Bismillaahirrahmaa nirrohiim.Sesungguhnya Allah maha Pemurah Lagi Penyayang.Kita diberiNya nikmat2 yang tak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit jika kita menilai daripada segi material.Pagi ni, alhamdullillah aku merasa sungguh bersemangat untuk melakukan aktiviti harian yang agak lama dah aku tak buat iaitu berjalan kaki pagi2 ke tempat kerja.Rumah aku dgn tempat kerja bukannya jauh pun kalau dah biasa ok je.Cumanya lately aku jarang berjalan kaki kerana cuaca yang sejuk sngt pada pagi hari dan aku ni selalu gak kena serangan batuk selsema sebabnya nanti bila masuk opis,kelas malah library, sistem badan aku yg bertambah muda setiap hari tak berapa tahan dgn kesejukan angin artifak tuh.

Berjalan kaki ni elok sebenarnya sebagai exercise lagi2 pada pagi hari.Rakan2 sekerja aku yang asalnya dari bumi daun maple (Canada) pun berjalan kaki atau naik beskal (basikal) ke tempat kerja.Pagi2 nampak diowang mcm student je dgn ber-tshirt dan seluar ala2 nak pi jogging tuh.Sampai je opis barulah bertukar menjadi mat dan minah smart ala2 profesional gitu.Pagi ni walaupun cuaca memang sejuk tapi aku rasa eppy sebab aku dapat rasa kehadiran cahaya matahari yg terus kena kat muka aku ni mcm2 dulu gak.Yela klu tak jalan kaki ni kurang le sket cahaya matahari tu terus nak sampai ke kita kan.Cahaya matahari pepagi ni amatlah berkhasiatnye sbb memberi sumbangan Vitamin E untuk kulit badan kita.Tapi di sebalik mendapat kesihatan yang baik kengkadang boleh jugak jadi sebaliknya.Yelah debu2 jalanan sebab bnyk sgt keta2 dan kenderaan lalu di atas jln raya dan pencemaran udara kat negara kita ni seoalah2 tak menggalakkan kita nak exercise mcm tu kan.

Sebab tu lah orang dedulu jarang nak dapat sakit ni sebabnya banyak berjalan kaki setiap hari.Takdelah rasa angin artifak ni samada dlm kenderaan,dalam opis maupun di rumah sendiri.Akhir kata majulah sukan untuk diri sendiri hehehe.

date Friday, September 12, 2008

13 comments to “EXERCISE...JUM”

  1. benludin
    September 12, 2008 at 10:04 AM

    kayuh basikal le pi opis...
    beli mountain bike ke...kalau rasa besar sgt beli basikal kanak2 yg tayar tiga tu

  1. Purple Crayon
    September 12, 2008 at 10:42 AM

    hehehe,aku kayuh beskal mountain bike lam gym jek.budak2 skg tak pakai dah basikal tayar 3 tu...skg motor tuk kanak2 pun dah ada siap ada enjin bateri tuh hehehe

  1. Tirana
    September 12, 2008 at 1:22 PM

    Sejak puasa ni..kak tirana pun dah tinggal buat exercise..Letih la..hehehe

  1. Purple Crayon
    September 12, 2008 at 1:55 PM

    takpe kak,memasak tuk berbuka pun kira exerceise gak untuk tangan dan midna ye tak fikir juadah apa nak masak :)

    cuma klu bleh teruskan tiap pagi lepas bgun tu exercise sket lagi bagus.tapi saya pun dah lama tak buat betul2 exercise,skg ni bnyk nak top up exercise minda,rehat minda dgn tidur hehehe.

  1. Kak hanim
    September 12, 2008 at 2:02 PM

    Uikks akan tak boleh naik/kayuh basikal doh sekarang. Tak boleh balance, hari tu dah cuba, tertunggeng dengan basikal2 sekali. Tak nak doh cuba.

  1. Purple Crayon
    September 12, 2008 at 2:13 PM

    ye ke kak ani.Dah lama kut akak tak naik beskal tu.Takpe excersice tanpe beskal pun bleh, jom join taichee ke cheekung ke :)

  1. ubilepih
    September 12, 2008 at 2:46 PM

    Jom trekking naik bukit ikut gua...kalau tak tejelir lidah gua belanja aiskrim:)

  1. Purple Crayon
    September 12, 2008 at 4:24 PM

    bukit mana tuh?wa tak hike la bukit2 ni...paling rendah wa hike gunung everest hehehe, gurau je.wa skg kena stop aktviti hiking ni walupun amat rindulah sgt pd air terjun dan kehijaun pokok2 dlm utan tuh.

  1. Purple Crayon
    September 12, 2008 at 4:25 PM

    alaaa belanja aiskrim je ke?belanja la masakkan nasi tomato ke kat atas gunung tuh.wa klu minum air suam pun kalau duk tepi air terjun kat bukit tuh dah kira mcm makan mocha aiskrim le tu :)

  1. benludin
    September 12, 2008 at 5:02 PM

    aku byk gak exercise time posa ni...exercise makan!

  1. nenek
    September 13, 2008 at 1:42 AM

    shima...nenek... waktu malam sebelum tidoq suka jugak naik basikal ronda2 taman...sronok sangat sbb ditemani anak2....

    ajak si atuknya...dia tak nak..dia ckp...kalau dia dok ronda malam2 dgn basikal tu alamat nanti badan dia tinggai pekakas sup...hehehe

  1. kakzeem
    September 13, 2008 at 9:10 AM

    beskal xercise kak dah kena antor kat luor..tu lah maleh ngayuh punya pasal..boss udeh mare ama gue :)

  1. Purple Crayon
    September 15, 2008 at 11:42 AM

    ben, bnykkanla exercise mkn mknn yg tak pedas dan berminyak serta minuman kurang le yg berais.:)

    nenek,best tu siap ada team beskal lagi ye nek ;).pas tu leh la reramai pekena sirap limau ais dan roti canai pastu exercise lagik hehehe.

    aik antor kat mane la pulak tu kak zeem?takpe jalan2 kaki hirup udara depan umah pun bleh kak, klu kwsn kecil buat 10 pisingan mcm tawaf pun ok pe tiap hari :)

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu