jika barang-barang yg tersusun indah di dalam almari berpintu kaca lutsinar yg boleh dilihat dp luar almari berbanding dgn almari yang berpintu kayu jati berukiran sungguh cantik dan unik, almari yang mana satukah pilihan anda?
jika sesuatu yg terlindung dan terang lagi nyata manakah sesuatu yg lebih dipilih?
dalam kata2 jika sesuatu yg berkiasan atau disimpan berbanding dgn yg lebih jelas dan nyata manakah yg lebih diterima?
yg pastinya...apa yg cantik,indah dipandang mata itu lebih yg diminati.
apa yg merdu,lunak didengar itu lebih selesa.
namun...tiap insan itu berbeza.....mungkin tiba masanya untuk melihat kesesuaian waktu?
mungkin.....
Kakak jadi wali nikah
Oleh WAZIHA WAHIDwaziha@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menarik perhatian ramai apabila seorang suri rumah mendakwa pernikahannya enam tahun lalu berwalikan kakak sulung yang berwatakan seperti lelaki.
Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, mualaf berasal dari Sarawak memberitahu, dia terpaksa membenarkan kakaknya menjadi wali berikutan diugut untuk dibuang keluarga jika enggan mengikut arahannya selain mengaku jahil mengenai hukum Islam.
Farhana berkata demikian semasa memberi keterangan ringkas di hadapan Hakim Mohamad Yunos Mohd. Zin berhubung permohonannya untuk memfaraqkan (membubarkan) perkahwinan dengan suaminya, Ahmad Salim Maideen.
Pasangan itu bagaimanapun tidak melantik peguam dan mengendalikan kes sendiri.
Terdahulu, Farhana selaku plaintif memberitahu, dia merupakan anak ketiga daripada lapan beradik dan telah memeluk Islam pada 1997.
****************************
emmm........
Sesi Slide Show.
Adik2 tgktn 5 dr ASIS - Sek.Sains Alam Shah,Tun Razak.Baru tiba di Sunway pada jam 8.10am.
Beratur untuk sesi pendaftaran.
Salah satu kumpulan menghadiri sesi melukis dan team building
Encik Johari daripada Agensi Anti Dadah, Putajaya - memberi penerangan tentang
pameran yg dibuat
sesi bersantap - Tq Dato' Amanullah dan Restoran Nasi Kandar Kampung Pandan for the food :)
Persembahan lagu oleh Encik Meor dan Nik sebelum majlis berakhir.
Sesi I - sesi beramah mesra MC dan pljr ASIS.
Tuan Azhari - salah sorang speakers
Moderator - penuh dgn soalan2 cinta je hehehe
Alhamdulillah 4th Forum on Family Laws and Issues in Malaysia telah pun selesai.
Committees dan Participant yang hadir terutamanya adik2 tingktn 5 dp Sek.Sains Alam Shah Tun Razak memberi komen yang positif.(kata guru pengiringnya, depa tak mau balik ke asrama..nak duk kat sini lagi siap ngadu kat kakak abang fasi kumpulan masing2 mintak tak mau balik ke asrama lagi hehehe).Forum ke-empat ini dapat dijalankan dgn keizinan Allah dan dgn bantuan sahabat2 terutamanya committees,speakers,organisasi dan individu yang memberi sumbangan dlm bentuk kewangan dlln.
Saya mewakili warga IDC4U, C.I.M.P dan committees of 4th Forum nak amik le kesempatan kat sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kpd insan2 yang telah memberi contribution dan commitment yg tahap super otoman.
This thank's goes to :
1.Tn.Muhammad Azhari
terima kasih tuan kerana mengikut rentak moderator kita yg bnyk tanya soalan cinta je hehehe.
bnyk lawak dan gurauan tuan tadi membuat peserta rasa happy sampai boss asyik duk tanya `speaker ni tgh buat lawak ke?' memandangkan dia tak paham speaking melayu nih.
tuan, harap tuan dpt dtg utk sesi khas soalan berkaitan isu perundangan dgn stdns saya memandangkan depa duk diam je tadi bagi laluan pd soalan2 tentang cinta hehehe.
2.Dr.Khamsiah Ismail
banyak info2 yg dikongsikan dgn peserta.aku kagum dgn kepakaran Dr.Khamsiah dlm interpretasi lukisan2 yg dilukis oleh peserta dlm sesi pertama sebelum forum.panjang lebar juga cerita tentang cinta...moderator mmg suka isu cinta ni hehehhe.
3.Encik Meor dan Nik
lagu yg dinyanyikan mmg membuatkan peserta rasa releks dgn mesej yg sesuai dgn topik forum di mana ada persembahan dp org yg sama untuk event hari rabu as part of forum event.suara meor dan nik mmg mantop dan cukup sporting melayan kerenah pljr2 tu siap nyanyikan lagu epy bday utk MC (dia boleh request tu hehehe). Pada pandangan aku kalau nak banding dgn beberapa penyanyi yg ada hasil dp AF ke menang award tiap tahun ke masih tak boleh tandingi kebolehan mereka berdua ini. Lagu yang dinyanyikan ditemani bunyi petikan gitar sungguh membuatkan peserta merasa `releks'.
4.Encik Pian Habib
walaupun last minute mintak dia bacakan puisi bila nampak je dia hadir di sini, Pian mmg sporting.puisi tentang ayah dan buah berangan tu mmg membuatkan peserta terdiam.rupenye guru2 pengiring tu peminat setia Pian.
Izinkan saya masukkan nama committees secara peribadi kerana commitment yg diberikan adalah 300%.Tiap mereka ini seolah2 membuatkan kerja2 untuk 100 org.
Thank's goes to :
Shazana,Farah,Pn.Dzura,Ms.Bee Fung,Anas,Izzul,We Shern, Shinna.
tqlah Dato'Amanullah, Aishah,restoran nasi kandar kg pandan, En.Azman Awalludin,IBS BOOK s.Bhd, LPPKN, Agensi Anti Dadah Putrajaya dan Jabatan Jenayah serta Trafik, PDRM (ni utk pogram rabu lepas as part of this 4th forum event).
Hanya Allah saja yg mampu memberi reward yg setimpal dgn contribution anda.
Selamat berehat.:)
Mohon maaf tulus ikhlas daripada saya dan ajk 4th Forum ini jika ada kekurangan daripada tutur kata, tingkah laku,kesilapan teknikal, ada yg tak terbuat apa yg dirancangkan....apa pun kami di sini puas hati sgt dan rasa releks sambil mendapat ilmu Insya-Allah.
`Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah depa menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang,
boleh kita berjumpa lagi...Insya-Allah'.
3,4,6 kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
dua tiga speakers kami cari,
takan sama dgn speakers kami 3 orang (tu)'
(nak juga berpantun hari tu tapi tak reti nak translate ke B.I hehehe)
Kalau ada jarum yg patah,
jgn simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jgn disimpan di dalam hati.
(mohon maaf bnyk2 yer).
pelayaran dengan sebuah kapal boleh diibaratkan seperti perjalanan seseorang hamba Allah itu menyusuri kehidupan sehariannya. kadangkala cuaca tenang, laut pun tidak bergelora.kadangkala ribut taufan datang tanpa menyapa kita terlebih dahulu.
aku sedar sebagai seorang hamba Allah yang menjadi pelajar sejak dilahirkan sehinggalah sampai masanya kembali kepadaNya, perlu menyedari apa yg berlaku adalah dgn hikmahnya.
yg aku pasti, jika takut lemas di laut dalam janganlah nak berenang sengsorang demi sebuah buku catatan dunia untuk menempatkan namamu sebagai manusia yg cermerlang terbilang gemilang yg akan dikenang oleh anak cucu cicit mu nantinya.perlu sebuah sampan ataupun kapal untuk menyebarangi lautan itu dgn tabah dan yakin.
yang mmg aku pastiapa bila laut bergelora, ribut taufan mula menunjukkan tanda2nya, disitulah akan muncul harga sebuah nilai dalam kehidupan manusia.kita akan mula mengenali siapa kawan dan musuh kita.di situlah perlukan daya kreativiti unutuk menghadapi
apa yg berlaku di depan.ibarat dlm kapal,nakhoda,kelasi,penjaga keselamatan kawasan perairan perlu memahami tahap dan kelemahan masing2 dalam memastikan kapal itu dapat meneruskan pelayarannya dgn selamat.dalam hal ini mungkin ada kelasi2 yg bergaduh sesama sendiri sebelum ini hanya kerana berebut harta karun menjadi satu pasukan yg saling bantu membantu untk memastikan kapal itu tidak karam di lautan. sesungguhnya sebuah persahabatan itu amat tinggi nilainya, lagi diuji lagi menunjukkan tahap nilai persahabatan itu.
Tq kepada sahabat2 yang sering tidak jemu membantu aku.Kadangkala dalam persahabatan itu ada juga ibarat laut yg bergelora. Namun untuk menyalahkan sahabat, bukanlah sikapku.Cuma kita belajar dan tetap belajar dp apa yg berlaku.Namun yg harus kita jauhi, janganlah dgn mudah mengingkari janji.
Pagi2 selepas subuh, masak nasi goreng kerana perut sudah berkeroncong dan kemudian menyambung kerja2 membelek kertas2 ni dan juga membelek laptop ni.Tiap hari balik lewat ke rumah dan sentiasa ada program dan tugasan walaupun pada hari minggu. Minta maaf lah kepada sahabat yg bercadang untuk berjumpa semalam tetapi tidak dapat ditunaikan kerana tugasan.
Ingin menjemput sahabat2 jika ada masa terluang untuk ke forum pada sabtu ini.
Event : 4th Forum on Family Laws and Issues in Malaysia.
Tema : Understanding History for A Better Future.
Tarih : 17thApril,2010 - Sabtu.
Tempat : Audi 4, Sunway University College (Sun-U), Bandar Sunway, Selangor.
Penganjur : Canadian International Matriculation Programme, Sun-U.
Sesi I
8.00am-8.20am - Pendaftaran peserta - College Foyer
8.20am-8.50am - Kata2 Aluan dan `Slide Show'
8.50am-10.10am - Bengkel - Sesi Melukis dan `Team Building' (pelajar2 tingkatan 4,5 dan Sun-U)
10.10am-10.25am-Tea Break
Sesi II
10.25am-12.25pm - Forum
*Membincang isu pelajar,remaja dengan institusi pendidikan dan keluarga
-masalah2 (isu) semasa - cuba melihat dari pelbagai sudut,undang2,
saikologi dan lain2.
12.30pm -Acara penutup - persembahan (Encik Meor and the team)
-Makan tengahari dan bersurai.
*Panelists/speakers - Forum (Sesi II)
1.Tuan Muhammad Azhari Abd Rahman
Ketua Pendaftar, Jbtn Kehakiman Syariah Pahang
2.Dr.Khamsiah Ismail
Pemangku Pengarah Kementerian Pembangunan Wanita
*Tempat adalah terhad.Boleh hubungi saya (lihat di bahagian kanan blog ini).
*Terima kasih diucapkan kpd speakers dan sahabat2 yanng bnyk membantu dari segi idea, kerja2 dan segala bantuan. Allah saja yg mampu membalasnya.Moga forum ke-4 ini berjalan dgn lancar dan dapat memberi manfaat kepada yng menghadirinya. Amiin.
isu cinta, masalah cinta,problemnya cinta, bahagianya cinta.....
love bond.....
aku menjadi pendengar setia kepada cerita2 ini
kadang2 layan juga cerita ini di layar perak
namun aku lebih gemar menghayati cerita yg mempunyai unsur cinta kpd Yg Maha Esa
dan juga keluarga...masalah dlm keluarga...masyarakat yang berpunca dp cinta......
mungkin gagal atau belum betul2 mengerti erti cinta itu....
baru2 just a few days slps b.day ku mengikut kalendar omputih tu, aku nengok ada miss call kat hp ku yg amat ku sayangi tu (rasa mcm nak tukar tapi kasih sayang, cinta ku pd hp tu...biarlah dulu hehehee).tak penah aku lihat no.tu sebelum ni.then masuk sms dgn no yg sama....ooo rupenye seseorang yg aku kenali, dah tukar no upenye.mcm mustahak je bunyinya...nak jumpa pd esoknye.nengok jam dah hampir tgh mlm....emmm...macam betul2 ada sesuatu yg menimpa dirinya yg nak dikongsikan pd ku......
dah lama tak bersua....masih manis melemparkan senyumannya tapi anak matanya tidak sejernih dulu....ada rasa hiba di situ.....aku ajak dia sembang2 sambil makan2 kat piramid...tapi katanya takut nanti jadi drama syahdu pulak...malu org nengok.okeh aku pun bwk dia ke satu tempat yg aman damai lagi selesa untuk dia berkongsi cerita dgn aku. kisah cinta, kisah persahabatan.memang sedih jika rasa seperti kehilangan sahabat, kehilangan kasih sayang org yg dicintai dlm masa yg sama muncul musuh2 yg asalnya dp kwn yang berpunca dp kisah cinta ini.hatinya selalu cuba yg terbaik untuk menunjukkan rasa penghargaannya kpd sahabat2nya.
rasa simpati juga aku dgr kisah ini....yg acap kali juga aku dgr dan penjadi pendengar setia walaupun dr watak2 yg berbeza.mungkin pada usia aku yg semakin muda semakin hari membuatkan pandangan aku terhadap kisah cinta ini berbeza dp org lain termasuk pencerita ini.ke aku mmg dr dulu mcm ni hehehe.
apepun, hidup ini tidak semudah yg disangkakan.namun jgn rumitkan ia.rasa sedih,sayu,buntu itu lumrah tp jgnlah sampai mengganggu kehidupan kita.live goes on.kalau mahu menangis..teruskanlah...jika itu menjadi satu terapi diri.....tp jangan menjadi hamba cinta selain dp cinta pd Allah s.w.t.bertolak ansur dan memaafkan kesilapan org lain mmg digalakkan tp jgn sampai ia melakukan sesuka hat...sesekali jgn biarkan tangan itu hinggap ke muka mu.aku mendengar cerita ni tidak dpt elak dp bermain dgn emosi....aku cuba juga memberi pandangan serasional yg boleh...kalau ikut hati aku..sepak je balik org tu hehehe.......
emmm.....sahabat2 dan tuan speakers....inilah isu utama kan....so,forum nanti ini juga yg tuan moderator kita nak highlightkan.............kadang2 lemas dan rimas juga dgn isu ni....tapi ini reaalitinya....................still searching, what is the true love?(untuk hubungan kasih sayang sesama manusia)
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Tuesday, April 20, 2010

