Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Jadi tahanan dalam kereta bapa
Oleh MOHD. AZLI ADLAN

TAIPING - Dua beradik yang sedang menunggu ibu bapa mereka di dalam sebuah kereta jenis Honda Accord menghadapi detik cemas apabila ditawan selama dua jam setelah kenderaan itu dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kuala Kangsar dekat sini kelmarin.Kejadian pukul 9.30 malam itu berlaku apabila adik-beradik berkenaan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 16, dan Siti Haidar, 6, sedang menunggu ibu bapa mereka yang berurusan di sebuah kedai foto di situ dalam keadaan kereta itu tidak dimatikan enjinnya manakala pintunya pula tidak dikunci.Difahamkan, mereka dilarikan sejauh 25 kilometer (km) sebelum ditinggalkan di sebuah kawasan gelap di Liman Kati di sini.

Ibu mangsa, Fauziah Shaafie, 44, berkata, beliau dan suaminya, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, singgah ke kedai foto di Jalan Sagor, Kuala Kangsar untuk mengambil gambar yang dirakam sempena majlis minum petang bersama Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini."Kami meninggalkan anak kedua dan bongsu kami di dalam kereta yang tidak berkunci."Selepas 15 minit melihat gambar-gambar berkenaan, suami saya menyedari kereta kami telah tiada. Kami kemudian terus meluru keluar dari kedai itu dan mendapati Nurul Fatin Farhana dan Siti Haidar turut dilarikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting dekat sini semalam.

***********************
masih ramai org kita yang biasakan anak kecil dlm kereta seorang diri bila ingin masuk dlm kiosk, kedai, stesyen minyak.....dengan kereta yng masih ada kunci di dalamnya dan kereta dibiarkan tidak berkunci.moga jadi peringatan untuk kita semua.

date Wednesday, July 28, 2010

Kakak jadi wali nikah
Oleh WAZIHA WAHIDwaziha@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menarik perhatian ramai apabila seorang suri rumah mendakwa pernikahannya enam tahun lalu berwalikan kakak sulung yang berwatakan seperti lelaki.
Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, mualaf berasal dari Sarawak memberitahu, dia terpaksa membenarkan kakaknya menjadi wali berikutan diugut untuk dibuang keluarga jika enggan mengikut arahannya selain mengaku jahil mengenai hukum Islam.
Farhana berkata demikian semasa memberi keterangan ringkas di hadapan Hakim Mohamad Yunos Mohd. Zin berhubung permohonannya untuk memfaraqkan (membubarkan) perkahwinan dengan suaminya, Ahmad Salim Maideen.
Pasangan itu bagaimanapun tidak melantik peguam dan mengendalikan kes sendiri.
Terdahulu, Farhana selaku plaintif memberitahu, dia merupakan anak ketiga daripada lapan beradik dan telah memeluk Islam pada 1997.
****************************
emmm........

date Tuesday, April 20, 2010

KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit jantung.Beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah.

Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.
Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.
Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.
Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.
Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.

Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.
Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.
Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."
Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.
Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.
Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.
Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.
Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP

*******************
sebahagian petikan dp Kosmo online.

date Thursday, March 11, 2010

Polis syariah giat cegah maksiat
SEORANG anggota polis syariah menyoal seorang lelaki yang duduk di tepi pantai bersama kekasihnyadi Banda Aceh pada 18 Disember lalu.
BANDA ACEH - Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.
"Kamu masih tidak berkahwin. Kamu sepatutnya tidak berada bersama-sama di sini.
"Kamu sepatutnya pergi dari sini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu kepada satu pasangan kekasih yang berjalan ke tempat meletak kenderaan sambil disaksikan oleh sejumlah orang di sini, baru-baru ini.
Gadis-gadis yang memakai pakaian ketat turut diberikan amaran supaya tidak memakainya pada masa depan.
"Kamu tidak sepatutnya malu pada diri sendiri kerana memakai pakaian seperti ini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu.
"Pergi pulang dan pakai pakaian yang lebih sederhana," katanya.
Menurut Ketua Jabatan Undang-Undang Syarie Wilayah Aceh, Marzuki, pihaknya membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.
Wilayah Indonesia itu dibenarkan untuk menggunakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dengan pemerintah negara tersebut pada 2002. - Reuters .

*************************************
baguihnya macam ni kan....ada berani kat nak buat kat Malayisa?
cukup ke kakitangan jari jemari nak buat mcm ni memandangkan bnyk naa tempat kat malaysia ni lagi2 kat KL & PJ yang boleh membuatkan kaki tangan dan jari jemari pak mak abang dan kak polisi tak cukup rehat?

date Friday, January 15, 2010

emmm....kes bakar jalur gemilang oleh sebilangan rakyat indonesia di negara mereka itu bukanlah pertama kali berlaku.tak puas hati je, ada je isu...maka jalur gemilang menjadi mangsa. aku bukan nak ckp isu ni sebab ia adalah jalur gemilang...tak kisah le jalur ke tak tp itulah bendera Malaysia bendera kita....kenapa pulak senang2 je nak bakar tunjuk protes. kerajaan dia buat apa?cuba kalau ada rakyat Malaysia buat mcm tu forsure pak mak menteri kita dah pi negara tu mohon maaf...silap2 bila check yg bakaq tu bukan org Malaysia pun....harap tak jadi la mcm tu kan sebab org Malaysia ni bijak, cerdik, pintar boleh fikir dgn akal sebelum bertindak, ada iman, ada values, baik pd org (lebih2 lagi org luar), sabar.....tapi biarlah bertempat.

aku mmg emo sket bila nengok org luar sukati je protes mcm tu...mcm biasa Malaysia sentiasa berhemah dgn org luar. wei...bendera jgn main2 oooo.....aku mmg emo nih.

date Wednesday, September 2, 2009

Mashitah tegur JAIM
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRANsaiful.sapran@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! 9, 10 dan 11 Mei.
PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) menegur Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana tidak mengambil tindakan segera bagi membendung kegiatan khurafat di Pulau Besar.
Beliau berpendapat, JAIM sepatutnya proaktif dalam mencegah kegiatan tersebut kerana ia bukan peristiwa baru.
"Perbuatan khurafat seperti melakukan penyembelihan haram dan pemujaan adalah salah dari segi akidah serta dilarang dalam Islam.
"Ia sepatutnya dicegah segera sebelum berleluasa dan akhirnya sukar dibendung,'' katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar IslamGRID di sini semalam.
Beliau mengulas pendedahan Kosmo! selama tiga hari bermula 9 Mei lalu mengenai kegiatan itu yang menurut penduduk tempatan semakin menjadi-jadi.

********************
baguih2, cek sokong, tapi bukan JAIM ja (sorry la JAIM,hampa kena teguq dgn D.M tuh),bnyk lagi yg kena tegur tak kira la org atasan ka sapa ka...boleh mula dgn shbt2 puan eh dato' kat dlm kabinet tu.tq dato' mashitah.

Dalam Islam mmg suruh tegur menegur kecualilah mcm filem `JGN TEGUR' tu takut lain lak jadinye kan.nak tegur jgn la sasar pd ikan bilis atau mak ayah ikan bilis je, ikan jerung pun bleh tegur kalau kena cara ye tak.apepun usaha dan niat tu penting.

date Thursday, May 14, 2009

uish ...tu respond aku bila dpt berita terkini dp sumber rapat memberitahu pengsiytiharan mahkamah tentang politik terkini di Perak.tak sangkaaaa....tu kata2 stgh shbt2 di sini sampai mat2 canada pun tersenyum dan tahu juga apa yg terjadi di perak hehehe.
aku doakan agar Perakku aman tenteram dan dilindungi Allah selalu.

date Monday, May 11, 2009

Korea Utara cetus kemarahan antarabangsa


SEORANG anggota tentera Korea Selatan menonton siaran televisyen mengenai pelancaran roket Korea Utara di Seoul semalam.


TOKYO - Korea Utara melancarkan roket jarak jauh melintasi Jepun semalam sekali gus membangkitkan kemarahan antarabangsa dan mencetuskan sidang tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerajaan Jepun berkata, ia berhenti mengawasi roket dipercayai peluru berpandu Taepondong-2 itu selepas melepasi jarak 2,100 kilometer ke timur Tokyo.

Ujian peluru berpandu jarak jauh berkeupayaan nuklear pertama Korea Utara yang mampu mengenai sasaran hingga ke Alaska di Amerika Syarikat (AS) pada Julai 2006 gagal selepas roket tersebut berkecai 40 saat selepas ia dilancarkan.

Mengulas perkembangan tersebut, Presiden AS, Barack Obama berkata, Korea Utara jelas melanggar resolusi PBB supaya negara itu membatalkan semua program peluru berpandu balistiknya.

"Dengan provokasi ini, Korea Utara melanggar obligasi antarabangsanya, menolak gesaan supaya bertolak ansur dan menjadikan negara itu semakin dipinggir komuniti antarabangsa," kata Obama ketika dalam rangka lawatan ke Eropah.

Sehubungan itu, katanya, dengan nada tegas, pengunaan paksaan ke atas Korea Utara perlu dilaksanakan.

Bagaimanapun, pada masa yang sama White House memberitahu, AS masih komited terhadap rundingan enam pihak bagi memastikan Korea Utara bebas daripada senjata nuklear.

Sementara itu, Majlis Keselamatan mengadakan sidang tergempar semalam selepas menerima permintaan duta Jepun supaya PBB mengutuk keras tindakan Pyonyang.

Bagaimanapun, tindakan lebih keras seperti sekatan tidak dapat dilaksanakan kerana dua sekutu Korea Utara, China dan Rusia awal-awal lagi menyatakan mereka akan menggunakan kuasa veto untuk membatalkan langkah tersebut. - Reuters

**************************************************
haa, barulah buku bertemu ruas, kimchi bertemu cheese, ultraman (aku taktau korean punye super heroes) bertemu power rangers. U.S.A, tau takut dgn org yg tak mkn saman mcm ni. Patutnye negara2 Islam seberani ini, berani untuk yg benar.

date Monday, April 6, 2009







Hanya kepada Mu, ya Allah kami memohon petunjuk dan pertolongan.Berilah kekuatan kepada mereka yang diberi ujian ini dan bukakanlah pintu hati mereka yang berkuasa untuk memberi pertolongan yang sewajarnya. Selain daripada kuasa,tangan dan suara marilah kita bersama2 berdoa solat hajat bersama2 untuk saudara seIslam kita di sana.Di sebalik keperitan dan kesedihan yg melanda saudara Muslim di sana mereka juga diberi kenikmatan dalam merasai erti jihad dan syahid sebenar jika segalanya ikhlas di jalan Allah.

date Thursday, January 8, 2009

Jangan kunjungi premis yoga - MAIJ

JOHOR BAHRU - Tindakan tegas akan dikenakan kepada orang Islam yang mengunjungi premis yoga di negeri ini.
Itulah amaran keras yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada umat Islam di negeri ini agar tidak mengunjungi premis yoga kerana ia telah diisytiharkan haram dan menyalahi agama Islam.
Pengarah MAIJ, Datuk Zalil Baron berkata, jika pihaknya mendapat maklumat berhubung ada orang Islam yang mengunjungi premis berkenaan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
"Kita menerusi unit penguat kuasa akan memantau premis-premis tersebut dan jika didapati ada umat Islam mengunjungi premsi tersebut kita akan bertindak," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang mengharamkan yoga baru-baru ini berikutan terdapat tiga amalannya yang bertentangan dengan syariat Islam.
Menurut Zalil, antara tindakan yang akan diambil ke atas mereka yang berkunjung ke pusat itu ialah memberi nasihat dan jika terus berdegil tindakan undang-undang akan diambil termasuk mengheret mereka ke Mahkamah Syariah.
Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut mengingatkan pusat-pusat yoga di bandar raya ini supaya mematuhi peraturan yang disyaratkan termasuk mengelakkan orang Islam daripada menjadi pelanggan.
Datuk Bandar, Mohd. Naim Nasir berkata, amaran itu bagi mengelakkan lesen perniagaan mereka ditarik balik.

********************

JAIP tarik balik kenyataan yoga haram.

SALAH satu teknik senaman yoga yang perlukan tumpuan pemikiran dan penafasan. - Gambar hiasan
IPOH - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury semalam berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.
Bercakap kepada Bernama, bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.
"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.
Sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.
Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.

********************

Jangan pertikai fatwa yoga.

Oleh ZULKIFLI JALIL dan NORLIZA ABD. RAHMAN
BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.
Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.
''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.
''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Dr. Abdulfatah yang turut menyertakan kajian mengenai yoga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan memberitahu, buku-buku senaman yoga boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh dengan pelbagai teori mengenai kejiwaan Hindu yang bercanggah dengan akidah Islam.
''Yoga ialah 'sambungan', 'kok', 'bersatu' atau 'ittihad' roh individu dengan roh alam semesta serta kesatuan roh ilahi sendiri (Brahma) yang bersatu dengan tuhan.
''Yoga ialah falsafah Hindu iaitu satu agama wahdat al-wujud yang menyalahi fahaman Islam ithainiyat al-wujud," katanya.
Menurutnya, antara bentuk senaman yoga ialah Padmasana (kedudukan bunga teratai) yakni duduk bersila di atas lantai dengan kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan serta meletakkan tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri serta ibu jari menyentuh jari telunjuk.
Terdapat juga senaman garuda atau Garudasana iaitu nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
Beliau memberitahu, amalan zikir 'OM' atau 'AUM' yang diamalkan oleh para yogi (pengamal yoga) dikatakan mantera kekuasaan suci.
''Di dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam, cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan suara daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup setelah menyebut huruf 'M' yang terhenti dengan dengungan suara bunyi berterusan.
''Ini melibatkan semua anggota badan yang mengeluarkan perkataan manakala suara yang mengandungi banyak nama tuhan manakala AUM pula yang bermula huruf 'A' melambangkan kejadian terkandung dalam diri Brahma, 'U' melambangkan Vishnu tuhan pemeliharaan dan 'M' melambangkan Shiva tuhan pembinasa.
''Amalan konsep bersenam biasa ialah mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku dalam yoga. Malah senaman biasa boleh dilakukan tanpa penyeliaan guru dengan menjadikan buku sebagai panduan.
''Saya sendiri pernah mengamalkan yoga lebih 30 tahun lalu semasa di Amerika Syarikat (AS) dan mampu melakukan senaman teratai, tetapi mula meninggalkannya apabila mendapati yoga bercanggah dengan amalan Islam," katanya.
Dr. Abdulfatah memberitahu, tanda tanya yang besar dalam dirinya adalah apabila yoga menerapkan elemen kepercayaan Hindu iaitu mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia ini kekal tiada kiamat.
Kata beliau, dalam kepercayaan itu, masalah dosa setiap individu dibalas dengan undang-undang karma.
Kata beliau: ''Apabila mati, seseorang itu akan dihidupkan semula, rohnya memasuki jasad deva atau manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan.
''Dari kaca mata Hindu-Buddha, mati dan hidup semula berterusan selama-lamanya dan berulang-ulang, dunia ialah tempat penderaan balasan karmanya yang tiada kesudahan, sedangkan dalam Islam mati hanya sekali.

*****************
aku cuma tak berapa berkenan apa yg berlaku di sini ialah cara menyelesaikan masalah ni.tak boleh ke negeri2 di mysia ni sama dlm keluarkan fatwa?wlupun masih di bawah kekuasaan sultan masing2 tapi masih ada `body' yg tertentu boleh merumuskan hal ni dan mengeluarkan fatwa utk Malaysia kan bukan hanya tuk negeri.Lagi satu, aku terkilan gak perak ni (negeri aku beb), yg pi cakap nak ikut fatwa tu pehal lepas tu tarik balik dan ckp nak cek dgn sultan dulu.Yg awai2 tu tak cek ka?Jgn la bagi pening kepala rakyat.Ke ada cerita yg sebenar yg aku tak tau sebab aku tau dp akhbar je hehehe.

date Tuesday, November 25, 2008

'Suamiku bukan Islam'Oleh Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my
JITRA: “Saya langsung tidak pernah menyangka hampir 10 tahun menjadi mangsa penipuan dan lakonan suami yang mendakwa beragama Islam sedangkan masih menganut agama asalnya,” kata Noraida Idris.Noraida, 33, yang berasal dari Kubur Panjang, dekat Pendang, mendakwa mengenali suaminya yang berasal dari Alor Star ketika berusia 24 tahun dan melangsungkan pernikahan di Thailand selepas hampir setahun berkenalan.Bagaimanapun, tembelang suami wanita itu terbongkar kira-kira tiga bulan lalu apabila dia didapati masih menggunakan nama asal pada kad pengenalan hingga menyebabkan mereka bertengkar.Noraida berkata, dalam pertengkaran itu, suaminya berusia 30-an, akhirnya mengaku tidak pernah memeluk agama Islam menyebabkan fikirannya menjadi bertambah celaru dan kusut.

Menurutnya, sejak kejadian itu, suaminya tidak pernah pulang ke rumah sewa mereka, dipercayai mengikut teman wanitanya dan meninggalkannya serta anak perempuannya berusia empat tahun.
Katanya, dia bersama anaknya kini hidup merempat selepas hampir dua bulan tidak membayar sewa rumah kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.“Sepanjang perkahwinan kami, saya langsung tidak mengetahui mahupun mengesyaki suami bukan beragama Islam kerana dia bijak menyembunyikan segala pergerakannya,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.Noraida berkata, sebelum ini, dia berasal dari keluarga bukan Islam, tetapi memeluk agama itu ketika berusia 12 tahun kerana mengikut bapanya, Idris Abdullah yang berbuat demikian selepas berpisah dengan ibunya.Katanya, selepas bapanya meninggal dunia setahun kemudian dia tinggal bersama ibunya yang beragama Buddha dan tidak pernah bersembahyang dan puasa walaupun sering berbuat demikian ketika tinggal bersama bapanya.“Selepas bernikah dengan suami, saya tidak pernah melihat dia pergi ke masjid atau bersembahyang di rumah menyebabkan saya terpengaruh dengan kelakuannya itu. Saya menyesal kerana meninggalkan suruhan Tuhan dan mujur saya mengenali seorang rakan mualaf yang mengajak tinggal di asrama Persatuan Cina Muslim di sini, dan mula mendalami agama Islam,” katanya.Katanya, dia sudah merujuk perkara itu kepada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di sini, berkaitan permohonan untuk mendaftarkan anaknya, tetapi gagal apabila tidak mendapat perhatian.Berikutan itu, Noraida mendapatkan khidmat nasihat daripada Pertubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) untuk membantunya mendalami agama Islam di sebuah pusat bimbingan saudara baru di Sungai Petani.Sementara itu, jurucakap PADKP berkata, status anak itu sah jika lahir melalui perkahwinan secara Islam walaupun bernikah di luar negara tanpa menyedari pegangan agama suaminya sepanjang pernikahan mereka.“Wanita itu boleh datang ke pejabat PADKP dengan membawa segala dokumen lengkap termasuk sijil nikah untuk memudahkan permohonannya dan bukannya kami tidak melayani mereka,” katanya.

* ada jugak kes mcm ni ye.nauzubillah.

date Monday, July 21, 2008

Jaafar rayu sumbangan jumpa isteri.
JAAFAR berharap dapat bertemu Siti Aishah di Pakistan jika ada yang sudi membantu.
GEORGE TOWN - "Saya berhajat untuk jumpa isteri minggu depan kerana terasa lama benar tidak berjumpanya." Demikian luah Jaafar Noor, 43, yang terkenangkan isterinya, Siti Aishah Hamid, 43, yang ditahan di Pusat Tahanan Wanita Karachi, Pakistan sejak 28 April lalu kerana cuba membawa keluar dadah jenis heroin.
Menurutnya, isterinya akan dibawa ke mahkamah di negara itu pada 11 Jun depan bagi perbicaraan kes tersebut.
"Jika kesampaian hajat itu saya mahu berjumpanya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Namun katanya, mana mungkin beliau boleh ke sana kerana wang sakunya kini cuma RM20 berbanding kos yang diperlukan adalah tinggi.
Katanya, dia amat berharap sekiranya ada pihak dapat membantu untuk membawanya ke negara itu.
"Tolonglah saya. Saya perlu ke sana untuk memberi kekuatan kepada isteri saya yang menghidap penyakit tulang rapuh," ujarnya.
Kosmo! Isnin lalu melaporkan Jaafar kehilangan RM150 setelah wang tunai yang disimpan dalam beg pinggang yang diletakkan dalam bilik di rumahnya di Permatang Damar Laut dicuri.

__________

*sedih pulak aku baca kisah-kisah macam ni.nak komen pun perkara dah lepas....

date Wednesday, June 4, 2008

Malaysia.
1. KUALA LUMPUR: Teruja dengan tawaran melancong ke luar negara, seorang wanita memasuki jerat sindiket dadah dan kini terpaksa meringkuk di Pusat Tahanan Wanita (WDC) di Karachi, Pakistan selepas ditangkap kerana didakwa cuba menyeludup keluar heroin dari negara itu.Lebih menyedihkan, suami wanita itu langsung tidak menyangka isterinya dianiaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan sehingga kini tidak mengetahui sama ada orang kesayangannya itu sudah dijatuhi hukuman atau masih dalam proses pengadilan oleh pihak berkuasa Pakistan.Semuanya angkara SMS durjana yang diterima wanita berkenaan yang juga orang kurang upaya (OKU) didakwa dihantar pengendali rangkaian telekomunikasi terkemuka negara yang memaklumkan dia memenangi hadiah melancong ke Singapura selama dua minggu.Ketika menerima SMS itu, Siti Aisyah Abdul Hamid, 43, langsung tidak mengesyaki ia taktik terbaru sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk merekrut pembawa bahan terlarang itu ke destinasi luar negara.

emm.....boleh dikatakan kerap sangat terbaca kisah-kisah seperti ini sekarang ni.Belum lagi selesai kes-kes wanita-wanita Malaysia di negara orang disebabkan ditipu dan tertipu,muncul lagi berita yang menyedihkan.Kadang-kadang aku terfikir gak,betulke Tipah tertipu atau Tipah biarkan diri dia tertipu atau.....

date Friday, May 30, 2008
comments

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu