BUAT YANG TERSAYANG....

saya suka...
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betulsungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bilatakut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa 'dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala syoknya!

Saya sedih...
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwasemoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam- macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-eloknanti awak sakit saya juga yang susah hatibla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating'di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin.

***************************
Tq so much Iza for this e-mail. :)

date Friday, November 20, 2009



Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi.

SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.
BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.
Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.
Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.
Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.
Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.
Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.
Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.
"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas.

********************************
moga Rahmat Allah sentiasa bersama ibu ini dalam mendidik anak2nya dan juga keluarganya.moga anak ini menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu