Assalamua'laikum sahabat2 tersayang. Lembaran baru untuk Tahun Hijrah dan Tahun Baru 2009 telah bermula. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita semua dan memberi kita peluang dan ruang untuk memperbetulkan apa yang harus dan patut dilakukan serta memperkemaskan laluan dan jalan2 kehidupan yg dilalui.
Kelas aku secara rasminya telah bermula hari ini. Hopefully semuanya akan berjalan dgn baik sepanjang semester dan tahun ini. Hari ini dah pun 1o Muharam dan ada yg berpuasa sunat.Selamat berpuasa. Aku call abah aku tadi, katanya kat surau duk buat bubur asyura (bubur nasi) harini. Klu kat Kg Baru, K.L tu terkenal dgn nama bubur lambuk.Aku teringat mak aku kalau buat bubur nasi tu, ada udang,daging sket,santan peghhhh mkn lak dgn telur masin.Nyummy.Tapi, selalunya mak aku dan org di utara ni kalau sebut bubur lambuk, terkenal dgn bubur yang dibuat dp jagung,keledek,kacang merah,pisang dan lain2 bhn yg di masak hingga pekat kemudian dibekukan dan dipotong2 mcm kueh.Manis dan penuh berkhasiat.Kalau di bahagian pantai timur selalunya ada campur daging dan rempah kan.Ingat lagi Makcik Yah kwn baik mak aku asal dr Kelantan selalu bg kueh ni kat kami masa duk di kem dulu.Lambatnya nak berbuka ni ;).
Di sini aku sertakan iklan untuk 2 aktiviti yg boleh disertai sahabat dan ahli keluarga sebagai merasmikan tahun baru ini. Moga ceria ye :).
Iklan pertama yg kaler kuning tu ialah Food Carving Workshop. Bayaran Rm35.
Kalau berminat hias2 masakan dan makanan tu bolehlah join, boleh jugak hiaskan mknn yg dimasak untuk hidangan keluarga. Mana tau nanti bleh buat dan amik tempahan untuk hantara pulak.Masyuk juga income tuh :).Teringat lagi aku 4 tahun lalu bila salah seorang shbt aku berkahwin di pahang. Aku dan 2 org lagi shbt pergi awal sehari dan bermalam di rumah pengantin. Alih-alih kami jadi tukang masak dan membuat makanan berhidang utk pengantin bidan terjun. Hehehe, mak aku le jadi mangsanya bila telefon untuk tanya itu dan ini.Mangga harum manis dan majalah mingguan wanita yg dibeli oleh Nurul pun jadi mangsa gak untuk menjadi sebahagian dp sources dan bhn utk aktiviti di dapur tu hehehe. Takleh lupa memori tu menggambarkan betapa `pro'-nya kami waktu tu hehehe.
Iklan kedua yg kaler biru pulak ialah `Pottery Wokrshop - Plate'. Kali ni untuk sesi tembikar akan diajar cara membuat piring.Agaknya piring hiasan kut. Bayaran ialah RM25.
Bagi sesiapa yg berminat bolehlah hubungi no di bawah ini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :
Miss Sammy Chong - Tel : 03- 74918622 ext. 3501
Tarikh : 17hb.January - Hari Sabtu
Masa : 9.00am - 12.00 thgri
Tempat : Studio B , LG (Lower Ground)- Sunway University College,
Jln University, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya, Selangor.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional