masa aku nak type nih, ujan dgn lebat...teringat lagu sudirman...hujan yg turun...peghh tu sentimentol....syahdu gitu...tapi mood aku waktu nih takle syahdu.ujan2 ni sejuk sket hati ni kalau nak marah pun tak jadi la kan.makin muda ni, kena knontrol perasaan marah kan.aku salute kengkawan yg kuat daya kesabarannya dan cool je :).

jumaat awal petang kakiku dilanda krem sungguh menyakitkan.aku ingat kejap je rupenye berlarutan beberapa hari.aku jumpa doktor, katanye muscle pain.maybe letih sgt bekerja, tak thn sejuk aircond opis tuh plus aku dah tersilap minum strong nescafe dua kali yg mmg badan aku tak leh nak terima.masa minum time lunch dgn kenkawan, aku ok.masuk opis, kepala dah pening.sampai umah tetiba kaki aku krem.nak berdiri pun sakit.doktor ckp aku kena stop dulu gi gym.so, bosannya aku, smlm dan harini aku kat umah.mulalah aku teringat kengkawan aku,teringin nak gi sana sini.......emmm.aku tipon mak aliysa, tanya khabar.ingat nak berckp dgn puteri alisya ni yg berumur 3 thn lebih.thn ni aliysa sambut bday yg ke-4 yer.
alisya ni adalah seorang puteri kpd jiran mak abah aku dulu.skg family dia pindah jauh sket dp umah mak abah aku. yg ada gambarya kat tepi blog aku ni.walaupun aku jarang dpt jumpa dgn dia, tp aku taktau kenapa aku sayang sgt kat dia.harini rindu sgt kat dia.kata ibunya tadi, alisya takde kat situ, gi main dgn paksunya. mendengar cerita ibunya tadi, aku tersenyum sendirian.alisya baru2 ni mimpi mengigau sebut nama `aunty purple'.ada jugak org ingat kat aku hehehe.

teringat aku dgn telatah si puteri cilik ni.masa gi ke tg dawai dgn family aku dan family dia.happy sgt dia sampai nangis2 tanak balik.yg paling menceriakan bila dia membaca doa makan dgn bersungguh2 dan kami semua mengaminkan.aku saja meminta dia baca doa sekali lagi sebab nak amik gambar.jawapnnya `no.no (sambil tunjuk jari mungil tu dan geleng2 kepala)sekali je...dah baca tadi'.sambil menyuap nasi lemak.kata abah aku, ye la, baca ape berkali2 yer alysa.hehehe.family2 yg ada kat restoran tu memerhatikan je waktu dia baca doa tadi.lagi satu bila dia menyanyikan lagu khas tuk aku, kak purple (kata si ayahnya) tapi alisya cakap, aunty purple hehehe.kata ibunya, mmg kita tak paham apa yg dia kata.yg pastinya ni lagu inggeris yg cikgu ajar kat tadika.hehehe.moga puteri aliysa membesar menjadi seorang anak yg sihat,solehah,bijak dan tabah melalui kehidupan ini.

mmg benar hidup ini amat singkat.apa yang boleh membuatkan kita aku happy, itu yg patut kita lakukan, ye tak. aku akan cuba untuk lebih menghargai hidup lebih2 lagi amat memenatkan bila aku memberi ruang pintu2 kesedihan,kemarahan,apa saja yg menyesakkan kepalaku selama ni.
ujan masih lebat.apa citer best hari ni kat tv......hahaha.....arthur ku nampaknye tak muncul di kaca tv harini.selemat berehat semuanya sebelum kembali bertugas esoknya.
lagu dp aku.....:)
Love will never lie. (MLTR).

Nothing can stop emotions
that run down the sides of your face
Wish i could change this moment to
another time and place

Nothing you say can move me
I've chosen the road that I'm on
I have to join the fight for freedom
until the war is won

Chorus:
We will keep the faith between us
if we only try
We will keep the truth inside us
love will never lie

Someone will always hear you
Care about you when you cry
But no one can hear my heart is breaking
as I say goodbye

Chorus:
We will keep the faith between us
if we only try
We will keep the truth inside us
love will never lie.

date Sunday, May 2, 2010


kelopak, kelepung.......

selamat mendirikan mesjid,moga semuanya berlandaskan ajaran Islam yg satu.


to have a happy family ever after.....

smile always ya.........
bulan Mei dan Jun ni ni adalah bulan makan nasi bukhari,tomato dan nasi minyak.
aku dpt bnyk jemputan dp kwn2 dan kenalan2.
Insya-Allah aku nengok jadual aku dulu (mengalahkan pak mak menteri hehehe) moga dptlah aku bertandang ke kenduri shbt2 ini walaupun sekejap.Bulan mei ni bulan exam,jaga exam,marking papers....kalau aku tak dpt hadir mohon maaf dipinta.
Tq again kerana sudi menjemput.

Pagi ni aku nengok peti surat aku kat opis ni.....jeng jeng dpt lagi satu kad bersampul kaler coklat merelit merelap gitu. Oooo lagi sorang rakan sekerja aku nak kenduri 9 jun ni.Tingin gak nak nengok budaya sikh ni walaupun buat di otel.Satu malaysia beb hehehe.

Aku doakan shbt2 aku yg nak berumahtangga atau tanpa tangga, moga segala urusan dipermudahkan Allah dan berbahagia di dunia dan akhirat. Satu je pesan aku, hargailah apa yg ada dan diperolehi lebih2 lagi dgn keluarga yg dimiliki.Jangan menidakkan apa yg diperolehi.
Satu lagi pesan aku.....ayam golek, itik golek tuk pengantin tu buat le satu tuk aku jugak hehehe.

date Friday, April 30, 2010


Hidup ini indah dan akan menjadi indah jika itu yg kita mahukan.
Hargailah apa yg kita ada....kadang kala ia membuatkan kita leka dan lupa akan kehadirannya
sehinggalah kita hampir atau kehilangannya.

date Thursday, April 29, 2010


duk di sini....satu malam je.

cantiknye view bukit2 kat sini....


bunga2 yg ditanam di setiap tepi jalan menghiasai cameron
bunga ni walaupun keicl, warnanya cukup terang dan memukau mata yg memandang

ni equatorial exterior-aku duk kat tower hotel

kawasan ladang teh....

lagi gambar bukit bukau dgn kabusnya ......

sun set di cameron....

emm.....rasa tenang sgt melihat view ni

date Monday, April 26, 2010

3 bulan lepas aku dpt voucher untuk duk kat otel equatorial 2 bilik free kat cameron highland.
duk nengok cuti2 yg ada plus bonda tersayang tak berapa sihat dulu so alhamdulilah sabtu lepas dpt gak pi sana bwk abah mak jln2 rehat2 dpt udara segar kat sana.jumaat mlm tu aku naik ketapi balik kg.sampai kg dekat subuh,rehat jap,lepas solat makan pagi ala kadar, aku sekeluarga bertolak ke cameron.abah aku drive.sian abah aku kena drive.aku?dah hampir 10 tahun aku hilang keberanian drive ni hehehe.

pertama kali ke sana drive sendiri, abah dan aku dah pernah ke sini beberapa kali zaman belajar dan dgn kwn2 dulu.mak aku, ni first time berjalan ke daerah rakan perak ni(pahang).kami ikut jalan simpang pulai.memang lebih selesa berbanding dgn jalan tapah.sebelum nak gi tu bnyk juga shbt2 yg aku tanyakan...tenkiu lah bg info.kami sampai awai kat otel tu dlm jam 11am.makan dulu bekai nasi lemak mak aku masak then kami mula explore cameron turun ke berinchang dan tanah rata dan terus ke tempat teh ditanam memandangkan bilik otel lum ready lagi.menghayati udara segar dan menghirup teh panas serta cheese cake...emmm rasa taknak balik kl.tapi kan lagi best kalau ada juai cuq udang ka pisang goreng panas2 kat situ baru la tradisional gitu....peghh.

ikut cerita abah, aku ada tok long iaitu kakak kepada tok wan aku (ayah abah aku) yang sudah lama menetap di cameron setelah berkahwin dgn sorang mat saleh ni yg menguruskan ladang teh zaman dedulu.mungkin tok long dah tak ada tp anak cucu mesti ada kat situ.nak cari pun masa tak sempat.maybe nanti bleh gi lagi cuba cari sedara2 mara yg dah lama terputus hubungan kerana kisah2 zaman dulu....kalau boleh merapatkan ukhwah, Alhamdulilah.yg pasti aku teringin sgt nak gi air terjun kat situ ataupun menjelajah kwsn hutannya yg menyegarkan tu.kat cameron ni, tak bnyk mana pun yg kami beli, lebih kepada menjamu mata dgn pandangan hijau dan menghirup udara segar.nyaman rasanya.betul ckp kwn2, cameron dah tak sesejuk dulu.mak aku ckp`tak yah bwk baju sejuk pun tak pe'.aku yg suh bwk hehehe.malam kat otel mmg sejuk.

sepanjang menyusuri jln2 ke tanah rata dan berinchang, aku suka nengok pemandangan bukit bukau yg diselaputi kabus,bunga2 ditanam di tepi jalan....memang releks sgt rasa.dp balkoni kat bilik otel, aku suka sgt nengok kabus2 menutupi bukit2 lebih2 lagi pada keesokan harinya.jam 5 pagi, hari sudah nampak terang putih bersih. jam 7.30am, kabus meliputi jalan raya.8.00am jalan dan view sudah jelas.jadi kami pun berangkat ke kedai sayuran yg hanya 5 minit dp otel.nampak jambu epal madu...first time nengok..terus beli.then terus ke tanah rata breakfast kat situ.emmm....banyak kedai makan melayu lum buka, satu je yg buka tu pun org ramai takdak kerusi.so lintas jln mkn kat restoran mamak.pagi ahad tu ada 2 tempat pasar tani, satu kat tanah rata tu sendiri, satu lagi kat berinchang.kat tanah rata dah ada KFC dan Starbuck....lama naa aku tak mai sini, dah ada perubahan nampaknya.tapi aku secara peribadi aku lebih suka kalau cameron ni lebih utamakan makanan dan tempat2 yg lebih tradisional.makanan tradisional org pahang dan eprak ke...okey pe.

nampak ramai rakan2 org kita, mak dan anak2 (org asli) di situ.maybe depa mai juai hasil2 tanaman depa.nengok depa, aku teringat sgt kat keluarga angkat di gua musang dan kenalan di N.9 (pogram dulu) yg ajak aku bercuti duk kat tempat depa.shbt ada bgtau makan la satay kat gerai pak man kat berinchang.tapi tak sempat dah....kami terus ke ladang tanaman bunga nak cari orkid utk mak tapi tak ada yg kami nak.bas dan kereta2 dah penuh di tepi2 jln setiap hentian..susah nak parking.ada satu kemalangan di jalan anatara tanah rata dan berinchang.dah tau tak bleh bawak laju...nak jugak speed.kereta2 kat belakang kereta kami ni pun sibuk nak potong memotong walaupun double line.satu je aku puji bila jem, kereta berbaris lama kerana kesibukan di tempat2 menjual bunga2 dlln takdak satu pun bunyi hon kedengaran.kalau kl?hahahaha.....pecah dah gegendang telinga nih.

masa nak balik sempat singgah ladang sayur ni beli la pokok stawberry dlm pasu kecil siap dgn buah2 dia berjuntai di pokok....then bunga lili utk mak, tak lupa water cress dipesan oleh Bee Fung.keta aku penuh dgn stawberry,keledek madu(yg kecik2 tu), jagung2 segar untuk kami sekeluarga dan kwn2 yg pesan.aku ckp kat abah mak aku, aku suka sgt view bukit2 dan hutan kat cameron ni..rasa releks sgt.....mmg aku letih sesangat sebelum ni....kesegaran di sini membuatkan aku lebih releks...dan jauh dp stress..aku ckp org yg duk cameron ni mesti tak stress kecuali time nak parking hehehe.tak sbr nak tunggu cuti pnjng jun ni.moga plan nak releks kan minda di tempat yg telah dipilih untuk aku dan shbt2 dan team forum dpt dilaksanakan.shbt2 forum, jgn tak jadi ye...simpan date tu dlm diary anda.abah pulak ajak untuk berziarah bulan jun ni jugak lepas aktiviti aku tu nanti, berjalan ke rumah sedara, keluarga angkat dan kwn2 di keruh,perak dan lain2 nanti.Insya-Allah.

Pagi ni mmg aku ngantuk, letih sket, naik ketapi mlm semalam sampai kl sentral jam 4.30am.asalkan aku dpt spend masa dgn abah mak dan bwk depat jln2 rehat2....it is really makes me happy.aku masih teringat kabus2 yg melingkari bukit bukau ibarat cincin itu.sungguh tenang dan releks,lupa sekejap soal kerja,tugasan,pilihanraya walaupun ada shbt yg sms bgitau perkembangan terkini..hahaha...aku dah tak amik port.
Really happy with this very short vacation.Thank's Allah.

date

semalam aku cuti MC sehari.rasa lemah sgt.arini dtg opis mcm biasa, masih ada batuk2 sket.masuk je opis kena angin aicond terus batuk.
mmg aku perlukan rehat.insya-Allah mln ni balik kg...esok bwk abah mak jln2.
ni tgh plan nak bwk team forum dan Ikrab untuk bereakrasi awal jun nanti.Insya-Allah.

kpd shbt2 yg kurang sihat,moga cepat sembuh,selamat berehat.moga happy semuanya.

date Friday, April 23, 2010

aku tulis cerita ni dlm beberapa bahagian sebab nanti panjang sngt kat entry tuh.
sambung dp cerita sebelum ni.
zaman aku belajaq, kena ikut aturan,sistem.dah namapun sekolah asrama.ada warden,ada pengawas, ada kaki report..silap sikit je report.aku ok je.bak kata abah aku, kalau undang2 dan peraturan itu dibuat untuk kebaikan kita, kita ikut.sahabat2 aku di SMKAPA, izinkan aku cerita kisah2 kita ni di sini ye kerana aku nak kaitkan dgn isu yg dibincang dlm forum hari tu....aku nengok rakan2 sebaya aku kebanyakannya adalah yg berjenis darah harimau maybe kami ni lahir thn rimau (ikut kalendar cina).dlm erti kata lain, kalau org baik , kami akan jadi lebih baik.kalau tak...kami akan jadi lebih garang mcm rimau tu la.dipendekkan cerita bermula tingkatan dua tahun kami ni dah mula mencipta sejarah iaitu bergaduh sama sendiri.geng asrama B gaduh geng asrama C.gaduh kami bukan mcm cerita gaduh tu tapi gaduh guna kata2.akhirnya dibawa ke hadapan ketua warden.aku dan rakan2 mewakili asrama A hanya menjadi pemerhati dan pembantu hakim mengadili kes hehehe.bila naik tingkatan 3, kami lagi sekali mencipta sejarah, ada konflik dgn kakak2 tingkatan 6rendah.kakak2 ckp...kami ni jenis tak boleh diajak berunding.sebenarnya tiap2 isu tu yg terlibat hanya beberapa org saja tp seluruh thn kami tu akan terbabit sama sebabnya walaupun kami tak rapat dgn sebahagian dp kami tapi slogan "thn kami ni, kami semua adalah as on team".huh hehehe.

tingkatan 4 timbul lagi masalah dgn sorang ustaz.dia ustaz baru.ustaz lain seme kamceng je dgn kami semua.tp ustaz ni lain sket caranya.masuk kelas mesti mulakan debat dlm bahasa arab yg menaikan api kemarahan kami.contoh tajuk debate."org lelaki lebih cantik dan bagus dp wanita.kecantikan lelaki adalah asli berbanding dgn wanita (brtopeng)".bila buat contoh, ustaz tu akan bagi contoh dlm bahasa arab seperti "lelaki tak pakai bedak pun dah hensem.tapi pompuan terpaksa tambah bedak.dah tu terlebih mekap dah huduh plak".huhuhu. masalahnya dlm bahasa arab.kami ni vocab kurang....hati membara je.niat usatz mmg murni, provoke kami supaya kami rajin menghafal kamus tu hehehe.tp kadang2 guru juga terlupa batas2nya.pelajar juga manusia yg mempunyai perasaan.

naik tingkatan 5 maka bnyk lagi kes yg timbul dan sejarah tercipta.kes marah adik2 tingkatan 3.maka kami dipangil tingkatan 6 kerana memarahi tingkatan 3.kakak2 menunding jari pd kami tanpa melihat sapa yg salah.macam biasa, thn kami tu tak amik port pada kakak2 tingkatan 6 kerana berpegang kpd kami berada di tempat yg benar.kemudian isu kecil dibesar2kan.beberapa org rakan2 aku ditangkap oleh guru asrama kerana masih study dlm kelas dgn membuka lampu selepas jam 10.45 malam.bila cikgu tu dtg buat sport check....semua yg ada dlm kelas tu tgh khusyuk buat kuak lentang dan pelbagai kuak lagi.jadi semua kami seluruh tingkatan 5 dipanggil esoknya berjumpa gruu displin dan ditemani pengetua sekolah.inilah sekolah asrama perempuan.isu besar takde,isu yg kecil dianggap kesalahan ala2 mandatori.1 jam dihimpun dlm dewan.dan bermulahlah sesi luahan tak puas hati.namun ada juga guru2 yg menyebelahi kami.

kerana isu2 seperti ini dan mencipta sejarah tiap tahun,maka tahun kami adalah tahun yg paling glemer lebih2 lagi di kalangan guru.sehingga ada yg ckp "jgn harap la bduak2 thn ni nak pecah rekod mcm kakak2 thn lepas'.masa tu hanya beberapa bulan sebelum SPM.mendengar luahan hati guru2 perempuan ni,maka kami semua merasa amat berkecil hati kerana guru2 adalah ibarat ibu kedua di situ.kata2 ibu ibarat doa.maka kami menghantar wakil memohon maaf untuk berjumpa guru yg kami amat hormati dan memahami kami.akhirnya masalah selsesai.Alhamdulilah result yg diperolehi jauh lebih baik dp tahun lepasnya.

Bila mendengar kisah2 pljr2 yg cemerlang tapi tertekan dek sistem sekolah.aku terfikir, kadang2 ibu bapa,masyarakat, guru2 terlalu tekankan prestasi akademik dgn peraturan yg terlalu ketat.ye untuk kebaikan bersama.tapi persoalannya....adakah ini suatu sistem yg terbaik untuk zaman sekarang berbanding zaman aku dulu?rata2 pljr2 ini memberitahu terasa seperti robot dan di penjara,dipaksa ibu bapa untk berjauhan dp mereka kerana untuk sekolah yg baik ni, terlalu ketat udang2nya dan tidak memberi ruang kpd pelajar untuk berbincang dan meluahkan apa yg terbuku di hati kpd guru.kerana pd usia muda ini kadang2 pelajar tidak dapat melihat apa yg org dewasa lihat.luaran mereka cemerlang, dalaman....kit ahanya tahu bila mereka luahkan apa yg terbuku di dada.pljr2 pun kdg2 bila guru2 mula memberi ruang untuk berbicara, kadang2 ada yg take for granted.Apepun aku nak wish,selamat hari guru.......selamat hari pelajar.kita semua adalah tetap pelajar sampai bila2.

date Wednesday, April 21, 2010

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu