Perkataan `guru' atau `cikgu,cik,encik,tuan,puan' dalam bahasa Melayu atau `Sir,Teacher,Madam,Mam,Miss,Mrs' dalam bahasa Inggeris, `Lau se' dalam bahasa mandarin, `mudir,mudirah' dalam bahasa Arab (betul ke,aku lama dah tak praktis ni),Ustaz atau ustazah, adalah gelaran di Malaysia ni untuk mereka yang berkelulusan agama dan mengajar mata pelajaran Agama Islam adalah merujuk kepada seseorang yang mengajar,mendidik dan membimbing anak bangsa.

Hari ni aku teringat sangat kat guru2 aku dulu walaupun hari guru telahpun lepas tahun ni dan kena tunggu tahun depan plak.Apepun tak salahkan mengingati guru2 seperti ibu bapa kita dan mendoakan untuk mereka.Aku ni dek kerana berpindah randah masa kecik dulu lebih kurang mcm org nomad la, maka banyak la juga guru2 yang telah mencurah bakti kepada diriku ni.Pelbagai pengalaman yang dilaui bersama guru2 ni, ada yang manis,masin,masam,pahit,kelat,tiga rasa, rasa mint/pudina dan lelain perasa lagi.

Antara guru-guru yang aku ingat ialah `Cikgu Hawa' yang sering tersenyum dan cool je dlm bilik darjah (sekolah rendah kat Keruh or Pengkalan Hulu).Jarang lihat dia marah2.Beliau mengajar subjek B.Malaysia darjah dua.Oh lupe lak, Cikgu Hassan, Cikgu B.M gak masa darjah satu...selalu suka berborak dgn pljr2 yang cute miut mcm we all, selalu buat lawak.Sorry cikgu, anak murid sorang ni rajin benor argue dgn cikgu (darjah satu pun dah pandai argue mcm debate la kononnya). Ustazah Saodah yang sunggu ayu,sopan dan bnyk meceritakan cerita2 pengajaran.Ustazah, masihku ingat lagi kisah` budak yg makan roti cicah air perigi tu) :).Mungkin hanya cerita rekaan tapi sungguh mendalam mesejnya hingga kini.Sorang teacher ni aku lup anama dia tapi masih terbayang dgn jelas wajah dan perwatakannya.Beliau merupakan ibu kepada salah sorang sahabatku dp kelas sebelah.Beliau mengajar bahasa Inggeris darjah satu.Pernah aku rasa tak puas hati sebab kurang dua markah dp markah 100 sebab beliau beri soalan yg belum pernah dia ajar dlm kelas.Ingat lagi gambar bawang merah yang diletak, aku pulak pergi bulatkan jwpn `cucumber'.Abah aku juge jadi teacher aku lepas tu terangkan ape itu `cucumber.

Wah nape aku ingat balik seme2 ni....ok to be continued ya.:)

date Thursday, October 16, 2008

4 comments to “Guru tetap selamanya guru...”

  1. Tirana
    October 17, 2008 at 8:34 AM

    Cikgu sekolah rendah yang masih kak tirana ingat sampai sekarang ialah cikgu Osman (memang ingat lagi rupa dia sampai sekarang)..Entah di mana dia sekarang...Cikgu Osman ni la yang mengajar kak tirana kenal huruf dan nombor sebab kak tirana tak pernah masuk tadika sebelum masuk sekolah betul.

    Cikgu sekolah menengah (dari form 1 to form 3) ialah cikgu Saat dan Cikgu Maskiah. Pun kak tirana masih ingat wajah cikgu-cikgu ni. Cikgu Saat ni tinggal di Parit Buntar, mengajar maths manakala cikgu maskiah mengajar geografi. Dua orang cikgu ni memang best mengajar selain diorang amat prihatin terhadap masalah murid2.

    Cikgu sekolah menengah dari form 4 to form 5 ialah cikgu Latif. Cikgu ni handsome, ajar add maths. Kerana dialah kak tirana jadi minat add maths. Mulanya rasa give up dgn add maths tapi cikgu latif ni perli teruk kak tirana masa tu..sakit hati dengar lalu membuatkan kak tirana sahut cabaran dia..Geram punya pasal dgn kata2 dia. At last berjaya jugak dapat A dalam add maths..Agaknya itu cara dia motivate murid2.. Sakit hati sungguh dgn sindiran pedas dia tu sampai sekarang tak boleh lupa tau..hehehe..

  1. Purple Crayon
    October 17, 2008 at 2:12 PM

    wah meanrik cite akkak ni :).
    cikgu ni mcm2 style..ada yg provoke students dlm bentuk sindir dlln selagi ia masih boleh diterima ok la kan.

    saya dulu ada sorang ustaz ni dia ajar B.Arab ganti sorang ustazah ni.Selama ni Uzaz yang ajar mmg best, then ustzah, kemudian ustaz ni. Ustaz `'H' ni digelar H sebab masa dia mula2 mai ke sekolah(sekolah saya ni sek perempuan) majoriti kwn2 ckp dia ni hensem kira dia ni famous la, baru kahwin).Selama ni ustaz yg ajar tunjuk perihatin tapi ustaz muda ni keje dia tiap hari akan bawak isu2 yang memedihkan telinga we all, dia akan ajak we all debate dlm b.arab.contohnye `kenapa lelaki tak perlu mak-up tapi tetap hensem, pompuan plak kena make up baru nampak jelita" dan lain2 soalan yang memandang rendah pada wanita. Kerana dek kurang vocabulary susah le nak jwb hujah dia kan.So ramai2 jd semangat gilir2 bangun debat dgn dia. Dia ckp, lain kali bawak kamus hapal perkataan2 baru debate dgn saya :).
    Sampai la satu hari dia sendiri tak mo ngajar we all..ade le sejarahnye hehehe.Mana la ustaz tu yerrr.Nak provoke ok tp klu terlebih provoke dan sindir tak bagsu juge sbb anak murid pun ada perasaan takut salah paham lain lak jadinya kan.

  1. INTAN RH
    October 23, 2008 at 4:13 PM

    klu dlm mandarin, mmg bunyinya LAU SE tp ejaannya LAOSHI...koi dulu belajo mandarin kejap... :)

    btw, koi dulu pun cikgu jg, kak zeem tu pun cikgu jg...skolah sama jek ngajor... :)

  1. Purple Crayon
    October 23, 2008 at 10:55 PM

    :).slmt sejahtera cikgu ;)

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu