dua hari lepas, lepas je kelas terakhirku pd hari tu, aku terus bergegas ke Bangi untuk menghadiri seminar di sana.masih rasa keletihan itu, sampai di sana terus ke rumah rehat ungku omar(betul kut nama dia tu), daftar, amik kunci dan masuk bilik. Sahabat ada cadangkan suh duduk di UNITEN tp bilik semua fully book.Sampai bilik, aku mmg keletihan, rehat sekejap sambil belek paper tuk esok sementara menunggu waktu berbuka.Bilik aku tu kira okla untuk duduk sementara waktu. Dgn bayaran RM40 untuk semalam, ada ruang tamu, meja mkn, sofa, tv,dapur (tp takleh masak la), peti ais, bilik air, dua katil, ada aircond dan kipas. Aku mmg suka klu ada kipas sbb tak tahan sgt dgn aircond lagi2 tidur waktu malam. Bagi aku, ok dah bilik ni cuma ada habuk2 sikit, aku ni alah habuk.
lepas berbuka dan solat maghrib, aku bergegas ke dewan chanseleri (betul ke ejaaan ni) dgn eksesais (exercise) menggunakan kudrat berjalan kaki memandangkan aku pi situ pun naik public transport. Mmg aku pilih rumah rehat yg tak berapa jauh dp pusat islam tu. Memandangkan aku dah berabad tak pergi ke situ dan tak familiar sgt dgn jalan tu, tambah lagi waktu malam, aku mula kompius bila sampai ke simpang jalan. sib baik ada student yg juga berjalan kaki nak pergi `ko-ko' katanya, menunjukkan jalan pd aku. sambil jalan tu sempat le berbual2.tq la dik, peramah dan sopan orgnya dan cantik juga namanya.Tq dik Harun Al-Rasyid.
Aku rasa macam student pulak jalan kaki dlm kwsn kampus, teringat masa belajar dulu2. Rasa2nya aku akan kembali lagi ke tempat baru ini jadi student nanti? :) .Sampai ke bangunan tu, aku terus masuk ke dewan tempat perasmian dan jamuan makan malam.aku mmg sorang2 je gi situ, rasa terasing sekali.Sahabat merangkap penasihat paper aku pun tak dpt hadir.Sampai dlm dewan, aku nengok ia dihiasi indah sekali dan ada ketupat2 hiasan tergantung di sana sini, rupenye konsep hari raya.
Aku pun mendekati satu meja ni di mana ada beberapa wanita yg mmg aku tak kenali.Sampai je di sana salah sorang dpnya terus dtg dan memeluk aku. Alhamdulilah, dah hampir 8 thn terpisah, Ros kita berjumpa di sini rupenye.Alhmdlh Ros skg mengajar di Univ Malaysia Sabah.Kemudian masuk pulak Suhaila dp USM, Penang.Dah lebih 9 thn tak jumpa.Dan sorang lagi kakak senior yg mengajar di UIA, kak Marzufah.Lahai kak, rupenye kita sewa bilik bersebelahan. Kak Marzufah mengajak aku teman tidur bilik dia sebabnya dia sewa satu bilik besar yg ada 2 bilik dlm tu. Cantik bilik akak mcm hotel, berbaloi la bayar RM100 utk dua bilik tu.Siap ada sofa yg lebih canggih la dp bilik aku tu, cat pun baru lagi.Takut katanya nak duk sorang.Kalau shbt ada dtg ke kwsn bangi ni bolehlah duduk kat rumah rehat ni. Kalau dtg dlm kumpulan kecil or ada kwn sorang lagi, sewalah bilik 109 sebab bilik tu mmg baru dan selesa sngt(promote ooo). Ros ajak aku ngajar di Sabah, katanya tak ramai yg betul2 dp bidang aku ni di dept dia. Tq Ros, kalau dulu2 aku mmg dah pi, tapi skg duk intai2 nak balik Perak or Penang.
Menu malam tu satay....emm aku dah kenyang berbuka sebelum tu, so mkn 3 cucuk je dan seketul kueh talan yg berinti jagung. Yang mengenyangkan lagi tu sebab jumpa shbt2 lama.Semuanya present paper.Di majlis tu kami dihiburkan oleh nyanyian lagu2 raya dan juga `cinta' hehee.Oklah no kemen, lagipun tak amik port sgt dgn persembahan tu, lebih berbual2 dgn shbt2 lama. Abis program jam 10mlm, Iman pulak yg tinggal tak jauh dp situ dtg dgn mak dia dan puteri2 comel.Selepas aku membawa barang2 aku hijrah masuk bilik kak Marzufah, kami beraya di rumah Iman. Dlm 11.00 mlm Iman dan Azizan hantar kami balik. Tq bebanyak la dgn layanan hang tu Iman dan juga Cik Yah.Malam tu aku mmg rasa dah tak ada tenaga sgt, maybe sbb tugasan yg bnyk sebelum ni.Aku tertidur dgn nota yg sepatutnya aku baca.
Alhamdulillah, pagi esoknya aku dpt present paper tu mengikut apa yg dirancangkan.Majority yg hadir dlm dewan utk sesi aku tu adalah org iran,arab,nigeria dan minority org kita.Daripada sesi pertama lagi, pembentang semuanya adalah Org Iran.Org kita nampaknya lebih berminat untuk join dengar pembentangan dlm BM.Abis sesi ptg, aku rush balik ke sunway.Lepas solat isyak, aku terus dibuai mimpi hingga pagi dan miss mkn mlm.Keletihan masih terasa lagi ni. Thank you la Tuan Tamar for being my advisor dan Tuan Yunus Alias yg bnyk bg pandangan untuk paper tu. Aku rasa lucu juga bila abis present tu, moderator tanya `ni pembentangan paper PHD ker?' (dlm hati aku, amiinnnn) hehehe.Oh ya tq juga pd organizer, tajuk2 yg dibentang pun memang menarik.
Emmm......jap lagi ada meeting pulak.Taktau napa lately aku rasa takde tenaga sgt.Rehat jap..nanti kena sambung draft next papers pulak, ada rezeki moga dpt ke negara2 lain pulak.Tq again Tuan kerana sudi membantu lagi :).Moga conference atau seminar yg akan dtg akan terus menjadi tempat re-union aku dan sahabat2 lama. Amiin.
Jangan panik isu buluh runcing
ISMAIL (kanan) mendengar penerangan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar semasa melawat kawasan panas di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam.
KAJANG - Rakyat negara ini diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka 'Benteng Demokrasi Rakyat' (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan bersenjatakan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.
"Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan perkara itu," kata beliau selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dekat sini semalam.
Kumpulan yang tidak berdaftar di Indonesia itu kononnya mahu menyerang negara ini berhubung beberapa isu berkaitan kedua-dua negara termasuk isu tarian Pendet dari Bali yang didakwa oleh mereka dicuri Malaysia.
Dalam pada itu, Ismail berkata, lawatan beliau ke kawasan panas di daerah itu bertujuan meninjau kawasan-kawasan tersebut supaya bebas daripada jenayah di samping untuk meningkatkan integriti pasukan.
*************
kita ada undang2.kalau ada yg buat mcm ni langgar undang2 kita dan mengancam keselamatan rakyat dan negara ini, jgn teragak2 ambil tindakan undang2 dgn adil dan saksama.
psal tarian pun bukan main marah sgt.yg Israel tu tak mo pi serang ke????
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional