`Ibarat menarik rambut dalam tepung' adalah peribahasa orang Melayu yang sebenarnya.Berbalik kepada tajuk di atas, rasanya mana yang lebih challenging, tarik rambut dlm tepung ke tarik tepung dalam rambut?

Bayangkan seorang itu sedang bertungkus lumus di dapur nak siapkan juadah makanan petang untuk keluarga dan juga tetamu yg bakal sampai nanti. Tengah khusyuk gaul adunan tepung tu sambil mengangkat bowl tu tiba2 terlambung bowl tu dan jatuh atas kepala, abis tepung memenuhi kepala dan rambut? Rasanya lebih mudah nak selesaikan ye tak....ambillah apa2 jenis syampoo yg ada 3 or 4 dlm satu siap terapi rambut....cuci rambut dan kepala...settle....kalau nak cuba...syampoo hasil produk burung ostrich pun boleh (promote oo hehehe).So tak payah nak tarik ketulan tepung tu satu persatu...kasih shave itu rambut pun lagi mudah ye tak.

Bagaimana pula dengan menarik rambut dalam tepung?Agar tepung dalam bekas itu tidak berselerak dan rambut itu tak putus?

Persoalannya :
1. kenapakah tepung dan rambut menjadi subjek utama di sini?
* agaknye peribahasa ni bermula bila ada seorang itu nak buat kueh tetiba jatuh la surat rambut dia ye tak.

2.kenapakah rambut itu perlu ditarik?
*maksudnya tepung tu masih nak digunakan lagi.kalau tak buang terus tepung dgn rambut tu.membazir tu , tak baik.tapi ada orang yg jenis geli kalau nengok rambut ni jatuh dlm makanan atau bahan2 makanan ye la rambut tu karang ada kelumumur ke dan seangkatan dengannya.

3.kalaulah kita perlu menarik seurat rambut yg halus itu dalam tepung, apakah ciri-ciri penting yang perlu diketahui:
*kekuatan tangankah?
*kekuatan matakah untuk fokus pada objek2 itu?
*kekuatan mindakah untuk mencari idea?
*kekuatan emosikah untuk memastikan anda betul2 tenang bila lakukan ini terutama dalam telematch (gula2 diganti dgn rambut)
*kekuatan spiritualkah?berdoa dan mendapat hidayah dan kekuatan daripada Yang Mengetahui segala sesuatu
*kekuatan ilmu?seperti kaji dari sudut sains dll untuk mengetahui asal usul keujudan rambut dan tepung bagi mengetahui kekuatan dan kelemahannya. ataupun dari sudut matematik untuk mengkaji dan mengetahui jisim, isipadu, berat tepung dan rambut itu?

tak ke agak complicated ye...apabila ingin mengikut setiap langkah dengan terperinci dan memerlukan kesabaran yang sungguh tidak berbelah bahagi?

dalam kehidupan seharian seseorang itu akan melalui pelbagai rencah yang mewarnai hari2nya.tanpa disedari ataupun jelas di mata kita sering diuji dan teruji dengan sesuatu dalam pelbagai bentuk, kesihatan, kewangan,rumah yang bertangga atau ber-lif,pelajaran,kawan2 dlln samada dalam kedaan yang selesa dan gembira ataupun dalam berduka cita.dalam dunia yang serba canggih ini, maka pelbagai cara dan ikhtiar boleh dilakukan samada cara lembut, keras, legal, illegal, betul, salah,kejam, tak kejam dlln.namun hakikat tetap hakikat, betapa bijaknya manusia itu, kuatnya dia, kayanya dia,apa saja ada masa akan teruji kekuatan emosi, minda dan spiritualnya.Kita telah menandatangani perjanjian dgn Pencipta kita sejak awal2 lagi "Kami beriman denganMu". Maka Allah memberi peringatan "Setiap yg beriman akan diuji".

Manusia mmg lumrahnya hidup dgn manusia yg lain kerana itulah Hawa diciptakan sebagai teman kepada Nabi Adam, maka tak dpt dinafikan kita akan bersemangat apabila dikelilingi ibu bapa, sanak saudara, shbt2, keluarga dan org2 yg kita sayangi menyuntik motivasi walaupun hanya dengar mendengar cerita kita.Undang2 yang perlu dipatuhi atau apa sahaja yang kita lakukan hasil daripada kreativiti sendiri menjadi undang2/ rules untuk menyelesaikan kekusutan yg ada boleh digunakan sebagai usaha. Namun kekuatan yang sebenarnya datang dp Allah s.w.t.Benarlah kasih asyang Allah melebihi segala2nya.Mengadulah padaNya dgn solat hajat menjadi perisai diri.Kadang2 malu mungkin mengusik perasaan kerana ia hanya dilakukan apabila kesedihan dan kesulitan melanda diri, namun itu lebih baik, berbalik kpd Yang Esa.Moga diberiNya petunjuk, jalan penyelesaian, ketabahan diri, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan.

"menarik rambut dalam tepung"- adakah tidak lagi relevant dalam dunia akhir zaman ini?aku teringat sahabat yang memberi kata2 panduan yang menggambarkan teknik dan method ini digunakan. tertanya juga kenapa perlu mengambil masa yang terlalu menyiksa jiwa sesetengah orang yg perlu melakukannya?kenapa tak boleh merentap rambut itu?kalau tepung tumpah sedikit, itulah pengorbanan tepung...ambil kain dan lap tempat yg tumpah?kini aku terfikir dan berfikir, cara ini menunjukkan seseroang itu berhati2 dalam melakukan sesuatu terutamanya menyelesaikan kekustuan yg ada samada berlaku pd diri sendiri ataupun dia menjadi pendengar kpd cerita orang lain.Aku akui kebijaksanaan orang yang mencipta perumpaan atau peribahasa ini melatih kita menjadi penyabar, teliti terutamanya melihat dan peka kepada impak sekeliling bukan hanya pada subjek dan objek.

date Sunday, May 3, 2009

8 comments to “Menarik Tepung Dalam Rambut......”

  1. INTAN RH
    May 4, 2009 at 9:00 AM

    Koi klu memasak, suka pakai topi chef, takde la rambut msuk sama dlm kuali..hehe

  1. Purple Crayon
    May 4, 2009 at 9:15 AM

    good girl hehehe

  1. INTAN RH
    May 4, 2009 at 5:21 PM

    Koi bkn girl dah, dah msuk tahap makcik haha :D

  1. Purple Crayon
    May 4, 2009 at 6:21 PM

    hehehe, ok ok , Brilliant mama of the girls.intan, lapaq plak petang2 ni wat keje menulis ni.

  1. kak hanim
    May 5, 2009 at 1:02 AM

    Tarik baik2 rambut tu supaya tepong tak berselerak kerana tepung mahal sekarang ni.

  1. Purple Crayon
    May 5, 2009 at 6:52 AM

    hehehe, ye kak...kena berjimat kan.

  1. Tirana
    May 5, 2009 at 3:50 PM

    Kak Tirana kalau jumpa rambut dalam makanan yang dibeli..confirm kak tirana tak makan dah makanan tu..tapi kalau makanan yang dimasak sendiri masuk rambut..hehehe.buang rambut, makan aje la..sebab tak rasa kotor kalau rambut sendiri yang masuk dalam makanan..hehehe

  1. Purple Crayon
    May 5, 2009 at 6:38 PM

    hehe.paling bahaya kalau tertelan rambut tu bila mkn ye tak.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu