ESQ akhirnya dapat lampu hijau
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@yahoo.com.my

PUTRAJAYA - Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia semalam memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ).

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai setelah pihaknya membincangkan isu kursus ESQ sebanyak tujuh kali bermula April tahun lalu sehingga mencapai keputusan muktamad pada 16 Jun lalu.

"Muzakarah juga memutuskan supaya ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti, perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ itu kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Antaranya mendakwa bahawa para nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian serta menekankan konsep suara hati sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan.

Menurut Abdul Shukor, pihaknya juga memutuskan kursus ESQ yang dipelopori Dr. Ari Ginanjar Agustian dari Indonesia itu mendapat pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelas beliau, pihaknya juga bersetuju membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu bertanggungjawab serta memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah.
************************************
kadang2 aku terlepas pandang juga isu2 penting yg berlaku dalam negara kita ni,cuma baru2 ni je aku terperasan isu ni dan membaca artikel2 maklum balas dp pihak2 yg terlibat; ESQ , dan komen2 pakar2.
ape pun.....kita sebagai individu ni perlu berhati2 sebab kadang2 mungkin bukan organisasi tersebut tetapi mereka yang mengendalikan sesuatu pogram mungkin membawa ajaran yg agak bertentangan dgn Islam tanpa kita sedari.jadi bukan hanya memantau organisasi tetapi juga kpd individu yg menyampaikan maklumat atau membuat pogram itu.

date Thursday, July 15, 2010

0 comments to “Sudah selesai satu kemelut negara....”

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu