David Arumugam terima JSM
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Artis veteran Thiagarajan K.R. Arumugam yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam daripada kumpulan Alleycats adalah antara 285 orang penerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara hari ini.
David yang menerima Johan Setia Mahkota (JSM) adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran sejak tahun 1970-an.
Empat orang pula menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk.'
Mereka ialah Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri dari Johor, Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St. John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang, Datuk Jamilah Wahab.
Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima.
Sepuluh orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara.
- Bernama
************
secara peribadi aku suka juga lagu2 yg dinyanyikan oleh beliau.namun klu sampai pingat2 sperti ni diberikan kpdnya termasuk lah shah rukh khan dan ramai lagi artis yg kononnya dikatakan telah bnyk membantu kejayaan malaysia dan mengharumkan nama malaysia....aku jadi sedih dan sayu mengenangkan betapa ramai mereka yg telah kehilangan anggota badan(kaki,tangan) dalam berperang menentang komunis dulu dan lain2nya...jgn kata nak dpt pingat, nak dpt pencen dan lain2pun punya susah.sehingga bilakah `ketamadunan di malaysia' ni akan mengikut corak yg ditentukan oleh pihak tertentu?adakah sistem yg baru akan menjamin satu perubahan yang rakyat inginkan?adakah keinginan majoriti menjamin keharmonian untuk keseluruhannya?

date Friday, December 19, 2008

6 comments to “ ”

  1. Tirana
    December 24, 2008 at 5:41 PM

    Betul tu Azwari...pingat2 macam tu bagi la pada orang yang betul2 patut dapat. Ni bagi kat penyanyi2 tu nak buat apa? Secara tak langsung nanti menggalakkan anak2 remaja menjadi penyanyi pulak..maklumlah boleh dapat pingat. Kalau jadi penyanyi yang bertata tertib tak pa la jugak. Karang jadi penyanyi yang gila2..kan ke merosakkan tu..

  1. Anonymous
    December 24, 2008 at 11:54 PM

    apa khabo..

    wahhh... dh lame tak masuk sini...
    byk btul entry... jap.. nak baca satu2...

    bila masuk sini... teringat dh 2 hari tolong wife cat kelas... color purple n pink...
    tahun ni kena ceria2kan sikit kelas tu.. welcome utk mereka yg baru nk kenal erti persekolahan..

    :)

  1. Purple Crayon
    December 26, 2008 at 3:03 PM

    ye kak Tirana.nak bagi pingat tu biarlah bersesuaian,tentera2 dan mereka2 yg betul2 berhidmat bukan minta pingat pun cuma beri keutamaan, beri yg sepatutnya depa dpt.klu dah shah rukh khan boleh dpt dato' tak lama lagi, britney speers pun bolehlah dpt...silap2 scorpion pun dpt (tapi wa memang minat sama itu scorpion hehehe).

    anonymous, cat kaler purple yer...welkam to the club hehehe.selamat bersekolah yer errr selamat membantu pelajar2 mengenal erti persekolahan kay.:)

  1. Purple Crayon
    December 26, 2008 at 3:04 PM

    khabaq baik, alhmdlh.sorry anonymous..lupa nak jwp tadi :)
    selamat bercuti pd kak tirana,anonymous dan semuanye yer.jumpa nanti thn dpn.insya-Allah klu internet ok kat kg tu, wa sambun gmenulis di sini.

  1. Anonymous
    January 7, 2009 at 11:34 PM

    nasib baik chin peng dh xde...
    kalo tak...
    chin peng pun boleh dpt dato'.. :)

  1. Purple Crayon
    January 8, 2009 at 10:06 AM

    hehe,chin peng dapat dato' kalu mmg parlimen nak kena swastakan le ini macam.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu