Saya ambil petikan dp Utusan Malaysia online;

Jangan cabar fatwa - Surat 1
KEPUTUSAN yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan sebuah fatwa bahawa perlakuan ‘pengkid’ adalah haram, nampaknya telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, khususnya oleh golongan ‘pengkid’ itu sendiri.
Malah, terdapat sekelompok masyarakat yang secara terang dan berani telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.
Lebih menyedihkan, sikap yang ditunjukkan dan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah-olah mereka memperlekeh dan menghina fatwa tersebut.
Apa yang menghairankan adalah ada di kalangan kelompok yang membantah fatwa tersebut merupakan mereka yang bukan beragama Islam.
Saya ingin menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa keputusan fatwa hanya tertakluk kepada umat Islam.
Justeru, dalam hal ini, umat bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan fatwa tersebut. Apatah lagi apabila pertikaian tersebut hanyalah dilandaskan kepada emosi dan pandangan peribadi semata-mata.
Masyarakat di negara ini, khususnya umat Islam, harus memahami bahawa tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk mengeluarkan hukum.


Saya kecewa dengan sikap beberapa pihak yang seolah-olah marah apabila ada peraturan-peraturan yang dikeluarkan untuk memandu kehidupan masyarakat.
Apakah peraturan itu sesuatu yang tidak baik? Bukankah di mana-mana sahaja, di pelbagai peringkat, terdapat peraturan yang menjadikan kehidupan kita sebagai manusia lebih tersusun dan beradab?
Saya juga kurang bersetuju dengan istilah ‘mengawal’ (control) yang digunakan oleh sesetengah pihak yang menentang keputusan fatwa tersebut.
Pada hemat dan pemahaman saya, keputusan fatwa tersebut (dan juga fatwa-fatwa sebelumnya, dan yang akan datang seterusnya) bukanlah bertujuan untuk ‘mengawal’ dalam konteks kawalan seperti robot dikawal oleh manusia, tetapi bertujuan untuk memandu umat Islam agar patuh kepada sistem nilai yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Hal ini tidak harus dilihat sebagai ‘mengongkong kebebasan’, kerana sebenarnya mereka yang bersikap dan berakhlak dengan akhlak yang tidak betul itulah yang terkongkong dalam dunia yang mereka cipta sendiri.

*****************
? x ~ = &*#@. apa lah nak jadi dgn keadaan kat mysia tercintaku ni?

date Tuesday, November 11, 2008

8 comments to “Kemanakah arah tuju masyarakat Malaysia yang gemilang,terbilang,cemerlang...”

  1. benludin
    November 11, 2008 at 1:08 PM

    masa ni la org2 yg berkenaan kena buat talk/dialogue. Bagi penerangan kat non-muslim..

    Jgn suruh astora jabat or SIS bg talk dah ler..hancuss

  1. IKRAB family
    November 11, 2008 at 3:16 PM

    betoi betoi betoi.Astora ok gak hehehe.tulah klu hanya menggunakan logik akal semata2.tp apepun isntitusi keluarga dan masyarakat main peranan yg sgt besar.persoalannya skg, persekitaran dan akta2 yg ada kdng2 tidak protect org yg memberi teguran atau berniat utk beri teguran.silap2 karang jadi kes bunuh pulak.

  1. az
    November 12, 2008 at 5:01 AM

    Semuanya kena bermula dari akar umbi lagi. Kita kat Malaysia selalunya bila dah jadik tuk nenek barulah nak jaga cegah.
    Untuk kita sebagai parents or yg bakal jadi parents, anak2 yang penting didikan agama and akhlaknya.
    BUkan setinggi mana dia bule dapat pencapaian akademik sangat.Tapi, lately parents lebih kepada fokuskan anak2 attend itu ini untuk academic achievement.

  1. IKRAB family
    November 12, 2008 at 7:58 AM

    Az, betul betul betul tu.Bila ada pembaharuan sikit tuk pengisian rohaniah yg dibuat oleh pihak tertentu, mak bapak dah cepat melenting :)

  1. Anonymous
    November 16, 2008 at 5:00 AM

    fenomena pengkid yang fatwa haramkan berkaitan dgn appearance ke lifestye?

    sekiranya didedahkan fenomena gaya hidup pengkid ini sudah tentu diam semua pengkritik kerana memang terlampau jelas ianya bukan shaja menlanggar perintah agama, malahan orang yang tidak beragaman juga akan turut bersetuju kerana memang jelas ianya fenomena degradasi moral.

    eh ada tak pihak fatwa bagi penjelasan atas sebab apa atau bahgaina manakah dalam hidup pengkid ini yang menyebabkan pengharamannya. jikalau adanya penjelasan mesti semua pihak akan faham mengapa.

  1. IKRAB family
    November 17, 2008 at 8:12 AM

    :) ni kena tunggu pihak berwajib beri penjelasan.klu farah nengok penkid ni beza sgt dgn kategori tomboy `biasa2'(sebenarnya luar biasa ni takleh diterima ;).dari segi apperance pun dah salah dr segi ajaran Islam lagi2 yg terjebak dlm kehidupan tidak sihat ni.

    kata la ada org ckp dia suka je pakaian cara lelaki tp klu dah ikut style penkid ni akan terikut2 juga cara hidup dan budaya mereka.bukankah penkid ni betul2 ingin kehidupan seperti lelaki?bukankah Rosulullah dah pesan jika berskwn dan ikut sesuatu kumpulan atau golongan dia akan jadi sbhgn dp mereka.

    selama ni takdak org nak buka mulut cara terbuka di mysia.bila pihak berwajib nak amik tindakan barulah org nak question under human rights (kononnya la).

  1. Anonymous
    November 19, 2008 at 3:38 PM

    Salamun alaik sis..

    tamadun..org bila sebut tamadun, nampak semua dibarat tu lah yg bagus, yg mengikut peredaran zaman. Kalau dpt, semua nak dirujuk ke barat. Tak selari dgn ajaran Islam, sunnah Nabi s.a.w, mrk tak hairan pun..emansipasi wanita,freedom of speech kengkononnya..

    dalam pd tu, kakzeem setuju juga dgn komen lain... maknyah2 tu pun kena tekankan lg akan haramnya..

    manusia bila semakin jauh dr Qur'an dan sunnah, ni lah jdnya..

  1. IKRAB family
    November 19, 2008 at 4:03 PM

    Wslm kak,
    ye kak, yg buruk dp barat pulak nak dijadikan contoh.yg baik dp sana taknak pulak berlumba2 praktis..

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu