kalau kisah2 di kg seperti rasa tak puas hati ayam2 si polan memakan padi jiran, membuang baja semulajadinya di taman2 rumah jiran,jiran bising dan penting diri tak peduli hak jiran sebelah selalu kita dengar yang melibatkan perasaan2 di atas dan juga boleh membuka pintu perselisihan faham dan pergaduhan.dalam pergaulan seharian dgn rakan2 juga ada yg dah bersahabat melebihi berbelas malah berpuluh tahun dan ada yg membuat keputusan untuk bekerja sebumbung atau membeli rumah bersebelahan tp akhirnya menjadi musuh kerana perasaaan2 di atas.perasaan di atas ada juga melibatkan mulut atau lidah sebagai puncanya. bak kata pepatah melayu "kerana santan, pulut binasa, kerana lidah mulut binasa" (betul ke yer...ingat2 lupa ni).
ada juga yang terasa kecil hati dgn rakan2 lama akhirnya membuat keputusan mendiamkan diri atau menjauhkan diri.saya ada terbaca tulisan dp salah seorang kenalan blogger, rasa terpanggil untuk membaca dan terus membaca coretannya, hati dan perasaan menjadi sejuk dan tenang dgn kata2 nasihat dan kisah hidup manusia yg dicoretkannya.benarlah bnyk yg perlu dilakukan secara istiqamah dlm mendidik hati. antaranya ialah :
*menjaga kehalalan dan kesucian makanan, minuman dan punca rezeki.
*banyak beristhghfar, berzikir, membaca ayat2 al-quran, solat sunat
*banyak berdoa agar Allah memelihara hati kita, tingkah laku kita, moga kita sentiasa dlm Rahmat Allah
*menhagdiri majlis2 ilmu,mendampingi orang2 berilmu dan agama (ulama') dan sahabat2 yang mengingatkan kita tentang kebaikan coretan ini untuk peringatan diri ini juga.
sahabat2 yg ada tips dan pandangan dlm mendidik hati ini, silalah kongsi di sini."dlm diri manusia ini ada seketul daging, jika rosak ia, rosaklah manusia itu, jika baik ia, maka baiklah manusia itu. itulah sekeping hati".
ini bait2 lirik lagu nasyid. terlupa pula tajuknya.dulu selalu dengar ketika belajar dulu, ia berkumandang ketika pogram2 berjalan.
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba