Alhamdulillah dipanjatkan kpd Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi-Nya, kita masih dlm keadaan aman di Malaysia ni walaupun angin2 anak2 hurricane deras juga bergerak ke serata Malaya moden ini.

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk merebut peluang beribadat pd bulan yg mulia ini.


Alhamdulillah dah selesai forum undang2 keluarga kali ketiga untuk kelas aku.
Kalau tengok tarikh ni, org2 barat terutamanya kat U.S nuh mesti takleh lupa tarikh ni. Tapi tarikh tika U.S attack org2 Islam di Iraq pd bulan puasa takde pulak dunia nak buat hari merintih kpd rakyat2 yg tidak berdosa.Malah tidak menghormati Umat Islam yg berpuasa tika itu. Namun nak ckp apa....org2 arab yg kaya2 pun ada ka nak buat sesuatu?adala....bercakap, berbincang...round table discussion....emmmm....

Sebab tulahaku bersyukur sgt2 pd tarikh keramat yg dikeramatkan oleh pihak2 tertentu, forum undang2 yg membincangkan isu2 panas, kontroversi dapat berjalan dgn aman. Takdak kepala lembu, kaki lembu,kepala itik, kaki itik di bawa ke dalam bilik forum. Kalau bukan bulan puasa, boleh gak lunch ramai2 dgn sup ekor lembu bg yg boleh makan dan kari kepala ikan. Tq so much Tn.Tamar kerana sudi dtg lagi berkongsi maklumat dgn pljr2.

Kali ni pljr2 dp fakulti lain dtg join untuk sesi pertama tadi.
Apa yg dimaklumkan pd aku, ramai lecturer mat saleh pun nak dtg tetapi waktu tidak mengizinkan kerana sem ni ramai yg ada kelas waktu sama dgn forum aku ni.

Tadi, video tentang pengakuan kartika untuk isu sebatan dan video cara sebatan ikut syariah dan sivil ditayangkan tadi. Stdnts2 aku nampaknya ramai yg berhati2 untuk menanyakan soalan dan tidak berapa berani untuk bertanya berbanding dgn thn lepas kerana pljr2 sem ni budak2 nya baru je masuk bab undang2 ni dalam 3-4 hari jadi nampaknya mereka lebih ingin mendengar. Apepun, abis je 2 sesi tadi tu ada yg dtg buat informal diskusi dgn Tn Tamar dan menanyakan soalan2 lain. Bersemangat nak tanya so aku suh pakat amik kerusi dan keliling tuan speaker. Mcm2 yg ditanya malah ada bnyk lagi yg depa nak tanya tapi tuan kita tu kesianlah kan, bagilah dia rehat.So tamatkan diskusi tak formal tu kemudiannya. Sayang juga sebab ramai yg ada kelas lepas sesi kedua tu dan aku tau ramai yg berkobar2 nak tanyakan soalan. Tuan, daripada persoalan perundangan nampaknya dah meluas ke isu2 kenegaraan tuh hehehe.

Apepun, tq again Tn Tamar. Moga Allah merahmati tuan dan keluarga dan terima kasih sekali lagi berkongsi ilmu, pengalaman dgn kami di sini. Insya-Allah jumpa lagi. Tadi dah ada stndt bgtau jgn lupa check email dia, dia nak tanya soalan lagi la tu :)

Tq too to all committee yg membantu lebih2 lagi bekerja keras sejak dp semalam lagi, semua stnds dan staff yg dtg termasuk la tetamu dp fakulti2 lain. Tq to Shazana and Farah, tq 4 ur help and support yang tidak berbelah bagi tiap kali kita berpogram. Allah Bless all of you :)

*********************
Alhamdulillah dpt juga shbt2 P.I berbuka puasa dgn Tuan Tamar sehari sebelum Forum.

Alhamdulillah juga dpt berbincang dan mendapat nasihat dan kata2 perangsang dp pakar motivasi pembentangan kertas kerja ni :). Koi akan cuba sedaya termampu 6-7 oktober nanti. Namun, tanpa kehadiran pakar motivasi dan shbt2 pd hari pembentangan tu, rasa agak nervous gak.

Alhamdulillah, masa berbuka puasa dgn pakar motivasi, aku sempat dptkan resepi nasi terkini dp chef otel tu hahaha. Mesti tuan motivasi tu keheranan tetiba jek chef tu (hensem gak oooo....tall, not dark -fair, hensem hehehe) dtg ke meja kami dan terus bagi resepi yg aku minta dlm kertas A4 yg telah di print. Dgn senyumannya yang manis, chef tu ckp...ni saya bagi resepi ni tp confidential tau. Aku masa nak amik nasi tika berbuka, chef tu dtg kat aku sambil tanya aku nak mkn nasi apa...ada 5 jenis nasi kat situ. So, aku sembang2 sket sebab dia bnyk bertanya dan entertain sampailah aku cuba dptkan resepi hahahha.

Disebabkan amanah dia kpd aku untuk menjadikan resepi itu sebagai kopidental so, aku tak boleh la nak bubuh resepi kat sini yer. Takpa kalau aku dah cuba buat Nasi Oriental versi sunway ni...aku tepek gambaq kat sini yer. Ingat nak buat la nasi ni hindangan raya nanti sebagai menu tambahan. Kalau dah menjadi masakan tu, aku ubahkan nama jadi nasi Orental P.Crayon...then aku buh resepi ok hehehehe. Ingat nak pi lagi la berbuka puasa situ dgn kwn sebelum balik raya...tak puaih mkn smlm sbb tak terdaya nak mkn bnyk2...aleh2 tuan motivasi kata....kita ni mkn mcm ni kalau kat kedai RM10 jek hehhee ....nengok org lain mcm2 depa mkn...kami ni duk mkn sambil berbincang ape sgt leh mkn ...cepat kenyang lagi pun. Pi situ boleh cari chef `A' tu lagi....nak minta resepi mskn lain pulak...abihla resepi kopidental aku dpt hahahaha.

Nengok makanan2 yg disediakan terlalu bnyk jenis dan kuantiti itu, lagi2lah aku bersyukur pd Ilahi kerana ramai lagi yg tak de mknn nak dimkn ketika berbuka....

date Friday, September 11, 2009

2 comments to “ALHAMDULILLAH”

  1. Kunang-Kunang
    September 12, 2009 at 11:17 AM

    Tahniah di atas kejayaan forum tu.

    Bila balik kampong. Kirim salam dengan Mak Abah shima bila balik yer.

  1. Anonymous
    September 12, 2009 at 2:12 PM

    terima kasih kak.
    balik jumaat depan.cuti seminggu.jemput dtg ke kg.
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu