Setiap insan pasti mempunyai hobi masing2 sejak dari kecil lagi.Ada yg hobi suka kumpul stem (ni hobi aku masa kecik2 rasanya satu standard utk kanak2 apabila dikehendaki guru untuk menulis hobi mereka dalam karangan pendek),main guli dan lastik getah dgn kwn2 tak kira jantina lelaki ataupun wanita masa lapang (aku rasa budak2 skg dah miss pengalaman menarik mcm ni),lastik buah rambutan pak Abu sebab cantik naa kalernya kemerahan (ni aku tak join aaaa),memancing ikan,tanam pokok bunga,memasak dan lain2 lagi.Ada yang bermula dari hobi akhirnya memnyuntik semangat untuk membina sebuah cita2 dan mengejar impian.

Aku masa kecik dulu mempunyai pelbagai hobi dan ia dipengaruhi oleh keadaan semasa,kwn2 dan persekitaran sekeliling sebabnya aku selalu berpindah randah macam kaum nomad ikut abah aku yg kena bertugas.Aku berpeluang bersekolah (sekolah rendah) di kampung untuk 6 bulan masa dahrjah 3.Hobi aku waktu ni ialah mencari ikan2 kecil(puyu,sepat)dengan menimba (satu kaedah menangkap ikan2 kecil) dan juga memancing menggunakan joran yg dibuat oleh abah aku daripada buluh.Yang kelakarnya aku ni memang jenis penggeli, geli nak pegang cacing (masa zaman aku tuh, cacing mmg femes digunakan sebagai umpan, lum femes lagi guna umpan palsu mcm skg ni).Nak cucuk cacing dgn mata kail pun aku geli dan rasa simpati hatta nak pegang ikan yang memakan umpan pun geli hehehe.So adalah assistant yg akan tolong aku tu.Aku enjoy sngt masa tu.Tapi tak pula terlintas di hati nak menjadi seorang penternak ikan ataupun bisnes ikan.Masa tu aku boleh dikatakan takde cita2, yg aku tau mesti rajin pi sekolah,siapkan keje seolah dan paham apa cikgu ajar.Mak abah aku tak pernah suh peksa dpt no satu or dapat tempat terbaik utk setiap mata pelajaran yg diajar tetapi mereka akan pastikan aku paham apa yg dipelajari di sekolah dgn memeriksa buku2 latihan aku dan menjadi guru tusyen aku di rumah terutamanya utk subjek matematik,english dan agama islam.Budak2 skg umur 3thn dah ada cita2, aku tanya; besar sok nak jadi ape?jawapan yg sungguh yakin diberikan ialah `nak adi oyer' (lawyer).Sungguh berwawasan.:).Tapi skg ni bila dah mula bekerja, teringin pulak nak mengusahakan sesuatu yg berkaitan dgn ikan ataupun tanam-tanaman sebagai hobi dan sumber pendapatan.Kira dah masuk dalam lembaran cita2 dan impian jugaklah tapi tak tau cemana caranya nak bermula.

Bila aku dah bersekolah di peringkat menengah, hobi aku pulak ialah menonton rancangan dan melihat majalah yang ada koleksi jet pejuang.Malah aku ada geng2 di asrama yang meminati jet hehehe.Manalah geng2 aku skg ni yer.Agaknye ada kut yg dah jadi juruterbang jet pejuang. ;).Hobi ni diteruskan sampailah aku sambung pengajianku di KL.Aku pernah gak bercita2 nak bawak jet tapi peliknye aku ni gayat.Tu yg menjadi gurauan abah aku.Hehehe.Lagi satu kekiutan aku ni (cute) disebabkan tahap ketinggian aku rasanya tak lepas nak jadi pilot hehehe.Masa aku di K.L, aku bnyk habiskan duit beli majalah2 koleksi jet dan juga model2 jet yang aku boleh bina jet aku sendiri hehehe.Betapa minatnya aku pd jet hatta hiasan di dinding tempat study aku pun penuh gmbr jet.Hari ni bila aku dtg ke opis ni nak kemas2 sket lepas jogging di tasik kat umah aku pg tadi, aku ternampak jet pewter yg dihadiah oleh kwn2 aku masa thn 1 pengajian aku di KL tu.Hadiah tu sampai skg aku jaga dgn baik.Aku ingt lagi walaupun ada shbt2 yg pelik dgn minat aku,tapi untuk 2 thn aku dpt hadiah jet mainan je dp kwn2 sempena harijadi aku hehehe.Malah shbt2 sebilik aku ni meminta aku memberi peluang kpd mereka untuk sama2 memasang bhgn2 komponen model jet yg aku beli bila aku ke kelas (waktu diowang takde kelas). Bila aku tengok bnyk jet2 pengebom yg canggih skg buatan musuh Islam yg hebat terbang di angkasa ketika mengebom Iraq dan skg pulak Palestine, isk rasanye mcm nak bwk jet je ke sana...tapi aku masih gayat.

Hobi aku skg ni masih meminati jet tapi aku tak dah menghabiskan duit membeli majalah dan koleksi model2 jet.Hobi baru aku skg (sejak 4-5 thn dulu) yg pelik juga ialah meminati bunga.Aku ckp pelik sbb dulu2 aku lebih minat jet dp bunga hehehe.Selain dp teringin nak menjadi petani moden sambilan yg aku citer kat atas tu, terasa gak nak menanam orchid sebgaai hobi dan kemudian boleh jadi bisnes kan.Lagi2 bleh jual kat mak aku sbb dia mmg minat orkid dan anggerik ni hehehe.Oklah ni aku dah nak stop hobi aku berchatting dan blogging untuk hari ni sebab nak balik dah.Esok sambung lagi yer.Papaiiii.

***********
1. Gambar pertama - jet pewter yg aku ckp tu- nengok jet ni, teringat kat shbt2 lama.Tq for ur gift, aku simpan sampai skg.Harap smgt dlm bekerja dan berbakti berkobar2 bila nengok smgt yg ada pd jet ni ;).
2. Bluberry cheese cake - dr membuatnya sebagai hobi bleh juga jadi side income....nyummy - aku tlg promote...sapa nak order blehlah.Chef nye -Ticer Az
3. Sapa yg minat tanam pokok bunga, beli bunga,hadiahkan bunga, aku cadangkan tanam utk komersialkannya. Ni aku nengok pameran jualan bunga-bungaan di Sunway Piramid sempena Chinese New Year ni.Pokoknye baisa je tp bila dlm gambar mmg cantik sesangat jadinya.


date Sunday, January 11, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu