Lima wanita belasah lelaki dipenjara
RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan lima wanita membelasah seorang lelaki di luar sebuah pub di Grimsby pada tahun lalu.
GRIMSBY, England - Rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di sini menunjukkan insiden yang jarang berlaku apabila lima wanita menendang seorang lelaki sehingga kesan tapak kasut penyerang terdapat pada muka mangsa, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelima-lima wanita itu yang berasal dari sebuah keluarga, menyerang mangsa, Matthew Campbell, 38, tanpa belas kasihan dengan menendangnya pada pukul 11 malam, November tahun lalu.
Rakaman serangan ganas selama lapan minit itu yang dirakam CCTV milik pihak berkuasa tempatan dilihat oleh seorang hakim Mahkamah Diraja Grimsby yang kemudian memerintahkan kelima-lima wanita berkenaan dipenjarakan selama enam bulan.
Pendakwa raya, David Cammies berkata, kelima-lima wanita itu, Helen Barber, Rachel Barber, Kelly Macdonald, Belinda Tomlinson dan Katie Tomlinson yang berusia di antara 21 hingga 42 tahun menyerang mangsa tanpa sebab selepas mereka mabuk.
Campbell yang bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan komersial memberitahu, dia berulang kali merayu kepada kumpulan samseng wanita itu supaya berhenti menyerangnya.
"Saya dididik supaya tidak memukul wanita. Saya memutuskan untuk membiarkan saja mereka memukul saya," kata mangsa.
Lelaki itu bernasib baik kerana tidak cedera parah tetapi seluruh badannya calar manakala kesan tapak kasut terdapat pada belakang, kepala dan mukanya. - Agensi

******************************
sanggup dia biaq pompuan2 tuh belasah dia....
dasat gak wanita alaf baru nih..tula jgn minum ayaq setan tuh.

date Thursday, October 22, 2009

2 comments to “Kisah hidup manusia ...Part III.”

  1. Hairun Azmi
    October 22, 2009 at 5:02 PM

    Apasal mamat tu tak lari yer...

  1. Anonymous
    October 22, 2009 at 5:07 PM

    Mie, pasal mamat tu tak belajaq silat lagi, tak tau nak lawan at least lawan mcm otoman tu hehehe.
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu