IPOH - Politik Perak kini mencetuskan insiden memalukan, mungkin yang pertama seumpamanya di dunia.
Semalam, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan di bawah pokok di tepi jalan. Dalam tempoh sidang kira-kira setengah jam, tiga usul diluluskan.
Wakil-wakil rakyat dan Speaker Dewan bersidang dalam keadaan berdiri tanpa meja dan kerusi dan bercampur dengan orang ramai yang hadir.
Sekali pandang, ia saling tak tumpah bagaikan penjual ubat tepi jalan sedang dikerumuni orang ramai.
Begitulah gambaran sidang tergempar DUN Perak yang diadakan di bawah pokok mempelam dan beringin di sini pagi semalam.
Episod itu bermula apabila Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada pembangkang mengadakan 'persidangan tergempar DUN' di bawah pokok yang terletak 100 meter di luar bangunan DUN yang berkunci.
Persidangan pada pukul 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak pagi semalam.
Persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah setelah tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Peranan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri yang digantung oleh Sivakumar petang kelmarin 'diambil alih' setiausaha politik bekas Menteri Besar, Mohd. Misbahul Masduki yang turut berdiri di bawah pokok tersebut.
Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas meluluskan tiga usul.
Usul-usul itu menyatakan sokongan kepada ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar serta membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

***********************
Ni olahan aku dp pemahaman aku -

*gempar - sebab dimasukkan dlm paper
*hangat - sebab demam2 sejuk aku ni pun dah rasa bahang kepanasan politik di tanahair tercinta ini
*insiden memalukan - tu kata paper..aku terfikir gak kenapa nak malu yer...compare dgn lepak2 tak tentu hala kat taman2 bunga lps 12.00mlm
*mungkin yg pertama di dunia - kata paper ..ye ker.....bukanke sejarah kat Athens dulu asal dp ramai2 gak pi hadir perjumpaan kalau bukan di tepi jalan tapi bukanlah dlm perlimen ber aircond mcm skg kan...ok per tepi jln..bukan tgh2 jalan..selamat per
*bagaikan jual ubat - tu kata paper....apa hal plak kes jual ubat..hina ker..org jual ubat mcm2 ada kat streets kat Malaysia ni...dpt duit..yg illegal pun ada hehehe...jual ubat klu kena gaya sebagai usaha rawat penyakit...penyakit minda dan hati harap2 nya hehehe
*di bawah pokok mempelam - peghhh nak aku cadangkan pd ahli2 berhormat tu pakat2 la bawak `colek' atau cicah dgn kicap ke...bawak pisau sekali dan batu lesung..sedapnyeee
*persidangan tu tak sah - yang ni aku tak mo komen.....
*uihh yop dan yong, terkenal la kome eh...org luar mari..negeri kite juge femes..teman rase dlm kegawatan ekonomi ni..masa perbincangan kat bawah2 pokok tepi jln tuh.. pakat2 ler juei (jual) ayor kelape ker, nasi ayam....dpt juge tambah duit poket :)

"Perak....peaceeeee "

date Wednesday, March 4, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu