Akhir-akhir ni aku rasa letih sgt tak bermaya, kurang vitamin C nih agaknyer. rasa ngantuk je. Malam pulak lepas isya' dah terus belayar ke Switzerland, Hong Kong, Japan zzzzz. Petang semalam sampai di rumah aku terus berehat melayan kepenatan...mmg ngantuk sesangat mata nih....then belek2 hand phone, realize ada 2 miss call. nombor tu takde dlm list, aku pun dial takut2 ada hal penting plak. then, terdengar satu suara wanita muda "miss crayon, Farah ni". aku cuba nak ingat farah mana yer. then dia ckp "miss, ingat tak saya lagi Farah Hanani'. aku terus ketawa, mestilah ingat...aku cuma ada satu nama farah hanani ni je sepanjang aku mengajar di sini. Cuma aku tak sangka la dia nak call aku dan ada di Malaysia ni. Katanya nak ajak aku makan kat luar, so aku suh je dtg ke umah aku.

Di umah aku plan nak masak tuk Farah, hampir dua tahun tak jumpa selepas dia sambung belajar di Mc Gill University, Canada. Sampai je umah aku, Farah kata tak yah masak la, dia nak belanja aku makan sempena nak sambut Ramadhan jugak. Aku sempat tunjuk maple syrup kat dia, org Malasyia pun dpt mkn mayple syrup tau hehehe. Tq again, Kak Zeem. So kami pun pergi Sunway Piramid dan menjamu selera di Bubble Gum (betul ke nama restoran ni yer). Shazana tak nak ikut, malu yerr hehehhe. Takper nanti kita mkn kat situ yer.Di restoran ni penuh dgn gambar2 dp filem Forest Gum, ada kedai sebelahan restoran ni jual t-shirt dan brng2 lain bertema kan filem ni. Makanan di sini sedap2 dan kuantitinya mmg bnyk agaknye ikut style org kat U.S mkn kut sebab tu pinggan besar2 je. Bagi aku yg cute ni (hehehe) pun kena share dengan org lain bila makan satu pinggan cheese pasta,udang2 yg besar2 ni..banyak sunguh dan nyummmy.

Masa nak order tu aku mmg tak ingat nama menu yg aku order dulu so aku tanyakan staff tu ada tak cheesy macaroni. Katanya sejak dia buka restoran ni mmg takde hehhehe. Yang ada `scampi' iaitu mcm fetuccini (sejenis pasta adik kpd spagetti) dgn udang2 dan cheese, agak sour sket. Layanan di sini cukup memuaskan sehingga 5 org staff termasuk manager dan chef tiba2 dtg kat aku nak pastikan betulke makanan yg aku pesan tu. Wah malu weh hehehe.Farah, sorry la kita wat havoc lak jadinya hehehe. Then dtg la ex student aku yg bekerja part time kat situ, Henry. Dialah yg confirmkan apa jenis menu yg aku mkn dulu. Wah hebatlah Henry dah berbulan2 yg lalu, stil ingat ;). Seronok bila ada ex student yg bekerja di situ dan masih ingat kat kita, layanan depa mmg 1st class sampai masa nak antar mknn yg aku order pun, salah sorang staff masih tanya, betul tak tu makanan yg aku order hehehe. Wah mkn besr kita yer Farah, tu pun aku disuh gak order, so dpt le rasa rusuk kambing panggang tu,stawberry puding campur kek dan sup kentang tradisional org british hehehe. Farah, patutnye saya belanja makan nasi tomato barulah pure Malaysian.

Mmg seronok dpt berbual dgn Farah dgr cerita dia kat tempat org. I'm happy for u Farah. Thanx sudi dtg jumpa org2 kat sini. Ingat juga yer. Sabtu ni aku dah nak bercuti selama seminggu, Farah pulak dah nak balik ke Canada. Moga kita dapat bertemu lagi. Doaku sentiasa bersama Farah, All the best and Allah Bless u, dear.

Kepada sahabat2 semua, aku akan bercuti selama seminggu. Esok balik kg. So, selamat menyambut Ramadhan yer.Aku tak beli pun kurma lagi tapi tadi dah dpt hadiah kurma dp shbt Non Muslim. Selamat makan kurma dan Moga keberkatan dan Rahmat Allah sentiasa bersama kita dan bertambahlah amalan kita. Amiin. Aku ingin memhon kemaafan sekiranya sepanjang aku di vila aku ini ada tulisan, coretan kata2 yang tidak digemari, terkasar bahasa apa saja...maaf banyak2 yer. Take care :)

date Friday, August 14, 2009

7 comments to “Ramadhan al Mubarak...ahlan wa sahlan.”

  1. Anonymous
    August 14, 2009 at 4:27 PM

    Wah shima, seronok yer balik kampong. Semenjak selsema H1N1 ni ujud rasa tak selesa nak kemana-mana.

  1. Anonymous
    August 14, 2009 at 8:03 PM

    cuti sem selama seminggu,kak.nak sambut puasa dgn abah mak.keje pun ada bwk balik kak.
    p.c.

  1. Tirana
    August 15, 2009 at 5:12 AM

    Amboi..senyap2 aje bercuti ye..hehehe..selamat bercuti dan selamat berpuasa..jaga diri baik2

    Wahhh....dah ada music la kat blog ni..

  1. Anonymous
    August 15, 2009 at 2:15 PM

    salam miss, ill email you the pics later. ade rezeki jumpa lagila ye.

    cepatnye update!! haha.

    P/s ; Bubba Gump.

  1. ubilepih
    August 21, 2009 at 12:03 PM

    Sis!!!! Sah2 wa tak bole masuk blog lu melalui blog wa..ni wa tumpang blog kaca.Wa ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya semoga segala ibadah lu mendapat barakah.amin

  1. Anonymous
    August 23, 2009 at 2:04 PM

    hehehe, alhmdlh kak dpt bercuti, berouasa, berbuka dan bersahur di kg.muzik tu, tenkiu la pd faratira, dia tlg buh kat sini :)
    selamat berpuasa jugak kak.take care to u 2.

    hehehe,mesti la update cepat...kamek nunggu gambar dr kitak jak ;). oh ya bubba gumpa, masak pe berbuka tu?

    ubi, tq. amiin. wa doa lu jugak dirahmati Allah selalu. emmm pesal yer lu tak leh masuk blog ikan batik ni.wa dah check kat setting, dah open pd semua.lu ada idea tak?
    p.c.

  1. ubilepih
    August 28, 2009 at 2:30 PM

    Sis,banyak kali dah wa try memang tak bole.Tak ada idea lansung...may be sebab wa suka sangat snorkeling,ikan malu dengan wa kot..ha..ha

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu