Assalamua'laikum sahabat2 tersayang. Lembaran baru untuk Tahun Hijrah dan Tahun Baru 2009 telah bermula. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita semua dan memberi kita peluang dan ruang untuk memperbetulkan apa yang harus dan patut dilakukan serta memperkemaskan laluan dan jalan2 kehidupan yg dilalui.

Kelas aku secara rasminya telah bermula hari ini. Hopefully semuanya akan berjalan dgn baik sepanjang semester dan tahun ini. Hari ini dah pun 1o Muharam dan ada yg berpuasa sunat.Selamat berpuasa. Aku call abah aku tadi, katanya kat surau duk buat bubur asyura (bubur nasi) harini. Klu kat Kg Baru, K.L tu terkenal dgn nama bubur lambuk.Aku teringat mak aku kalau buat bubur nasi tu, ada udang,daging sket,santan peghhhh mkn lak dgn telur masin.Nyummy.Tapi, selalunya mak aku dan org di utara ni kalau sebut bubur lambuk, terkenal dgn bubur yang dibuat dp jagung,keledek,kacang merah,pisang dan lain2 bhn yg di masak hingga pekat kemudian dibekukan dan dipotong2 mcm kueh.Manis dan penuh berkhasiat.Kalau di bahagian pantai timur selalunya ada campur daging dan rempah kan.Ingat lagi Makcik Yah kwn baik mak aku asal dr Kelantan selalu bg kueh ni kat kami masa duk di kem dulu.Lambatnya nak berbuka ni ;).

Di sini aku sertakan iklan untuk 2 aktiviti yg boleh disertai sahabat dan ahli keluarga sebagai merasmikan tahun baru ini. Moga ceria ye :).
Iklan pertama yg kaler kuning tu ialah Food Carving Workshop. Bayaran Rm35.
Kalau berminat hias2 masakan dan makanan tu bolehlah join, boleh jugak hiaskan mknn yg dimasak untuk hidangan keluarga. Mana tau nanti bleh buat dan amik tempahan untuk hantara pulak.Masyuk juga income tuh :).Teringat lagi aku 4 tahun lalu bila salah seorang shbt aku berkahwin di pahang. Aku dan 2 org lagi shbt pergi awal sehari dan bermalam di rumah pengantin. Alih-alih kami jadi tukang masak dan membuat makanan berhidang utk pengantin bidan terjun. Hehehe, mak aku le jadi mangsanya bila telefon untuk tanya itu dan ini.Mangga harum manis dan majalah mingguan wanita yg dibeli oleh Nurul pun jadi mangsa gak untuk menjadi sebahagian dp sources dan bhn utk aktiviti di dapur tu hehehe. Takleh lupa memori tu menggambarkan betapa `pro'-nya kami waktu tu hehehe.

Iklan kedua yg kaler biru pulak ialah `Pottery Wokrshop - Plate'. Kali ni untuk sesi tembikar akan diajar cara membuat piring.Agaknya piring hiasan kut. Bayaran ialah RM25.
Bagi sesiapa yg berminat bolehlah hubungi no di bawah ini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Miss Sammy Chong - Tel : 03- 74918622 ext. 3501
Tarikh : 17hb.January - Hari Sabtu
Masa : 9.00am - 12.00 thgri
Tempat : Studio B , LG (Lower Ground)- Sunway University College,
Jln University, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya, Selangor.

date Wednesday, January 7, 2009

7 comments to “Lembaran Baru”

  1. Anonymous
    January 7, 2009 at 11:39 PM

    hope x lewat...
    hepi new year 1430H n 2009...

    halo miss...
    itu food craving... kena contact no bawah tu jugak ke..??

  1. IKRAB family
    January 8, 2009 at 10:01 AM

    tq anynymous.
    yer, food carving tu kena contact itu nombor bawah jugak untuk comfirm klu nak hadir or if ada apa2 nak tanya.

    jum join :)

  1. Anonymous
    January 8, 2009 at 9:30 PM

    mmg nak join....
    tp... tngok date... keje siang plak... tngok lah nanti...

    kena wat reservation dulu ke ni..

  1. Anonymous
    January 8, 2009 at 11:37 PM

    jom..!
    hehe...
    kak pun ada kenangan jd tukang masak pengantin (kwn baik masa tu)..bidan terjun jgk..
    masa tu nak masak utk mkn keluarga pun semput..disuruhnya masak utk pengantin..melampau kwn tu..hehe..
    alhamdulillah lah ada 3/4 org kwn2 lain...jd kami yg sesama tak pandai msk ni bantai je la...hehe..

    masa kenduri tu, 1st time mkn gulai pucuk ubi campur budu..aduhai la...jatuh cinta betul dgn rasa dia..sampai hari duk teringat lg..

  1. IKRAB family
    January 9, 2009 at 1:33 PM

    reservation perlu untuk pastikan ada tempat untuk anda.klu nak pergi bleh bgtau saya atleast 2-3 hari sebelum tarikh tu.beri nama dan berapa org nak pergi(tulis di sini,i wont publish ur name here), saya bleh bgtau pd pihak penganjur.bayaran selalunya byr pada hari program bermula.

    Kak Zeem, masa tu mesti seronok kan sbb sama kwn2 bekerjasama plus incident2 yg melucukan dan juga 1excited dlm menjadi pereka,penghias dan chef bidan terjun tu ;).gulai pucuk ubi mmg best, klu org utara selalunya tak lepas sambal belacan.saya tak mkn budu.nasi kerabu pun saya mkn tanpa budu.yg penting sambal kelapa dgn isi ikan tu mesti buh bnyk2, tak yah lauk lain pun ok :)

  1. Anonymous
    January 11, 2009 at 7:03 AM

    wahhh....
    terima kasih lah... siap nk tolong britau penganjur... bukan nak tolong bayar kan sekali ke...

    hahahaha

    k.. ape2 hal sy tulis kat sini erkk...

  1. Anonymous
    January 13, 2009 at 8:02 AM

    masa tu tak hepi pun sis sbb mmg berdebor...saje je kwn tu nak pekena kita..ada sorg sepupu dia tu terer kemain masok tapi sepupu dia tu cengkelat...dia suh kitaorg gak le yg hempas pulas...hehe...kengkononnya la...

    sebanrnya tak sempat nak tunggu sampai pengantin makan beradab masa tu sbb kami kena balik..felda, masa tu bas ada time keluar masuk...tak ambik yg tu, kang lambat sampai temerloh, balik rumah dah malam..takut kena lalu semak samun...

    nasi kerabu? alahai...terliur koi..

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu