Ramai orang berpendidikan skg ini...adakah org ini berilmu?
Apakah itu ilmu?
Mengapa bertambah2 org sakit jiwa...dan jiwanya sakit serta kacau?
CHICAGO - Satu kajian terbaru mendapati jumlah pelajar sekolah tinggi dan kolej di Amerika Syarikat (AS) yang mengalami tekanan jiwa dan lain-lain penyakit mental meningkat lima kali ganda berbanding golongan muda seusia ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi melanda AS pada tahun 1930-an.
Penemuan tersebut dirumuskan berdasarkan borang soal selidik psikologi yang digunakan sejak 1938.
Ia mengesahkan kebimbangan para kaunselor di AS yang telah lama mengesyaki bahawa semakin ramai pelajar negara itu tertekan dengan alam persekolahan dan kehidupan harian mereka.
"Soalnya sekarang, apakah langkah yang perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda pada masa kini," kata seorang profesor di Universiti Negeri San Diego, Jean Twenge yang juga pengarang utama kajian tersebut.
Hasil kajian itu yang didedahkan semalam akan dipaparkan dalam edisi terbaru jurnal psikologi Clinical Psychology Review.
Diketuai oleh Twenge, kumpulan penyelidik di lima buah universiti menganalisis maklum balas daripada 77,576 pelajar sekolah tinggi atau kolej.
Ia mencetuskan spekulasi di kalangan pakar kesihatan mental bahawa golongan muda di AS berdepan pelbagai tekanan akibat budaya popular yang memberi penekanan pada aspek luaran kehidupan termasuk kekayaan, rupa paras dan status.
"Sejak dari kanak-kanak lagi, kita telah diajar bahawa kekayaan diukur dengan wang dan apabila meningkat dewasa, kita tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh semata-mata kerana wang," kata seorang pelajar Universiti Miami, Sarah Ann Slater, 21. - AP
bukan di USA je, di Malaysia pun budak sekolah rendah ke, menengah ke, kolej ke university ke yg dah graduan ber PHD ke....bnyk kes2 melibatkan jiwa. Ada yg beri kesan buruk (harm) pd org lain ataupun hanya pada diri sendiri.kes budak sekolah rendah cuba rape ibu kandung, anak sembelih bapak,tuang asid pd muka bapa girlfriend,langgar org sampai mati disebabkan kemalangan kecil sebelum tu dan bergaduh dan lain2 lagi hanya kerana perkara remeh......itulah kalau sistemnya lebih kepada apa yg hanya boleh dilihat oleh mata.Ilmu Akal perlulah seiring dgn ilmu Syara'.Jgn pisahkan matlamat kehidupan akhirat dgn duniawi.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional