Kerap disaman letak kereta depan rumah
Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Kereta kena saman hampir setiap hari.Masalah itu dihadapi penduduk Taman Perumahan Jalan Pejabat di sini selepas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melarang mereka meletak kenderaan dengan membuat garisan kuning betul-betul di hadapan rumah penduduk di situ sejak seminggu lalu.Salah seorang penduduk, Toh Chin Keong, 45, berkata, kenderaannya yang diletakkan di luar rumah disaman oleh seorang penguat kuasa MBKT semasa dia balik untuk makan tengah hari Isnin lalu."Sudah hampir 20 tahun saya tinggal di perumahan ini dan meletak kereta di situ tanpa sebarang masalah. Saya terkejut kerana perkara ini tidak pernah berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Chua berkata, dia telah menerima empat saman dalam tempoh seminggu lalu."Malah, sebuah kereta saya yang rosak dan diletakkan di luar rumah turut disaman," katanya.Beliau mempertikaikan tindakan MBKT membuat garisan kuning di hadapan rumah penduduk sehingga menyusahkan mereka yang telah tinggal di kawasan itu sejak 20 tahun lalu.

*********************
huih baru pertama kali aku dengaq dan baca cerita macam ni.hahaha.
sian la kat depa yg duduk kat tempat tu.
teringin la aku nak cerita sikit pasal soal kejiranan ni (aku pernah ada sentuh sikit dalam entry kat blog ni dulu).ada stgh tempat, kwsn untuk letak kereta memang sempit, ada yg luas.ada jiran2 yg paham dan boleh bertolak ansur dan aada juga yg tidak.

jika kita hidup berjiran ni perlulah ada sikap tolak ansur namun jnglah hanya sebelah pihak saja.janganlah tidak mahu menyusahkan diri dan keluarga, kita menyusahkan pula jiran2 kita dengan membuka pintu pagar tanpa ditutup semula lalu mengambil separuh dp kawasn luar ruamh jiran kita, janganlah parking kereta betul2 depan gate dia tanpa minta izin..bila dia nak keluar..boleh pulak nengok aje sambil cekak pinggang (nengok kereta tu lepas ke tak).....janganlah pula membiarkan pokok2 yang sendiri tanam berdahan panjang sehingga menggangu ke tengah jalan....lalu parking kereta di tempat jiran yg bersih dan selesa kawasannya.
dalam Islam hidup berjiran ni kena banyak yg kena jaga....janganlah satu pihak je duk tolak satu pihak lagi kena lunsur (tolak ansur).
kalau tak tau nak memahami jiran2...eloklah buat sistem saman mcm cerita di atas tu.....hehehe.

date Thursday, July 29, 2010

2 comments to “HIDUP BERJIRAN DAN ...SAMAN....”

  1. Anonymous
    August 5, 2010 at 7:02 PM

    Bab letak kereta ni memang kadang-kadang boleh berkecik hati.

    Maklumlah ekonomi dah makmur, anak-anak dah ada kereta sendiri. Parking selalu tak cukup. Kadang-kadang orang parking depan rumah, kita terpaksa keluar kereta mengundur bontot dulu, nun jauh beberapa rumah baru boleh pusing muka.

    Sabar jerlah yang diperlukan.

  1. IKRAB family
    August 6, 2010 at 7:37 AM

    :).ye kak sabar dan bertolak ansur.namun mestilah datang daripada semua pihak.kalau sebelah pihak je mengalah....ni dah membuatkan pihak lain berterusan menjadi penting diri dan makin hilanglah sikap menyanyangi sesama sedara seIslam.
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu