isu cinta, masalah cinta,problemnya cinta, bahagianya cinta.....
love bond.....

aku menjadi pendengar setia kepada cerita2 ini
kadang2 layan juga cerita ini di layar perak
namun aku lebih gemar menghayati cerita yg mempunyai unsur cinta kpd Yg Maha Esa
dan juga keluarga...masalah dlm keluarga...masyarakat yang berpunca dp cinta......
mungkin gagal atau belum betul2 mengerti erti cinta itu....

baru2 just a few days slps b.day ku mengikut kalendar omputih tu, aku nengok ada miss call kat hp ku yg amat ku sayangi tu (rasa mcm nak tukar tapi kasih sayang, cinta ku pd hp tu...biarlah dulu hehehee).tak penah aku lihat no.tu sebelum ni.then masuk sms dgn no yg sama....ooo rupenye seseorang yg aku kenali, dah tukar no upenye.mcm mustahak je bunyinya...nak jumpa pd esoknye.nengok jam dah hampir tgh mlm....emmm...macam betul2 ada sesuatu yg menimpa dirinya yg nak dikongsikan pd ku......

dah lama tak bersua....masih manis melemparkan senyumannya tapi anak matanya tidak sejernih dulu....ada rasa hiba di situ.....aku ajak dia sembang2 sambil makan2 kat piramid...tapi katanya takut nanti jadi drama syahdu pulak...malu org nengok.okeh aku pun bwk dia ke satu tempat yg aman damai lagi selesa untuk dia berkongsi cerita dgn aku. kisah cinta, kisah persahabatan.memang sedih jika rasa seperti kehilangan sahabat, kehilangan kasih sayang org yg dicintai dlm masa yg sama muncul musuh2 yg asalnya dp kwn yang berpunca dp kisah cinta ini.hatinya selalu cuba yg terbaik untuk menunjukkan rasa penghargaannya kpd sahabat2nya.
rasa simpati juga aku dgr kisah ini....yg acap kali juga aku dgr dan penjadi pendengar setia walaupun dr watak2 yg berbeza.mungkin pada usia aku yg semakin muda semakin hari membuatkan pandangan aku terhadap kisah cinta ini berbeza dp org lain termasuk pencerita ini.ke aku mmg dr dulu mcm ni hehehe.

apepun, hidup ini tidak semudah yg disangkakan.namun jgn rumitkan ia.rasa sedih,sayu,buntu itu lumrah tp jgnlah sampai mengganggu kehidupan kita.live goes on.kalau mahu menangis..teruskanlah...jika itu menjadi satu terapi diri.....tp jangan menjadi hamba cinta selain dp cinta pd Allah s.w.t.bertolak ansur dan memaafkan kesilapan org lain mmg digalakkan tp jgn sampai ia melakukan sesuka hat...sesekali jgn biarkan tangan itu hinggap ke muka mu.aku mendengar cerita ni tidak dpt elak dp bermain dgn emosi....aku cuba juga memberi pandangan serasional yg boleh...kalau ikut hati aku..sepak je balik org tu hehehe.......

emmm.....sahabat2 dan tuan speakers....inilah isu utama kan....so,forum nanti ini juga yg tuan moderator kita nak highlightkan.............kadang2 lemas dan rimas juga dgn isu ni....tapi ini reaalitinya....................still searching, what is the true love?(untuk hubungan kasih sayang sesama manusia)

date Tuesday, April 6, 2010

minggu ni, macam biasa,hari2 ku penuh dgn tugasan harian dan tugasan tambahan.
dalam proses meng-update tuk pogram 17th april nanti.
maka bnykle juga aku dpt info info dan idea dp speakers dan juga team yang membantu.
rasanya pening juga kepala mereka2 yg membantu ni....biasalah aku...bnyk je tanya soalan dan minta pandangan.tq bebanyak :)
masih ada lagi satu kerja lagi yg dlm proses untuk meng-update....bro T.A kena tunggu la kejap yer paper dan forum text tu...hehehe.

dalam sibuk2 dan menyibukkan diri tu, sempat juga intai2 info kat laman web utk ke cameron highland.wah best juge nengok map yg diberikan ni.rasa macam lama je tak kuar dr hutan batu ni hehehe......bolehlah gi rehatkan minda kat sana lepas pogram ni nanti.

date

Robot zaman dulu2 berjalan pun mcm robot le kan.Kalau robot bentuk manusia tu hanya boleh berjalan tanpa boleh membongkokkan lutut.
Manusia boleh bengkokkan lutut, kalau tak sakit lutut dan kaki la.
Robot zmaan skg dah ada yg boleh melembutkan pergerakan kaki dan tangan seperti untuk menendang bola, menari dan berjalan ada gaya ala2 manusia.

Robot dikatakan membuat perkerjaan mengikut aturcara dan gerak kerja yg telah dipogramkan kpdnya.Sebab tu robot dedulu hanya boleh membuat satu kerja saja yg dipogramkan dan tidak boleh membuat kerja2 lain kerana robot tidak boleh berfikir dan tidak mempunyai perasaan.
Manusia cemane pule?Ada sama tak?
Robot sekarang dah dicipta untuk menjadi model pesakit kpd pelajar2 perubatan di Jepun.Robot ini boleh memberitahu dia sakit dan sebagainya.Tapi masih dipogramkan, ye tak?

Dalam erti kata lain, bolehkah robot berfikir secara rasional mengikut keadaan sekeliling,waktu,orang dan lain2 dan mengubah jawapan dan pendirian diluar apa yg dipogramkan?
Manusia diberi ruang dan peluang yg lebih dp robot untuk berfikir samada untuk mengubah satu2 keputusan yg dibuat, untuk melakukan sesuatu yg dirancang ataupun tidak.
Namun, kadang2 ada juga manusia yang bertindak melebihi `sikap' semulajadi robot itu seolah2 apa yg ditetapkan menajdi satu yg rigid dan tidak ada kompromi di situ.
Persoalannya adakah manusia itu robot?

Yang pastinya, sebagai manusia, kita juga dipogramkan dr awal dan asalnya.
Tetapi kdg2 kita terlupa atau cuba memadam pengisian pogram pd diri kita ini dan cuba mengikut dan mengambil pengisian2 yg lain sebagai pogram baru malah lebih `mantop' dp yg ASAL kerana kebjiksanaan akal kita yg dibanggakan tanpa disedari telah dipengaruhi oleh kekuatan emosi dan nafsu.

Contoh cerita layar perak berkaler2 :
1.dua orang wanita muda yg bergelar anak didik berlari laju dalam hujan yg lebat turun dari bas menuju ke arah pagar asrama memandangkan lagi dua minit hampir jam 10.00mlm dengan dua tangan masing2 penuh dgn barang2 yang dibeli untuk pogram/event di institusi itu untuk minggu itu.Apabila dua wanita ni sampai sahaja di depan pagar, pak jaga dah berdiri didepan pagar memerhati mereka sambil melihat jam tangannya.Tika itu tepat jam 10malam dan dia terus mengunci pagar itu tanpa hiraukan permintaan mereka untuk ada belas ikhsan walaupun diberi penejelasan yg munsabah dan dimaklumkan tentang pogram itu.Dengan muka selamba pak jaga itu terus masuk dlm opis kecik yg berbumbung.salah sorang wanita itu kelihatan macam nak menangis mengenangkan perlu berjalan ke main entrance untuk membuat report sebelum dibenarkan masuk dan jauhnya ke tempat itu adalah dua kali saiz padang bola.Salah sorang dp wanita tersebut terus mengarahkan shbtnya memanjat pagar tersebut.Dan ini dilakukan di hadapn pk jaga tersebut.Kelihatan agak terkejut tetapi tidak mengambil tindakan, mungkin sebab terlampau terkejut dgn aksi berani otoman itu.

persoalannya kenapa hal ini berlaku?siapakah yang bersalah atau boleh dipersalahkan?
mungkin ni contoh yg paling kecil untuk kita melihat persoalan2 lain yg lebih rumit mungkin kerana itu adalah masalah yg besar ataupun manusia, manusia robot itu yg merumitkan keadaan?

date Thursday, April 1, 2010

Ikut cerita abah, aku pada jam 10.45 malam samada mengikut tarikh omputih iaitu hari ini atau tarikh 12 rabiul awal yang lalu adalah detik yang menggembirakan abah dan mak.bila abah ckp lagi ungkapan tu dlm sms malam semalam dan pagi tadi masa ckp dalam tipon...buat aku sebak.
bukan sebab usia yg bertambah...aku tetap rasa muda seperti biasa hehehe,bukan sebab takdak hadiah kereta `lamborghini' untuk aku tapi terkenangkan jasa abah dan mak sehingga aku membesar dgn sihat (bertambah2 la sihat dan bulat hehehe) dan belajar erti kehidupan melalui kasih sayang yang diberikan.Dalam tipon tadi kata abah, nak bercuti2 mesia sebagai hadiah utk aku..iatu ke MAHA bulan november nanti. Hehehe.Tu kira hadiah tuk mak aku la tuh.Mak aku dah book nak dtg ke kl ni utk ke situ lagi.aku pun tak perasan info ni yg katanya ada dlm berita kat tv.

Thank you abah dan mak.Moga Allah melimpahi RahmatNya kpd abah dan mak di dunia dan akhirat.Aamiin.
Sampai opis pagi ni, nampak sekeping kad kecil kaler pink atas k.b p.c aku ni.Tq Susan.Muda2 ni ada jugak dapat kad yer.Tq jugak Yeng dan Susan sebab hadiahkan aku lawatan ke restoran arab ptg nanti ....acara makan2 hehehee.

Ada orang dpt hadiah kek harijadi.Macam satu kemestian pd sesetengah orang.

Ada org suka memberi atau happy bila dpt hadiah teddy bear.Err aku nak gak satu hehehe. P/s: tenkiu B.fung,dpt gak tedy bear kecik tadi hehehe.


Pada aku kalau dpt hadiah dan pemberian itulah bonus untukku dlm kehidupan.Yang paling berharga ialah kasih sayang dan doa untukku.:). Moga kehidupan kita semua lebih baik dp semalam. Apa yang penting?Kerjasamaaa.Hehehe.
Moga kita tetap dalam golongan yang bersyukur dan mendapat Rahmat dan perlindungan Allah di dunia dan akhirat. Aamiiin.

date Wednesday, March 31, 2010

Mengikut cerita yg aku dengar, tok wan iaitu ayah kpd mak aku mempunyai kereta lembu zaman dedulu.aku tak sempat nak mengenali tok wan kerana dia meninggal dunia selepas mak aku bertunang dgn abah aku.katanya, selepas majlis pertunangan yang kecil2an tu, masa pihak lelaki on da way nak balik ke rumah, mereka dpt berita yg tok wan ku baru sahaja meninggal dunia.kata abah aku dia dah pun berkenalan dgn bakal pak mertuanya secara tak rasmi ketika dia sekolah rendah lagi.menarik ceritanya...........


tok wan ku ini bukanlah terdiri dp golongan bangsawan,wakil2 rakyat ataupun org2 `berada'.

tugasnya setiap hari adalah keluar rumah awal2 pagi menaiki kereta lembunya untuk membawa kayu api,barang2 yg di order oleh penduduk kg seperti periuk tanah yg diambil dp sebuah kedai kecik milik seorang peniaga india.sampai skg mak aku duk pi beli pasu bunga dlln kat kedai dia ni, bezanya kedai ni dah canggih manggih siap bekalkan brg2 dan alat2 utk landskap taman.dengan hasil titik peluhnya inilah menyara anak2 yg 10 org.dan dgn hasil kurniaan Allah ini juga tok wan ku membeli tanah sedikit demi sedikit, ada yg tanah sawah dan juga tanah2 kampung yg sesuai untuk bercucuk tanam. mengikut cerita abah aku, masa dia darjah satu dia bersekolah di P.B sebelum ikut ayahnya (tok wan aku juga) berpindah ke Setiawan kerana bertugas.Rutin ayah aku adalah tiap pagi pergi ke sekolah dgn ayahnya menaiki sebuah basikal. Bila nak balik ke rumah pulak kena berjalan kaki yg berpuluh2 batu jauhnya.Jadi jika tok wan (abah mak aku) lalu kwsn tu dgn kereta lembunya, dia akan menjemput abah aku dn kwn2nya naik supaya tak penat berjalan ke rumah. Bila dah nak kawin dgn mak aku barulah abah aku tau....inilah bakal bapak mertuanya heheheh.Very Interesting,semua ni dlm perancangan Allah kan.KIra lembu dan kereta lembu tok wanku ni betul2 berjasa hehehe.


Zaman dulu2, kalau org tu ada basikal dah kira agak ok sket kehidupannya.Kalau ada kereta lembu kira mcm `lamborghini' zmaan skg hehehe. Tapi tok wanku ni tak bnyk duit cuma bnyk tanah.Zaman dia mana ada nak juai tanah dgn harga berjuta ringgit kan..kalau tak, dah jutawan tok wan ku ni.Selepas tok wan ku meninggal dunia, kehidupan keluarga mak aku agak susah sket.Namun tanah2 itu tak pernah dijual sesuka hati oleh tok aku (isteri tok wan ku).Berusaha sendiri untuk kehidupan.Lama2 lembu2 pun dah tak dipelihara lagi.Betapa org2 dulu berusaha untuk masa depan anak2 dan cucu kan.Aku pernah dgr ada atuk nenek yg menanam pokok2 buahan walaupun mereka telah berusia.Alasannya ialah ni utk anak2 cucu aku bukan untuk aku. Samalah dgn tanah, anak2 cucu yg untung dpt buat projek perumahan dan lain2 projek lagi sedangkan atuk2 kita dulu bersuaha bersunguh mendapatkannya.Ada yg menggunakan tulang empat kerat untuk membersihkan kwsn semak samun, hasilnya dpt memiliki tanah2 tersebut.Skg ni cuba lah buat mcm tu kalau tak de lesen atau izin dp yg berkuasa....mahu kena samannnn.


Masa aku bersembang dgn abah aku haritu, abah aku ckp kalau ada kereta lembu kan best..takyah ada pencemaran udara, nak pikir minyak petrol,tol dan lain2 sambil tersenyum tengok kat aku dan kereta `lamborghini' kita orang kat luar umah tu hehehe.Mmglah kereta lembu takleh lwn kereta2 moden ni dr segi kelajuan, keselesaan dlln, tapi aku rasa mcm tenang dan releks malah sempoi je kehidupan zaman dulu2 kan.Tapi kalaulah ada org yg naik kereta lembu kat tgh2 kota ni rasanya apa implikasinya?dah le lorong khas utk pejalan kaki, berbasikal dan motor pun takde kat stgh2 tempat.


Ni lirik lagu Kereta Lembu oleh Helen Velu....


Kereta lembu

Dari Melaka

Di tarik pula olehLembu perkasa

Hah... kereta lembuRodanya dua

Jalannya tak laju Sejam sebatu

( korus )

Mari oh mari Kita naik beramai-ramai

Pergi bertemasya Mandi safar di pantai

Hah... itulah diaPusaka datuk ku

Pasti kan ku jagaSetiap waktu


*note : takyah lah gi mandi safar tu...err pe kemende tuh?

sayu juga aku tak dpt teruskan harta pusaka tok wan ku tu....

dalam kenangan....Al-Fatihah utk tok wan dan tok2 aku.

date Tuesday, March 30, 2010

Kepada yang minat dgn kisah Zulqarnain dan Alexander the Great dan isu yang membicangkan adakah dua insan ini org yg sama atau tidak, bolehlah membaca buku ini :

`Alexander adalah Zulqarnain' oleh bapak Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko). Penulis ini adalah seorang pengkaji dan pensyarah di fakulti kejuruteraan di univ di Indonesia.
Beliau tampil dgn teori dan hujah untuk mengukuhkan pandangan beliau bahawa Zulkarnain dan Alexander the Great adalah org yg sama di mana insan ini adalah seorang raja yang disebut dlm Al-Quran. Hujah penulis ini ada logik juga walaubagaimanapun ada pandagan yang memberi ruang kpd perbincangan yg berterusan. Dalam buku ini ada disertakan tulisan pandangan dalam kitab yahudi lama, pandagan org barat dulu dan moden serta pandagan ulama' yang menerima atau menolak bahawa dua nama ini adalah insan yg sama.Samada kita bersetuju dgn pandangan bapak M.Alexander ini ataupun tidak, kredit patut diberikan kpd beliau kerana berusaha membuat kajian dgn terperinci (boleh aku katakan disini). Kajian ini mampu memberi ruang kpd kita untuk mengkaji lagi..walaupun hanya membaca buku2 (macam aku ni la)...nak buat kajian geran takdak hehehe.

Hujah bapak Muhammad Alexander ni berlainan dgn pandangan sebahagian sarjana Muslim moden yg lain seperti Prof.Ramadhan yg tampil dgn hujah bahawa Zulqarnain dan Alexander the Great adalah insan yg berbeza iaitu Zulqarnain adalah seorang raja yg taat pada ajaran Allah seperti tertulis dlm Al-Quran manakala Alexander the Great adalah seorang raja yang tidak beriman kepada Allah. Kalau dilihat dr sudut pandangan cerita sebahagian kitab lama org yahudi, greek, iran (persia) Alexander ini (jgn terkeliru dgn sebahagian raja2 mereka yg juga bernama alexander) digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral ; mempunyai hubungan terlarang dgn ibu kandungnya sendiri, seorang `gay' dan mempunyai hubungan etrlarang dgn shbt baiknya dlln,seorang yg kejam,dikatakan sebagai anak dewa atau tuhan dan akhirnya beliau mengaku yg beliau adalah anak tuhan dan seterusnya adalah tuhan.

Selamat membaca.Moga tiap yg kita dpt dp penulisan2 seperti ini mampu memberi ruang kpd kita untuk berfikir dan mempraktikkan apa yg patut dan menjauhkannya apa yg salah.

p/s: Tq bebanyak le Farah tolong dapatkan buku ni siap dgn tandatangan penulis lagi heheheh.

date Monday, March 29, 2010


segelas air kosong mampu melegakan tekak yg kehausan
dan membuatkan diri rasa tenang untuk seketika
lebih2 lagi time cuaca panas atau `suasana yg panas'.


manusia kalau tak mkn beberpa hari rasanya boleh survive lagi.....
kalau tak dpt setitik air....amatlah terseksa rasanya

air
- boleh menyejukkan atau mengurangkan kepanasan
-memadamkan api kebakaran atau `api kemarahan'
-untuk proses kehidupan - pokok tanamn pun akan kelayuan jika tak cukup air
tapi pokok orkid jgn buh terlebih air...mati gak dia
-kalau punca air itu mepunyai virus atau kotor....akan tersebarlah kekotoron itu...
namun air juga mampu menyucikan sesuatu mengikut kadarnya
-air sungai kalau jernih dan tenang boleh kelihatan ikan yg berenang2 -bak kat pepatah sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya....kira genius la tuh
-air yang berombak bila menghempas pantai dan batu2 di tepinya mampu membuat irama lagu yang mengasyikkan....mampu juga menjadi agen yg dpt membinasakan seperti tsumani

yang pastinya...air amatlah penting...
maka pastikanlah air yg kita minum dan guna itu bersih, suci dan halal malah berkhasiat
doktor ckp air putih/air mati/air kosong lah air yg terbaik
doktor juga ckp selain air yg terlalu manis, air/minuman yg ber`gas' itu amatlah tidak baik untuk kesihatan

*aku sesekali suka nengok wajah dlm air.....amatlah berbeza dgn lihat dlm cermin!

date Friday, March 26, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu