Semester pertama di sini telah pun menuju ke penghujungnya. Isnin (esok) adalah paper utk subjek aku. Final exam dah bermula Jumaat lepas. Dua jumaat lagi convo bebudak ni maka rasmilah berakhir semester pertama ini. Cuti sekolah pun bermula, maka ramailah mempunyai agenda masing2. Yang mempunyai ayah dan ibu, luangkanlah masa sekurang2nya mencari ruang dan masa walau seketika. Yang mempunyai keluarga sendiri, kesibukan seharian selalu membataskan peruntukan masa bersama ahli2 keluarga. Cuba2lah mencari waktu seketika di sebalik kesibukan itu untuk berkomunikasi dan berehat2 bersama mereka kerana anak2 membesar dgn sokongan ahli keluarga secara langsung dan tidak langsung. Institusi keluarga teramat penting kerana segalanya bermula dp rumah. Anak2 yang makin membesar jika tidak merasakan hubungan yg rapat antara ahli keluarga terutamanya dgn bapa dan ibu, maka sudah tentulah kasih sayang dan perhatian cuba ditagih dp mereka di luar rumah. Apabila salah memilih rakan atau pasangan, maka macam2 lah yg berlaku seperti apa yg bnyk berlaku di bumi bertuah ini. Maka masing2 akan menuding jari apabila masalah sosial makin meningkat.....bayangkanlah mereka itu adalah seperti org lain juga yang lahir sebagai bayi yang bersih....kepelbagaian corak hidup mereka adalah ditentukan oleh ibu bapa, keluarga dan kemudiannya anasir atau faktor2 yang lain.
Masihkah ada keluarga yang bersama anak2 dan seisi keluarga membaca alquran bersama dan memahami isi kandungannya sambil berbicara wlu hanya utk seketika selepas solat mahgrib contohnya? Sudah tentu ada......tetapi adakah kita termasuk dlm keluarga itu?
sudah cukupkah dengan ilmu yg dibekalkan ketika anak2 ini kecil dan mereka sudah mampu berdikari dan kemudiannya mendapat ilmu seterusnya di instusi pengajian tinggi maka ia adalah yang terbaik?
Aku bukan mahu berbicara tentang apa yg patut dan tidak patut sesebuah keluarga itu ada dan lakukan kerana kau tahu mudah utk berkata2 tapi tidak sama apabila mempraktiknya apatah lagi diri sendiri belum mempunyai keluarga sendiri. Apa yg ku nukilkan di sini ialah apa yang ku lihat, dengar, baca dp kisah sebahagian masyarakat.Melihat anak2 remaja yang seharusnya dan pastinya mempunyai potensi dan kelebihan tersendiri tetapi ada yg tersasar dari landasan yg sebenar...hati ini menjadi sayu dan sedih......maka siapakah yg harus memulakan langkah untuk membawa mereka ini ke jalan yg benar?Jika tanganku dan tangan mu malah tangan2 kita mampu menggapai tangan2 mereka....mungkin sesuatu dpt dilakukan sebagai ikhtiar....namun jika tangan2 kita tidak mampu menggapainya....tangan2 siapakah yang menyambung tugas ini?
TAJUK BUKU : ALEXANDER THE GREAT - MAN AND GOD
PENULIS : IAN WORTHINGTON - PROFESOR - SEJARAH GREEK, UNIVERSITI MISSOURI-COLUMBIA.
Alexander di panggei `the great' merujuk kpd kehebatannya dlm menakluki wilayah2 dan mempunyai empayar pemerintahan yg cukup luas dan kuat ketenteraanya. Antara filem yang dibuat oleh omputih telah memancing kemarahan di kalangan rakyat Greece kerana katanya berlaku penambahan dan rekaan cerita palsu di dalam filem tersebut yang memberi keaiban kpd mereka. Kalau dalam buku teks kita dulu kala, yang kita paham ialah Alexander itu adalah juga Iskandar Zulkarnain malah dalam buku rujukan sejarah SPM beberapa thn dulu ada yg bercampur2 dua nama ini dalam perenggan-perenggan dlm buku tersebut. Zulqarnain adalah nama yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran di mana beliau ada lah seorang raja yang beriman kpd ajaran Allah. Mana pulak kita boleh dpt nama Iskandar kat depan nama Zulkarnain tu yer. Berbalik kpd Alexander ni pula kisah hidupnya banyk kita lihat tidak menunjukkan beliau ini adalah pengikut setia ajaran Allah swt. Kajian2 kini cuba dibuktikan oleh pengkaji sejarah termasuk sejarahwan Islam bahawa Alexander bukanlah Zulqarnain.
Di sini aku nak ketengahkan pandangan Ian Worthington mengenai Alexander dlm bukunya. Samada kita setuju, terima atau tidak bergantunglah kpd pemahaman dan pandangan kita tentang isu Alexander ini.
* lahir pd 20hb Julai 356 M
*putera kpd Philip IV dp isteri yg bernama Puteri Olympias dp Epirus
*mempunyai abang dp ibu lain bernama Philinna
*Alexander menjadi pewaris kpd takhta kerajaan ayahnya
*Olympias bermimpi pd mlm sebelum perkahwinan beliau dgn Philip IV iaitu, izinkan aku quote ayat dp buku ini;
"she dreamed that there was a terrific thunderstorm during which a thunderbolt smashed down from the sky and landed in her womb".
*Philip IV juga bermimpi iaitu ;
"Philip also had a dream thathe took a wax seal and sealed up his wife's womb. Then he saw the figure of a lion on the seal. A seer then prophesied that Olympia was pregnant and would give birth to a lion of a man as far as bravery and power went".
*mengikut Prof Ian ini, kemungkinan juga Alexander sendiri yg mereka cerita tentang kelahiran beliau ini setelah menajdi Raja.
*beliau tidak begitu tinggi dan juga tidak le hensem sgt. cuba nengok ayat prof ni;
"...he was not a movie star as far as looks went".
*beliau merupakan seorang yang gagah dan lasak/ tahan cabaran sejak kecil kerana melalui banyak latihan Leonidas yang merupakan saudara ibunya dimana beliau belajar cara2 berlawan dan berperang,menunggang kuda.
*antara latihan yang perlu dilalui beliau seperti anak2 Macedonian yg lain ialah memburu haiwan buas,musang, singa dan burung.
*Raja Philip berperang di Greece tiap tahun ketika Alexander membesar hingga umur belasan tahun.
*Alexander pernah bertanya kpd duta2 Parsi yg ke majlis perbicaraan Macedonia mengenai kekuatan dan bilangan angkatan tentera Parsi ketika umurnya baru 7 thn.
*Aristotle adalah guru beliau yg mengajar ethics,kesusasteraan dan lain2 . Pembelajaran adalah di dalam taman selama 3 tahun - Garden of Midas
*Beliau dipengaruhi ibunya yang tidak menyukai ayahnya
*tahun 337 M, Philip IV berkahwin dgn Cleopatra sepupu kpd Attalus.Attalus adalah org kepercayaan dan diberi kuasa oleh Philip IV. Ini adalah perkahwinan ketujuh Philip IV
*setelah Cleopatra melahirkan anak lelaki, ini mungkin memberi saingan kpd Olympias untuk melihat Alexander mewarisi tahkta pemerintahan
*berlaku pertengkaran antara Alexander dgn Attalus. Alexander telah membaling gelas minuman beliau ke muka Attalus dan meminta ayahandanya memihak kpd beliau namun Philip IV tidak memihak kpd beliau.
*Philip menolak permintaan Alexander utk membawa tentera ke Parsi.
*Hubungan antara ayah dan anak menjadi makin bermasalah. Malah Philip IV membuang daerah beberapa shbt anaknya itu sebagai amaran dan hukuman.
*Philip IV mati dibunuh. Ramai juga di kalangan sedara Philip IV dan lain2 yg tidak menggemari atau menyokong Alexander sebagai pewaris takhta kerajaan.
*Alexander memerintah negara dan meluaskan lagi empayar yg dibina oleh ayahanda beliau.
to be continued ya.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional