`Ibarat menarik rambut dalam tepung' adalah peribahasa orang Melayu yang sebenarnya.Berbalik kepada tajuk di atas, rasanya mana yang lebih challenging, tarik rambut dlm tepung ke tarik tepung dalam rambut?

Bayangkan seorang itu sedang bertungkus lumus di dapur nak siapkan juadah makanan petang untuk keluarga dan juga tetamu yg bakal sampai nanti. Tengah khusyuk gaul adunan tepung tu sambil mengangkat bowl tu tiba2 terlambung bowl tu dan jatuh atas kepala, abis tepung memenuhi kepala dan rambut? Rasanya lebih mudah nak selesaikan ye tak....ambillah apa2 jenis syampoo yg ada 3 or 4 dlm satu siap terapi rambut....cuci rambut dan kepala...settle....kalau nak cuba...syampoo hasil produk burung ostrich pun boleh (promote oo hehehe).So tak payah nak tarik ketulan tepung tu satu persatu...kasih shave itu rambut pun lagi mudah ye tak.

Bagaimana pula dengan menarik rambut dalam tepung?Agar tepung dalam bekas itu tidak berselerak dan rambut itu tak putus?

Persoalannya :
1. kenapakah tepung dan rambut menjadi subjek utama di sini?
* agaknye peribahasa ni bermula bila ada seorang itu nak buat kueh tetiba jatuh la surat rambut dia ye tak.

2.kenapakah rambut itu perlu ditarik?
*maksudnya tepung tu masih nak digunakan lagi.kalau tak buang terus tepung dgn rambut tu.membazir tu , tak baik.tapi ada orang yg jenis geli kalau nengok rambut ni jatuh dlm makanan atau bahan2 makanan ye la rambut tu karang ada kelumumur ke dan seangkatan dengannya.

3.kalaulah kita perlu menarik seurat rambut yg halus itu dalam tepung, apakah ciri-ciri penting yang perlu diketahui:
*kekuatan tangankah?
*kekuatan matakah untuk fokus pada objek2 itu?
*kekuatan mindakah untuk mencari idea?
*kekuatan emosikah untuk memastikan anda betul2 tenang bila lakukan ini terutama dalam telematch (gula2 diganti dgn rambut)
*kekuatan spiritualkah?berdoa dan mendapat hidayah dan kekuatan daripada Yang Mengetahui segala sesuatu
*kekuatan ilmu?seperti kaji dari sudut sains dll untuk mengetahui asal usul keujudan rambut dan tepung bagi mengetahui kekuatan dan kelemahannya. ataupun dari sudut matematik untuk mengkaji dan mengetahui jisim, isipadu, berat tepung dan rambut itu?

tak ke agak complicated ye...apabila ingin mengikut setiap langkah dengan terperinci dan memerlukan kesabaran yang sungguh tidak berbelah bahagi?

dalam kehidupan seharian seseorang itu akan melalui pelbagai rencah yang mewarnai hari2nya.tanpa disedari ataupun jelas di mata kita sering diuji dan teruji dengan sesuatu dalam pelbagai bentuk, kesihatan, kewangan,rumah yang bertangga atau ber-lif,pelajaran,kawan2 dlln samada dalam kedaan yang selesa dan gembira ataupun dalam berduka cita.dalam dunia yang serba canggih ini, maka pelbagai cara dan ikhtiar boleh dilakukan samada cara lembut, keras, legal, illegal, betul, salah,kejam, tak kejam dlln.namun hakikat tetap hakikat, betapa bijaknya manusia itu, kuatnya dia, kayanya dia,apa saja ada masa akan teruji kekuatan emosi, minda dan spiritualnya.Kita telah menandatangani perjanjian dgn Pencipta kita sejak awal2 lagi "Kami beriman denganMu". Maka Allah memberi peringatan "Setiap yg beriman akan diuji".

Manusia mmg lumrahnya hidup dgn manusia yg lain kerana itulah Hawa diciptakan sebagai teman kepada Nabi Adam, maka tak dpt dinafikan kita akan bersemangat apabila dikelilingi ibu bapa, sanak saudara, shbt2, keluarga dan org2 yg kita sayangi menyuntik motivasi walaupun hanya dengar mendengar cerita kita.Undang2 yang perlu dipatuhi atau apa sahaja yang kita lakukan hasil daripada kreativiti sendiri menjadi undang2/ rules untuk menyelesaikan kekusutan yg ada boleh digunakan sebagai usaha. Namun kekuatan yang sebenarnya datang dp Allah s.w.t.Benarlah kasih asyang Allah melebihi segala2nya.Mengadulah padaNya dgn solat hajat menjadi perisai diri.Kadang2 malu mungkin mengusik perasaan kerana ia hanya dilakukan apabila kesedihan dan kesulitan melanda diri, namun itu lebih baik, berbalik kpd Yang Esa.Moga diberiNya petunjuk, jalan penyelesaian, ketabahan diri, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan.

"menarik rambut dalam tepung"- adakah tidak lagi relevant dalam dunia akhir zaman ini?aku teringat sahabat yang memberi kata2 panduan yang menggambarkan teknik dan method ini digunakan. tertanya juga kenapa perlu mengambil masa yang terlalu menyiksa jiwa sesetengah orang yg perlu melakukannya?kenapa tak boleh merentap rambut itu?kalau tepung tumpah sedikit, itulah pengorbanan tepung...ambil kain dan lap tempat yg tumpah?kini aku terfikir dan berfikir, cara ini menunjukkan seseroang itu berhati2 dalam melakukan sesuatu terutamanya menyelesaikan kekustuan yg ada samada berlaku pd diri sendiri ataupun dia menjadi pendengar kpd cerita orang lain.Aku akui kebijaksanaan orang yang mencipta perumpaan atau peribahasa ini melatih kita menjadi penyabar, teliti terutamanya melihat dan peka kepada impak sekeliling bukan hanya pada subjek dan objek.

date Sunday, May 3, 2009

S0bahul khair, Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita dan keluarga, Amiin.
Pagi2 syapie' ni terasa nak mencoret satu dua muka surat di sini sambil menyambung kerja2 penulisan yang ada. Teringat kisah2 kehidupan manusia samada kisah benar atau ciptaan yang menjadi point utama dalam motivasi diri. Saya nak berkongsi di sini beberapa cerita yang mungkin sahabat2 pernah mendengar atau membacanyha sebelum ini, ambillah sebagai reminder pd diri kita kan.

I.KISAH PEMAIN BIOLA
Kisah ni berlaku di sebuah bandar kecil di Itali (aku rasa kat sini la, takper bleh ubah2 nama tempat kan ;) ). Ada seorang pemuda ni kerja dia main biola di sebuah restoran kecil sepanjang hari menghiburkan customer yg rata2nya orang situ juga.Tugasnya bertambah bila malam menjelma kerana akan ramailah mereka yg datang ke situ untuk rehat2 kan minda mendengar alunan lagu sentuhan tangannya yg ajaib. Mereka itu rata2nya terdiri daripada peladang2 yang paginya berkerja keras membanting tulang, maka malamlah waktu yg sesuai untuk berehat sambil berjumpa shbt2 dan berbual2. Maka restoran itulah menjadi pilihan utama. Lelaki ini semakin hari sentuhan tangannya menjadi semakin ajaib di mana mampu memukau puluhan customer sehinggalah restoran itu dibesarkan oleh pemiliknya dan dpt dihadiri lebih ramai pelanggan.Pemuda ini sebenarnya telah bermain biola sejak umurnya awal belasan tahun. Beliau dtg daripada keluarga yg miskin dan menjadi yatim piatu tanpa sedara mara di situ sejak umur belasan tahun. Beliau tak pernah bekerja di ladang malah tidak tahu untuk bekerja selain daripada memain biola di mana beliau belajar daripada seorang lelaki yg gigih mengajarnya (macam cerita Ibu arahan p.Ramlee yg dia main seksophone tu).Semakin hari beliau semakin terkenal, boleh dikatakan beliaulah punca kehadiran customers dp bandar itu. Hari berlalu dan umurnya pun meningkat tanpa disedarinya, popularitinya makin menurun ditambahdgn peredaran zaman di mana customers telah beralih arah untuk ke restoran ala2 pub yg baru di buka untuk mendengar alunan muzik terbaru,pop kut ke pop yeh yeh hehehe (ni zaman tok nadok...kira lama la...boleh la bayangkan 1950an tapi rasanya takde pop lagi kut hehehe).Beliau cuba bermain biola bersungguh2 tapi customer makin berkurangan.Suatu hari pemilik restoran tu meminta beliau mencari kerja lain dan memberi beliau 4 bulan sebelum meninggalkan resotan itu.Pemilik restoran itu menasihati beliau agar2 segera mencari pekerjaan lain atau di tempat lain sementara keadaan makin meruncing. Tetapi beliau mengatakan tidak mungkin kerana tiada pendidikan formal, tiada kelulusan dan juga hanya biola yg beliau kenal berpuluhan tahun.Beliau yakin akan dptkan regular customer kembali ke restoran itu namun ternyata itu hanya impian semata2.Pemilik restoran simpati kpd lelaki ini yg bnyk membatu beliau mengaut keuntungan sebelum ini telah membiarkan dia di situ sehingga 6 bulan berlalu.Suatu hari pemilik restoran ini mencadangkan lelaki ini menjual biola untuk mendapatkan sedikit wang sebelum dpt pekerjaan yg lain. Lelaki ini enggan kerana inilah satunya harta yg beliau ada dan menjadi shbtnya sekian lama. Akhirnya beliau terpaksa akur kerana tiada pilihan lain untuk sesuap makanan.Pada hari lelongan barang2 terpakai atau antik,harga biola yg dah usang itu hanya mampu mencecah harga puluhan ringgit(aku guna malaysian currency la yer).Kerana terlalu sedih untuk berpisah dgn biola kesayangannya apatah lagi melihat harga diri biolanya yg begitu rendah sekali, beliau telah meminta kpd penganjur acara lelongan itu untuk bermain biolanya buat kali terakhir.Ketika bermain itu, beliau bermain dgn penuh perasaan sehingga air matanya mencurah2 deras mengalir mengenangkan nasibnya yang tiba2 berubah sama2 sekali daripada dikagumi ramai sehingga seperti tiada harga diri.Beliau memainkan salah sebuah lagu yg sama yg didengari oleh pelanggan restoran di tempat dia bekerja selama berpuluhan tahun itu.Mereka yg dtg ke pusat lelongan itu pun terdiri dp customer yg dahulu. Tanpa beliau sedari, ratusan mata2 yg menonton persembahannya terpukau seolah2 tidka pernah mendengar alunan lagu tersebut. Setelah selesai, maka bergemalah dewan itu dgn tepukan dan sorakan para hadirin.Ini benar2 mengejutkan beliau malah harga biolanya telah melambung 3-4 kali ganda dp harga asal. Mendapat semula semangat untuk berjaya dlm hidup, beliau membuat keputusan untuk tidak menjual biola kesayangannya itu.Tammatt.Silalah tepuk tangan, clap clap clap.

What is the moral of the story?

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu