sahabat2 ingat dak lagi citer zaman dulu2 (1980s), mission impossible.
aku taktau la citer tu mula ditayangkan di tv thn bila...tp masa aku dah sekolah rendah tu...citer ni antara yg femes ditayangkan di tv. yelah, dulu mana ade bnyk sgt citer video, cd apatah lagi youtube yg bleh di donwload online mudah cam tu je kan.

Mission impossible ni yg bestnyer sebab semangat setia kawan ahli kumpulan tu dan setiap misi mesti ada kejayaan walaupun tak logik pd akal kita. positifnya....sentiasa kreatif dan usaha untuk complete the tasks dlm apa yg kita lakukan...no retreat.
dalam kehidupan seharian, mesti ada je cabaran kan.....skg ni pun duk fikir cemana nak accomplish tugas2 yg masih berbaki (belum lagi tambah yg baru)....otak letih gak ni...migrain pun dah dtg uarghhh.

Citer Marco (kalau tak silap nilah namanya), kisah sorang budak lelaki yg misinya mencari ibu kandungnya. Tiap kali dia sampai suatu daerah, ibunya baru saja tinggalkan tmpt tu hinggalah beliau menemui ibunya tapi waktu tu ibunya dah pun meninggal dunia. cerita bersiri ni mmg citer paling sedih tika itu. impak movie tu ialah, kasut sekolah pljr2 sekolah rendah kat Mesia ni ialah jenama marco tu :). Ketabahan dan kesetian seorang anak yg kecil tu mmg menyuntik semangat.

Little house on the Pierre, kisah masyarakat di mana sebuah keluarga peladang yg miskin mempunyai anak2 perempuan yg comel dan dididik dgn values masayarakat mereke mempunyai seorang isteri yg jelita dan penyabar serta setia dgn suami yg tercinta. walaupun susak tp mereka tak lokek membantu org lain hingga membela seorang budak laki anak yatim dan mereka mempunyai keluarga yg bahagia. setiap rintangan dihadapi bersama keluarga dgn tabah.

Sampai skg aku duk ingat lagi citer2ni.... skg ni bnyk gak citer2 yang best jugak tapi aku rindukan citer2 seperti ni yg menyentuh hati kita dlm memberi values/ nilai2 murni. aku duk tunggu citer melayu yg seperti ini.....rasanya nur kasih ok kut hehehe....cuma ada slot2 yg terlalu mengulang2 sesuatu masalah agak menjemukan walaupun ia mmg berlaku dlm msyrkt kita.

date Tuesday, September 1, 2009

10 comments to “MISSION IMPOSSIBLE.....dan movies zaman dedulu”

  1. INTAN RH
    September 2, 2009 at 8:12 AM

    Ada lg citer dulu2 yg koi suka tgk >> ROOT dan DALLAS, siap tggu dpn TV...hehe. Tp plg mengancam tgk McGyver, hero hensem time tu :P

  1. Anonymous
    September 2, 2009 at 9:50 AM

    hehe...dallas tu penuh krisis dan dendam.joan collins ke pelakon jadi jht tu...tua2 pun cun.

    Mg.Gyver...Night Rider...ape nama yg citer hero bwk helikopter canggih tu?ni seme citer hero lawan sensorang compare dgn mission impossible ni berkumpulan..oh ya A team pu ok gak. isk...semua citer luar malaysia jek hehehe.
    p.c.

  1. Anonymous
    September 2, 2009 at 9:51 AM

    Root tu citer per ye, intan. koi tak ingat.
    p.c.

  1. benludin
    September 2, 2009 at 1:06 PM

    saya belum lahir zaman tu...saya lahir era cerita Spa Q, senario, buletin utama...haha

  1. ubilepih
    September 2, 2009 at 2:17 PM

    Weh aok tak minat BIO-NIK?ha..ha..ha..benar P.C bagi kita cerita dulu2 lagi best..hatta cerita BJ n The Bear itu amat menarik..ha..ha...Root tu cerita sejarah budak kulit hitam Kunta Kinte namanya..bagus cerita tu.
    Apabila kita mula terkenangkan yang lama2 dan retro itu petanda kita semakin tua..ha..ha..ha..maaf aku tahu prempuan amat sensitif bab ni..saje menyakat aok.

  1. Anonymous
    September 2, 2009 at 3:16 PM

    hehehe, Ben aku tau hang mdua lagi baru 17 thn ;)

    Ubi, bio-nik? bolehlah utk menambahkan koleksi citer kat Mysia ni :)

    a'aa lupa lak wa pasal BJ and the bear tuh. Wa mmg tak ingat la citer Root tuh...cemana wa leh tak tengok lak yer.
    takper....wa tak kisah bab umur nih sebabnya umur wa tak meningkat tiap thn...young forever even younger from day to day ahakss...
    p.c.

  1. Anonymous
    September 2, 2009 at 3:22 PM

    Ubi, kunta kinte tu pernah dengaq la nama dia tapi tak dpt ingat kisah dlm Root tuh emm....citer bersiri yg org2 kulit hitam jadi hamba abdi tu ker?dulu bnyk citer2 mcm tu.
    p.c.

  1. benludin
    September 2, 2009 at 9:24 PM

    pengetua sekolah aku dulu dipanggil 'ali kunta kinte'

  1. Ubi kinte
    September 4, 2009 at 12:31 PM

    Yes kisah black yang jadi abdi.Lu bole cari novelnya sis..kekadang baca buku lagi sedap.

  1. Kunang-Kunang
    September 7, 2009 at 8:18 AM

    Akak ingat cerita Root tu, sedih kisah perhambaan. House on the Pierre pun seronok juga.

    Joan Collin hidup ker lagi lama tak dengar cerita dia. Mesti dah tua sebab masa cerita Dallas dia tak 50'an.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu