akak tu nyummmyyy.

  1. Anonymous
    October 9, 2008 at 11:38 AM

    aikk... bila plak sy ade resepi spesel... pegang pisau pun x pandai...


    mane ade mengata nenek... cuma teringat kat nenek jerr...
    masak main campak2 tu lah yg paling sedap... :)

  1. ubilepih
    October 9, 2008 at 12:45 PM

    pkan rabu gua suka beli pulut susu n pkasam ikan sepat...phwiiiiwittt mantul

  1. Purple Crayon
    October 9, 2008 at 12:57 PM

    anonymous,masak2 campak2 baling2 tu yg sepesel tu.
    ubi,aku nak pi beli pulut susu la tak dapek uwaaaa...hang selalu pi pekan rabu ke?

  1. Purple Crayon
    October 9, 2008 at 12:58 PM

    eh jap, pulut susu ke beras pulut susu?

  1. benludin
    October 9, 2008 at 4:09 PM

    tak abih lagi citer kuih raya ye
    citer la kuih deepavali lak..haha

  1. Purple Crayon
    October 10, 2008 at 8:11 AM

    hehehe....mysia ni mmg kaya sungguh dgn mknn.ada sorang guy dp benua afrika ckp tmpt dia penduduk susah hati sbb tak cukup mknn lagi2 pd bulan ramadhn...malah mati sbb kurang mkn.kat msyia ni manusia bleh mati sbb terlebih mknn.err....

  1. benludin
    October 10, 2008 at 10:34 AM

    tak lama lagi ada la plak org afrika yg mai sini yg terikut-ikut budaya org malaya yg mati terlebih makan..haha

  1. Purple Crayon
    October 10, 2008 at 10:51 AM

    ye ke Ben?aku ingat org kita ni dipengaruhi je....power gak tu bleh mempengaruhi...satu pembaharuan.opss sorry bukan semua org kita mcm tu kan..segelintir je.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu