Mesti ramai yg tahu ape maksud bagi perkataan aircond tu kan? Air condition tu adalah perkataan bahasa inggeris yang telah diguna pakai oleh rakyat malaysia secara berleluasa yang bermaksud penghawa dingin. Namun, kerana kecanggihan memperluaskan bahasa kita yg dah makin hari menjadi rojak pasembor pecal Malaysia, perkataan `air cond' ini telah digunakan oleh ramai orang dengan mempunyai makna yang berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dibina oleh seseorang itu samada dalam bentuk pertuturan ataupun tulisan.
antara contoh ayat:
1.Man, tolong off aircond kelas ni...dah tahap beku dah ni.
- ayat ini adalah untuk meminta sesorang menutup penghawa dingin dalam bilik kelas.
2.Aku tak suka la mamat tu asyik duk aircond je boss. Kita ni tak reti nak aircond meng-aircond sebab tu la boss ikut je ckp dia.
-ayat ini merujuk kepada seseorang yang pandai membodek ketua.
Ayat ketiga nilah yg paling aku ta dpt lupa bila aku menikmati teh tarik di sebuah restoran kat pekan kg aku tu thn lepas.Aku yg dahaga sgt tu bgtau lah abah aku untuk memesan secawan teh tarik panas dengan hanya beberapa ketul ais.Maka inilah ayat yg abah aku guna :
3.`mamak, teh tarik air cond satu'.
Mamak tu yg mcm dah paham bebenor pun kemudiannya membawa secawan teh tarik dgn sebiji piring kecik yang ada 3 ketul ais di dalamnya. ooo itulah dinamakan teh tarik air cond sbb nak bg sejuk dan dingin sikit je sebab klu nak bnyk ais just minta teh ais.hehehe. Rupenye nilah yg digunakan oleh penduduk di situ. Baru pertama kali aku dengar abah aku guna ayat tu. Sungguh kreatip dan canggih dalam memperkayakan perbendaharaan kata.
Dalam situasi dan keadaan semasa di Malaysia yang dah bercampur aduk isunya dan menjadi semakin hangat diperkatakan setiap hari, aku rasa perlulah ada ayat2 yang boleh meng-airkond-kan keadaan,hati dan minda rakyat, hati dan minda kumpulan2 yang bertelagah. Kadang2 kata2 yang kasar dan kesat hanya mampu mengapi2kan sesuatu.Isu2 biasa dalam kelas,tempat kerja, rumahtangga,dgn jiran sebelah rumah,jiran belakang rumah,sedara mara dan orang lain, mungkin perlukan kata2 yang mampu meng-aircond-kan hati dan minda org lain dalam mencuba menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam erti kata lain, memujuk,memuji,meng-aircond(membodek),berkias,berpantun,bersyair,bermelodi patut dicuba pakai untuk mengurangkan tahap kemarahan,kebencian,dendam kesumat antara satu sama lain. Tapi kadang2 letih la nak guna ayat aircond ni, baik terus straight forward je kan. :)
Jum pekena teh aircond petang2 ni ;). Pekena `camp' pun ok gak.(kopi campur teh)isk aku baru dengar jap tadi dp rakan sekerja aku ni....sedap ker???
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional