3 bulan lepas aku dpt voucher untuk duk kat otel equatorial 2 bilik free kat cameron highland.
duk nengok cuti2 yg ada plus bonda tersayang tak berapa sihat dulu so alhamdulilah sabtu lepas dpt gak pi sana bwk abah mak jln2 rehat2 dpt udara segar kat sana.jumaat mlm tu aku naik ketapi balik kg.sampai kg dekat subuh,rehat jap,lepas solat makan pagi ala kadar, aku sekeluarga bertolak ke cameron.abah aku drive.sian abah aku kena drive.aku?dah hampir 10 tahun aku hilang keberanian drive ni hehehe.

pertama kali ke sana drive sendiri, abah dan aku dah pernah ke sini beberapa kali zaman belajar dan dgn kwn2 dulu.mak aku, ni first time berjalan ke daerah rakan perak ni(pahang).kami ikut jalan simpang pulai.memang lebih selesa berbanding dgn jalan tapah.sebelum nak gi tu bnyk juga shbt2 yg aku tanyakan...tenkiu lah bg info.kami sampai awai kat otel tu dlm jam 11am.makan dulu bekai nasi lemak mak aku masak then kami mula explore cameron turun ke berinchang dan tanah rata dan terus ke tempat teh ditanam memandangkan bilik otel lum ready lagi.menghayati udara segar dan menghirup teh panas serta cheese cake...emmm rasa taknak balik kl.tapi kan lagi best kalau ada juai cuq udang ka pisang goreng panas2 kat situ baru la tradisional gitu....peghh.

ikut cerita abah, aku ada tok long iaitu kakak kepada tok wan aku (ayah abah aku) yang sudah lama menetap di cameron setelah berkahwin dgn sorang mat saleh ni yg menguruskan ladang teh zaman dedulu.mungkin tok long dah tak ada tp anak cucu mesti ada kat situ.nak cari pun masa tak sempat.maybe nanti bleh gi lagi cuba cari sedara2 mara yg dah lama terputus hubungan kerana kisah2 zaman dulu....kalau boleh merapatkan ukhwah, Alhamdulilah.yg pasti aku teringin sgt nak gi air terjun kat situ ataupun menjelajah kwsn hutannya yg menyegarkan tu.kat cameron ni, tak bnyk mana pun yg kami beli, lebih kepada menjamu mata dgn pandangan hijau dan menghirup udara segar.nyaman rasanya.betul ckp kwn2, cameron dah tak sesejuk dulu.mak aku ckp`tak yah bwk baju sejuk pun tak pe'.aku yg suh bwk hehehe.malam kat otel mmg sejuk.

sepanjang menyusuri jln2 ke tanah rata dan berinchang, aku suka nengok pemandangan bukit bukau yg diselaputi kabus,bunga2 ditanam di tepi jalan....memang releks sgt rasa.dp balkoni kat bilik otel, aku suka sgt nengok kabus2 menutupi bukit2 lebih2 lagi pada keesokan harinya.jam 5 pagi, hari sudah nampak terang putih bersih. jam 7.30am, kabus meliputi jalan raya.8.00am jalan dan view sudah jelas.jadi kami pun berangkat ke kedai sayuran yg hanya 5 minit dp otel.nampak jambu epal madu...first time nengok..terus beli.then terus ke tanah rata breakfast kat situ.emmm....banyak kedai makan melayu lum buka, satu je yg buka tu pun org ramai takdak kerusi.so lintas jln mkn kat restoran mamak.pagi ahad tu ada 2 tempat pasar tani, satu kat tanah rata tu sendiri, satu lagi kat berinchang.kat tanah rata dah ada KFC dan Starbuck....lama naa aku tak mai sini, dah ada perubahan nampaknya.tapi aku secara peribadi aku lebih suka kalau cameron ni lebih utamakan makanan dan tempat2 yg lebih tradisional.makanan tradisional org pahang dan eprak ke...okey pe.

nampak ramai rakan2 org kita, mak dan anak2 (org asli) di situ.maybe depa mai juai hasil2 tanaman depa.nengok depa, aku teringat sgt kat keluarga angkat di gua musang dan kenalan di N.9 (pogram dulu) yg ajak aku bercuti duk kat tempat depa.shbt ada bgtau makan la satay kat gerai pak man kat berinchang.tapi tak sempat dah....kami terus ke ladang tanaman bunga nak cari orkid utk mak tapi tak ada yg kami nak.bas dan kereta2 dah penuh di tepi2 jln setiap hentian..susah nak parking.ada satu kemalangan di jalan anatara tanah rata dan berinchang.dah tau tak bleh bawak laju...nak jugak speed.kereta2 kat belakang kereta kami ni pun sibuk nak potong memotong walaupun double line.satu je aku puji bila jem, kereta berbaris lama kerana kesibukan di tempat2 menjual bunga2 dlln takdak satu pun bunyi hon kedengaran.kalau kl?hahahaha.....pecah dah gegendang telinga nih.

masa nak balik sempat singgah ladang sayur ni beli la pokok stawberry dlm pasu kecil siap dgn buah2 dia berjuntai di pokok....then bunga lili utk mak, tak lupa water cress dipesan oleh Bee Fung.keta aku penuh dgn stawberry,keledek madu(yg kecik2 tu), jagung2 segar untuk kami sekeluarga dan kwn2 yg pesan.aku ckp kat abah mak aku, aku suka sgt view bukit2 dan hutan kat cameron ni..rasa releks sgt.....mmg aku letih sesangat sebelum ni....kesegaran di sini membuatkan aku lebih releks...dan jauh dp stress..aku ckp org yg duk cameron ni mesti tak stress kecuali time nak parking hehehe.tak sbr nak tunggu cuti pnjng jun ni.moga plan nak releks kan minda di tempat yg telah dipilih untuk aku dan shbt2 dan team forum dpt dilaksanakan.shbt2 forum, jgn tak jadi ye...simpan date tu dlm diary anda.abah pulak ajak untuk berziarah bulan jun ni jugak lepas aktiviti aku tu nanti, berjalan ke rumah sedara, keluarga angkat dan kwn2 di keruh,perak dan lain2 nanti.Insya-Allah.

Pagi ni mmg aku ngantuk, letih sket, naik ketapi mlm semalam sampai kl sentral jam 4.30am.asalkan aku dpt spend masa dgn abah mak dan bwk depat jln2 rehat2....it is really makes me happy.aku masih teringat kabus2 yg melingkari bukit bukau ibarat cincin itu.sungguh tenang dan releks,lupa sekejap soal kerja,tugasan,pilihanraya walaupun ada shbt yg sms bgitau perkembangan terkini..hahaha...aku dah tak amik port.
Really happy with this very short vacation.Thank's Allah.

date Monday, April 26, 2010

6 comments to “udara segar di cameron highland...”

  1. Ummu Mishkah
    April 26, 2010 at 11:17 AM

    gambo tak keluar ni.. mesti best kat CH kan... kami tahun ni tak sampai lagi...

  1. IKRAB family
    April 26, 2010 at 1:38 PM

    hehehe.ummu, gambor tak kuar lagi..dlm proses nak upload kat sini.ummu tunggu baby besar sket bleh bawak :).duk eqotorial dekat sket dgn tempat2 nak beli sayur, bunga2 dlln.tapi saya teringin nak gi air terjun kat cameron tp tak sempat.
    p.c.

  1. Hairun Azmi
    April 26, 2010 at 10:22 PM

    Percutian yang sungguh bermakna...

  1. IKRAB family
    April 27, 2010 at 8:59 AM

    mudah2an mie.yang penting diRahmati Allah.amiin.
    p.c.

  1. Anonymous
    April 27, 2010 at 6:30 PM

    Salam Shima,

    Alhamdulillah sampai juga ke CH yer.

    Semoga bonda shima sihat dah sekarang.

  1. IKRAB family
    April 28, 2010 at 9:15 AM

    Wslm kak Ani.Alhamdulillah.
    Abah mak pun epy cuma dpt duk satu malam je.Tq kak bg info.Mak, alhamdulilah sihat.Lagi sihat nengok sayur segar cuma bunga orkid yg mak nak tak dpt, ganti bunga lili :)
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu