Awal pepagi nih, aku dapat e-mail yg sungguh meaningful daripada seorang sahabat di sini.Tajuknye Cracked Pot atau dlm bahasa malaysia baku ialah Tembikar/Bekas yang retak.Klu dlm loghat Utara, Tembikaq yg Ghetak(Retak) ataupun Bekaih(Bekas) yg Ghetak. Mai aku nak kongsi sama cerita ni di mana alihan bahasa telah dibuat oleh aku dp B.Inggeris ke Bahasa Melayu dgn cara dan gaya aku sendiri.Pasai apa aku nak guna bahasa Melayu untuk coretan ni...sebabnya aku ghasa lebih dalam maksud dpt disampaikan dgn ghaya dan lenggok budaya kita yg lebih mudah untuk difahamai dan dihayati,harap2 mcm tu lah ye.Bahasa omputih nih is very short and sharp.Ringkas dan padu tak berlenggok2 mcm bahasa melayu nih.Sebab tu lah klu aku nak luahakan perasaan dlm bentuk tak puas hati atau marah pd seseorang secra berhadapan aku lebih suka guna bhasa omputih ni wlupun aku ni tak le reti sgt,sebabnya aku rasa ia lebih ringkas,sudah cukup jika tersampai maksud.Kalau guna bhasa Melayu nih, forsure impaknya sungguh dalam dan tragis boleh buat org tu betoi2 bengkek plak kat aku nanti.
Okeh berbalik kpd cerita Cracked Pot nih.Ceritanya bermula begini,ada la sorang Nyonya ni iatu Cina perempuan (bukan keturunan baba dan nyonya) yang mempunyai dua tembikar uang org melayu panggei buyung untuk mengisi air.Tugas wanita ini ialah setiap hari dia akan berulang alik daripada rumah dia ke sungai untuk mengambil ayaq (air).Beliau akan bawak kedua-dua buyung nih.Satu buyung tuh kire glamer la sebab dia memang sempurna,cantik, kukuh buatannya lalu mampu la menyimpan air dengan baik dan tuan punya buyung ni dapatla menggunakan air ni semuanya.Satu lagi buyung ada retak sket kat badan dia.Jadi, setiap kali nyonya ni bawak ayaq dalam dia dari sungai ke rumah, mestilah ayaq tu tumpah di sepanjang jalan.Hasilnya tentulah tak seperti buyung yang perfect tadi.
Selama dua tahun peristiwa sama berlaku ( aku terpikiaq gak pasai pa la nyonya ni tak beli buyung satu lagi yg baghu (baru),duk pakai yang tu jugak.Sayang sungguh dia kat buyung yg retak tuh.Namun, ini telah membuatkan buyung yg gelemer tu perasan diri dia lebih glamer dan lebih diperlukan, maklumlah dapat berjasa kepada tuannya dengan begitu baik sekali.Buyung yang retak tu pulak merasakan sungguh malu, maka perasaan rendah diri atau `inferiority complex' telah mempengaruhi emosi dan minda dia (bayangkan je la buyung retak ni ada hati,perasaan dan otak ye).Kerana tak tahan dengan apa yang berlaku, buyung retak ni pun berbicaralah dgn si nyonya iaitu tuannya.
Buyung retak dgn penuh beremosi (aku yg penuh beremosi actually bila membaca dan menulis semula cerita ni hehehe) tu pun mulalah sesi luahan perasaan kepada tuannya dgn memberitahunya tentang betapa malunnya dirinya sebab cacat,serba kekurangan,lemah,tidak berdaya dan hanya mampu membantu sedikit sahaja.Yelah selama dua tahun si snyonya tu hanya dpt membawa pulang ayaq satu buyung setengah jek.Si buyung yang perasan dia perfect tuh apa lagi berasa banggalah yang teramat sangat dan merasakan dialah yang terbaik....`Buyung Terakhir' (macam wanita melayu terakhir gitulah hehehe).Mendengar keluhan serta tangisan syahdu si buyung retak tu, si nyonya pun tersenyum dan memberi respond dengan sungguh tenang sekali.Inilah respond beliau (lebih kurang bunyinya macam ni la);
`Wahai buyungku yang budiman,kenapakah engkau perlu bersedih dan merendah diri sebegini?Tahukah dikau apa yang berlaku di sebalik kejadian ini selama dua tahun ni?Keretakan pada badanmu menyebabkan air akan tumpah di sepanjang jalan di hadapan rumahku.Aku menyedarinya lalu ku semai benih bunga-bunga yang cantik pada sepanjang lorong ini.Tidakkah kau lihat tumbuhnya bunga-bunga yang cantik,indah dan wangi mekar dan menghiasai laman rumahku ini sepanjang dua tahun ini?Bunga-bunga ini juga kupetik dan ku hiasi ruang tamu rumahku dengannya.Perasaan ku tenang dan gembira dengan kehadiran bunga-bunga yang cantik dan wangi ini.Kerana dirimu yang seperti inilah menjadikan hidupku ceria dengan kehadiran bunga-bunga ini.Ia tak akan terjadi tanpa dirimu.'
Kengkawan semua, moral of the story, ia boleh dikaitkan dgn kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah sebagai sebaik2 makhluk di muka bumi ini utuk menjadi khalifahNya.Setiap diri insan ada kelebihan tersendiri.Potential diri yg sedia ada perlulah digilap dan digunakan secara kreatif.Dalam erti kata lain, kita saling memerlukan.Di sebalik kelemahan ada kelebihan begitu jugalah di sebaliknya.Perasaan bersyukur pada Allah perlu ada dan semangat untuk perbaiki diri dan menggunakan kelebihan yg ada sebaiknya untuk diri,keluarga,masayarakat,negara dan yang paling utama utk Agama.Apa yg dilakukan walaupun sedikit, walaupun tidak sempurna pada mata org lain, jika ia ikhlas dilakukan ke jalan Allah,Insya-Allah, Allah Raobbul A'lamin amat Memahaminya.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional