Saya tertarik dgn isu harta pusaka yang dibincangkan dlm majalah Melineia Muslim keluaran bulan Julai,2008. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan yang timbul adalah seperti berikut :
* Sikap ambil mudah oleh sebahagian umat Islam di Malaysia dalam merancang harta pusaka boleh menimbulkan masalah kepada keluarga kemduian hari.
* Definisi harta pusaka - harta peninggalan si mati yang mempunyai nilai pada pandangan syarak berbentuk harta alih atau harta tidak alih termasuklah harta usaha oleh si mati seaktu hayatnya tetapi hasilnya selepas kematiannya.
--> Si mati yang mempunyai rumah sea dan penyewa mempunyai sewa tertunggak dan hanya menjelaskan bayaran sewa selepas kematian tuan rumah, maka wang sewa hendaklah dimasukkan ke dalam senarai harta pusaka si mati.
--> Faraid pula ialah sistem pewarisan harta pusaka ditetapkan oleh Syarak - iaitu harta peninggalan si mati diwarisi oleh ahli warisnya mengikut bahagian ditetapkan.
* Kes-kes/permasalahan harta pusaka :
1. Seorang lelaki pertengahan usia mengusahakan tanah pertanian seluas lima ekar di Pontian Johor dan memungut hasilnya selpeas bapanya meninggal dunia. Saudara sepupu lelaki tersebut telah membuat permohonan pusaka tanah tersebut.
Hasil siasatan menunjukkan hartanah itu asalnya milik nenek lelaki itu. Selepas kematian beliau, bapa kepada lelaki pertama tadi telah membolot semua hasil tanah.Cubaan generasi lapisan dalam menuntut harta itu menjadi bertambah sukar kerana enam dp tujuh anak wanita itu sudah meninggal dunia. Malah semua enam orang itu mempunyai lebih 25 org anak.
2. Z baru kematian si suami yang mempunyai seorang lagi isteri ketika hidup tanpa pengetahuannya. Z dan suami dulu tinggal di rumah teres di JB di mana mereka membelinya di atas nama arwah kerana Z warga Singapura. Namun, segala kos pembayaran dilakukan oleh Z melalui wang simpanan dan pengeluaran Tabung Kumpulan Pusat (CPF) Singapura. Z tiada anak. Isteri kedua mempunyai 2 orang anak dgn suami beliau.
6 bulan kemudian selepas kematian si suami, isteri kedua menuntut pembahagian keseluruhan harta pusaka termasuk rumah tersebut. Isteri kedua tidak mahu bertolak ansur dan tidak mahu menolak bahagian faraidnya rumah berkenaan kpd Z sebagai isteri pertama.
*Bhgn faraid untuk isteri adalah 1/8 jika ada anak, manakala 1/4 bhgn jika tiada anak. Namun, bagi suami yang berpoligami contoh ada 2 isteri, bhgn 1/8 isteri akan dikongsi bersama isteri lagi satu pd kadar 1/16 bhgn seorang.
3.Seorang bapa meninggal dunia dan meninggalkan bebrapa buah rumah dan tanah di bebrapa negeri. Satu wasiat berkaitan harta pusakanya telah dibuat oleh beliau sendiri. Anak-anak yang berjaya dan hidup senang diberikan tanah yg agak rendah nilainya.Manakala anak2 yang tidak berpelajaran diberi tanah ynag tinggi nialainya. Niatnya adalah baik untuk membantu anak2 beliau.
Sebelum meninggal dunia beliau membaca wasiat di hadapan anak2. Semuanya bersetuju kerana menghormati beliau. Selepas kematiannya, beberapa orang anak beliau menarik balik persetujuan dan mengarahkan pembahagian harta pusaka dibagikan sama rata.
* FAKTOR MERUMITKAN PENYELESAIAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA
1. Tiada perlantikan wasi atau pentadbir harta pusaka
2. Dokumen yang diperlukan tidak lengkap - sijil kematian-dokumen berkaitan harta dna hutang
3.Tiada perancangan harta pusaka - untuk membuat wasiat, hibah dlln.
4.Tiada kerjasama yang baik antara waris-waris si mati
5.Kematian berlapis - seperti kes pertama di atas.
6. Kesulitan mencari ahli waris di mana penama setiap harta tidak ditukar milik.
FAKTA-FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI :
1.Suami yang ingin berpoligami perlu menyatakan dgn jelas hak-hak isteri pertama melalui Iqrar Harta Sepencarian atau Instrumen Hibah.
--> instrumen yg disediakan oleh Sayarak ini boleh diaplikasikan untuk menghargai sumbangan isteri dlm perkahwinan.
2. Isteri pertama boleh mendapatkan bhgn tambhan melalui tuntutan harta sepencarian (dalam kes kedua di atas).Namun, tak dpt elak dp kemasukan nama isteri kedua dan anak2nya dlm geran rumah tersebut.
3. Untuk penyata KWSP, penamaan baru yg dibuat akan melupuskan penamaan lama.
--> ada kes membabitkan tuntutan bertindih kpd teman wanita dan isteri
-->ada juga kes (diceritakan oleh Prof Aziah)si suami sebelum berkahwin menamakan ibu dan abang untuk penama KWSP dan tidak menggantikan dgn nama isteri selepas berkahwin.Si abang yang pula tidak memberi bhgn wang kpd isteri si mati dan juga anaknya.
* Bagi penama bukan beragama Islam akan menerima simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia.
*Bagi yg beragama Islam,penama sepatutnya hanya bertindak sebagai wasi kpd simpanan ahli yg meninggal dunia.Wasi bertanggungjawap pastikan simpanan yg diamanahkan diagihkan mengikut Hukum Faraid.
* Jika tiada penamaan untuk KWSP - ia akan menimbulkan masalah di mana waris perlu tunggu 2 bulan proses utk pastikan tiada tuntutan bertindih.
*Bila ahli KWSP meninggal dunia, penama atau ahli waris boleh memohon untuk mengeluarkan kesemua simpanan si mati.
* Ahli yg tidak ada penama, bayaran dibuat kpd waris terdekat ahli.
4. Wakaf adalah pendekatan yg boleh digunakan bg mengatasi masalah pertelingkahan dan perselisihan faham berpanjangan antara waris dan pemilik berdaftar ke atas tanah pusaka.Contoh, wakafkan tanah pusaka.
5. Sebagai wasi, 5 perkara perlu diselesaikan sebelum pembahagian harta pusaka mengikut faraid dilaksanakan iaitu :
a. belanja urus jenazah si mati
b. bayar hutang si mati
c. harta sepencarian si mati
d.waisat jika ada semasa hidupnya dan selebihnya difaraid ikut hukum syarak.
MAKLUMAT TAMBAHAN.
* Permohonan harta pusaka org Islam terletak di bwh 2 bidangkuasa perundangan iaitu:
I. Mahkamah Syariah - untuk perolehi sijil faraid
II.Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil - perintah pembahagian
*Amanah Raya boleh dilantik sebagai pemegang amanah, wasi,pentadbir,penjaga,sahabat,wakil,ejen,penerima dan pengurus (Seksyen 11).
*Harta Tak Alih = tanah dan sebarang kepentingan dp tanah,hak di atas atau faedah yg terbit atau mungkin terlibat dp tanah.
*Harta Alih = wang simpanan di sintitusi kewangan,saham-saham,kenderaan,barang kemas,senjata api dlln.
*Daftar Wasiat Malaysia (inisiatif Amanah Raya Berhad) wujudkan sistem pendaftaran wasiat setempat secara online.Ini sebagai inisiatif mengelak harta pusaka beku.
*Penulisan Surat Wisoyah sesuai dgn kosep penama yg dibuat institusi2.Surat wisoyah oleh ZPP diluluskan Mufti Terengganu. Surat Wisoyah ini adalah satu dokumen yang ditulis org yg hidup:
--> menyatakan perlantikan wasi,senarai waris ikut hukum faraid,senarai harta dan hutang dan arahan2 utk wasi.
************************
Dulu2 aku tak kisah sgt hal harta pusaka ni.Bila nengok ada org sampai bergaduh sama adik beradik slps kematian ibu bapa kerana berebut harta pusaka dan juga disebabkan ketidak adilan oleh pemegang amanah seperti abg sulung yg membolot semua harta pusaka. Tapi skg bg aku, hal ini amat penting dan perlu diketahui supaya tidak menimbunkan masalah di kemudian hari.
Sahabat2 yang arif dlm bab harta pusaka dan juga ada kes2 yg boleh dikongsi bersama, silalah tulis di sini ye.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional