Makin hari makin bertambah rumah2 anak yatim yg ditubuhkan dan bertambah juga ahlinya dp hari ke hari. Alhamdulillah ada tempat untuk anak2 ini bergatung, teruskan hidup, ada makan, pakai, kawan-kawan , bersekolah walaupun mungkin tidak semewah anak2 lain yg bersama ibu dan ayah tersayang. Cuma apa yg aku bimbangkan ada pihak yg akan mengambil kesempatan atas hal ini. `aku tak nak anak2 ni....ada je yg nak!'. Paling sedih, dptkan anak untuk didagangkan.

Mungkin aku pernah bercerita tentang ini sebelum ini, namun aku nak sentuh sikit isu ini. Beberapa tahun yg lalu ada salah seorang rakan memberitahuku dia diminta seseorang untuk membantu bayi ini. Bayi ini dilahirkan tanpa bapa di hospital dan si ibu memerlukan duit rawatan.Mendengar cerita yg si ibu muda ini selalu sahaja mendagangkan bayinya yg lahir tiap kali, kerana nak elakkan si bayi dp dijual tah kepada sesiapa, rakan aku dan keluarganya setuju untuk mengambil anak ini sebagai anak angkat. Si ibu meminta beberapa jumlah wang yang mencecah angka ribuan juga sebagai syarat tambahan selepas rakanku ini membayar segala perbelanjaan rawatan.

Beberapa minggu yang lalu aku dan beberapa org shbt telah pergi ke rumah anak yatim dan asnaf di Puchong. Tika ini penghuninya telah melebihi 120 orang kanak-kanak seusia 3 bulan hingga 17 tahun. Sebelum pergi, aku call penyelia bertanyakan apa barang2 yg diperlukan. Nampaknya banyak juga banyak barang2 dapur dan keperluan harian yg sudah kekeringan. Yang paling kritikal ialah sabun basuh baju. Ceritanya, kadang2 hanya menggunakan air tanpa sabun untuk mencuci pakaian anak2 itu.Masa kami sampai tu beberapa orang anak2 orang asli dp Perak baru saja tiba daftarkan diri di situ. Melihat wajah mereka yg memandang ke arah kami seperti takut2 sedikit dan agak sedih, rasa kesayuan di hati aku. Kemudian salah seorang dp staff di situ membawa keluar seorang bayi lelaki yang baru dimandikan, comel. Katanya, anak ini baru kematian ayah. Si ibu pula tak mahukan bayi ini dan terus menyerahkannya ke rumah ini dan hilang entah ke mana.

Aku puji usaha pengasas rumah ini yang tidak hanya bergantung kepada bantuan dan sumbangan orang ramai. Beliau bersama staff dan anak2 kecil itu mengusahakan kebun sayur, bunga untuk dijual, bengkel untuk mencuci kereta. Suprise juga melihat ada kedai makan kecil kat situ, diberi peluang kepada ibu tunggal untuk menjual makanan dan minuman. Kedai ala butik pun dibuka, baju2nya diberi oleh seorang pengusaha butik. Untungya akan diberi kepada rumah ini. Walaupun pelabagai usaha dilakukan, dengan pertambahan jumlah hari setiap hari, tak taulah mampu ke mereka di situ tanpa sumbangan. Aku doakan agar pengasas rumah itu dapat mengenengahkan bisnes dan usahanya itu. Aku berdoa agar anak2 ini membesar menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Moga2 mereka di situ tidak akan terabai dari didikan rohani yg perlu dititikberatkan.

date Thursday, January 21, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu