date Monday, March 22, 2010

Pagi ni sambil check dan edit soalan2 utk ahli panel forum nanti sambil juga
menjawab email2 dp pihak2 yg terlibat dgn pogram aku sempat menjengah sahabat2
di satu tempat kami berkumpul di alam maya ini.

hatiku tersentuh dgn satu isu yg dibawak oleh sahabat ni.isu lama, dah lama berlaku tp terjadi pd watak baru, org lain.
persoalannya, kenapa org yg benar2 perlukan bantuan zakat dan kewangan untuk anak2 bersekolah, melanjutkan pelajaran di Universiti sedangkan si ayah bekerja(bukan duk saja) dan hanya mampu untuk mendapat kurang dp RM600 sebulan dan dgn isu lain 2 lagi yg berlaku dlm keluarga, sakit dan lain2 dikatakan `tidak laya' menerima bantuan tersebut setelah tangga bangunan tu dipanjat berulang2 kali naik turun yg memakan masa berhari2 atau berbulan2?

dah berusaha ke sana ke mari akhirnya Gereja dgn Senang Hati menderma RM2000.
Aku ucap tahniah pada Gereja...cekap,pantas,cerdas,bijak menjalankan MISI mereka.
Aku juga ucapkan tahniah pd watak2 cerita atas (kes kedua) yg berusaha sendiri dgn susah payah hingga beroleh apa yg dihajati dgn usaha keringat sendiri walaupun ibarat `telur di hujung tanduk'.

Ke ni, aku cakap mudah je :
1. Masuklah rancangan bersamamu. Yg nampak sihat tak bekerja pun boleh dpt derma.Yg tak betul fakta pun ada.Bila dah siasat baru tau apa sebenar keadaanya.(beberapa kes)
2.Setuju dgn pdgn shbt sorang ni.Panggillah Karam Singh walaupun dia berlainan bangsa dan agama.

sahabt bertanya :adakah anak2 itu tidak layak mendapat zakat.
Aku jawab :
Memang anak2 itu tidak layak mendapat bantuan kewangan sebab DUIT ITU HANYA LAYAK UNTUK ORG YANG KAYA2 (TERTENTU) DAN BERPENGARUH SAHAJA KERANA HANYA MEREKA BIJAK DAN TAHU UNTUK MENGGUNAKAN WANG!.

Tak lama dulu, ada sedara ni ibu tunggal, nak dptkan bantuan pinjaman buku sekolah untuk anak dia.Mak ayahku temankan dia berjumpa `tuk penghulu' kerana agak sukar nak kesitu sebab tak de kenderaan sendiri. Sedara ni bawaklah borang yg telah diisi mengikut apa yg diperlukan. Hasilnya gagal! Ssebab?Dia tulis situ bekerja kilang `part time'. Majikan tak mau sign sebab di abukan pekerja tetap. Org atasan yg meeliti borang tu pulak ckp `ye ke gaji awak RM300 sebulan'? Dah dia keja sebelah petang je sebab pagi jaga mak yg uzur, siapkan makan pakai, mandi dia. Kalau aku ada depan penghulu tu rasanya akan terjadilah mesyuarat tepi tingkap lagi tapi kali ni aku pastikan penghulu tu pergi tadika dulu....harap universiti pun belum cukup untuk bantu rakyat.

Ramai yg berhak dapat bantuan....tp masih ramai lagi yg tidak mendapat hak mereka ataupun amat susah proses yg perlu dilalui mereka hanya untuk mendapat bantuan beberapa ratus ringgit untuk sebulan ataupun untuk sekali saja time raya.

date Thursday, March 11, 2010

KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit jantung.Beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah.

Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.
Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.
Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.
Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.
Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.

Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.
Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.
Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."
Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.
Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.
Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.
Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.
Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP

*******************
sebahagian petikan dp Kosmo online.

date



pepatah Melayu ada mengatakan `nak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.


apakah kesitimewaan buluh?
memasak nasi - menyimpan air minuman - membuat lemang - dekorasi taman - rakit - pelantar tempat duduk rehat dlln

apakah keistimewaan rebung?
buat jeruk - masak lemak sayur
ada lagi kut yg aku tak tau

apakah keistimewaan pepatah melayu ni?
tanamlah buluh bebanyak, boleh dijual especially musim raya -mesti boleh tmbh income
dan boleh juga membantu anak muda menjadi kreatif ala2 mat gyver (betulke ejaannya) menjadikan beraneka meriam dan mortar.

date Wednesday, March 10, 2010

setiap baby yg lahir adalah ibarat kain putih....kita semua maklumkan.
kain putih itu menanti tangan2 yg untuk melakar,melukis,mencanting batik dan juga
menurunkan ilmu-ilmu ini selama baby ini membesar.

kalau dilihat,didengar,dibaca...makin bertambah2 isu anak-anak kita...yg banyaknya isu yg merisaukan,merimaskan dan melemaskan kita bila mengenangkan dan membayangkan bentuk dan jenis masyaakat kita kan dtg dgn generasi2 muda ini.

luahan2 hati anak2 kita samada dlm kelas, luar kelas, di tempat lepak shopping kompleks,dalam rumah, luar rumah, tempat rekreasi dan lain2 lagi perlu diambil berat dan jgn dipandang ringan...kadang kala tidak terjangka luahan ini lahir dp anak2 yg dilihat baik,sopan,berjaya....

anak2 :i hate school.....saya tak suka sekolah saya dulu ....sebab cikgu2 pelik....
pemerhati:pelik macam mana tu wahai anak2ku?
anak2 :cikgu pilih kasih
saya dlm seminggu dulu pergi sekolah 2-3 hari je.
pemerhati:sekarang anakku belajar jarang ponteng kan.dulu tu suasana tak motivate kamu untuk ke sekolah ke wahai anakku?
anak2 : angguk2.memang saya tahu saya ada masalah disiplin dulu.tapi cikgu memang pilih kasih!
anak2 lain : tapi kami suka sekolah. to me, school is like a heaven.

anak2 : kenapakah saya lihat ramai orang Malaysia mcm tak banggakan negara sendiri?
anak2 lain: ye lah...kalau kat negara lain yg saya pernah duduk dulu.....macam mana masalah, kemiskinan dan tak puas hati pun..jgn sesekali mengutuk dan menghina negara mereka
pemerhati:wahai anak2ku ...apa pandagan kamu kepada negara kita tercinta.
anak2 : ..............................(macam2 komen yg didengar)
anak2 lain: apalah yg dpt didengar dp kami yg hanya berumur belasan tahun.mampukah kami bersuara?

anak2 : saya teringin nak try trend mcm ramai kwn2 saya buat.tapi saya tahu itu salah sebagai org lelaki muslim.
pemerhati : apa yg nak kamu buat wahai anakku?
anak2:saja je nak try je....kdg2 hati ni terusik juga dgn apa yg dilihat dan buat oleh kwn.apa rasa ye kalau pakai subang sebelah.
pemerhati: apa yg kamu suka pd anting2 itu wahai anakku?nama?kecantikan?.....
anak2 : nampak `cool'.tapi saya tahu itu salah sebab tu saya tak buat.saya minta pandangan betul ke kalau saya buat mcm tu...saya tak boleh jadi ketua keluarga yg baik nanti?

*itu adalah luahan yg kita dgr, yg anak2 kita mahu kongsikan bersama kita.yg tidak diluahkan.....mungkin sebahagiannya boleh menjadi ibarat gunung berapi yg hanya menunggu masa untuk memuntahkan laharnya....yg boleh memusnahkan kampung2 disekelilingnya sebelum menyuburkan tanah untuk 20 thn akan datang.

Aku suka sgt lagu M.Nasir, Anak-anak kita.Liriknya memang mempunyai maksud yg dalam:
Aku hanya mengambil sebahagian daripada petikan lagu ini :

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kitaHingga dia tak kenalBudaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajarTentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

*sahabat dan sifu, aku nak amik lagu ni jadikan latar belakang slide tuk pogram bulan April ni,amacam?ok? ;).

date Thursday, March 4, 2010


Kadang-kadang yang nampak penuh kekalutan mungkin ada ketenangan di situ.
Cuma...cara kita melihat dan memahaminya...mungkin menghayatinya...itulah bezanya.

date Monday, March 1, 2010

Nampaknya cuti lagi la yer jumaat ni.cadangnya nak balik kg, memandangkan baru je cuti 1 wk haritu aku stay je kat sini.sahabat dr kontan katanya nak dtg bercuti dgn family.ahlan wa sahlan ilal sunway hehehe. Jumaat ni adalah hari di mana tarikhnya diambil oleh Malaysia ni sebagai tarikh maulidur rasul.ada khilaf pendapat dlm tarikh ini.apepun selamat menyambut
maulidur rasul.moga kita dpt menghayati contoh dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
aku tak tau lah nak ckp aku dlm mood cuti ke tak, apa yg pasti bnyk nak kena buat dan siapkan termasuklah urusan untuk pogram bulan April ni. Baru je tadi aku call salah sebuah institusi ni tiba2 cemana aku bleh ckp selamat petang pd staff yg angkat tipon tuh.selamba je dia jwp selamat pagi.lepas tu aku nak tergelak jugak dgn kesilapan aku ni.tp mamat tu tetap maintain serius dan takde gelak pun.cakap pun laju je mcm robot.huishhhh memang mencerminkan isntitusi tersebut.tabik tuan ! malu pun ada. apa la ada dlm kepala aku ni hehehe.......yg penting bukan `dia' yg mengangkat tipon itu.
ini membuat aku tersenyum bila teringatkan masa aku buat research kat HQ isntitusi ni masa zaman aku belajaq dulu.huishh..dlm bangunan tu penuh dgn org duk tabik sama sendiri je...luar lif dlm lif...tingkat satu sampailah tingkat 16.aku pun kompius...nak kena tabik jugak ke hehehe.

ni rehat je amik angin.....sambung balik buat kerja :)

date Wednesday, February 24, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu