Pepatah mengatakan buat baik pasti dibalas baik begitu juga sebaliknya.Bagaimana kalau berbuat baik tidak dibalas baik?Setiap yg dibuat adakah diminta balasan ataupun reward atau apa2 aja sebagai tanda penghargaan?Kalau tak mendapat reward atau penghargaan yg dijangka oleh minda atau emosi (balasan yg telah ditentukan oleh minda), apakah yg anda rasa?

Antara beberapa contoh yang berkaitan isu di atas:-

*Seorang anak yg berjaya berpuasa sebulan- rewardnya duit poket setahun.(Contoh jer).Bila nengok kwn sebelah umah dpt dp ayanhanda dan bonda....hati pun terdetik sbb tak dpt reward yg sama dp ayahanda bondanya.

*Si isteri yang masak penat2 untuk si suami- rewardnya patut dipuji- tiba2 ngomelan je yg dpt...masin la,pahit la, terlebih minyak la.

*Si suami yang telah bersemangat membeli sesuatu kpd si isteri - reward nya patut dihargai at least jamulah cekodok pisang dgn teh tarik - tapi sejuta ketidakpuasan hati yg dilontarkan, pesal beli warna ni, pesal fesyen mcm ni , paling tidak diamkan diri sepanjanghari tanda protes (aku pinjam contoh ni dr motivasi yg didengar)

*Seorang guru yg bersemangat mendidik anak didik- rewardnya..ape ya wahai cikguku? - akhirnya guru diepersalahkan kenapa murid tak minat belajar dan mendapat markah yg tercorot sekali.

*Seorang anak murid yg bersemangat membuat kerja dan hantar kpd gurunya (wlupun very2 last minute) - dgn harapan dpt score - hasilnya mendapat markah yg statusnya berwarna merah, bukan merah jambu ataupun kuning keemasan

*Seorang pengundi yang telah bersama2 mengundi memilih wakil kg,negeri atau negaranya - reward (agaknya patut satu keluarga dpt tanah free kut) - namun akhirnya pengundi itu terpaksa menjerut rasa kerana wakil tu yg dah menambah2 koleksi tanahnya (contoh aje yer)

banyak lagilah contoh2 yg mungkin pernah didengar,dirasai,dilihat,dibaca,ditonton etc....
what say u?

date Monday, January 19, 2009

Amalkan budaya nasihat.
Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.
JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12.

Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.
"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita." Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat.

Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

**************************
Aku tertarik dengan kata2 motivasi di atas.Nasihat menasihati dan tegur menegur adalah satu perkara yg perlu ada setiap hari, antara ahli keluarga,guru dan anak muridnya, jrian tetanga,ketua dan pekerjanya untuk kebaikan bersama.Ibarat sebuah kapal yg berlayar, jika berlaku sesuatu yg tidak elok di dalamnya akan timbul masalah malah mungkin ahlinya tidak akan sampai ke destinasi yg dituju.Namun apakah cara yg terbaik untuk memebri teguran dan nasihat?Memandangkan orang skg dah makin bijak dan kreatif maka cara penyampaian untuk teguran itu pun haruslah kreatif juga.Aku teringat soalan yg dilontarkan oleh seorang ustaz dalam rancangan al-kuliyah jumaat lepas berkenaan topik `akibat cinta'.Beliau Bertanya bagaimanakah untuk menegur msyarakat skg ni yg tidak dikenali jika berlaku sesuatu kemungkaran di khalayak ramai.

Contohnya : melihat anak muda berpelukan dan berpelakuan kurang sopan di kedai makan.mungkin dah kawin, mungkin belum ye tak.ditegur nanti apa kata tuan kedai dan lain2 lagi akibat yg difikirkan oleh sesorang sebelum memulakan langkah.

Jawapan pleh `Umi' gelaran untuk pengetua Rumah Rhaudatuss Sakinah ialah :
"Haus juga tegur dgn cara hikmah.Beliau pernah bertgeur sapa dgn pasangan seperti ini dgn memberi nasihat secara terang dan jelas'.Aku pernah jumpa umi ni masa membuat kajian untuk paper aku di pusatnya.Usaha beliau,pn Hamisah dlln mmg aku kagumi kerana bersunguh membantu dan membimbing mereka yg terkeluar seketika dr garis lurus kebenaran yg sepatutnya dijalani dlm kehidupan seharian.

Jiran pula, bagaimanakah nak menegur jika ada sesuatu yg perlu diberitahu dan diperbetulkan?.Amal ma'ruf wa nahi mungkar.Mungkin zaman ini adalah zaman yang perlu tunduk pada kebebasan bertindak dan melakukan apa saja mengikut pahaman tertentu?human rights?Kalau itulah jawapannya, maka makin bertambah sakitlah penghuni-penghuni dunia ini, maka akan sakitlah juga dunia ini.

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu