Lamanya jugak aku tak conteng-conteng dgn crayon aku di sini dalam erti kata menulis cerita-cerita kisah manusia mungkin kisah aku dan mungkin juga kisah engkau dan dia......

Dah hampir sebulan tahun baru omputih dan sebulan lebih rasanya untuk tahun baru Islam bermula bersama episod kehidupan yang seterusnya. Jadual aku nampaknya makin hari makin padat dengan tugas, kelas,pogram dgn pelajar2 dan juga pogram aku sendiri. Aku kena fokus semula pd paper2 aku tu.Akitiviti luar aku terbatas nampaknya kecuali jika melibatkan student. Dah berbulan lamanya eh dekat setahun rupanya aku tak pegang raket badminton. Baru semalam dpt join budak2 tu kat dewan.Aktiviti hiking, camping, jungle trekking?Ada gak kenkawan dan budak2 tu tanya...sorry la wa dah tak larat....walaupun rindu jugak kehijaun dan ketenangan dalam hutan tu lebih2 lagi merasa kesegaran udaranya serta air terjunnya.

Aku masih lagi teruskan pogram akademik untuk pelajar2 seperti dulu jugak. Plannya untuk beberapa bulan lagi. Alhamdulilah ditemukan dgn pljr2, ex stndts dan shbt2 yg sudi membantu memberikan idea lebih2 lagi kali ni aku rancang untuk buat sedikit kelainan. Aku ni ada mood..kalau berjumpa atau dpt suntikan dp shbt2 aku akan cepat cenderong untuk meneruskan apa yg aku minat sejak dulu lagi. Dalam duk siap2 nak tulis paper, siapkan proposal paper juga untuk program tu terlari la jugak mood aku tu...saja je Farah kan kita sesekali buat apa kita minat best jugak layan perasaan tu kan hehehe. Walaupun aku ni bukan seni orangnya kalau nak dinilai melalui kaca mata seni yg standard la....cuba jugak nak menulis mengikut apa kata nurani.
Apa yang penting....kerjasama......dan happy apa yg kita buat selagi tak langgar hukum syara', hukum dunia jugak ;)

Sejak semalam otak aku dah rasa padat dengan rutin harian, apa yang perlu dilakukan apa yg belum dilakukan. Masih juga terfikir keluarga kat kampung. Kesihatan bondaku yang on and off. Alhamdulillah dah beransur baik. Sian jugak ayahanda menjaga bonda ku sorang2 kat sana. Inilah orang kata, kalaulah hanya sebutir kaca yang ada....boleh jadi berlian, permata, emas, emas putih,zulian pun ok kut hehehe.Terlalu banyak sgt dlm fikiran aku. Banyak juga janji2 yang belum dikotakan, impian yang belum dilaksanakan.

Hari ni, dalam kelas, bermulah aktiviti menjadikan kelas aku sebagai panggung wayang akademik hehehe.Hari ni just sambung nonton filem Leftenan Adnan. Aku as usual tunjuk beberapa scene yg aku rasa menarik dan penting untuk dikaitkan dgn subjek je. Aku memang tak suka cerita yg terlalu slow....rupenye anak didik aku pun ramai mcm tu huhuhu. Dalam ramai2 tu ada pulak yg mintak aku tunjuk adengan kill kil die die tu....aksi perang2.Esok akan nonton kartun pulak `Chicken Run'. Tugas aku dah bagi pd budak2 tu based on group work. So, depa ada 3 minggu untuk siapkan assignment dan presentation dalam mengeluarkan produk mereka sendiri iaitu video klip mempromosi Malaysia mengunakan tema kemerdekaan. Aku nak fakta sejarah dlm tu tapi dlm bentuk yg modern. Moga depa boleh buat dgn baik. Yg penting depa paham apa yg depa buat dan untuk apa. Then tadi, bermulalah juga perbincangan yang mengarah ke perdebatan secara ilmiah...i like the way how that sudents asked some questions to me and to class. However, sometimes, it is not easy to me to provide the suitable answer and to please people even they might disagree with me when it involves fundamental teaching of any religions especially Islam.

Wa sudah diuji dgn beberapa soalan hari ini yang memang ada logiknya. Cuma apa yg berbeza yg wa bagitau orang2 berkenaan....adalah suatu yg berbeza bila seseorang itu menggunakan logik akal semata2 yg dirasakannya logik dgn org yang menggunakan logik akal berlandaskan prinsip2 agama terutama Islam. Alhamdulillah nampaknya yg menyoal dapat terima dan paham cara aku jawap....namun aku dah dpt rasa bahang2 dan bisikan suara yang mengingatkan aku agar segera buat persediaan untuk menambahkan ilmu bagi sesi soal jawap seperti ini untuk akan datang. Maybe ia akan bermula lagi esoknya. Aiseh...wa malas baca...hehehehe.....Moga Allah beri kekuatan, kepahaman, ketenangan pada aku dan mereka2 yg bertanya..bak kat beberapa orang sifu-sifuku sebelum ini .... sentiasa berlapang dada. Insya-Allah, I will.

date Tuesday, January 19, 2010

5 comments to “Bila kalam mula berbicara....”

  1. benludin
    January 19, 2010 at 3:23 PM

    tu dia haihhh!!

    panjang beno entrinya. boleh masuk peraduan menulis cerpen DBP peringkat umur otai..hehe

  1. Anonymous
    January 19, 2010 at 3:53 PM

    sifu, bila kalam mula berbicara, ia kan terus menari di atas kertas sehingga kehabisan dakwat yang terakhir ahaks.

    amboi bro...cukup2 la perli wa ni.emmm.....
    p.c.

  1. Anonymous
    January 20, 2010 at 1:34 PM

    senyum itu satu sedekah.tq :)
    p.c.

  1. Anonymous
    January 21, 2010 at 8:52 AM

    Selamat bekerja.

  1. Anonymous
    January 21, 2010 at 8:59 AM

    Tq kak, selamat juga bekerja kat rumah utk akak dan smlmt berehat :)
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu