'Dilla tak nak merajuk, enggan lari dari rumah lagi' .
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILIahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my
LATIFAH (kiri) dan Mohd. Yusof gembira dengan kepulangan Nur Fazilah (tengah) ke rumah mereka di Tapah semalam.
KERATAN Kosmo! 7 Julai
TAPAH - "Ampunkan Dilla mak, ayah. Dilla tak nak merajuk dan lari dari rumah lagi. Ampunkan Dilla."
Itu kata-kata kekesalan Dilla atau Nur Fazilah Mohd. Yusof, 16, kepada ibu dan bapanya sejurus pulang ke pangkuan keluarga kira-kira pukul 8.45 malam kelmarin selepas menghilangkan diri sejak 1 Julai lalu.
Pelajar tingkatan empat itu memberitahu, kerinduan mendalam dan rasa bersalah terhadap ibu, Latifah Mohd. Sabri, 48, dan bapa, Mohd. Yusof Mohd. Ibrahim, 50, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
"Memang saya merajuk sangat dengan mak tetapi hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya kepada mak," katanya ketika ditemui di Taman Bunga Raya di sini semalam.
Nur Fazilah yang meninggalkan rumah sehelai sepinggang itu turut mengaku bermalam di rumah adik perempuan teman lelaki yang dikenalinya lebih setahun lalu di Damansara sepanjang berada di ibu kota.

**********************
wahai yang bergelar anak, hargailah ibu bapa ketika mereka masih hidup. jangan biarkan masa berlalu terlalu lama untuk menangisi kekesalan dan kesilapan yang lalu.

date Thursday, July 9, 2009

6 comments to “Mudahnya bertindak....”

  1. الوردة الشوكية
    July 9, 2009 at 2:42 PM

    Assalamu'alaikum kak...

    Ermh, budak yang lari ni satu sekolah dengan adik-adik Syirah kak... adui, malu je nama sekolah.

  1. Purple Crayon
    July 9, 2009 at 2:50 PM

    Wslm dik.
    Perkara ni mesti ada sebab musababnya jadi mcm ni. Moga ibu bapa dpt mengatasi masalah ni dan dpt beri kesedaran pd si anaknya.

  1. Tirana
    July 10, 2009 at 12:02 AM

    Merajuk dengan mak rupanya...alahai..sampai lari dari rumah...Kak Tirana dulu merajuk dengan mak lari masuk reban ayam aje..hehehe..cari telur ayam, rebus kemudian makan...Lepas makan telur, hilang semua rasa merajuk.

    p/s Dah ada kat sunway ke? Lama tak nampak Azwari kat YM.

  1. Purple Crayon
    July 10, 2009 at 11:16 AM

    hehehe sib baik mak ayam tu tak terkejut mana lak dtg sorang ni, gurau je kak yer.

    ye kak, dah 3 hari kelas sem baru mula. hari tu kat sebulan cuti lepas tu ada conference di KLCC..ni baru on ym balik ;) akak cuti haritu tak balik P.B ke?

  1. الوردة الشوكية
    July 10, 2009 at 10:12 PM

    Hehehehe...
    best la cara ummi tirana memulihkan rajuk. Syirah kalau merajuk, suka masak pastu makan jer la. Hehehehe... Masak je apa-apa yang agak-agaknya boleh 'merosakkan' diet. :P

    Kadang-kadang buat dadih penuh satu peti ais :D Pastu ummi tengok peti ais penuh dengan dadih, apa lagi... misi menghabiskan dadih la pulak :P

  1. Purple Crayon
    July 13, 2009 at 7:48 AM

    hehehe, it's really makes me smile.creative betul these two beautiful ladies in solving the problem ;)

    ira, lain kali nak buat dadih bnyk2 tu jgn lupa buat sekali stok sebulan tuk akak hehehe... akak suka dadih yg perasa coklat.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu