'Suamiku bukan Islam'Oleh Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my
JITRA: “Saya langsung tidak pernah menyangka hampir 10 tahun menjadi mangsa penipuan dan lakonan suami yang mendakwa beragama Islam sedangkan masih menganut agama asalnya,” kata Noraida Idris.Noraida, 33, yang berasal dari Kubur Panjang, dekat Pendang, mendakwa mengenali suaminya yang berasal dari Alor Star ketika berusia 24 tahun dan melangsungkan pernikahan di Thailand selepas hampir setahun berkenalan.Bagaimanapun, tembelang suami wanita itu terbongkar kira-kira tiga bulan lalu apabila dia didapati masih menggunakan nama asal pada kad pengenalan hingga menyebabkan mereka bertengkar.Noraida berkata, dalam pertengkaran itu, suaminya berusia 30-an, akhirnya mengaku tidak pernah memeluk agama Islam menyebabkan fikirannya menjadi bertambah celaru dan kusut.

Menurutnya, sejak kejadian itu, suaminya tidak pernah pulang ke rumah sewa mereka, dipercayai mengikut teman wanitanya dan meninggalkannya serta anak perempuannya berusia empat tahun.
Katanya, dia bersama anaknya kini hidup merempat selepas hampir dua bulan tidak membayar sewa rumah kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.“Sepanjang perkahwinan kami, saya langsung tidak mengetahui mahupun mengesyaki suami bukan beragama Islam kerana dia bijak menyembunyikan segala pergerakannya,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.Noraida berkata, sebelum ini, dia berasal dari keluarga bukan Islam, tetapi memeluk agama itu ketika berusia 12 tahun kerana mengikut bapanya, Idris Abdullah yang berbuat demikian selepas berpisah dengan ibunya.Katanya, selepas bapanya meninggal dunia setahun kemudian dia tinggal bersama ibunya yang beragama Buddha dan tidak pernah bersembahyang dan puasa walaupun sering berbuat demikian ketika tinggal bersama bapanya.“Selepas bernikah dengan suami, saya tidak pernah melihat dia pergi ke masjid atau bersembahyang di rumah menyebabkan saya terpengaruh dengan kelakuannya itu. Saya menyesal kerana meninggalkan suruhan Tuhan dan mujur saya mengenali seorang rakan mualaf yang mengajak tinggal di asrama Persatuan Cina Muslim di sini, dan mula mendalami agama Islam,” katanya.Katanya, dia sudah merujuk perkara itu kepada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di sini, berkaitan permohonan untuk mendaftarkan anaknya, tetapi gagal apabila tidak mendapat perhatian.Berikutan itu, Noraida mendapatkan khidmat nasihat daripada Pertubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) untuk membantunya mendalami agama Islam di sebuah pusat bimbingan saudara baru di Sungai Petani.Sementara itu, jurucakap PADKP berkata, status anak itu sah jika lahir melalui perkahwinan secara Islam walaupun bernikah di luar negara tanpa menyedari pegangan agama suaminya sepanjang pernikahan mereka.“Wanita itu boleh datang ke pejabat PADKP dengan membawa segala dokumen lengkap termasuk sijil nikah untuk memudahkan permohonannya dan bukannya kami tidak melayani mereka,” katanya.

* ada jugak kes mcm ni ye.nauzubillah.

date Monday, July 21, 2008

Sumber air di Marikh....
GAMBAR Echus Chasma yang diambil dari kapal angkasa ESA Mars Ekspress yang dikatakan salah satu sumber utama air di planet Marikh. – Reuters
Echus Chasma salah satu kawasan sumber air terbesar di planet Marikh berjaya dirakam oleh kapal angksa ESA Mars Express menggunakan kamera stereo beresolusi tinggi (HRSC).
Kawasan ini dipercayai 100 kilometer panjang dan 10 kilometer lebar dan terletak di penara Lunae Planum di utara Valles Marineris yang juga dikenali sebagai “Grand Canyon” di Marikh.
Echus Chasma juga dikatakan punca air utama di wilayah Kasei Valles dan ia dikatakan mempunyai kedalaman sehingga 1000 meter.

date

KURSUS DANDANAN DIRI SIRI 1

YURAN PENYERTAAN : RM45.00 (NON STUDENT SUNWAY)
RM 40.00 (STUDENT& STAFF SUNWAY)

TERMASUK: Makan, Sijil Penyertaan, Peralatan Facial

* Diskaun 10% bagi yang mendaftar secara kumpulan (1 kumpulan 5 orang)


TENTATIF PROGRAM

7:30 - 8:00 : Pendaftaran/ Sarapan pagi

8:00 - 8:45 : Aktiviti “Energizer” (*Sila bawa pakaian untuk senaman)

8:45 - 9:45 : Suai kenal

9:45 - 10:15 : Berkongsi masalah kesihatan wanita bersama En. Shukri Bin
Kamaruzaman (anak pengasas produk Sendayu Tinggi)

10:15- 1:15 : Belajar facial muka ala-salon (teori dan praktikal)

1:15 - 2:00 : Makan tengahari/ solat zohor

2:00 - 3:00 : Belajar cara make-up siang/malam (teori dan praktikal)

3:00 - 4:00 : Belajar 5 rahsia memakai tudung

4:00 - 5:00 : Belajar cara catwalk

5:00 - 5:30 : Sesi fotografi/minum petang

“BENGKEL DANDANAN DIRI SIRI 1”
ANJURAN
SAHABAT SOCIETY & SUCI SOCIETY
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE

PADA
26HB. JULY 2008


LOKASI
MULTI PURPOSE HALL
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE

* Anda hendak bergaya, tetapi tidak tahu cara bergaya

* Anda mahu penampilan menarik tetapi tidak tahu cara
ikatan tudung yang bersesuaian dengan anda

* Anda mahu keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai tetapi tidak tahu cara make-up yang bersesuaian dengan anda

* Anda mahu wajah yang licin dan halus tetapi tidak tahu apakah jenis kulit anda dan produk yang bersesuaian dengan anda

* Anda pernah membuat rawatan facial di salon yang bernilai diantara RM35-RM60 tetapi dengan menghandiri bengkel kami anda boleh melakukannya sendiri dirumah

* Datanglah ke bengkel dandanan diri kami, semua persoalan anda akan terjawab

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
019-3774927 (PN. ZIE)

* ni saya tlg promote kengkawan buat program tujuan untuk membantu DANA tabung persatuan Islam di sini.

date

Berminat belajar teknik2 asas melukis batik? Mai la ke kelas di Sunway Univ College.Setiap bulan ada kelas2 buat pottery,melukis dan lain2 kraftangan.

Tarikh : 9hb.Ogos,2008 - Sabtu
Tempat : Studio B, LG - Sun-U North Building, Sunway University College,Bandar Sunway 46150 Petaling jya, Selangor.
Bayaran : RM35 termasuk bhn2 yang digunakan
* selalunya kelas2 yg dianjur di luar RM80++
Hubungu : Mrs.Helena : 03-74918622 ext. 3500

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu