Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih dia turutkan

Nasi lemak Buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang anak buang semua,
Kerana kekasih harga diri dilucutkan

Nasi lemak Buah bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Hanya kekasih cinta ditagihkan

Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Buang emak, isteri dan emak mertua,
Kerana kekasih baru yang diidam-idamkan

Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Otak semak, tak dapat berbicara,
Hanya kekasih hati yang diingat-ingatkan

Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Tiada emak tiada saudara,
Hanya kekasih yang dibayang-bayangkan

Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Sanggupnya depa buang emak, ayah dan sedara,
Kerana kekasih, ajaran Tuhan pun dah dilupakan

Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Nasi lemak tanpa buah bidara,
Ada sambal sket sudah enak untuk dimakan.

Tgh mkn nasi lemak ni hehehe....jum pekena dgn teh tarik.

date Monday, March 30, 2009

5 comments to “Nasi Lemak Buah Bidara...”

  1. benludin
    March 30, 2009 at 11:00 AM

    Nasi lemak Buah Bidara,
    Sayang Selasih hamba lurutkan,
    Kalau Makan Tak Kena Cara,
    Maka Merana Lah Badan.

  1. INTAN RH
    March 30, 2009 at 1:13 PM

    Koi mmg suka nasi lemak weh...peberet :). 5 hari duk puchong, nak ngintai aok kat sunway pun tak smpt hehe

  1. IKRAB family
    March 30, 2009 at 1:29 PM

    chewahhh...tuan hamba menjual pantun, maka hamba membelinya;

    Kalau makan tak kena cara,
    Maka meranalah badan,
    Kalau makan sampai tak nampak mak mertua,
    Maka mak mertua hangin satu badan.
    (hehehe....pantun tuk org yg dah berkeluarga).

    Intan, nasi lemak ni sambal dia bleh tahan. Kalau aok mari sini kaborle bleh koi blanje aok mkn ada satu nasi lemak kat umah koi ptg2 ada jual....dia buh udang geragau goreng sebagai penambah rasa mkn dgn sambal...katanya ni style org Kedah. Koi yg lama duk utara dulu pun tak penah jumpa..maybe Ben dah biasa kut mkn kat Pendang nuh :)

  1. ubilepih
    March 31, 2009 at 12:04 PM

    Nasi lemak anak dara
    Bukusan cantik di dalam kotak
    Buang mak buang sedara
    itu orang tak de otak...haprakkkk

  1. IKRAB family
    April 1, 2009 at 6:37 AM

    betoi tu ubi,
    meh aku jwb pantun hang plak...

    Buang mak buang sedara,
    itu orang takde otak....haprak,
    bila susah kembali pd mak dan sedara,
    masa tu bagi dia penangan kapak

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu