Hari tu kat entry sini aku ada tulih pasal komuter coach khas tuk ladies je kan.
kemudian skg dah ada idea utk adakan coach khas tuk wanita untuk lrt putra pulak.
awal smlm aku naik komuter ke kl dr subang...ni crite dia.
bila ketapi sampai...aku terus bergegas ke coach yg ada tampal kata2 khas tuk ladies only.aku tersenyum riang....terbayangkan semua pompuan je dlm coach tu..aku bukan la feminist cuma nak elak dp bersesak dgn kaum adam.bila masuk je, serta-merta senyuman aku hilang melihat ada beberapa spesis lain dlm coach tu. then bila coach tu berhenti kat satu stesyen...ada dua lagi spesis yg dilarang berada dlm coach ini masuk....sorang tu duk sebelah aku...sorang lagi duk sebelah sorang adik ni.aku nengok adik ni dah tensyen.Aku pun menegur jejaka sebelah aku bagitau ni coach khas tuk wanita je.dia mcm terkejut dan mcm nak gi coach lain. aku ckp la train dah jalan pun nak kuar mcm mana.duk je la.then aku berinjak ke seat rapat dgn adik tu.
Adik 1 : Kak, orang kita ni memang teruk la.Tak ikut undang2.
Aku : Depa tak tau baca kut apa yg ditulis kat dinding.
Adik 1 : takkan tak tahu baca.Saja perangai macam tu.
Aku : Depa kena pi tadika balik.
Adik 1 : Kalau kat negara org..boleh plak ikut rules.Org luar pun sama je. Kat sini
ikut suka dia je.(aku nengok ada 2-3 org luar negara.....selamba je muka dia...then masuk pulak couple...pakwe/suami dia pun selamba je)
Aku : Boleh land kan.Buat le apa saja.Maybe, depa tak perasan kut.
Adik 1 : Alaa saya yg 1st time naik coach ni boleh nampak sign tu kat pintu luar.
Aku : Takpe la dik.Sampai kl sentral, adik buat aduan ye.
Sampai ke stesyen Bank Negara...aku gi buat aduan kat kaunter.Kata si staff tu dia memang dah nampak tadi dan akan ambil tindakan.On the way balik...ada lagi jejaka2 dlm coach khas tu.Sampai di kl sentral....polis buat spot check dan minta jejaka2 ini keluar secra terhormat.Wanita sebelah aku dukung anak lelaki dia berumur 1 thn lebih.Dengan senyuman dia kata kat anak dia dan aku "Man ni mcm mana pulak". hehehe.
By right tak boleh la kan...kalau ikut kata2 tu: ONLY FOR LADIES. Maka `he-she' pun tak boleh la.
Sebenarnya aku boleh je duk dlm coach yang utk lelaki dan perempuan asalkan tak berhimpit2 bersesak.Tapi bila dah dibuat sesuatu seperti coach khas...jadi hormatilah ia. Itu je.Kalau tak, baik tak payah buat ye tak.
ESQ akhirnya dapat lampu hijau
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@yahoo.com.my
PUTRAJAYA - Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia semalam memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ).
Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai setelah pihaknya membincangkan isu kursus ESQ sebanyak tujuh kali bermula April tahun lalu sehingga mencapai keputusan muktamad pada 16 Jun lalu.
"Muzakarah juga memutuskan supaya ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti, perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ itu kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Antaranya mendakwa bahawa para nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian serta menekankan konsep suara hati sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan.
Menurut Abdul Shukor, pihaknya juga memutuskan kursus ESQ yang dipelopori Dr. Ari Ginanjar Agustian dari Indonesia itu mendapat pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jelas beliau, pihaknya juga bersetuju membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu bertanggungjawab serta memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah.
************************************
kadang2 aku terlepas pandang juga isu2 penting yg berlaku dalam negara kita ni,cuma baru2 ni je aku terperasan isu ni dan membaca artikel2 maklum balas dp pihak2 yg terlibat; ESQ , dan komen2 pakar2.
ape pun.....kita sebagai individu ni perlu berhati2 sebab kadang2 mungkin bukan organisasi tersebut tetapi mereka yang mengendalikan sesuatu pogram mungkin membawa ajaran yg agak bertentangan dgn Islam tanpa kita sedari.jadi bukan hanya memantau organisasi tetapi juga kpd individu yg menyampaikan maklumat atau membuat pogram itu.
1.jika kamu mahu mengeluh, mengatakan sesuatu yg tidak baik...fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat bercakap sama sekali
2.bila kamu mahu mengeluh tentang rasa makananmu....fikirkan orang lain yang tidak punya apapun untuk dimakan hari ini
3.sebelum mengeluh tentang tidak punya apa-apa...fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan
4.jika kamu mengeluh bahawa kamu itu buruk......fikirkan tentang sesorang yang berada pada tingkat yang paling buruk daripada kamu
5.bila mengeluh tentang suami atau isteri...fikirkan orang lain yang memohon kpd Tuhan untuk diberikan teman hidup
6.jika kamu mengeluh tentang hidupmu hari ini....fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu awal
7.Sebelum mengeluh tentang anakmu... fikirkan orang lain yang belum mempunyai cahayamata
8.Bila mengeluh tentang keadaan rumahmu kerana pembantumu tidak menjalankan tugasnya... fikirkan tentang orang lain yang tinggal di jalanan
9. Jika mengeluh tentang perkerjaanmu... fikirkan tentang pengangguran orang lain
*Kita semua menjawap kpd Sang Pencipta.Ketika bersedih.....berterima kasihlah kpd Allah bahawa kamu masih hidup.
*Cintailah orang lain dgn perkataan dan perbuatanmu
*Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau kacak.Mereka itu cantik atau kacak kerana anda mencintainya.
Kata2 ni aku ambil daripada sebuah buku bertajuk Keramat Seorang Ibu oleh Mohamad Qayum A.Badarudin.Moga ia menjadi satu penyuntik semangat diri.



Karnival Flora baru je bermula sabtu baru2 ni di Presint 2, Putrajaya.
Aku gi dgn kwn2 pagi semalam.Ramai betul orang.
Mcm2 bunga ada....cantik sungguh....paling cantik pelbagai jenis bunga orkid termasuk orkid hutan.Satu kawasan yg luas disediakan untuk melihat pelbagai jenis bunga2 hidup yang segar termasuklah pelbagai jenis landscape...sempat le lepak bawah pokok berkelah tepi tasik rasa mcm duk dlm kebun2 buahan je..sejuk segar dan nyaman.
Satu kawsan lagi disediakan untuk gerai2 barang2 seperti tikar sarawak,barang2 hiasan,cenderhati, lukisan,bengkel melukis dan lain2....satu tapak lagi disediakan untuk menjual benih2 pokok buah dan juga bunga.Di sebelah tempat letak kereta pulak ada pula tapak untuk makan2 dan gerai buahan2.
Karnival ni akan berjalan sehingga 18hbJulai ni (ahad).Kalau nak pergi tu bawaklah payung ke topi ke....cuaca amat panas pada pagi dan awal petang kemudian beransur nak hujan kemudiannya.
Sotong adalah sejenis hidupan laut yang mempunyai pelbagai jenis.Ada sotong kurita dan sotong jenis biasa kita makan tu.Sotong boleh membesar sehingga menyamai saiz manusia dewasa atau separuh manusia dewasa.Aku mmg suka makan sotong lagi-lagi kalau dibuat sambal tumis.Perkataan sotong juga digunakan untuk dilabelkan kepada orang lelaki yang agak lembut perwatakannya.Aku rasa tak eloklah kita memberi gelaran mcm tu kpd seseorang kan.
Apa kelebihan sotong?Ia mempunyai dakwat untuk disembur kpd musuhnya sebagai salah satu senjata untuk mempertahankan diri.Baru2 ni aku ada nengok rancangan khas tentang sotong di National Geographic, TV1.Sotong yang bersaiz sebesar manusia atau kurang sikit dp saiz manusia dewasa mampu melemaskan manusia dgn mengunakan jari2nya yg banyak itu.setelah lemas...bolehlah dia pulak memjadikan manusia sebagai lauknya.
Kelebihan sotong pada musim demam bola sepak dunia pula ialah..meramalkan kemenangan dan kekalahan pasukan bola sepak ..hahaha.Patutlah Maradonna marah sgt sebab sotong pulak meramalkan pasukan dia kalah 4-0 ke tangan German.Memanglah tidak logik.Sotong Berlin di German ni digunakan untuk meramalkan dan kebetulan ramalan2 mengena sehinggalaha Spain menang dlm perlawanan mlm semalam.Hehehe.....kalau sotong tu diberi gaji dan bonus...kaya dah dia.Tapi sotong tak perlu risau kalau ada yg berjudi pun dia takkan kena tahan hehehhe.Kelakar dan menarik juga dgn kisah sotong dan piala dunia ni tapi janganlah sampai menjadi khurafat pulak.Err....aku nak tanya la sotong tu...pilihanraya umum nanti...party mana boleh memerintah Malaysia?Kadang-kadang mual juga dgn seribu kisah politik Malaya ni..sesekali layan cerita sotong ni..ok gak..just untuk ketawa ceriakan diri.
Kalau sebelum ni dah ada coach khas disediakan oleh komuter untuk penumpang wanita sahaja, sekrang ni dah ada pula kereta MyVi edisi khas untuk wanita.Cuba baca sebahgian petikan daripada akhbar kosmo on line ni.
Model terbaru edisi khas Myvi bersesuaian untuk pemandu wanita yang memiliki ciri-ciri yang disenangi kumpulan itu mula berada di pasaran mulai hari ini.
KUALA LUMPUR - Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan."Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta (hehehe....kire penting juga la ni yer) "Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Aku ingatkan ada yg betul2 special untuk wanita ni macam kereta khas ini dikecualikan pembayaran parking untuk shopping dan lain2 lagi hehehe.Nampaknya sekarang ni bertambah keinginan orang ramai atau pihak tertentu untuk memikirkan sesuatu yg khusus untuk wanita; untuk keselamatan dan lain2 lagi.Tertarik dgn kenyataan D.S Azalina bahawa coach komuter khusus untuk wanita tidak dapat menjamin keselamatan diri mereka 100% tetapi untuk keselesaan wanita itu sendiri, maka ia perlu diteruskan.Apa-apa pun yang dilakukan jika memberi manfaat bersama, aku sokong asalkan tidak lari dp landasan yg benar sebagai contoh tak perlulah nak meminda atau membatalkan sesuatu yg hak contohnya mempertikaikan hukum agama kononnya demi untuk keadilan wanita (yang seberanya tidak benar2 faham apa keadilan yg mereka cari itu).
Baru2 ni juga 2 hakim syariah wanita pertama telah dilantik.Tahniah kepada hakim2 ini.Err rasanya hakim wanita lagi tegas ke?.....
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Friday, July 16, 2010

