Mahu mati selepas gaduh dengan kekasih.
Seorang anggota bomba bersedia menyelamatkan seorang wanita yang mengugut mahu bunuh diri berhampiran Stesen LRT Pudu, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Gara-gara hilang pertimbangan selepas bertengkar dengan teman lelaki, seorang gadis cuba membunuh diri dengan berdiri di tepi laluan jejantas berdekatan laluan transit aliran ringan (LRT) Pudu di sini semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi, sepasukan enam anggota bomba dan penyelamat Jalan Hang Tuah dapat menyelamatkan gadis berusia 19 tahun itu selepas memujuknya selama 45 minit.
Jejantas setinggi 15 meter itu terletak berdekatan Flat Sri Sarawak dan berada di antara Stesen Pudu dan Stesen Hang Tuah.
Ekoran tindakan gadis itu, perkhidmatan LRT di laluan tersebut terpaksa ditangguhkan lebih satu jam kerana bomba mahu memasang jaring di bawah jejantas itu.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Mohd. Rafi Husni berkata, gadis yang dikenali sebagai Rohana itu dikatakan mula bergaduh dengan kekasihnya sejak semalam.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

******************************************
ini adalah satu daripada seribu kisah yang sebenarnya termasuk kisah si anak yang melarikan diri sehingga membuatkan ibu bapa sedih dan tak tentu arah jadinya hanya kerana merajuk, bukan hanya perlu ditudingkan jari ke atas individu itu tapi harus difikirkan oleh semua pihak, ibu bapa, keluarga, masyarakat.........mengapa begitu mudah anak2 kita melakukan seperti itu? setiap sakitnya mesti ada ubatnya kecuali mati.......setiap yg busuknya mesti ada cara untuk mewangikannya....inilah yg perlu dipupuk sedari anak2 itu kecil...kreativiti dlm menyelesaikan masalah dgn cara yg betul.... betapa mudah rapuhnya iman kita....kepada Mu Ya Allah kami memohon perlindungan.

date Friday, July 10, 2009

2 comments to “Cemana nak fikir gunakan akal, bertindak gunakan iman.....”

  1. Tirana
    July 10, 2009 at 3:46 PM

    it's not worth dying because of a man. Kalau mati kerana mempertahankan agama, ada jaminan masuk syurga. Kenapa la pendek sangat akal orang2 sekarang ni...Selalu bertindak ikut nafsu..last2 menyesal tak sudah..

  1. Purple Crayon
    July 13, 2009 at 7:44 AM

    kalaulah dia benar2 tahu dan sedar apa itu mati dan apa yg akan berlaku selepas mati..sudah tentu bukan ini tindakan yg diambilnya.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu