pagi ni tiba2 aku terkenangkan zaman belajar kat penang dulu.lagi2 bila dgr pandangan dan komen peserta daripada workshop,forum yg lalu. mungkin aku pernah menyentuh sebahagian dp cerita ini, tapi izinkan aku mengimbau kisah silam ini di sini buat sekian kalinya.
rumahku syurgaku itulah pepatah Melayu yg selalu kita dengar.aku masa kecik mmg tak pernah berjauhan dp abah mak aku kecuali masa aku darjah tiga, abah kena bertukar ke KL.sementara menunggu rumah yg disediakan dlm kem tu, aku dan mak duduk dulu di kg untuk 6 bulan.
sejak kecik aku mmg jadi setiausaha abah aku.kata abah aku, tiap petang lepas balik dr keje aku akan di bawa berjalan2 kelaur rumah(dlm umur -2-3 thn).kalau ada mana2 rakan sekerja wanita abah aku dtg tegur maka aku dgn cepat akan ckp "bah, mak suh alik".huhuhu.betapa rapatnya hubungan aku dgn mak dan abah aku.
secara kesimpulannya, aku mmg rapat.

bila sesi pengajian darjah enam hampir berakhir, maka berlumba2lah pelajar2 untuk mengisi borang untuk masuk ke sekolah asrama,asrama penuh ataupun yg difikirkan terbaik mengikut kacamata ibu bapa,guru2, sedara mara dan diri sendiri.malah aku lihat rakan2 sebaya yg baru berumur 12 tahun sudah pandai menilai manakah sekolah yg baik,terbaik,terbagus,agak bagus dan tak bagus pada pandangan mata mereka.aku?mmg tak tahu nak menilai mana yg baik ke tak sebab bagi aku aku hanya mendengar dp kata2 org...aku belum melaluinya.abah mak aku?tak pernah ckp mesti pi sekolah ni, pi sekolah tu.pernah ada sorang rakan ku kata pada aku "pergilah sekolah M.B,tu asrama penuh.kakak aku sekolah tu.semua org cerdik pandai je kat situ".kwn2 yg lain mengiyakan.aku?seperti biasa tak pandai menilai mana sekolah yg baik jika aku tak masuk ke situ.sorang lagi kata kat ku "hang nak pi sekolah kat penang ni ka, hang nak pi jauh?' aku jwp "entah.mana abah mak aku suka, aku pi la". tapi abah mak aku bukan jenis yg memaksa aku pergi mana2 sekolah yg depa nak.akhirnya kami mendapat tawaran belajar di sekolah asrama kat penang di mana ketika itu sekolah itu menjadi pujaan hati anak2 berusia 12 thn dan juga ibu bapa mereka.ada yg pergi merayu untuk mendapatkan tempat.

aku?aku dgn abah pergi sekolah tu untuk tolak tawaran.kata abah, baik kita pergi sendiri dp bagi surat tanda penghargaan dan boleh mintak depa bagi peluang tu pd org lain.sebab?aku nak pi sekolah satu lagi.sekolah ni sekolah terbaik ke pada masa tu sampai aku nak pi sgt?kwn2 aku ckp "apa pasai hang nak pi sekolah tu?sekolah tu kalau dpt 3A (penilaian darjah 5) pun boleh masuk.yg hang nak pi situ buat apa?".aku jwp "aku suka".sorang lagi pulak ckp "kalau hang nak sgt pi sekolah jenis mcm ni...hang pi la sek.A-I dkt seberang prai.tu sekolah campuq.hang pi sekolah semua pompuan, minda tak terbuka".peghhhh rakan seuisa 12 thn dah pandai berfikir mcm tu.aku jwp"aku tak suka sek. tu.aku suka sekolah ni'.

jiran2 dan sedara pulak ckp kat abah mak "hampa betoi ka nak bagi dia pi situ.kalu kami tak sanggup.dahla anak sorang'. abah jwp dgn senyuman "dia nak pi belajaq, kalau dia pi london pun saya bagi dlm usia mcm ni".hehehhe.peghhhh.mana mau cari itu duit la abah ;)

bila masuk ke sekolah asrama masa tingkatan satu, aku rasa sayu berjauhan dgn abh mak.tapi life goes on.bermulalah aku dgn suasana baru, suasana kakak adik angkat,orientasi,budaya respect senior,budaya `prep',budaya makan dlm tray plastik.aku ingat lagi, bila makan lauk ayam kasak kurma, time nak basuh tgn, dah sepuluh kali cuci, minyak masih melekat di tangan.hehehe, nampak sgt kami mkn minyak.masa tu dgrlah keluhan2 yg pelbagai dp rakan2.anak nelayan ckp "aku katumah, makan ikan fresh, kat sini, ikan keras kejung, mata terkeluar".ada yg ckp "aku mkn dgn adik beradik aku, kat sini walau kwn ramai tp aku sedih teringat kat keluarga'. ada yg ckp "kat sini nak mandi pun kena ikut turn.makan kena beratur.kena study ikut time.silap sikit kena denda'. ada pulak yg ckp "makan sikit,catu2 pulak tu,ada tim emknn kuah cair ya amat.rindu kat msakan mak'. tapi ada sorang ni lain sikit komennya. "aku tak sampai hati nak makan.bukan sebab lauk sikit,taks edap tapi ayamne besar2.katumah adik2 aku ramai, mak potong kecik2.sini aku puas mkn.jadi teringat kat adik2, aku kat sini mkn mewah".huhuhu sunguh lain komennya.

date Wednesday, April 21, 2010

0 comments to “rumah kedua dan penjara...kisah dulu dan sekarang”

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu