Beberapa hari je lagi Ramadhan Al-Mubarak akan pergi meninggalkan kita.Aidil Fitri akan menggantikannya.Mesti ramai dah plan bila nak balik kampung,nak balik beraya di mana,yang ada kenderaan sendiri nak pastikan semuanya dlm keadaan elok supaya tak meragam nanti di tengah jalan,yang naik pengangkutan awam tiket tu dah beli ke belum?jaga2 jgn pi beli kat si ulat2 tu nanti tak balik pulak.Aku insya-Allah sabtu pagi balikle ke kampung di kutub utara sana.Aku cuti raya tak lama mcm sesetngah orang, dpt seminggu je.

Sahabat-sahabat masih ingat lagi gelagat beraya masa kecik-kecik dulu?Banyaak kenanagan tuh.Aku masa kecik dulu tinggal bnyk tempat berpindah randah mcm orang nomad hehehe sebab ikut ayah aku yg bertugas.Masa duduk dalam kem dulu best beraya situ walaupun teringat kat tokwan tok,kg,ayam itik,bendang (sawah padi).Boleh katakan kebanyakan penghuni2 di situ tak balik kg waktu tu so ramai la org,dpt mkn bermcm2 jenis makanan maklumlah semua negeri ada kat situ.Aku ingat lagi kalau umah makcik klate ni, mesti nasi dagang dia tiap thn.Umah makcik kedah plak laksa beras,umah johor lak lontong.Umah aku mcm biasala mesti ada ketupat daun palas,rendang ayam,kadang2 ada gak abah aku bakar lemang sendiri,nasi special.Raya di kem kena masak bnyk2.Aku ingat lagi hari pertama beraya, jam 2 ptg lauk erndang mak aku dah abis,lemang pun tinggai sket je lagi.Meehun sup pun mak aku buat.Sampai ke malam ada org dtg raya lagi.Paling aku kesian bila pelajar2 abah aku mai raya, lemang kena cicah dgn gula hehehe,meehoon pun tinggai sorang sepinggan je takleh tambah.Mana taknye,sampai ke larut malam mai lagi.Aku masa tu nakai gak mulut ni ckp kat mak aku, depa tu(pljr2 abah aku) tak kenyang2 ke, umah ni dah kat 30 umah dah depa pi.hehehe.

Sungguh meriah dan ceria pada hari raya lagi2 dpt merapatkan ukhwah sesama kita.Tapi kampung skg pun dah tak meriah sgt.Budak2 lebih suka tengok tv dp berjalan umah orang.Zaman aku dulu, kalau beraya pi dlm satu geng.Masa tu mmg la nak sgt duit raya tapi takdela demand sgt mcm budak2 skg ni,dari depan pintu pagar umah dah jerit `assalamua'laikum, kami nak beraya,tak mau makan dah kenyang,nak duit raya je".Kwn2 aku bnyk cerita insiden mcm ni.Kalau akau, maaflah agak tegas sket, aku akan pi kat depa dan ckp`aik bagi salam mcm ni ke'.Meh masuk,duduk makan minum,kalu tak, no duit raya hehhe.Aku nak depa masuk je biar tau adab kan, msyrkt pun kena gak didik diowang, so masuk lam umah aku, kena la lecture sket dgn aku.Then aku bagi duit tak minum makan pun takpe tapi jgnlah biarkan anak2 bangsa kita tak kenal erti beraya yg sebenar.

Kalau dah berkumpul ramai2 sedara mara dan kawan2 lama mmg best, yg tak best bg setengah pihak tu bila soalan cepumas dilontarkan mcm bom atom di Hiroshima tanpa ada belas kasihan hehehe.Anatara soalan2 cepumas dan mutiara tu ialah`hang bila nak pakai keta tu,hang bila nak akwin,hang bil anak dpt anak,anak hang bila nak kenduri pot pet pot pet....ada yang mendengar tersenyum lebar jika ada jwp cepu berlain tuk si penanya,ada yang buat2 tak dengar maleh dah nak jwp hehehe.'Ada jugak ibubapa yg kesedihan anak2 tak balik beraya di kg malumlah ada giliran masing2.Apepun jgn dilupa ibu bapa kita,calling2 la :).Moga Ramadhan dan Aidil Fitri kali ni benar2 memberi kita pengajaran yang berguna.Sapa yg ke utara tu, jemputla ke kampung aku ya.



date Wednesday, September 24, 2008

10 comments to “Aidil Fitri”

  1. benludin
    September 24, 2008 at 12:02 PM

    cik purple,
    vcd rm 5 + courier rm7= rm12..tq

    vcd lain tak send lagi...tunggu order dari cik.

  1. Tirana
    September 24, 2008 at 12:40 PM

    Hehehe..tergelak kak tirana baca kisah Azwari ni.. Kena lontar dengan soklan cepumas macam bom atom...hehehe.. tapi seronok kan berkumpul adik beradik dan saudara mara.. tapi kak tirana rasa suasana raya dah tak macam dulu-dulu sangat. Kat kampung pun macam tu apalagi kat bandar ni...tak nampak macam raya pun.. Kenapa agaknya boleh jadi macam tu...?

  1. Purple Crayon
    September 24, 2008 at 3:09 PM

    okeh Ben,tq.Laa aku ingat hang post sekali dgn vcd yang lagi dua tu (citer ape tah ada bincang hari
    itu kan). :)

    hehehe,kadang2 tu bukan bom atom dah jadi peluru berpandu yg ditembak bertallu2 mcm machine gun.
    culture dah berubah,kak.banyak perkara yg menggembirakan di rumah mcm tv,video,movie dlln.lagitu satu semangat bermasyarakat dah pudar, jadi kena la gilap balik oleh ibu bapa dan ahli keluarga ye tak.

  1. intan
    September 24, 2008 at 4:18 PM

    jauh sgt nak gi, shima. koi tak daya nak drive...aok jek la dtg umah koi :)

  1. anem
    September 25, 2008 at 11:40 AM

    miss shima!!!!! rindunye!!!!

    rindunye nak raye kat malaysia!!! dah 2 taun beraye dalam kelas. huhu..

    bile nak datang visit kitorang kat sini nih? ^.^

  1. Purple Crayon
    September 26, 2008 at 8:26 AM

    intan,teringin juga nak nengok suasana raya di pahang nun,ada org kata dia makan lemang cicah tempoyak patin hehehe.gurau je.mana lah tau aok jalan2 ke uatara,singgah le sini.

    anemmm....miss u too dear.takpe kali ni raya mesti best punye di samping seseroang hehehe.saya nak pos makanan takut pak cik kastam canada yang kenyang hehehe.insya-Allah tingin gak nak pi sana,anim sponsor leh?;sampaikan salam saya pada Farah,Azraf,Hazeq,Khalis dlln di univ lain ye.Take care selamat hari raya, maaf zahir batin.Anem buatlah puding jamu diwoang :).Ingat lagi puding yg anim bawak dulu.

  1. Anonymous
    September 27, 2008 at 9:38 AM

    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

  1. nenek
    September 29, 2008 at 10:45 AM

    Selamat Hari Raya juga dari nenek yg memang dok di utara...hehehe...w/pun sama2 utara, tapi jauhnya jarak kita shima...

    SALAM AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR BATIN

  1. Purple Crayon
    October 6, 2008 at 7:12 AM

    selamat hari raya anonymous.nenek memang jauh tapi dek kerana highway utaraku yg jauh jadi dekat hehehe.teringat ketupat jagung dan laksa siam akak.;)

  1. Kak hanim
    October 14, 2008 at 12:25 AM

    Shima jangan bimbang nenek jauh, nenek selalu menyimpan impian nak lipat peta malaysia, supaya kita semua dapat berkumpul selalu.

    Bila nak rasa nasi dagang orang parit buntar ni. Balik baru ni ke rumah melor di Felda Belara. Seronoknya.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu