2 hari lepas aku nengok ulangan citer al kausar di Astro.Criter ni terkesan kpd hati2 kami yg menontonnya sehingga salah sorang student merangkap teman menonton aku ni mengeluarkan air mata. Nilah kehidupan kita kadang2 insan terleka dan tersasar daripada jalan yang benar. Namun masih beruntung kerana ketika nyawa masih di dalam tubuh badan, peluang bertaubat dibuka luas dan keinsafan bertamu sebelum I'zrail memberi lawatan pertama dan terakhir. Hanya pengampunan dan Rahmat Allah yang menjamin kebahgiaan di dunia dan akhirat. Akan tetapi, bagaimana pula dgn hablum minan nas?Bagaimana dgn mereka yg menjadi mangsa kpd kesalahan besar dan kezaliman si pembuat itu?Dapatkah mereka memberi kemaafan kpd si pembuat dosa ini? di bawah ini adalah sinopsis daripada beberapa kisah yang aku tonton, baca dan dengar;

1. Drama al-Kausar:
seorang pemuda ketika usia mudanya menipu wanita termasuk kekasihnya untuk dilacurkan.beliau menjadi bapa ayam yang terkenal dgn keganasan dan tidak berperikemanusiaan.di usianya yang separuh abad beliau menjadi seorang imam kampung yang sungguh warak dan disegani penduduk kg. Ketika rombongan peminangan atas anak perempuannya, segala kisah silam terbongkar kembali setelah si ibu kpd si jejaka ternampak gambar imam tu ketika muda. Si ibu jejaka itulah mangsa imam itu ketika muda dulu. Rentetan itu, penduduk kg memulau si imam ini sehingga nak solat di masjid pun tak dibenarkan. Isteri dan anak yg solehah pun menjadi ingkar kpd si imam ini sebagai hukuman atas kesalahan yg lalu. si imam ini tetap bersabar sehingga semuanya tersedar atas kesalahan masing2.
* Aku terdiam dan terfikir - betapa pemurahnya Allah dgn kasih sayang dan masih memberi keampunan kpd hamaba2Nya yg selalu membuat kesilapan. Sedangkan manusia, sekali saja buat silap, terlalu suakr untuk memaafkannya.

2. Kisah benar dp salah satu fail kehidupan yg aku baca di salah sebuah majalah :
Seorang pemuda ni sosial dg kehidupannya sehingga beliau berkahwin dgn seorang wanita yg solehah pilihan keluarga. Selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata, pemuda ini menajdi seoarang suami dan ayah yang baik dan bertanggungjawap. Rezeki beliau bertambah2 sehingga menjawat pangkat yang tinggi di tempat kerjanya. Tika itu, pemuda ini sudah terlupa tanggungjawapnya sebagai seorang suami,ayah dan pentingnya hamba Allah. Berjumpa kembali kwn2 lama, beliau selalu ke club2 dan dosa 2 menjadi lali kpdnya termasuk bersama wanita2 yang tidak halal untuk beliau.Si isteri tetap bersabar dab selalu berdoa kpd Allah agar si suami diberi hidayah walaupun reward dp si suami hanyalah penampar dan tendangan ninja.Kisah ini berlanjutan sehinggalah si isteri dan si anak mati dalam kemalangan jalan raya. Si lelaki ini menjadi terlalu sedih dan bertaubat. Beberapa thn kemudian beliau berkahwin dgn seorang wanita solehah pilihan ibunya.Sungguh beruntung kerana setaip kali bertemu dgn wanita yg solehah. Tika ini beliau berusaha menjadi suami yg benar2 soleh bukan toleh.Namun beberapa thn slps itu setelah dikurniakan cahaya mata, si isteri dan anak meninggal dunia juga dlm kemalangan jln raya. Ketika itu, si lelaki ini merasakan dia dihukum atas kesalahan2 yg lalu. Beberapa bulan slps itu beliau membuat pemeriksaan darah slps mengalami demam yg teruk. Resultnya, postif HIV.

3. Kisah benar, pengakuan oleh 2 orang lelaki pesakit HIV.
Masa aku bljr hampir 15 thn yg lalu, tmpt aku bljr tu jemput 2 org abg ni untuk memberi 'talk' dgn menceritakan kisah silam mereka sebagai iktibar kpd yang hadir.

* Kisah dua org abang ini lebih kurang sama. Datang dan dibesarkan dlm keluarga yg baik, menitipkan ajran Islam. Mereka menjadi pelajar yang pintar, berdedikasi dan diberi amanah untuk menjadi pemimpin di sekolah. Setelah makin dewasa, mereka tewas dgn pengaruh rakan2 dan keadaan sekeliling yg tak sihat hasil berkwn dgn org2 yg tak sihat minda dan imannya. Akhirnya mereka terlibat dlm salah penggunaan dadah tahap maksima sehingga diberhentikan kerja dan mencuri dan pecah rumah untuk dpt duit bagi membeli najis yg menjadi syurga mereka. Perbezaan antara kedua abang ini ialah :

abang pertama tu ketika dia berkongsi kisah silamyna, beliau sudah berkahwin. Isterinya juga dtg memberi sokongan. Ketika hidupnya, beliau pernah memperkosa seorang gadis ketika beliau memecah masuk rumah keluarga gadis itu untuk mencuri.

abang kedua tu masih bujang. ketika hidupnya beliau mengambil dadah dan juga terlibat dgn homoseksual.

sebelum mereka berdua mengakhiri kisah2 silam, kami semua diminta berdoa agar mereka diberi kekuatan untuk melalui sisa2 hidup dan dapat memberi peringatan kpd msayarakat melalui kisah mereka.

* aku masa dgr kisah itu rasa mcm diri ini terbahagi kpd 2 bhgian ;
sebagai pendengar dan orang yang tak terlibat dgn kisah hidup mereka, sudah tentu aku merasa sayu dan sedar betapa besarnya Rahmat Allah memberi ruang dan peluang untuk hambanya bertaubat.

* kalau aku ahli keluarga atau shbt handai mangsa2 kpd mereka, rasa2nya aku dpt ke nak maafkan mereka berdua?

Kisah2 ini cukup mengisafkan kita. Namun manusia pd perkataannya pun dah menggambarkan sebagai 'tempat lupa', mudah lupa, bukan hanya org MELAYU je tau. Hari ini insya-Allah, aku akan tunjukkan youtube drama `IHSAN', kisah seorang anak durhaka yang benar2 terkesan di hati. Ni add youtube tu :
http://utube.smashits.com/video/OmJuWxcr0OY/Cerekarama-IHSAN-part-6-8.html

Tubnaa ilallah, wa ro ja'naa ilallah.

date Tuesday, April 7, 2009

6 comments to “Tubnaaa ilallah Wa roja'na ilallah.”

  1. ubilepih
    April 7, 2009 at 2:03 PM

    berpesasan pada jalan kebenaran...sis,wa pun takut sgt dengan pergolakan akhir zaman ni fitnah memakan mangsa macam api memakan daun2 kering...semoga Allah melindungi kita

  1. Purple Crayon
    April 7, 2009 at 3:18 PM

    ye bro,manusia itu tak akan lepas dp kesilapan namun marilah kita doa sama2 agar terhindar dp maksiat dan kesilapan2 yg amat besar itu. Amiin.

    Bro, dendam itu musibah, memberi kemaafan itu terlalu manis tetapi nak mulakannya terlalu pahit dirasakan kalah hempedu,pedih dan sakit iabarat dihiris sembilu untuk satu2 kes yg berlaku kan.Kemaafaan itu hak seseorang bg kes hablum minannas kan. Apa pndgn hang ubi, berilah nasihat dan berpesan2 :)

  1. Anonymous
    April 7, 2009 at 7:48 PM

    * kalau aku ahli keluarga atau shbt handai mangsa2 kpd mereka, rasa2nya aku dpt ke nak maafkan mereka berdua? ~ cik puan purple


    bagi aku kan, forgive but not forget.

    dengar macam tak ikhlas kan. but the reality is there. maafkan. tapi nak lupakan..hmmm...say no more lah..

    sejukkkk hati aku masuk kat dalam blog cik puan purple ni. rasa macam tak layak pulak aku nak tumpang even sebelah kaki. banyak dosa aku nih..errrgghhhhhh...

    -kaca-

  1. Purple Crayon
    April 7, 2009 at 8:32 PM

    hehehe, duduk le kaca dgn dua kaki dua tgn siap bwk toto pun bleh, baring2 sini, sejuk kalu...minumlah milo panas perasa almond,ni dah bancuh seteko.secawan, rm5.00 hehehe.

    klu aku jwp soalan tu, rasa nak pancung sampai mati je pesalah2 tu, tp klu org dah bertaubat tak bleh la teruskan niat murni tu kan.

  1. ubilepih
    April 8, 2009 at 3:06 PM

    la...patut lah aku nampak macam burung bangau kat sini..rupanya kau kaca..sebab burung bangau yg suka bediri kaki sebelah ni..ha..ha..

    Purple itu kamu kena tanya ustadah masitah kut..ha..ha..dalam tubuh manusia itu ada dua ketul daging kalau baik ia baik lah manusia itu...tapi sis paling susah mahu jaga 2 ketul daging ni lah...ha..ha..kalau berjaya kita jaga ia...dapat lah kita makrifat iman...chewaaahhhh...anyway lu tanya guru2 yang betullah...hippies mcm aku ni bukan bole pakai sgt..ha..ha

  1. Purple Crayon
    April 8, 2009 at 3:26 PM

    hehehe, ada ka patut ubi kata kaca ni bangau.actually kaca kristal berkilau2 nih :)

    aku nak pilih ustazah gak bila bertanya bleh dak?aku taya hang je la ubi,mat hippies ke regge ker asalkan aku bleh rely on ur info betoi dak ;)
    emm...2 ketui daging ker? bukan seketui ke iaitu hati?errr....sila beri tunjuk ajar.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu