(2) IMPLIKASI DAN HAK2 MUALLAF MENGIKUT HUKUM SYARAK
TUAN HAJI ABDUL WALID ABU HASSAN
Ketua Unit Pembangunan Undang2 Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah,
Jabatan peguam Negara.
1. Orang Islam keluar dp agama Islam -
Seksyen 49 enakmen pentadbiran agama Islam negeri :
*Mahkamah Tinggi syariah hendaklah :-
a. dlm bidang kuasa mal-nya -> mendengar, memutuskan semua tindakan jika prosiding itu ialah org Islam berhunbungan dgn -
i. pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam
2. Org bukan Islam memeluk agama Islam -
Seksyen 46 enakmen undang2 Keluarga Islam :-
(2) jika salah satu pihak kpd sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam -
maka perbuatan yg demikian tak boleh dgn sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.
Seksyen 95 dan 96 enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
*95
(1) kehendak2 berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang :
a. mesti mengucap dua kalimah syahadah dlm bhsa Arab secara yg munasabahnya jelas
b. mesti dlm keadaan sedar ketika mengucap syahadah bhwa kalimah itu bermakna " Aku menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi asksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w ialah Pesuruh Allah; dan
c. pengucapan itu dibuat dgn kerelaan hati
(2) seseorang yg tak dpt bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1) (a), mengucapkan dua kalimah syahadah dgn menggunakan isyarat yg menunjukkan makna yg dinyatakan dlm perenggan (1) (b)
*96 - seseorang itu memeluk Islam dan menjadi org Islam sebaik sahaja dia habis mengucap dua kalimah syahadah dgn syarat kehendak2 seksyen 95 dipenuhi;
dan org itu selepas itu disebut sebagai seorang muallaf
3. Agama suami isteri
* Hukum syarak menetapkan - apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pasangan yg tidak memeluk Islam hendaklah diberi peluang untuk memeluk Islam,
-> Jika dia turut serta memeluk Islam maka Islam mengiktiraf pernikahan mereka tanpa akad yg baru - tempoh diberi ialah 3 bulan (masa idah)
(rujuk Mughni al-Muhtaj j.3 m.s 245, Dar al-Fikri)
Mazhab Hanafi :
*Keadaan salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pernikahan itu tidak terbatal sehinggalah dibawa ke pengetahuan hakim untuk pengesahan
* apabila dibawa ke hadapan hakim, hakim boleh mengesahkan bahawa mereka masih suami isteri yg sah tanpa mengambil kira berlalunya masa 3 bulan idah
(rujuk kes Maziah Mathavi thuraipandi Bt abdullah lwn Fariz Raj Abd Rahman : MRSWP 2006)
(rujuk kita al-Fatawa al-Hindiah, j.4)
->kes di atas di mana pasangan suami isteri ini bukan beragama Islam. Si suami kemudiannya memeluk Islam dan tidakmemberitahu isterinya dan masih tinggal bersama selama setahun hingga mendapat seorang anak untuk tempoh tersebut.
->setelah si isteri mendapat tahu, beliau sebenarnya mahu menerima Islam
->kes ini difail ke mahkamah dan keputusan hakim adalah mereka sah suami isteri dan tak perlu pernikahan semula
4. Penukaran agama memberi kesan kpd agama anak2 :
* kedua ibu bapa memeluk Islam - anak yg belum baligh mengikut agama kedua ibu bapanya
* ibu memeluk islam tetapi tidak si bapa, anak yg belum baligh mengikut agama ibunya
*bapa memeluk Islam dan tidak si ibu, anak yg belum baligh mengikut agama bapanya
dalil : surah al-Thur, ayat 21 yg bermaksud :
"dan org2 yg beriman yg diturut oleh zuirat keturunannya dgn cara beriman, Kami hubungkan zuriat keturunannya itu Mereka A(di dalam syurga) ...
dalil : hadith - yang bermaksud :
"semua kanak2 dilahirkan dlm fitrah, kedua ibu bapalah yg bertanggungjawap mencorakkannya samada untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi".
*Saidatina Khadijah r.a bertanya kpd Rosulullah tentang kedua anaknya yg telah mati semasa Jahiliyyah. Khadijah juga bertanyakan tentang kedudukan anak2nya dgn Rosulullah.
* Rosulullah mengkhabarkan bahawa anak Khadijah yg mati dlm jahiliyah tempatnya di neraka dan anak2nya bersama Rosulullah di dalam syurga.
* Rosulullah bersabda yg bermaksud :
"Sesungguhnya org2 Mukmin dan anak2 mereka di dalam syurga dan org2 Musyrikin dan anak2 mereka di dalam neraka".
*Penjelasan dp Kitab Ahkam al-Ahwal al-Syaksyiyyah Fi-al-Syariah al-Islamiyyah wa al-Qanun -karangan Almarhum Al-Imam Al-Syeikh Ahmad Ibrahim Bek,
Professor Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir.
->kanak2 mengikut agama yg terbaik dr kedua ibu bapa mereka.
->jika salah serorang dp psangn memeluk islam , anak2 yg kecil yg belum akil baligh mengikut agama ibu atau bapa yg Islam
-> jika seorang bayi yg ditemui tanpa ibu bapa dalam negara Islam dan tanpa tanda2 yg menunjukkan ia adalah anak kpd org bukan Islam, anak ini menjadi anak org Islam mengikut status negara tersebut.
-> jika kanak2 itu bermukim di negara kafir Harbi, maka ia tdiak dihukumk sebagai Islam wlupun ibu atau bapa mereka Islam kerana negara Harbi tidak termasuk di bawah wilayah kekuasaan Islam.
* Seseorang manusia itu dihukum sebagai Islam melaui 2 cara:-
i. jalan asal
-> bila dia mengucap dua kalimah syahadah tak kira dia akil baligh, berakal, masih kecil atau mumaiyiz
ii. jalan ikutan
-> jika ia masih kecil samada belum mumaiyyiz, atau sudah mumaiyyiz tp dia sendiri belum memeluk Islam, salah sorang ibu atau bapa atau keduanya beragama Islam dan bagi seseorang yg tidakberakal (gila).
** sekiranya kedua ibu bapa murtad dan anak2 masih kecil, anak2 itu kekal dlm Islam
** jika salah sorang ibu atau bapa murtad lari ke negara lain dan tinggalkan anak di negara islam, maka anak itu adalah Islam
**jika beliau membawa anak itu bersama dan menetap di dalam negara Harbi/ bukan Islam maka anak itu adalah bukan Islam
**samada Malaysia ini dikatakan negara Islam ataupun tidak, Malaysia adalah negara yg agama perlembagaannya ialah Islam. Justeru, seharusnya setiap dilakukan merujuk kpd sistem dlln mengambil berat/ merujuk kpd Islam.
(1) ASAS2 AJARAN BUDDHA SEBAGAI PERBANDINGAN AGAMA
DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH,
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Bahasa
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
antara isi dan kandungan pembetangan ustaz ialah :-
* ajaran Buddha yang dicetuskan oleh Sinddhartha Gautama (563-483 seblum Masihi) muncul di negara Cina telah mencipta pembaharuan dlm kehidupan masyarakat Cina di mana ia mempunyai pengaruah yg kuat
*antara ajaran utama ialah :-
1. Berasaskan kpd 4 Kebajikan Kebenaran (The fourth Noble Truth)
i. Kehidupan mansuia pd asalnya tidak bahagia = Dukkha
ii. Punca tidak bahagia - fikir tentang kepentingan sendiri dan dibelenggu nafsu
iii. Sikap mementing diri sendiri dan nafsu dapat dikawal bila nafsu dan keinginan dibuang yg disebut nirvana = Nirodha (The Seccsation of Sorrow)
iv. Menimbang, berfikir, berbicara, membuat sesuatu, mencari nafkah, berusaha, mengingat dan meditasi dengan kebenaran = Marga. Agama ini tiada perbezaan antara manusia serperti agama Hindu (the way which leads to the cessation of Sorrow)
2. Antara larangan2 dlm ajaran ini kpd pengikutnya ialah :-
i. jangan menggunakan sebarang wangi-wangian
ii.jgn menonton atau mendengar hiburan
iii.jgn tidur atas katil besar/luas
iv.jgn memakai emas dan perak
v.jgn mkn selepas tengahari
*mesej - jgn hidup bermewah2 dan berhibur
3.Jgn menyembah Buddha dan tiada patung2 untuk disembah
* Berdasarkan ajaran utama seperti di atas,Dr.Ridhuan Tee mengatakan apa yg diikuti oleh pengikut Buddha sekarang ini telah menyimpang jauh dp ajaran mereka yg sebenar
* Terapat values dp sudut akhlak dlm perbincangan ini yg perlu disentuh apabila hendak berdiskusi atau berdakwah kpd org bukan Islam yg beragama Buddha ini kerana jika hanya menyebut kebaikan Islam dan kelemahan ajaran mereka ini tidak akan ke mana.
*Ini bermakna ajaran asal Buddha ialah mengajak pengikutnya untuk menjadi orang yang baik.
*Maka persamaan values yg baik antara Islam dan Buddha perlu diketengahkan dlm perbincangan kecuali dp sudut Aqidah tidak boleh diletakkan persamaannya kerana ia adalah perbezaan yg amat ketara.
*Masyarakat Cina di Malaysia adalah yg lebih mudah untuk didakwah Islam berbanding kaum lain jika mengikut cara yg sepatutnya kerana yg mengikut Buddha mereka tidak benar2 berpegang kpd ajarannya malah ramai yg tidak tahu sgt ajaran ini dan tersasar jauh.
*Isu2 permasalahan murtad di kalangan mereka yang memeluk Islam (mualaf) perlulah dilihat dp pelbagai aspek terutamanya dp puncanya dan masalah2 yang dihadapi oleh mereka ini :-
-> masih belum benar2 memahami ajaran - ada yg memeluk Islam bertujuan untuk berkahwin
-> ada yg bila memeluk Islam, dibuang keluarga, tiada tempat bergantung, ada yg miskin inilah cabaran2 kpd mereka
*bantuan perlu diberikan kpd mereka seperti kewangan, tempat tinggal jika benar2 memerlukannya termasuk mengajar dan mendidik mereka ajaran Islam yg sebenarnya
*Dr. Ridhuan menekankan sikap segelintir masyarakat Muslim di Malaysia sendiri yang kadang2 tidak menggalakkan org bukan Islam untuk memeluk Islam.
*Ada antara Muslims yg bersikap menggambarkan Islam ini terlalu ekstreem sedangkan jika dibandingkan dgn ajaran agama lain termasuk Buddha lebih ekstrem (contoh tidak boleh berwangian2 langsung dlln).
*Justeru, perlu berhemah dan tahu bagaiman nak mendekati golongan inti untuk mengajak mereka kpd Islam.
*Semua pihak termasuk org ramai perlu mengambil inisiatif untuk berdakwah kpd org bukan Islam ini.
********************************
sedih dan sayu mendengar kisah2 kehidupan mereka yg tersepit dan akhirnya membawa kepada murtad tetapi kebnyakan org kita hanya tahu menuduh dan menuding jari tanpa melakukan usaha dakwah dp peringkat awal lagi untuk mencegah hal2 seperti ini dp berlaku lagi2 dp mereka yg berkuasa dan mempunyai kuasa.
pandangan Dr Ridhuan ini mmg ada logiknya tetapi berapa ramaikah antara kita berdakwah dan menunjukkan sikap yg baik yg perlu dicontohi kpd org bukan Islam dan adakah cara yg kita lakukan sesuai dgn keadaan semasa di Malaysia ini.
aku pernah membawa pelajar2 menghadiri satu seminar di mana majoriti peserta adalah Muslim dan majoriti pljr aku adalah non-Muslim di mana isu2 yg dibicarakan adalah isu Muslim dan non-Muslim.
terdapat beberapa peserta yg betul2 smgt nak berdakwah kpd peljr aku ni sampai beberapa kali dtg berjumpa dgn aku bertanyakan tentang pljr2 non-Muslim ni untuk berdakwah kpd mereka. Ada yg dtg menyertai kumpulan kami waktu lunch dan terus attack stndts aku ni dgn soalan tntng Islam dan terus berdakwah kpd mereka.
Bagiku mmg terlalu gopoh.Baguslah stnds aku hanya tersenyum dan memandang padaku, kalaulah yg hadir hari tu adalah yg vocal belaka...jadi perang pula di situ. Inilah kelemahan dlm berdakwah.... ada yg terlalu gopoh tanpa melihat sekeliling, persekitaran dan method yg sesuai.
`Blanket method' digunakan iaitu kaedah yg sama dipakai atau tangkap muat untuk semua peringkat manusia tak mengira faktor usia, latarbelakang keluarga pendidikan dlln.
Ada juga yg tak kisah dan menunjukkan sikap diri yg membuatkan org bukan Islam tidak berminat dgn Islam kerana pengikutnya.
Yusuf Islam (Cat Steven) pernah berkata `nasib baiklah aku mengenal Islam dulu sebelum mengenal org2 Islam'.
Dah lama aku tak ke Shah Alam jalan2 ke pasar tani dan beberapa tempat di sana sejak sahabat aku, Ina dah posting balik kg kat Ganu kiter.Dah lama juga tak ada pogram untuk aku hadir di sini kecuali 2 minggu lepas di mana aku gi jumpa kak Ani ziarah suami kak Ani, abg Osman di hospital.Hari ini aku bersama 3 org pljr menghadiri Seminar Krisis Murtad anjuran Persatuan Ulama di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah yang membincangkan isu perbandingan agama - Buddha-Kristian-Hindu dan juga permasalahan isu murtad ni termasuk faktor2 dan kuasa undang2 syariah dln2. Antara speakers ialah Dr.Ridhuan Tee Abdullah, Tuan Haji Abdul Walid Abu Hassan dlln. Ilmu yg dikongsi bersama amat bermanfaat untk mengetahui situasi dan kedudukan Islam dan Muslims di Malaysia skg ni dan konflik yg berlaku. Pljr2 ku tak putus2 memberitahu betapa bertuahnya dpt menghadiri seminar ini. Info yg kuperolehi dpt juga membantu untuk paper aku, dlm proses menyiapkannya.
Pljr2ku dah bersemangat nak teruskan berpogram di tempat kami untuk menyentuh isu2 seperti ini nanti. Tq kpd Persatuan Ulama atas inisiatif ini dgn pembentangan yg cukup menarik dan manfaat oleh para penceramah yg berpengalaman dan pakar dlm isu yg dibentangkan dan juga tq kpd shbt Bro Tamar kerana mengiklankan seminar ini di blog beliau. Insya-Allah nanti aku tulis di sini tentang antara isu dan info yg dikongsikan oleh para penceramah tadi.
* Antara seminar yg akan berlangsung anjuran Persatuan Ulama Selangor ialah :
Seminar mengenai Pendidikan Islam - anjuran PUM Selangor bersama Kementerian Pengajian Tinggi
Tempat - Putrajaya
Tarikh - 11hb. Julai, 2009 - Sabtu
Pengsan dikerjakan peragut
Oleh MANIRAH OTHMANmanirah.othman@kosmo.com.my
MAZLINA terlantar di katil hospital sambil disaksikan suaminya, Abdul Jalil Sulong (kiri) dan anaknya, Nur Aqidah akibat diragut di Jalan Tengku Omar, Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Peragut terus mengganas dan kali ini, seorang lagi wanita hampir menjadi korban dalam kejadian ragut di Jalan Tengku Omar, Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu pukul 11 pagi semalam.
Mangsa, Mazlina Nawang, 45, pengsan selepas jatuh tersembam di atas jalan raya, patah dua batang gigi dan cedera di bahagian muka selain lebam pada anggota badan lain.
Mangsa yang bekerja di kedai dobi di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu ketika itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit.
Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi bersendirian tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal lain sebelum lelaki yang menaiki motosikal itu menarik beg tangan di dalam raga motosikalnya.
Bagaimanapun, salah satu tali beg tersebut tersangkut pada raga motosikal mangsa menyebabkan mangsa hilang imbangan lalu terbabas dan tersembam hingga pengsan menyebabkan peragut itu terus melarikan diri.
Menurut anak sulung mangsa, Nur Aqidah Abdul Jalil, 23, dia mengetahui tentang kejadian tersebut selepas mendapat panggilan daripada orang tidak dikenali melalui telefon bimbit ibunya.
“Pemanggil memaklumkan ibu saya sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana kemalangan dan saya bergegas ke sana.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
*****************************
ya Allah, ya Rabb lindungilah kami dan keluarga kami dan bukakanlah pintu hati mereka ini supaya bertaubat dan mejauhi perkara yg mungkar.
kpd mereka yg berkuasa dan mempunyai kuasa, pls tengok dan put more effort demi utk rakyat bukan hanya janji2 manis mahupun kata2 yg terbentang di sepanduk, lencana apa saja , ia bukan untuk dipamerkan atau didagangkan...............
Semester pertama di sini telah pun menuju ke penghujungnya. Isnin (esok) adalah paper utk subjek aku. Final exam dah bermula Jumaat lepas. Dua jumaat lagi convo bebudak ni maka rasmilah berakhir semester pertama ini. Cuti sekolah pun bermula, maka ramailah mempunyai agenda masing2. Yang mempunyai ayah dan ibu, luangkanlah masa sekurang2nya mencari ruang dan masa walau seketika. Yang mempunyai keluarga sendiri, kesibukan seharian selalu membataskan peruntukan masa bersama ahli2 keluarga. Cuba2lah mencari waktu seketika di sebalik kesibukan itu untuk berkomunikasi dan berehat2 bersama mereka kerana anak2 membesar dgn sokongan ahli keluarga secara langsung dan tidak langsung. Institusi keluarga teramat penting kerana segalanya bermula dp rumah. Anak2 yang makin membesar jika tidak merasakan hubungan yg rapat antara ahli keluarga terutamanya dgn bapa dan ibu, maka sudah tentulah kasih sayang dan perhatian cuba ditagih dp mereka di luar rumah. Apabila salah memilih rakan atau pasangan, maka macam2 lah yg berlaku seperti apa yg bnyk berlaku di bumi bertuah ini. Maka masing2 akan menuding jari apabila masalah sosial makin meningkat.....bayangkanlah mereka itu adalah seperti org lain juga yang lahir sebagai bayi yang bersih....kepelbagaian corak hidup mereka adalah ditentukan oleh ibu bapa, keluarga dan kemudiannya anasir atau faktor2 yang lain.
Masihkah ada keluarga yang bersama anak2 dan seisi keluarga membaca alquran bersama dan memahami isi kandungannya sambil berbicara wlu hanya utk seketika selepas solat mahgrib contohnya? Sudah tentu ada......tetapi adakah kita termasuk dlm keluarga itu?
sudah cukupkah dengan ilmu yg dibekalkan ketika anak2 ini kecil dan mereka sudah mampu berdikari dan kemudiannya mendapat ilmu seterusnya di instusi pengajian tinggi maka ia adalah yang terbaik?
Aku bukan mahu berbicara tentang apa yg patut dan tidak patut sesebuah keluarga itu ada dan lakukan kerana kau tahu mudah utk berkata2 tapi tidak sama apabila mempraktiknya apatah lagi diri sendiri belum mempunyai keluarga sendiri. Apa yg ku nukilkan di sini ialah apa yang ku lihat, dengar, baca dp kisah sebahagian masyarakat.Melihat anak2 remaja yang seharusnya dan pastinya mempunyai potensi dan kelebihan tersendiri tetapi ada yg tersasar dari landasan yg sebenar...hati ini menjadi sayu dan sedih......maka siapakah yg harus memulakan langkah untuk membawa mereka ini ke jalan yg benar?Jika tanganku dan tangan mu malah tangan2 kita mampu menggapai tangan2 mereka....mungkin sesuatu dpt dilakukan sebagai ikhtiar....namun jika tangan2 kita tidak mampu menggapainya....tangan2 siapakah yang menyambung tugas ini?
TAJUK BUKU : ALEXANDER THE GREAT - MAN AND GOD
PENULIS : IAN WORTHINGTON - PROFESOR - SEJARAH GREEK, UNIVERSITI MISSOURI-COLUMBIA.
Alexander di panggei `the great' merujuk kpd kehebatannya dlm menakluki wilayah2 dan mempunyai empayar pemerintahan yg cukup luas dan kuat ketenteraanya. Antara filem yang dibuat oleh omputih telah memancing kemarahan di kalangan rakyat Greece kerana katanya berlaku penambahan dan rekaan cerita palsu di dalam filem tersebut yang memberi keaiban kpd mereka. Kalau dalam buku teks kita dulu kala, yang kita paham ialah Alexander itu adalah juga Iskandar Zulkarnain malah dalam buku rujukan sejarah SPM beberapa thn dulu ada yg bercampur2 dua nama ini dalam perenggan-perenggan dlm buku tersebut. Zulqarnain adalah nama yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran di mana beliau ada lah seorang raja yang beriman kpd ajaran Allah. Mana pulak kita boleh dpt nama Iskandar kat depan nama Zulkarnain tu yer. Berbalik kpd Alexander ni pula kisah hidupnya banyk kita lihat tidak menunjukkan beliau ini adalah pengikut setia ajaran Allah swt. Kajian2 kini cuba dibuktikan oleh pengkaji sejarah termasuk sejarahwan Islam bahawa Alexander bukanlah Zulqarnain.
Di sini aku nak ketengahkan pandangan Ian Worthington mengenai Alexander dlm bukunya. Samada kita setuju, terima atau tidak bergantunglah kpd pemahaman dan pandangan kita tentang isu Alexander ini.
* lahir pd 20hb Julai 356 M
*putera kpd Philip IV dp isteri yg bernama Puteri Olympias dp Epirus
*mempunyai abang dp ibu lain bernama Philinna
*Alexander menjadi pewaris kpd takhta kerajaan ayahnya
*Olympias bermimpi pd mlm sebelum perkahwinan beliau dgn Philip IV iaitu, izinkan aku quote ayat dp buku ini;
"she dreamed that there was a terrific thunderstorm during which a thunderbolt smashed down from the sky and landed in her womb".
*Philip IV juga bermimpi iaitu ;
"Philip also had a dream thathe took a wax seal and sealed up his wife's womb. Then he saw the figure of a lion on the seal. A seer then prophesied that Olympia was pregnant and would give birth to a lion of a man as far as bravery and power went".
*mengikut Prof Ian ini, kemungkinan juga Alexander sendiri yg mereka cerita tentang kelahiran beliau ini setelah menajdi Raja.
*beliau tidak begitu tinggi dan juga tidak le hensem sgt. cuba nengok ayat prof ni;
"...he was not a movie star as far as looks went".
*beliau merupakan seorang yang gagah dan lasak/ tahan cabaran sejak kecil kerana melalui banyak latihan Leonidas yang merupakan saudara ibunya dimana beliau belajar cara2 berlawan dan berperang,menunggang kuda.
*antara latihan yang perlu dilalui beliau seperti anak2 Macedonian yg lain ialah memburu haiwan buas,musang, singa dan burung.
*Raja Philip berperang di Greece tiap tahun ketika Alexander membesar hingga umur belasan tahun.
*Alexander pernah bertanya kpd duta2 Parsi yg ke majlis perbicaraan Macedonia mengenai kekuatan dan bilangan angkatan tentera Parsi ketika umurnya baru 7 thn.
*Aristotle adalah guru beliau yg mengajar ethics,kesusasteraan dan lain2 . Pembelajaran adalah di dalam taman selama 3 tahun - Garden of Midas
*Beliau dipengaruhi ibunya yang tidak menyukai ayahnya
*tahun 337 M, Philip IV berkahwin dgn Cleopatra sepupu kpd Attalus.Attalus adalah org kepercayaan dan diberi kuasa oleh Philip IV. Ini adalah perkahwinan ketujuh Philip IV
*setelah Cleopatra melahirkan anak lelaki, ini mungkin memberi saingan kpd Olympias untuk melihat Alexander mewarisi tahkta pemerintahan
*berlaku pertengkaran antara Alexander dgn Attalus. Alexander telah membaling gelas minuman beliau ke muka Attalus dan meminta ayahandanya memihak kpd beliau namun Philip IV tidak memihak kpd beliau.
*Philip menolak permintaan Alexander utk membawa tentera ke Parsi.
*Hubungan antara ayah dan anak menjadi makin bermasalah. Malah Philip IV membuang daerah beberapa shbt anaknya itu sebagai amaran dan hukuman.
*Philip IV mati dibunuh. Ramai juga di kalangan sedara Philip IV dan lain2 yg tidak menggemari atau menyokong Alexander sebagai pewaris takhta kerajaan.
*Alexander memerintah negara dan meluaskan lagi empayar yg dibina oleh ayahanda beliau.
to be continued ya.
setiap yg berlaku ada hikmahnya cuma kdg2 kurang jelas pd mata kasar yg melihat dan tidak dapat difahami oleh minda kerana kelemahan manusia.Manusia kdg2 lupa setiap tindakannya akan dihisab tak kiralah manusia biasa, luar biasa, rakyat, pemimpin, apa saja jwtnnya. bergembiralah apa yg hak bukan bergembira apa yg batil. Moga ia menjadi peringatan kpd kita dan kpd Allahlah sebaik2 dipohon keampunan, rahmat, hidayah dan pertolongan.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Sunday, May 31, 2009

